Saturday, April 28, 2012

refleksi diri.

Angin senja menyapa. Amat dingin. Kedinginan itu membuatkan kedamaian menyirami nurani. Kedengaran kicauan - kicauan halus yang tidak pernah henti menghiasi alam, seakan - akan tidak pernah lelah mengabdikan diri untuk bertasbih memanjatkan pujian kepada Allah yang Maha Esa. Walaupun kini aku berada di ambang kegelapan, namun keindahan ciptaan Allah ini masih mampu dinikmati. Subhanallah, indahnya Muadzam tatkala Sang Suria melambai - lambai dari kejauhan. Ahhh ~ Naisss. ^_^


Sedang elok menikmati kedamaian hijau tika hujung minggu, lamunan ini menjengah ke kisah 'Rumput' yang amat nostalgia bagi ku. Hoho. Ingat lagi, Nura pernah sampaikan kisah ini semasa Kulimin dulu. Ya, kisah ini lah yang dahulunya pernah menjadi feveret ku pabila jiwa meragam, pabila jiwa menemui jalan buntu. *Refresh* Dan kisah ini bermula sedari timbulnya persoalan dari seorang pelajar kepada gurunya.

* * *

"Cikgu, bagaimana kita ingin memilih sesuatu yang terbaik dalam hidup kita?" 

Guru tersebut tersenyum. ^_^

"Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang terbentang di depan kamu. Pilihlah rumput yang paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Petiklah rumput yang kamu rasakan ianya paling cantik. Kemudian bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru itu pun bertanya.

"Kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Jawab pelajar itu.

"Tadi, semasa saya tengah berjalan, saya sudah pun mencari rumput yang paling cantik. Memang ada, banyak sekali rumput yang cantik tapi cikgu cakap, petik yang paling cantik. Maka saya pun teruskan berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Sehinggalah saya tiba di hujung padang, saya tidak juga menjumpai rumput yang paling cantik. Mungkin rumput di antara belakang saya tadi ada yang cantik, tapi, disebabkan cikgu tidak benarkan saya menoleh ke belakang semula, maka tiadalah rumput yang paling cantik untuk saya petik."

* * *

Dan, apa yang mungkin boleh aku konklusikan.
"Kita ini terlalu lemah dalam memilih." Setuju?

Pada celahan rumput itu, kita mencari sesuatu. Tapi biarlah bertepatan pada waktu, usah terlalu menunggu. Pada celahan rumput itu, kita terlalu mencari. Namun mungkin akan menyusul kecewa berganti. Pada celahan rumput itu, pasti ada rasa yang benar hakiki. Jika kita benar - benar menyedari.

Usahlah mencari yang terbaik, apa yang ada di depan itulah yang terbaik. Usah mencari yang terbaik, tapi jadilah yang terbaik. Usah menoleh ke belakang lagi, jom terus mara!

Ingat lagi janji manis dari Si Dia? (2 : 216) atau dalam erti kata lain, "Jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang kita dapat." Insha - Allah :) Somehow, kita pasti akan rugi serugi - ruginya jika tidak bersyukur atas apa yang kita ada hari ini. Kan?

*Senyum*

"Catch a falling star and put it in your pocket, never let it fade away. Catch a falling star and put it in your pocket, save it for a rainy day."

Pabila ku imbas kembali kenangan semalam, semuanya seakan berlalu dengan pantas sekali. Dan semestinya, yang manismanis saja yang selalu menerjah benak fikiran ini. Walaupun terkadang yang pahit, masam dan masin itu perlu ditelan juga. Apapun, indah! ^_^ Well. It is more than the word so - called, 'Kenangan'. Yesterday is history, tomorrow is mystery, but today is a gift. So, let's rise our daily life to its fullest! Tapi. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih tak percaya. Degree? =.=' Terlalu awal, mungkin. Entah :/

6 days and counting. #FinalExam. Heartless? Macam cuak but at the same time still rasa boleh lepaklepak lagi. Lagilagi pulak bila tengok ramai je yang balik. Err, apakah? :O Hmm. Tak faham dengan emosi sebegini :/ *Sigh* Trimester ini, trimester terakhir untuk aku buktikan segalanya. Ya Allah, permudahkan. Dah sampai ke penghujung. Pasti ending yang baik yang aku harapkan. Insha - Allah. Sedarlah. Sedarlah wahai diri! :(

Entah. Aku tak mengharap banyak. Biarpun carry mark belum aku ketahui, but deep inside. Hmm. Aku tak mahu ulas panjang. Sebab aku nak jugak yang terbaik even mungkin carry mark tak berapa nak membantu aku kali ni. Sedihnya :'(


Never say never. Aku harus berjuang! Tidak. Aku kena berjuang! Untuk 4 hari yang bakal tiba nanti. Doakan yang terbaik untukku wahai kalian. Amin. Insha - Allah.

Credit to Syahir for this nice Textgram.

PS. Oh ya, my previous post about the 'Gunting Tampal' thingy is actually for my assignment purposes. Hoho. Sebagai evidence saja. Sorry kalau ada yang dah berkenan dengan product kami. Kami sekadar buat suka - suki saja.
PPS. Hari ni semua orang busy dengan 'Kuning'. Entah. Saya tak mahu ulas banyak. Apa yang pasti, celikkan hati celikkan minda. Perlu ambil tahu, Pros dan Cons nya juga. Wallahu A'alam.
PPPS. Kegiatan tidak sihat di ambang Final Exam :P Hopefully sempat habiskan by this Sunday! Hoyeah! ^_^ Baru lah ada umpphhh nak study! Kihkih.


I Books. Enuff said :D Tapi tak pernah nya nak habis baca :P

Bismillah. Selamat datang semangat!
- farhanaselamat -

Monday, April 23, 2012

gunting tampal :)

Jom jom kita beli online!
Sangat murah dan Super Ohsem! >.<
Gerenti U All will 'FELT The LOVE'






GREETING CARDS



FELT T - SHIRT



FELT KEY - CHAIN



FELT PILLOW

Friday, April 20, 2012

if life was easy?


Wahai masa lalu yang sudah berlalu dan selesai, tenggelamlah kamu seperti tenggelamnya mataharimu. Aku tidak akan menangisi pemergianmu, dan kamu tidak akan melihatku termenung sebentar pun untuk mengingatimu. Kamu sudah meninggalkan kami semua, pergilah dan jangan kembali lagi.


Wahai masa depan, engkau masih dalam misteri. Maka aku tidak akan bermain dangan khayalan dan memperjudikan nasib dangan hanya satu agakan. Aku juga tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada, sebab esok hari mungkin tidak ada sesuatu, esok hari adalah sesuatu yang yang belum diciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.


Aku cemburu pada bulan yang bermesra dengan - Mu pada malam hari. Aku cemburu pada bintang yang berkelip gemilang di kala mentari menyepi. Aku cemburu pada tumbuhan yang bertasbih pada - Mu di kala mulutku terkunci. Aku cemburu pada kelawar yang berjaga di saat Engkau turun ke bumi. Aku cemburu pada jiwa yang berdoa pada - Mu di saat aku sedang bermimpi. Kerana itu aku bangun membersihkan diri. Melangkah kaki menuju pada - Mu Ilahi. Menadah tangan memohon ampunan dari Rabbul Izzati. Supaya cintaku ini tidak dibawa lari. Biarpun di masa lalu itu, atau di masa depan nanti.

* * *

Ask yourself.
Did the person make you feel happy?
Did the person caused you to feel pain?
Did you feel lonely because of the person?
Did you ever feel emotional mess deep down inside your heart,
Or up there they are exploding in your mind?

And when people starting to say you're weird and become a zombie - like person, there you have it. It seems like your heart had stuck somewhere. That might be represents the 4 words. Ehem.

* * *

Mardhatillah. Everything is based on that. Do it as you please.

As long as it not what Allah forbids. Then, hold up your hand. Ask for more guidance. That is for, whatever thing you do, may you carry it out as you've always dreamed and wanted the most, as long as it's not going to separate you from the Almighty Lord. Seek the most important thing first, before you move on with other things. Mardhatillah.

There you go. You walk, walk and walk. It was a long way distance. Suddenly you stopped, seeing the roads in front of you, dividing into two. And you get suspicious. "Which road should I pursued?" Until now, have you make the decision? So. That's the starter. Choosing, for me, is a really hard thing to do. It can't be describe when you're facing in such situation. No, maybe it takes lots of time. When we're getting older, and starting to become adults, making decision is like a routine in everyday's life. It's hard. Then, the best solution is Istikharah :) Well, let's try it, it's guaranteed. Insha - Allah.

"If life was easy, where would all the adventures be?" ^_^


Setelah cinta aku warnakan,
Seusai cinta aku ungkapkan,
Aku masih lagi termanggu kebingungan,
Kerana, tiada warna yang mampu mewarnainya,
Kerana, tiada kata yang mampu menguraikannya,
Hanyalah cinta itu mampu dirasa,
Pada jiwa yang benar - benar menginginkannya,
Mengikut landasan dan jalan kehendak - Nya.

Cinta itu bukan tujuan, cinta itu hanya jalan.
Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat.

Sweet memoriesWith Ukht Fatimah Syarha :)

Cinta kepada Allah. Cinta kerana Allah. Cinta bersama Allah.
Di manakah kita?
(Fatimah Syarha)

PS. Alhamdulillah, banyak sangat ilmu yang saya dapat dari Forum Kakak comel ini serta zauj nya :) May Allah bless both of you! Amin Ya Rabb.
PPS. 4 days and counting. Adik oh adik ~ Semoga opertion Puan Mama berjalan lancar dan selamat hendaknya. Doakan ya!
PPPS. Evaluation kawad (Isnin), Community Service (Rabu), Quiz (Jumaat). Ya, aku tulis supaya aku tak lupa tentang ini. ^_^
PPPPS. Dan semalam Allah beri amaran kepada kita. Masha - Allah. Let's pray for them. Save the world Ya Allah, the Muslims. Save us. Insha - Allah Amin :)

Lots of love 
- farhanaselamat -

Thursday, April 19, 2012

hari ini kepunyaanku.

Ahad | MRA | Uniten Bangi 



Kami Prihatin. Dan saya berpeluang untuk ke Sek Komuniti Rohingya, Cheras. Okay, dah dekat sangat dah dengan rumah. Kan? *Homesick* V_V Abaikan. Heh. Sebelum bercerita panjang, tahukah anda siapa warga atau kaum Rohingya? Baik. Secara ringkasnya, Rohingya adalah pelarian daripada Burma / Myanmar yang kini mendapat perlindungan di Malaysia di bawah MRA (Malaysian Relief Agency). Mereka ini dikatakan, tidak mempunyai negara sendiri atau dengan erti kata yang lain, negara mereka (Burma) tidak menerima mereka sebagai warganegara tersebut. Atas alasan, petempatan mereka berada di sempadan Bangladesh dan Myanmar. Mereka ini kesemuanya beragama Islam. Jadi, kalau bukan kita yang membantu saudara se - Islam kita, siapa lagi? Wallahu A'alam :') Segala keterangan ini bersumber daripada Papa Joe (Ketua Rumah Rohingya - MRA). Papa Joe telah bergiat dalam aktiviti sukarelawan ini setelah sekian lama dan untuk makluman, kepada sesiapa yang berminat untuk join aktiviti - aktiviti kemasyarakatan ini misalnya Bantu Orang Banjir, Anak Yatim, OKU, Pelarian etc, bolehlah berhubung directly kepada beliau. Untuk maklumat lanjut tentang warga Rohingya, bolehlah google google dan usha link ini. Rohingya.

Program seharian bersama mereka membuah suatu makna dalam hidup saya. Bersyukurlah wahai sahabat. Kita masih punya segalanya dalam hidup kita :') Alhamdulillah. "The best men is he who best to mankind" - MRA 



* * *

Isnin Pagi | Adik | Hospital Kuala Lumpur

9.15 AM
Ayah : Kakak, doakan mama dan adik selamat. Mama dah masuk ward operation.
Kakak : Insha - Allah dipermudah, ayah.

*Gelisah*
Haih, Cuaknya. Kat kelas pun, dah hilang fokus.

10.30 AM
Ayah : Alhamdulillah kak, mama dan adik selamat. Dua - dua sihat.
Kakak : Yeay! Tak sabarnya kakak nak tengok Umar :)

*Seronok*
Senyum nampak gigi! :D Alhamdulillah. Syukur sangat. Takda sebarang masalah yang berlaku sepanjang operation. Semuanya kuasa Allah. Walaupun, mama pernah di - provoke oleh seorang doktor untuk menggugurkan kandungan asbab takut implikasi lain yang akan terjadi. Well, totally. Assumption doktor itu tidak sehebat kuasa Dia. Kan? Semestinya. Keep thanking. Mercy Ya Rabb. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Puan Mama saya. Sungguh. Tak ternilai sebuah doa kalian itu jika dibandingkan dengan wang ringgit. ^_^


Wahai adik. Kamu sangat chumil. ^_^ Bila kah masanya kakak dapat ketemu dengan kamu ya? Oh Allah, segerakan hari - hari ini berlalu. *Jiwa meronta* :O

* * *

Isnin Petang | Kor Uniten | Area Auditorium



Evaluation Kor Uniten. Enjoy enjoy saja. ^_^ Even tak dapat buat the best pun. Tak apa lah kan. Hmm. Ya. Timbul rasa sedikit kesal atas ketandusan diri. Mohon ampun dari semua :'(

* * *

Rabu | SMK Muadzam Jaya | Commuity Service



Gotong - royong di Bumi Amazon. Oyeah. Sekali - sekala kot kami dapat peluang begini. Well, even though segalanya yang kita buat for the sake of carry mark. That's not the point. When we're together, we feel the spirit. Dan itu yang selalunya saya mahukan. Together. Close. Unite. UTK :')

* * *

Khamis | Malam Apresiasi Cendekiawan | Auditorium







Alhamdulillah :')

* * *

Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan. Maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang - orang alim, menyayangi kanak - kanak dan berbakti kepada ibu bapa. Insha - Allah. Jom jadi baik! ^_^

Suka rasanya untuk aku ulang.

"Live the moment, Cherish the present, Anticipate the future." You deserve to be happy everyday!

PS. Dan aku masih mampu ber - belog biarpun dikelilingi esaimen yang melangit tingginya. Bila mahu berubah? Final dah dekat. T_T
PPS. Hmmppphhhh. Masih banyak lagi yang aku perlu belajar tentang lighting camera. And setting sharpness dia. Anyone?

Moments rise and fall. If this moment is a fall, hang on. It will rise :')
- farhanaselamat -

Tuesday, April 10, 2012

one big family.

Have you thought about,
Why we look the same?
Why we feel the same?
Don’t tell me it’s by chance.

Oh, you’re my brother,
You’re my sister,
We’re one big family.
Oh, you’re my brother,
You’re my sister,
Just one big family.



It doesn’t matter if you live far away from me,
You feel I feel, you bleed I bleed, you cry and I cry,
We sleep and dream,
Sometimes we’re sad, sometimes we’re happy,
You breathe I breathe,
We love, walk, talk and we smile.

I care about you,
And I wish you could realise,
There’s no difference between us two,
We’re part of one family,
No matter how far you are,
And even if we don’t know each other,
Oh, you and me, me and you, we are one.

One Big Family - Maher Zain.
Dan lagu ini membawa aku kepada -> Homesickness! >.<
Ohh ~ Be strong Farhana! Be strong! Perhaps.

Monday, April 09, 2012

ketika chenta ini menyapa.

Dikala cinta menyapa,
Dunia begitu indah berwarna,
Bunga - bunga di hati bersemi,
Harum mewangi bagaikan kasturi.
Walaupun cinta tak berwujud,
Namun ia menguasai hidup.

Tatkala hati tersentuh cinta,
Walaupun cinta itu tak berwarna nyata,
Tetapi ia membekas biru di kalbu,
Wahai Sang Maha Pencipta cinta,
Indahnya cinta adalah kurniaan - Mu :')



Who is she?
A lover she is.

"I see. She has someone already?"

Oh. So then that word 'lover' MUST be understood as you already have someone?
So that's why you're lover?

She's a lover because she has her God to love.
She's a lover because she has that one man named Muhammad ibn Abdullah to love.
She's a lover because she has her parents, family, and friends, to be loved to.
She has her religion, she has the Ummah, she has herself, to love.
And of course, she had found her new lover there.
Where the moon appear, brings the heart of the child. 

Well, love itself holds thousands of meaning.
Don't judge. Just spread it ^_^

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya." (Hadis)

Hari ini, aku banyak belajar dari mereka. Kasih, sayang, cinta, bahagia, ceria dan gembira. Masha - Allah. Hebatnya rasa ini wahai Tuhan :') Terima kasih atas kesempatan ini. Aku masih lagi berpeluang untuk merasa bi'ah yang aku rindui kini. Laungan merdu suara mereka membawa aku kembali ke zaman itu. Oh Tuhan, indahnya. Berjemaah setiap 5 waktu sehari semalam, menghadam keperluan jasmani dan rohani bersama - sama, beriadah bersama dan segalanya bersama - sama. Segalanya terimbau kembali. Rindu rindu :') Well, menu makanan nya pun tetap sama dari dulu sampai sekarang. Still ada labu kuning tu, still ada telur hancur tu, still ada daging black pepper tu. Wuhuu ~ Mahu kembali ke zaman itu! Mungkinkah? :|

Oh ya, lupa pula untukku cerita kan. Inilah dia "CHENTA". Sang sahabat kepada sahabatnya yang lain. Mereka saling bersuapan, mereka saling berpeluk erat. So sweet! ^_^ Sempat juga untukku rakamkan detik ini. Andainya kesemua kita di bumi - Nya ini sebegini, pasti aman dan bahagia hidup ini kan?

"Ukhuwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya." (Imam Al - Ghazali)

Alhamdulillah, everything goes smoothly :) Usai sudah memecahkan ais, ber - LDK dan diselangi beberapa makanan rohani untuk kegunaan mereka di masa hadapan. In return, at the same time, I'd learnt many many new things on how to manage a big event. Tentang teknik, kreatif, inovatif, berkepimpinan, berkeyakinan dan sebagainya. Alhamdulillah, Allah pilih aku untuk merasa nikmat ini. Thanks Allah! That's what I want you to know. Betapa nya aku terhutang budi dan belas kepada - Mu wahai Pemilik Rasa Bahagia :') Dan tiga hari yang berlalu itu sebenarnya belum cukup panjang kerana aku belum cukup puas untuk menggali dan memberi ilmu kepada hadek hadek yang sangat ku chentai ini :') Semoga segala ilmu yang hanya sekelumit dari insan yang kerdil ini, adik adik abdikan hanya semata - mata kerana Dia ya! ^_^ Simpanlah segala memori indah kita bersama di hati dan kotak minda adik - adik agar ukhwah dan chenta ini berterusan hingga ke Jannah - Nya. Insha - Allah! ^_^ Sayang adik adik dan rakan fasi semua kerana Allah. Tengsomac kepada semua fasi dan commitee yang menjayakan program ini dan memberi tunjuk ajar kepada saya yang baru sahaja meniarap di dalam ruang yang kecil ini. Love you all lillah :D

"My love is like a rose divided into two, the leaves I give to others, but the rose I give to you."

That's me! ^_^ Hasil nukilan adik Faezul untuk kakak fasi nya. Sweet kan adik ni? Terima kasih dik :') 

It has becoming like some sort of ritual. The same event on different days, just, it has becoming even more beautiful. Thank You to Allah. I believe in Him, on every moment and always. Thus, I have to remain strong aren't I? What more could have I ask for? These are just beautifully written for me, I'm happy!

The days are repeating itself. Still, there's a lot more to come. Thank You Allah, the stories You've narrated are the best than any novels I have ever read. Please remind me to be thankful, always. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah :)

Kini aku rindu, siapa mampu mengubati? :')

PS. Best wishes to hadekhadek FT yang sedang menempuhi Final Exam start hari ini hingga khamis ni. Insha - Allah. You all deserve the best! Rabbuna yusahhil. Amin. Not forgotten, to all my Matrician friends, Happy Final Exam! ^_^
PPS. Ya Allah permudahkan segala urusanku.
PPPS. Aku masih bisa ber - belog, biarpun aku punya 1001 kerja yang belum bersentuhan. Semoga Allah berkati :)

Rindu sama adikadik SMA Bukit Ibam :')
- farhanaselamat -

Thursday, April 05, 2012

everything goes too fast.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum :)
Have a great day, guys!

#1 Costing Revelation | 28.03.2012 |  Hicom Manufacturers, Pekan, Pahang


Costing Revelation. This is our first project. Alhamdulillah. Everything is going smoothly and awesome - ly. Aku perosak bahasa. Abaikan. (Y) Yup. It was such a dramatical story that we've gone through. Many things that distract us at the beginning. But, just keep it off. Kan? :) However it's, thanks to all the committee and of course our lecturer, Madam J for all the effort and hardwork. Alhamdulillah Ya Rabb. Bi iznillah, we managed to go to Hicom Manufacturers, Pekan, Pahang during this Trisem. Many things that we learnt together. About the management, production and so on. One word - Interesting :D Even though during the journey to the destination the bus was suddenly emm, minyak clutch nya habis. However it is, because of that, we can create a wonderful colour of memory together. Huhu. And I will always believe that, " Everything happen for a reason." Alhamdulillah :') Btw, spot me at the picture above! The winner will be spent by me. Seriously! ^_^

#2 Karnival Jom Heboh Bestari | 31.03.2012 | Parking Park Blok 3 Bestari


"Jom jom jom, kita heboh heboh." Huhu. Tak perlu nak heboh sangat lah kan. LOL. Gurau je :D Well well, belum sempat badan merebah, ditambah pula dengan kerja menjual beli. Tahukah anda, berjual beli itu adalah pekerjaan yang sangat mulia. Contohi baginda :) Cop. Ada secebis love letter dari Dia tentang ini.

Wahai orang - orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta - harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh - bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. (Surah An - Nisa’ : 29)

Itulah ayat - ayat chenta dari Dia. Dan sebagai hamba - Nya, saya tak mahu lepaskan peluang untuk merasainya. Belum tentu masa saya dah berkerjaya nanti, saya akan dapat experience macam ni jugak kan? So why not. Cherish all those sweet moment together. Dan dari sini, saya tahu, apakah itu kerjasama, apakah itu memasak, apakah itu sabar, apakah itu masa, apakah itu persahabatan, apakah itu perniagaan dan sebagainya. Hoyeah. "Hongeh" tak "hongeh", den totap teruskan :D Alhamdulillah, keropok lekor, ayam gedeboom :O, smash potato dan air kotak kami laku jugak hingga ke petang. Apa pun, saya ada kedengaran komen - komen membina dari customer, apa pun, maaf dari pihak kami dan terima kasih kerana membeli di gerai kami :) Yeah, "The House" forever! (Y)

#3 Critical Thinking and English Carnival - TABOO! | 04.04.2012 | Lobby Auditorium Uniten Kshas


What a dayy! ^_^ Kami tidur lambat. Kami kerja kuat. (Y) Oyeah. Seumur hidup, tak pernah kot tidur pukul 3 pagi. For the sake of Taboo. Wowowo. Taboo? Apakah? :O Pantang larang. Which means to say, we've to display and present all about our culture and all sorts regarding to the taboo. Nice! ^_^ Group saya buat Indian Culture. Just a simple one, but Alhamdulillah we manage to get "The Most Attractive" booth. Wahaha! This is Miracle! I guess. Well well, it's rezeki. Walaupun rasanya, booth kami takda lah sehebat booth mereka. Yang siap ada Mumia, Mayat, Hercules, Pharaoh bagai. Apa pun, congrats to all :) Kalau boleh, saya nak rakam detik - detik malam preparation kat Bestari ni. Asal pergi rumah orang ni, mesti tengah buat taboo. Asal pergi rumah orang tu, pun mesti tengah buat taboo. Nice one guys! Semuanya pemenang, tiada peng - kalah. Lulz :D Banyak sangat gambar yang menarik. Tapi, saya malas nak upload. Sangat kejam kan? Huhu. Oh ya, detik yang manis ini juga kami urai dengan kehadiran sahabat - sahabat dari Uniten Bangi. Peh peh. Saya jumpa classmates saya dan warga - warga YTN :D Gaya macam dah lama je kot tak jumpa, padahal masa KOU hari tu ada jugak jumpa beberapa. Huhu. Well, everytime is our reunion time. Kan?

Here we go. Oyeah. You know what. The song : "Through My Window" by you all has stuck in my head. Ohmai. Haha :D

Everything goes too fast. Istighfar. V_V
Masih banyak yang aku perlu baiki. Sempatkah aku sempurnakan Iman ku sebelum ajalku? T_T
Allahumma Solli 'Ala Muhammad.

Mahu jadi "Bersih".
Bersih hati.
Bersih zahir.
Bersih minda.
Bersih segalanya.

PS. It's too fast! >.< Anyway, "By the time we've made it, we've had it." :)
PPS. KL! I dunno when we will be meet again. *Sigh* :(
PPPS. Qadak - ing all thingy during this 4 days. Study, Tutorial, Assignment. Errr err. Maybe. Let's novel - ing :) Nak khatam 4 biji novel lagi >.< Fighting!
PPPPS. Will be going to SMABI this weekend. Gabrah! First time lah katakan. =.=

PPPPPS. To all Uniten Kshas', JOM!

Beliau Novelis Hebat, bersama Si Pemilik Rusuk Kirinya. Wah, mula dah ayat sastera! ^_^
Semoga majlis ilmu ini dimanfaatkan bersama. Insha - Allah. Haiya Nazhab!

PPPPPPS. Saya sayang mereka mereka yang di atas :')

"Orang yang penyayang akan disayangi oleh Tuhan Yang Maha Penyayang. Maka sayangilah penduduk di bumi, nescaya penduduk di langit akan menyayangi mu." (Hadis Qudsi) ^_^

This is the beginning of a new day.
God has given me this day to use as I will. 
I can waste it or use it for good. 
What I do today is important, because 
I am exchanging a day of my life for it. 
When tomorrow comes, 
this day will be gone forever, 
leaving in its place something 
that I have traded for it. 
I want it to be gain, not loss, 
good not evil, success not failure, 
in order that I shall not regret 
the price I paid for it. 

Sudah dimiliki pengganti MyIman :) 
Apa pun, kau masih yang pertama, tiada kedua. 
- farhanaselamat -