Monday, March 26, 2012

monolog buat hamba.

Bila kau buat segala benda yang kau rasa kau mampu buat demi menceriakan hati orang - orang yang kau sayang, dan dengan harapan mereka mungkin 'nampak' usaha kau untuk menyenangkan hati mereka, tapi malangnya reaksi mereka membuatkan kau rasa macam apa yang kau buat selama ni seolah - olah tak ada makna langsung. Mungkin memang tak ada makna pun, bagi mereka.

Kau sedar selama ni kau banyak susahkan mereka. Dan bila kau makin membesar, usia yang makin matang mengajar kau untuk bertolak - ansur dengan kepentingan diri. Kau cuba bayar balik dengan berusaha sekeras mungkin untuk bagi mereka sedar yang kau tak nak lagi susahkan mereka. Mungkin, mungkin juga, usaha kau belum cukup. Tapi sekurang - kurangnya apabila kau bersusah - payah buat kerja - kerja yang mereka biasa buat, dan cuba untuk kurangkan beban mereka, pasti ada secebis pun harapan dalam hati untuk melihat mereka menghargai usaha kau, kan?

Maka, salahkah kalau hati kau bersedih bila mereka tak tunjuk langsung reaksi gembira mahupun sekecil - kecil penghargaan pada kau? Malah apa yang lahir adalah kritikan tajam, mengatakan bahawa apa yang kau lakukan seolah - olah tidak bermakna.

Sekecil - kecil kesilapan yang kau lakukan tiba - tiba jadi sebesar bukit di mata mereka. Sedangkan selama ni kau berpayah melawan hati yang sering merungut apabila cuba meringankan beban mereka. Tak cukup ikhlas kah hati tu? Susahkah untuk manusia memberi secebis penghargaan kepada manusia lain? Payah kah?

Tahukah kau bahawa itu hidup? Hidup adalah di mana kau terpaksa pujuk hati sendiri apabila penghargaan yang kau harapkan hanyalah wujud sebagai kritikan yang menambah luka dalam hati. Kalau kau tak tahu, aku dah bagitahu. Maka bersedialah untuk berjalan atas duri - duri realiti dan berpegang lah pada janji antara kau dengan Tuhan, bahawa kau akan kuat untuk mengenggam tugas berat sebagai Khalifah di bumi - Nya.

Sungguh, putus asa bukan ciri seorang Muslim. Bukalah hati itu seluas yang mungkin. Walaupun semua orang tahu, "Easier said than done."

* * *

Hati menangis lagi. Sedu sedan akhir akhir ini membuat aku tertanya. Apakah yang terjadi kepada diri. Mengapa tidak sekuat dahulu. Sedih. Biarpun puas sudah ku pujuk rayu sama hati. Namun, ia masih sama. Sudah ku cari ketenangan. Namun, ketenangan belum sempat menyapa sepenuhnya. Maaf, kerana aku bukan lagi aku akhir akhir ini.

Dalam pencarian ku ini, Alhamdulillah, masih ada suara yang mendamaikan bicara hati ini. Masih ada lagi jiwa - jiwa bahagia yang mampu menceriakan jiwa sesak ini. Terima kasih Allah atas nikmat ukhuwah ini. Kini, aku tahu. Aku kenal, siapa dia kawan, rakan dan sahabat. Tidak mengapa. Aku tidak mahu menuding kepada sesiapa. Memang sukar untuk ku cari yang benar benar ikhlas berada di sisi. Alhamdulillah, sesungguhnya cukuplah Allah dan sahabat - sahabat ku berada di sisiku. Yang tidak putus - putus mendoakan ketenangan dan mencalit rasa bahagia. Bersabarlah :/

No comments: