Wednesday, March 28, 2012

bidadari dunia.


Alhamdulillah. Plan awal yang mulanya entah-jadi-entah-tidak atas sebab kepadatan dan kesenakan masa yang teramat sangat, akhirnya menjadi juga. Allah beri kesempatan untuk saya menimba seberapa banyak ilmu dalam majlis konvensyen tersebut. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Thanks to Sahabat iaitu Suhaiza Izzati yang tak putus - putus memujuk saya untuk join konvensyen ni dan of course a big thanks to Ayah and Mama atas keizinan :)

Dua hari saya di PICC adalah dua hari yang penuh makna. Serius, sangat menyeronokkan. Sangat padat dengan ilmu yang saya kira amat sukar dicari di luar sana. Alhamdulillah. Tak terhitung nilai ilmu di benak dada dibandingkan dengan yuran yang perlu kami bayar. Alhamdulillah. Semangat tu sentiasa berterusan untuk saya gali dan terus gali segenap ilmu Allah di muka bumi ini. Dalam pada itu, ter - reflect kembali kata - kata murabbi, "Jika kamu ingin berjaya di dunia, kamu perlukan ilmu. Jika kamu ingin berjaya di akhirat, kamu perlukan ilmu. Jika kamu ingin berjaya di kedua - duanya, sudah semestinya kamu perlukan ilmu." ^_^ Subhanallah. Apa pun, konvensyen ini adalah konvensyen yang julung - julung kalinya yang saya sertai. I don't know what to say, but overall it's AWESOME! Oh ya, ia menjadi bertambah Awesome kerana, kesemuanya di situ adalah 'Bidadari' which means to say, they are all women! Best gilerrr :D We laugh, we think hard, we even cried during the talk. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan atas chenta ini :')

Hari Pertama : Majlis Perasmian by CEO ILuvIslam - Bro Imran Koyube, Bidadari Impian by Ukht Fatimah Syarha, Cahaya Kemanisan Iman by Ustazah Zawiah Hassan, Wanita dan Kerjaya by Dr. Nikki Shuhada Shukor, Wanita Penyejuk Mata by Ustazah Siti Nor Bahyah, Wanita Berkarisma by Datin Zaleha Omar and lastly, Forum, Fashion - Yes or No? by Sis Wardina Safiyyah, Sis Catriona Ross, Pn. Suryati Daman and Datin Zaleha Omar.

Hari Kedua : Soalnya Hati, Bahagia dan Membahagiakan by Prof Dr. Muhaya Mohamad, Ibu Luar Biasa by Puan Jamilah Samian, Kesucian Mawar Putih by Ummi Ross (Raudatus Sakinah), Solehah Itu Indah by Dr. Rubiah Kulop, Wanita dan Dakwah by Dr. Harlina Halizah Siraj and lastly, Forum, Titian Syurga by Sis Nora, Sis Irma Hasmie, Ustazah Firus, Datin Yusmira and Dato Azlina.

Ah - haa, masa saya first time tengok tajuk - tajuk slot ni pun saya dah teruja. Sangat curious nak tahu apa yang akan mereka sampaikan kepada kami :D Pun begitu, actually, saya tak berkesempatan untuk tunggu sampai habis. Sedih. Atas keterbatasan waktu, saya relakan. Last slot yang saya dapat is Slot Ummi Ross. Then, jumpa Mama di hospital seterusnya bertolak balik ke Muadzam sebab esok pagi nya ada kelas :( Sedih pulak tak dapat join sampai habis. Tapi takpa lah, at last, saya dapat juga jumpa Mama. Oh ya, Mama sedang menunggu hari. Operation nya 16 April ni, doakan ya :) MadamJ saya dah lepas, dapat baby gegirl :) Orait, saya dah lari topik. Maaf =.='

Apa apa pun, saya just nak share something yang harap - harapnya dapat inspired dan menyemarakkan lagi semangat saya, awak dan kita semua untuk terus gagah dalam menjalani kehidupan sebagai khalifah - Nya. Insha - Allah :)
  • Seindah perhiasan adalah wanita solehah. Memang BERUNTUNG orang yang mendapatknnya meskipun sebagai anak mahupun pasangan hidup. sebabnya, dia memperoleh THE BEST perhiasan di dunia ini.
  • 4 wanita yang HEBAT di muka bumi ini :) 1) Asiah Binti Muzahim : Isteri kepada Firaun yang mengaku dirinya Tuhan. 2) Maryam Binti Imran : Satu - satunya wanita yang namanya dan riwayatnya diceritakan secara detail dalam Al - Quran, Surah Maryam. Subhanallah! 3) Khadijah Binti Khuwailid : Isteri Rasulullah yang pertama dan beliau pernah bercerai sebelum Rasulullah menikahinya. 4) Fatimah Az - Zahraa : Anak Rasulullah dan Siti Khadijah, juga seorang isteri kepada Saidina Ali. Ukht Fatimah Syarha ada menceritakan kisah - kisah wanita hebat ini. Sungguh Osem! Katanya, hanya ada 1 persamaan yang menjadikan mereka diangkat sebagai wanita HEBAT oleh Allah iaitu "Kecintaan yang tinggi kepada ALLAH dan Menjadikan Rasulullah itu sentiasa dekat di hati mereka."
  • Dalam beribadat dengan Allah SWT, at first kita kena paksa diri. Kalau tak paksa tak jadi. Kerana apa? Kerana kalau kita nak tunggu ikhlas itu datang. Sampai mati pun belum tentu.
  • Happiness is not about taking but giving.
  • Don't be disappointed if people refuse to help, but just say I'm very thankful to all those who said no, because of them i did it myself.
  • If we feel complete, we don't need to show off.
  • What matters most is how you see yourself.
  • Allah tak akan memberi kalau kita tak mencari.
  • Menghijabkan diri dari luaran memang mudah, namun menghijabkan diri dari dalaman? Tak semua penuhinya.
  • If you think you are too small to have an impact, try going to bed with a mosquito in the room :)
  • Bagaimana dunia melayan kita, ia menunjukkan bagaimana kita melayan dunia.
  • 3 kunci kebahagian ♥ - Allah dan Rasul, manusia kerana Allah dan benci perkara Allah benci.
  • Keys to live happily hereafter : Intention. Attention. No tension.
  • Fact : Senyuman yang wajib adalah senyuman selama 7 saat kepada setiap orang :)
  • Berhentilah membeli barang kemas, tapi sentiasalah perkemaskan diri.
  • We are happy not because the world is right.
  • The room is beautiful isn't because of the arrangement, but how I arrange my mind to see that the room is beautiful.
  • Buatlah apa sahaja yang Allah redha, bukan apa sahaja yang manusia suka.
  • Pakaian yang paling baik adalah pakaian TAQWA.
  • Saidatina Fatimah itu walaupun cantik tapi bukan kerana kecantikannya beliau disebut - sebut, tetapi ianya kerana bagaimana beliau pandai menguruskan rumah tangga. - Which means to say, beliau disebut bukan kerana rupa, tetapi kerana ilmunya.
  • Fact : Perkataan ilmu disebut 880 kali di dalam Al - Quran.
  • Tidak berjumpa dengan kekasih hati yang BELUM HALAL, sudah mula rindu sampai separuh mati. Tapi, tidak berjumpa dengan KEKASIH ALLAH, tidak pernah pula di ambil peduli :(
  • AGAMA harus menjadi tulang belakang dalam mencari pasangan!
  • Perlu YAKIN bahawa kita cantik. Bukan RASA kita cantik kerana RASA CANTIK itu mengundang ke NERAKA.
  • Manusia selalu berasa mereka tidak HEBAT kerana dia tidak sedar yang HEBAT itu sebenarnya datang dari ALLAH.

Wallahu Ta'ala A'alam. Sedikit sharing untuk semua. Insha - Allah, semoga kita semua dapat amalkan segala ilmu yang kita perolehi ini istiqamah sepanjang perjalanan hidup kita :')

Panelist hebat belaka :D

With Ukht Fatimah Syarha and Suhaiza :')
Great moment together. Insha - Allah, jumpa lagi.

Insha - Allah klik di SINI untuk mengikuti Forum, Fashion - Yes or No? Sangat nice! ^_^

PS. Maaf. Agak kelewatan share benda ni.
PPS. Kami ke HICOM Automotive hari ini. Syiokkk sangat sangat sangat! >.< 
PPPS. Tomorrow - Critical Thinking Quiz and Friday - Finance Mid Term. May Allah ease, Pray for Me yahh! ^_^
PPPPS. Haiyya haiyya jundullah. Nazhabu ila Stadium Melawati fil yaumil Jumu'ah.


Saya cuba untuk menyempatkan diri dalam keterbatasan waktu ini, namun, saya tak mampu. Serius sedih :( Kadang - kadang, saya seperti tidak adil kerana sentiasa melebih - lebihkan masa untuk duniawi saya yakni study, assignment, project work and etc. Tapi cukuplah, semoga Allah sentiasa tahu hasrat hati ini yang sebenar - benarnya. Insha - Allah.

‎"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."
(Donna Roberts)
Sincerely from me,
- farhanaselamat -

6 comments:

Anonymous said...

assalam farhana..wuaaa.jeles nye ngan dia..hmm xpe2..rzeki kak ya x sampai lg.hehe. oh ye, psl ilmu tu, ingat smpai bile2 tau, 880 kali ia disebut dlm Quran, baru ni kak ya midterm islamic, ade ustz tnye soklan tu. k ya jwb 88 kali, =( huhu
quite confused ngan ayt "yakin cantik" ngan "rasa cntik".cmne tu eh?huhu.pape pn, mkasih utk pkongsian!! <3

kak ya, polka dot.hee

farhana | selamat said...

sweet lah kakya ni. hehe.
baik, 880 kali tau!
pasal tu ye. yakin cantik - kita rasa sendiri tanpa bgitahu pada org. rasa cantik - spt nya kita tunjuk cantik tu pada org lain. dan ini, m'bawa kita ke neraka. wallahu a'alam :')

Anonymous said...

Farhana, pagi ni aku ker'blogwalking',
Suddenly jumpe this entry,
And for ALLAH sake,
memang excited kot jumpe gambar kita tu. :)
*mesti kau dapat teka siapa aku. :P *

farhana | selamat said...

this is what we called jodoh! hihi.
yes, absolutely i know you ;)
take care my dear sahabat.
may Allah ease your way <3

Asleh Nafsak said...

salam ukhuwah fillah Farhana. :)

your blog was sooo impressed me! btw, suhaiza pun kawan saya masa kem ibadah masa zaman sekolah dulu. muka awak mcm familiar tp saya x ingat samada kita pernah ketemu sebelum ini. saya pun pergi konvensyen ni.

hope we'll know each other moree! :)

-nur syazana-

farhana | selamat said...

salam ukhwah fillah syazana ;)

oh, awak pun kenalan suhaiza jugak? what a small world! inshaAllah, semoga kite dipertemukan. tidak di dunia, inshaAllah di akhirat. doakan! :D