Thursday, April 19, 2012

hari ini kepunyaanku.

Ahad | MRA | Uniten Bangi 



Kami Prihatin. Dan saya berpeluang untuk ke Sek Komuniti Rohingya, Cheras. Okay, dah dekat sangat dah dengan rumah. Kan? *Homesick* V_V Abaikan. Heh. Sebelum bercerita panjang, tahukah anda siapa warga atau kaum Rohingya? Baik. Secara ringkasnya, Rohingya adalah pelarian daripada Burma / Myanmar yang kini mendapat perlindungan di Malaysia di bawah MRA (Malaysian Relief Agency). Mereka ini dikatakan, tidak mempunyai negara sendiri atau dengan erti kata yang lain, negara mereka (Burma) tidak menerima mereka sebagai warganegara tersebut. Atas alasan, petempatan mereka berada di sempadan Bangladesh dan Myanmar. Mereka ini kesemuanya beragama Islam. Jadi, kalau bukan kita yang membantu saudara se - Islam kita, siapa lagi? Wallahu A'alam :') Segala keterangan ini bersumber daripada Papa Joe (Ketua Rumah Rohingya - MRA). Papa Joe telah bergiat dalam aktiviti sukarelawan ini setelah sekian lama dan untuk makluman, kepada sesiapa yang berminat untuk join aktiviti - aktiviti kemasyarakatan ini misalnya Bantu Orang Banjir, Anak Yatim, OKU, Pelarian etc, bolehlah berhubung directly kepada beliau. Untuk maklumat lanjut tentang warga Rohingya, bolehlah google google dan usha link ini. Rohingya.

Program seharian bersama mereka membuah suatu makna dalam hidup saya. Bersyukurlah wahai sahabat. Kita masih punya segalanya dalam hidup kita :') Alhamdulillah. "The best men is he who best to mankind" - MRA 



* * *

Isnin Pagi | Adik | Hospital Kuala Lumpur

9.15 AM
Ayah : Kakak, doakan mama dan adik selamat. Mama dah masuk ward operation.
Kakak : Insha - Allah dipermudah, ayah.

*Gelisah*
Haih, Cuaknya. Kat kelas pun, dah hilang fokus.

10.30 AM
Ayah : Alhamdulillah kak, mama dan adik selamat. Dua - dua sihat.
Kakak : Yeay! Tak sabarnya kakak nak tengok Umar :)

*Seronok*
Senyum nampak gigi! :D Alhamdulillah. Syukur sangat. Takda sebarang masalah yang berlaku sepanjang operation. Semuanya kuasa Allah. Walaupun, mama pernah di - provoke oleh seorang doktor untuk menggugurkan kandungan asbab takut implikasi lain yang akan terjadi. Well, totally. Assumption doktor itu tidak sehebat kuasa Dia. Kan? Semestinya. Keep thanking. Mercy Ya Rabb. Terima kasih kepada semua yang mendoakan Puan Mama saya. Sungguh. Tak ternilai sebuah doa kalian itu jika dibandingkan dengan wang ringgit. ^_^


Wahai adik. Kamu sangat chumil. ^_^ Bila kah masanya kakak dapat ketemu dengan kamu ya? Oh Allah, segerakan hari - hari ini berlalu. *Jiwa meronta* :O

* * *

Isnin Petang | Kor Uniten | Area Auditorium



Evaluation Kor Uniten. Enjoy enjoy saja. ^_^ Even tak dapat buat the best pun. Tak apa lah kan. Hmm. Ya. Timbul rasa sedikit kesal atas ketandusan diri. Mohon ampun dari semua :'(

* * *

Rabu | SMK Muadzam Jaya | Commuity Service



Gotong - royong di Bumi Amazon. Oyeah. Sekali - sekala kot kami dapat peluang begini. Well, even though segalanya yang kita buat for the sake of carry mark. That's not the point. When we're together, we feel the spirit. Dan itu yang selalunya saya mahukan. Together. Close. Unite. UTK :')

* * *

Khamis | Malam Apresiasi Cendekiawan | Auditorium







Alhamdulillah :')

* * *

Hanya hari ini aku akan menghirup udara kehidupan. Maka aku akan berbuat baik kepada orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapa pun. Aku akan menziarahi mereka yang sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bagi yang tersesat, memberi makan kepada orang yang lapar, menolong orang yang sedang kesusahan, membantu orang yang dizalimi, meringankan penderitaan orang yang lemah, mengasihi mereka yang menderita, menghormati orang - orang alim, menyayangi kanak - kanak dan berbakti kepada ibu bapa. Insha - Allah. Jom jadi baik! ^_^

Suka rasanya untuk aku ulang.

"Live the moment, Cherish the present, Anticipate the future." You deserve to be happy everyday!

PS. Dan aku masih mampu ber - belog biarpun dikelilingi esaimen yang melangit tingginya. Bila mahu berubah? Final dah dekat. T_T
PPS. Hmmppphhhh. Masih banyak lagi yang aku perlu belajar tentang lighting camera. And setting sharpness dia. Anyone?

Moments rise and fall. If this moment is a fall, hang on. It will rise :')
- farhanaselamat -

6 comments:

Anonymous said...

mabruk ukhtie.. :)

kak ya polka dot :D said...

farhanaa.best nye bleh g prog cheras tu.k ya nk g gak, skali da penuh lak mse tu =(
huhuu. msti x sbr sgt2 kan nk jumpe umar? comeyyyyy <3
tahniah gak dpt dean's list! =)

ciksengeh :D said...

FARHANAAAA SELAMATTT ! weyhh ! rindu giler ah kau ! bile nak balik ? nak jumpe adik cumel tuh jugakk ! hm hm hm <3

D-SIM said...

jarang nak jumpe org yg join byk aktiviti tp dean's list. tahniah tahniah :)


lighting ? lain kali jangan cahaya dibelakang objek/orang, biar cahaya tu dari depan, biar jelas nampak muka bukannya tenggelam gelap xnmpk dek cahaya dari belakang.

Nini D.. said...

syukran..tahniah dik!

farhana | selamat said...

terima kasih semua :) doakan yg terbaik utk yang terakhir ini. amin!