Saturday, April 28, 2012

refleksi diri.

Angin senja menyapa. Amat dingin. Kedinginan itu membuatkan kedamaian menyirami nurani. Kedengaran kicauan - kicauan halus yang tidak pernah henti menghiasi alam, seakan - akan tidak pernah lelah mengabdikan diri untuk bertasbih memanjatkan pujian kepada Allah yang Maha Esa. Walaupun kini aku berada di ambang kegelapan, namun keindahan ciptaan Allah ini masih mampu dinikmati. Subhanallah, indahnya Muadzam tatkala Sang Suria melambai - lambai dari kejauhan. Ahhh ~ Naisss. ^_^


Sedang elok menikmati kedamaian hijau tika hujung minggu, lamunan ini menjengah ke kisah 'Rumput' yang amat nostalgia bagi ku. Hoho. Ingat lagi, Nura pernah sampaikan kisah ini semasa Kulimin dulu. Ya, kisah ini lah yang dahulunya pernah menjadi feveret ku pabila jiwa meragam, pabila jiwa menemui jalan buntu. *Refresh* Dan kisah ini bermula sedari timbulnya persoalan dari seorang pelajar kepada gurunya.

* * *

"Cikgu, bagaimana kita ingin memilih sesuatu yang terbaik dalam hidup kita?" 

Guru tersebut tersenyum. ^_^

"Ok, kamu ikut apa yang cikgu suruh. Kamu pergi ke padang, kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput yang terbentang di depan kamu. Pilihlah rumput yang paling cantik, tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Petiklah rumput yang kamu rasakan ianya paling cantik. Kemudian bawa ke kelas."

Apabila pelajar tersebut pulang semula ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangannya. Guru itu pun bertanya.

"Kenapa tiada rumput yang dipilih?"

Jawab pelajar itu.

"Tadi, semasa saya tengah berjalan, saya sudah pun mencari rumput yang paling cantik. Memang ada, banyak sekali rumput yang cantik tapi cikgu cakap, petik yang paling cantik. Maka saya pun teruskan berjalan ke depan sambil mencari rumput yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang walaupun sekali. Sehinggalah saya tiba di hujung padang, saya tidak juga menjumpai rumput yang paling cantik. Mungkin rumput di antara belakang saya tadi ada yang cantik, tapi, disebabkan cikgu tidak benarkan saya menoleh ke belakang semula, maka tiadalah rumput yang paling cantik untuk saya petik."

* * *

Dan, apa yang mungkin boleh aku konklusikan.
"Kita ini terlalu lemah dalam memilih." Setuju?

Pada celahan rumput itu, kita mencari sesuatu. Tapi biarlah bertepatan pada waktu, usah terlalu menunggu. Pada celahan rumput itu, kita terlalu mencari. Namun mungkin akan menyusul kecewa berganti. Pada celahan rumput itu, pasti ada rasa yang benar hakiki. Jika kita benar - benar menyedari.

Usahlah mencari yang terbaik, apa yang ada di depan itulah yang terbaik. Usah mencari yang terbaik, tapi jadilah yang terbaik. Usah menoleh ke belakang lagi, jom terus mara!

Ingat lagi janji manis dari Si Dia? (2 : 216) atau dalam erti kata lain, "Jika kita tidak mendapat apa yang kita suka, maka, kita perlu suka apa yang kita dapat." Insha - Allah :) Somehow, kita pasti akan rugi serugi - ruginya jika tidak bersyukur atas apa yang kita ada hari ini. Kan?

*Senyum*

"Catch a falling star and put it in your pocket, never let it fade away. Catch a falling star and put it in your pocket, save it for a rainy day."

Pabila ku imbas kembali kenangan semalam, semuanya seakan berlalu dengan pantas sekali. Dan semestinya, yang manismanis saja yang selalu menerjah benak fikiran ini. Walaupun terkadang yang pahit, masam dan masin itu perlu ditelan juga. Apapun, indah! ^_^ Well. It is more than the word so - called, 'Kenangan'. Yesterday is history, tomorrow is mystery, but today is a gift. So, let's rise our daily life to its fullest! Tapi. Sebenarnya jauh di sudut hati, aku masih tak percaya. Degree? =.=' Terlalu awal, mungkin. Entah :/

6 days and counting. #FinalExam. Heartless? Macam cuak but at the same time still rasa boleh lepaklepak lagi. Lagilagi pulak bila tengok ramai je yang balik. Err, apakah? :O Hmm. Tak faham dengan emosi sebegini :/ *Sigh* Trimester ini, trimester terakhir untuk aku buktikan segalanya. Ya Allah, permudahkan. Dah sampai ke penghujung. Pasti ending yang baik yang aku harapkan. Insha - Allah. Sedarlah. Sedarlah wahai diri! :(

Entah. Aku tak mengharap banyak. Biarpun carry mark belum aku ketahui, but deep inside. Hmm. Aku tak mahu ulas panjang. Sebab aku nak jugak yang terbaik even mungkin carry mark tak berapa nak membantu aku kali ni. Sedihnya :'(


Never say never. Aku harus berjuang! Tidak. Aku kena berjuang! Untuk 4 hari yang bakal tiba nanti. Doakan yang terbaik untukku wahai kalian. Amin. Insha - Allah.

Credit to Syahir for this nice Textgram.

PS. Oh ya, my previous post about the 'Gunting Tampal' thingy is actually for my assignment purposes. Hoho. Sebagai evidence saja. Sorry kalau ada yang dah berkenan dengan product kami. Kami sekadar buat suka - suki saja.
PPS. Hari ni semua orang busy dengan 'Kuning'. Entah. Saya tak mahu ulas banyak. Apa yang pasti, celikkan hati celikkan minda. Perlu ambil tahu, Pros dan Cons nya juga. Wallahu A'alam.
PPPS. Kegiatan tidak sihat di ambang Final Exam :P Hopefully sempat habiskan by this Sunday! Hoyeah! ^_^ Baru lah ada umpphhh nak study! Kihkih.


I Books. Enuff said :D Tapi tak pernah nya nak habis baca :P

Bismillah. Selamat datang semangat!
- farhanaselamat -

4 comments:

ciksengeh :D said...

love to read ur words .. ehem . sy nmpk ad tunas ngan contengan jalanan lah celah2 buku tu ;) am i right ???

farhana | selamat said...

thanks ama :)
heheh, tajam betul mata awak ye.

PAAN zulkarnain said...

all the best twin no 2 :D

farhana | selamat said...

thanks twin >.<