Tuesday, March 27, 2012

tentang aku, si telefon bimbit.

Aku sebuah telefon bimbit. Nama aku MyIman D818. Aku dilahirkan di Malaysia sahaja, tidak jauh dan tidak sehebat rakan - rakanku yang dilahirkan di UK, US, Finland dan sebagainya. Badan aku berwarna pink dan putih, di mana terdapat pelbagai butang di atasnya. Muka aku pula mampu memaparkan pelbagai imej. Aku ada satu telinga pada tapak badanku, satu mata dan satu mulut di belakang badanku. 

Pada satu hari aku dijual kepada seorang wanita bernama Pa'an dengan harga RM399 oleh jejaka penjual gajet di Bazar, KL. Tuan baru aku itu seorang pelajar di sebuah kampus di Pahang. Jauh bukan, Pahang dan KL? Oh ya, rupanya, rumahnya di Bangsar. Dekat sahaja dengan Bazar itu. Duit yang digunakan untuk membeli aku juga sebenarnya adalah duit hasil gaji pertama yang dia dapat semasa bekerja sebagai seorang jururawat di kawasan rumahnya. Kiranya, aku adalah telefon bimbit yang pertama yang hadir dalam hidupnya. 

Aku dijaga dengan penuh rapi oleh tuan ku. Beliau tidak banyak menggunakan aku sebenarnya, cukuplah hanya untuk telefon dan sms keluarga dan kenalannya sahaja. Selain itu, disebabkan keistimewaan aku yang tidak ada pada rakan seangkatan ku, tuanku selalu menggunakan khidmat ku untuk menghadam seberapa banyak makanan rohani yang ada pada ku. Alhamdulillah, aku dilahirkan dari keluarga yang Islamik dan aku pasti, itulah sebabnya, tuanku memilih aku daripada memilih gajet lain sebagai teman hidupnya. Alhamdulillah, syukur :)

Aku dibelai dimanja. Aku bahagia. Aku disarungkan dengan sarung yang unik. Aku hairan, namun kata tuan ku, "Harapnya, tak calar malar lah body dia nanti. Sayang sangat nak bukak cover ni." Itulah kata - kata yang aku pernah dengar terbit dari mulut tuan ku yang amat kukasihi :) Hampir setahun juga aku digunakan, di bawa ke sana ke mari. Serius! Aku tak sangka bahawa aku telah memuatkan pelbagai contact number baru. Sangat seronok! Dapat kenal dengan pelbagai jenis orang. Pelbagai jenis ragam. Dari situ aku rasakan, aku perlu kuat, kerana tuan ku amat memerlukan aku walau di mana jua dia berada.

Namun, lama kelamaan tahap kesihatanku tidak begitu mengizinkan untuk aku bergiat aktif. Bateriku cepat saja melemah. Malah, charger yang menjadi sumber untuk aku meng - recharge energy ku tidak lagi mampu berfungsi. Sangat sedih. Namun, ketabahan tuan ku membuatkan aku terus bersemangat untuk bangkit. Beliau melengkapkan aku dengan charger yang baru. Hoyeah! Gembira tak terkata :D Alhamdulillah, perjalanan hidupku kembali stabil. Namun, aku harus menerima hakikat, sarung ku lusuh lantaran banyak kotoran dan telah pun compang - camping mungkin atas faktor tuan ku yang agak ganas. Takpa, aku terima. Maka, calar - malar lah badanku. Aku sedih sangat. Aku harap tuan ku tahu tentang itu :( saat aku kesedihan, aku ditimpa lagi dengan kehilangan si stylus yang melekat di badanku. Sedihnya, satu persatu cacat cela yang terpaksa aku tanggung. Takpa lah, aku redha. :/

Biarpun, keadaanku semakin uzur, aku amat terharu dengan kecekalan tuan ku. Walaupun beliau diasak oleh rakan seperjuangannya untuk membeli telefon bimbit yang baru, namun, dia tetap setia pada ku. Alhamdulillah. Aku terhutang budi kepadanya. Namun, ajal, jodoh, pertemuan dan perpisahan itu di tangan Tuhan yang Maha Esa. Aku tak sangka, dalam sekelip mata, aku terpaksa berpisah dengan tuan ku dalam keadaan yang kami sama - sama tidak sedar. Sangat sangat sangat sedih. Aku terhempas ke bawah pada waktu ketika tuan ku sedang busy menuju ke kedai. Pada mulanya, aku diletakkan di ribanya ketika dia masih di dalam kereta, namun pabila dia keluar dalam keadaan yang gopoh, beliau terlupa bahawa aku di ribaanya. Lantas, aku terjatuh keluar lalu terhempas dalam keadaan yang amat sibuk itu. Sungguh, tragedi ini amat memilukan. Maka, tamatlah riwayatku bersama tuan ku. Aku pasti, beliau merasakan dunia ini seperti tiada ertinya tanpa kehadiranku di sisinya.

* * *


Ya.
Andai kau masih bernyawa.
Aku mahu kau tahu.
Bahawa aku rindu kamu :'(

6 comments:

PAAN zulkarnain said...

"Pada satu hari aku dijual kepada seorang wanita bernama Pa'an"

Paan wanita? wow menarik nya :D

farhana | selamat said...

@paan..
terasa ke? :P haha. kawan den panggil den paan tau kek sini. redho yolah :)

PAAN zulkarnain said...

kalau camtu nak suruh kawan UTP panggil farhana la plak kat sini. hihihihi

farhana | selamat said...

hahaha :D pun boleh!

Anonymous said...

calar malar?bkn calar balar?haha -kak ya-

farhana | selamat said...

erk? haha. saya failed bm masa sekolah dulu :P maaf.