Wednesday, May 30

bachelor of finance.




Tercari - cari siapakah gerangan warga Washington ini. Ahah.
Yang peliknya, depa paham ke apa yang aku dok bebel kat sini?
*Wondering*


Oo emm jie!
Timetable for degree sudah ke udara dan. Err.
Kenapa ada class hari jumaat? Kfine.
Kenapa everyday class start pukul 8 pagi? Kfine.

*Nangis laju - laju* T_T

Eheh.
Apakah ujian sekecil ini sudah mahu menyerah?

Btw, 'ujian' ke?
It's rezeki la Farhana. Have faith :')

Kak Elisa kata, "Takpa, pagi pagi murah rezeki." :)
Kak Tikah kata, "Takpa, practice timing office dari sekarang."

*Yeah* ^_^

Semangat itu sudah kembali dan harus di - increase - kan lagi. Oyeah.
Kaki mula ringan untuk menapak ke Bangunan AB dari Desasiswa Ilmiah, tetapi alahai.
Kenapa lecturer tak masuk - masuk class? :(
Agak sedih di situ. Takpa takpa. Semangat masih ada.

PS. Btw, tadi Alia Saad tweet gambar buku Malaysian Studies. Tetiba rasa macam cuak lak >.< Sebab aku ingat, masa sekolah je aku akan bertemu dengan Sejarah, tapi..


Pray for me. I want the best!
- farhanaselamat -

Thursday, May 24

alahai, kucing je pun.

"Okay okay. Fine!"

Kata si LOSER sambil mengangguk - anggukkan kepalanya.
Uhuks. =.='

Sambil sambil aku menggeledah tumblr ku yang agak kusam dek lamanya aku tidak menyentuhnya, tiba - tiba, aku terjumpa deretan gambar kucing - kucing yang ku lihat agak comel di situ. Matanya yang bersinar - sinar bersama putih gebu tubuhnya membuatkan aku cair. Wuuuu. Subhanallah, indah! Tapi tapi, kenapa ya, kenapa rasa takut, curiga, fobia biarpun trauma masih terbuku di dalam benak qalbu yang keras ini? Ahah. Sudah lah! Dah takut tu takut jugak lah kan? T_T


Mungkin ada yang senasib denganku. Mungkin ada yang tidak. Tidak mengapa. Ya. Aku tahu aku tidak keseorangan di planet ini. Ahah. Namun, wajarkah aku pertikaikan asbab musabab ke - fobia - an aku terhadap makhluk chumil ini? Dan kenapa bukan si cicak, kenapa bukan si lipas, kenapa bukan si.. Errr, apa - apa saja lah yang seangkatan dengannya. Mahu tahu kisah ku? Baik. Ia mungkin panjang, tapi aku cuba untuk summarize kan.

Baik. Sebenarnya, ini semua bermula pabila ada si putih gebu ini mencakar seganas - ganasnya pada badan adikku yang pada waktu itu berumur 5 tahun. Seingat aku lah. Dan aku pada waktu tu, baru 7 tahun. Punya lah syiokkk main - main dengan Si Parsi Gebu kepunyaan jiranku tu. Tiba - tiba, amekawww! Habeh penuh kesan cakar kat badan adik aku. Sejak hari tu, perasaan benci dan takut aku pada Si Gebu amatlah mendalam. Sampaikan, pernah suatu ketika bila aku balik kampung, aku dengan adik - adik ku dengan kejamnya pi buat dajjal masukkan anak - anak kucing yang hidup tu masuk dalam tupperware yang penuh berisi air. Biar sampai dia lemas. Actually, kitorang tak berniat pun, nak bagi dia lemas. Fikiran budak - budak masa tu, nak bagi dia mandi. So, nak bersihkan secara keseluruhan badan si kucing. Kami pun tutup lah tupperware tu. Dan akhirnya, perbuatan kami men - dajjal secara tak sengaja ni dihidu oleh Arwah Atok. Fuhhh! Ingat lagi saat - saat aku dan adik - adik kena marah dengan arwah atas sebab kesemua anak kucing tu mati. Aku yang paling teruk kena marah sebab aku paling tua masa tu. Haish. Tragis kot! Bayangkan laa. Dalam 1 masa, 5 ekor terus mati. *Sebak* :'( Lepas kena marah tu, ayah terus suruh aku mintak maaf kat Atok. *Sedih*

Dan sekarang. Bila aku nampak kucing melilau lilau je, aku akan rasa fobia. Kadang - kadang, mungkin sebab aku ni jenis penakut. Ya, aku sangat takut tenung mata kucing, sangat takut dengan ketajaman taring dan kukunya dan sangat takut bila kucing dok sibuk ikut dari belakang. T_T Dan mungkin, aku akan rasa serba salah dan fikiran ku terus membawa aku ke kisah - kisah tragis aku bersama kucing - kucing yang dah arwah tu. Mana lah tahu, saudara mara si kucing tu tuntut kat aku atas kezaliman aku waktu tu. Takut kot. So saddd ~ Hmm. Takpa lah. Aku dah taubat. Aku tak nak jadi zalim lagi. Entah laa. Sometimes, aku cuba je nak bermanja dengan si kucing ni, tapi kucing - kucing ni selalu je buat muka bengis kat aku. Aku pun tak paham. Memang aku cuak memanjang ah. Errrr. Please be nice to me wahai kucing - kucing sekalian. Saya merayu :(


Ahhh. Losernya aku! T_T
Maafkan saya wahai sekalian kucing seantero dunia :'(

Dan bila kita singkap kembali sejarah sahabat masa dahulu kala, mesti kita teringat kisah perawi hadis yang tidak asing lagi, Abd Al - Rahman atau dengan kata nama lain beliau lebih dikenali sebagai Abu Hurairah iaitu 'Bapa Kucing'. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa lain, Abu Hurairah menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya, pada ketika beliau dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi. Atas rasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu beliau mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda Rasulullah bertanya Abu Hurairah, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Penyayang benar beliau pada si kucing kan? Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah. Dan beliau menjadi role - model kepada kita dengan suatu amalannya yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing. *Teruja*

Dan tadi, aku cuba tanya Mr. Google tentang hukuman menyeksa kucing. Suddenly, dia jawab..

"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan buruannya."
(HR Bukhari)

Allahu. Jauhkan aku dari zaman kezaliman ku itu. Sedih mengenangkan kejahilan lalu. *Sobs* :/


Pernah suatu ketika, kawan aku dok tag aku dekat pic ini. Sebab depa tau aku memang penakut bab bab kucing ni. Huhu. Ok, lawak ~ 
Yeah! Keep fighting! Learn to love the cats :') Doakan.

"One must love a cat on its own terms." - Unknown

PS. Saya rindu kucing Dewan Makan Intej dan Food Court Bestari. Serius! ^_^
PPS. Dan esok, 8 malam. #ResultFinalExam Semoga HATRIK untukku. Doakan kami semua agar redha atas apa yang telah Dia tentukan. Insha - Allah. Amin.

Salam Meoww >.<
- farhanaselamat -

Tuesday, May 22

wordless wednesday #2


Live like there's no more tomorrow.
Fly high like the birds and start living your world free and stop caring about your haters.
And love the people who loves you.


PS. I just changed my playlist down there. It seems sentimental huh? Yaa. I loike. Some how, I feel that I wanna grow up as an Astronomy. Could I? *Daydream*
PPS. 2 days and counting. Allahu. Saya mahu HATRIK! Amin, Insha - Allah.

Dream BIG, Fly HIGH >.<
- farhanaselamat -

'undefined' or so - called 'maths error'.


'Undefined' or so - called 'Maths Error' ^_^'


Err. Faham kah? Sorry ayat penterjemahan saya sangat lah teruk. Btw, I'm just sharing what my friend had share with me. Macam lawak pun ada bila baca jawapan or kinda anologi yang beliau berikan. But, logic lah jugak sebenarnya. Kan?

"Sharing is Caring."

Oh, sometimes saya rasa bosan dengan quote tu. Anyone pi renew sikit quote tu biar nampak style? Hoho. Suka suki hati ini saja.

PS. Sengaja mempelbagaikan mood dengan menggunakan paint. Walaupun padahal boleh je kot taip teruih kat sini. Hee :D

#nw Debat PTPTN. *uhuks*,
- farhanaselamat -

Sunday, May 20

yesterday was a nightmare.

Erk.
Kinda sweetdream. Maybe. ^_^

Dua hari. Dua agenda.
Oh Rabb. Betapa hambu - Mu  ini diuji kekuatannya.
Terima kasih atas peluang ini.

#1 Jualan sempena Hari Pendaftaran student baru Intake May.

Saya serta beberapa orang lagi Family PPI dengan rela hatinya kembali ke Amazon semula untuk menunaikan tanggungjawab kami yang dirancang sejak sebelum Final yang lalu :') Alhamdulillah semuanya selamat sampai tepat pada waktunya. Cuma, saya jelah yang terlajak lewat. Semuanya gara - gara Maraliner yang sangat 'LAJU' tu. Hoho. Alasan semata - mata. Sorry btw >.<

Takda apa sangat yang perlu saya ceritakan sebab rasanya semua tahu JUALAN itu apa. Kan? :D In brief, kami menjual serba serbi makanan dan membuka 'Kiosk Kelengkapan Rumah' khas pada Hari Pendaftaran itu sahaja. 

Just nak cakap. Alhamdulillah, dengan kegigihan masing - masing, akhirnya berjaya juga program jualan pendaftaran intake baru tersebut. Walaupun kami semua sumpah penat! But we manage to gain some experience yang sudah semestinya amat mendewasakan kami. Well. Our main mission bukannya nak generate PROFIT untuk persatuan semata - mata. But deep inside, mestilah untuk mengeratkan lagi hubungan kami sesama ahli kerja. Apa orang kata, "Berat sama dipikul,  ringan sama dijinjing." Kan?

Credit to Bro Hilman.

#2 Accident - Kancil VS Van.

Sangat tragis. Sesuatu yang saya rasa bagaikan Miracle kerana Allah masih bagi peluang untuk saya terus hidup di bumi - Nya ini. Berlaku pada hari yang sama ketika Jualan iaitu 19 May 2012 dan pada ketika itu. Saya bersama kakak senior saya, Kak Ain dalam perjalanan ke Auditorium dari Desasiswa Bestari untuk rotate shift menjual. Tiba - tiba, kancil yang kami naiki dirempuh oleh sebuah van ketika di simpang tiga. Tak tahu nak salahkan siapa cuma apa yang saya difahamkan, memang jalan tu agak bahaya bila membelok. Bahagian pemandu sangat teruk. Pintu dah berkecai, serpihan tingkap mengelilingi kami. Kami tersepit akibat hentakan / rempuhan yang agak kuat. Dan bayangkan betapa trauma nya saya ketika itu.  Kalau flashback, saya masih ingat lagi saat - saat van itu merempuh kami. Alhamdulillah, setelah dirempuh, saya masih dalam keadaan sedar, tapi Kak Ain di bawah paras sedar. Saya menarik Kak Ain keluar kerana di bahagaiannya menjadi sempit setelah dirempuh.

Ramai juga warga Amazon yang datang mebantu. Kak Ain masih trauma dan tak berhenti menangis. Mana taknya, tetiba je cam ramai je orang kat situ. Agak awkward masa tu. Pe pun Alhamdulillah, saya tak mengalami sebarang kecederaan besar. Cuma Kak Ain, ada kesan lebam di kakinya. Seterusnya, atas nasihat pakcik - pakcik dan parents Kak Ain, kami perlu membuat laporan di Balai Polis. Fuh! Kira nya ini adalah pengalaman saya pertama kali masuk dalam Balai Polis. Takda apa pun dalam tu. Macam pejabat biasa jelah. Hoho. Then, setelah buat laporan, kami kembali menjual seperti tiada apa yang berlaku sebenanrnya. What a nightmare! :O Alhamdulillah, masih hidup. Syukur sangat! Tetiba teringat kisah akak senior sahabat saya yang meninggal akibat accident tempoh hari. Masha - Allah.

Apa apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada Family PPI saya yang telah banyak sacrifice kan segalanya sepanjang lebih kurang 3 hari kita bersama. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik akak - akak dan abang - abang semua. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga tetapi melalui diri saya sendri. Insha - Allah, mana yang baik kita kekalkan dan mana yang buruk kita elakkan dan perbaiki agar semuanya menjadi lebih baik dan lancar pada masa akan datang :') I'll never forget this moment together. Hopefully our family relationship will last forever. ^_^ Oh ya, saya paling muda dan paling adik dalam Family ini. #JustSaying :P

Well well. Sebelum accident, saya sempat berkenalan dengan ramai junior baru. Wuhuu. (Y) Naiss ~ Tahukah anda bahawa Adruce (Tentang Bulan) telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar Asasi di Uniten Muadzam Shah. Jangan jealous! >.< Bolehlah lepas ni buat Tentang Bulan 2 kat Uniten Muadzam Shah. Setting tempat dah cantik dah :D Then, saya jumpa ramai jugak budak batch saya time Hari Pendaftaran tu. Apakah? Depa repeat masuk Asasi balik - kah? Hoho. Semestinya tidak. Dorang tu semua ada yang hantar adik, saudara mara, jiran tetangga bawak mai belajaq kat sini. Hebat! Oh ya, intake kali ni ada offer for Diploma. Diploma tak ramai, about 50 something I guess. Last but not least, saya jumpa pegawai kat PPD Jempol. Alahai kecilnya dunia. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jaa ~ Overall, yang masuk Uniten Muadzam about 280 jee. Takda lah ramai sangat. Kot.

Apa apa pun, just nak wish Good Luck kepada adik adik yang dah start melangkah ke alam Jendela Dunia. Tajdid niat belajar Lillahi Taala. Banyak lagi benda yang awak perlu belajar, bukan setakat dalam buku. Juga apa yang ada di luar buku. Explore dan teruslah meng - explore! Semoga Allah permudah :')


PS. Apakah kita bersedia untuk menjalani malam pertama di alam selepas ini, mungkin beberapa saat lagi? Allahu. "Kita selalu bercerita tentang hati tetapi jarang sekali bercerita tentang mati."

Wallahu A'alam.
Nightmare VS Sweetdream.
- farhanaselamat -

Thursday, May 17

you left so soon, so soon.

Bismillahirrahmanirrahim. 

35 people. 
35 characteristics. 
3 Trimester. 
3 major course. 
16 subjects.
1 mission.
1 heart.
1 BIG FAMILY :')

PC UNITEN KSHAS 2011/2012 :)
18 May 2011 - 9 May 2012


When we first talked to each other, I knew we would always be friends. Our friendship has kept on growing and I'll be here for you to the end. You listen when I have a problem and help dry the tears from my face. You take away my sorrow and put happiness in its place.


Yeah. You're that one friend. That no matter how far into the dark you are, they are always there right beside you. They would cross the world for you, just to know you're okay. You don't even have to tell them you're not okay.


Sometimes all they need to do is take one look at you and they can feel your pain. They don't care if they stay up with you all night while you cry, they would never leave your side, not if their life depended on it. They would never turn their back on you, no matter how difficult life gets. 


They put you first and will protect you until you die. You trust them with your life and love them with all your heart. The more you push them away, the tighter they hold on. No matter how many worries you put in their mind, they're always there with the best advice.


We can't forget the fun we've had. Laughing till our faces turn blue. Talking of things only we find funny. People think we're insane. If they only knew! Well. When everyone in the world has turned their back on you, this one friend is still standing right beside you, holding your hand, whispering 'I will never give up on you'.


I guess this is my way of saying thanks for catching me when I fall. Thanks once again for being such a good friend and being here with me through it all.


Star has 5 ends,
Square has 4 ends,
Triangle has 3 ends,
Line has 2 ends,
Life has 1 ends,
but I hope,
Our ukhuwah has no ends :)
Ukhuwahfillah Abadan Abada.



We've done many things together.
Without we aware of the time that passes.

Derma Darah.
Karnival Bestari.
Kawad Evaluation.
Taboo Fest.
Apresiasi Day.
A visit to DRB - Hicom.
Community Service.
Sport Games.
Convocation Day.
Graduation Day.

And I will surely miss these moments together with them :')
So, that's why I am very willingly to join all the activities together with them.
Appreciate and always appreciate! ^_^


The Heroin behind the scene. Hoho.
Nadia, Durga, Amelia, Jia Yi, Hazirah, Aliya, Amirah, Anis, Aimi, Piqa, Atie, Dahlia, Syano, Popo, Riri, Said, Farrah, Alia, Azlin, Hazreena, Hanis, and ME (Farhana).

The 12 Hero. The most extinction one. LULZ :D
Yap, Yong, Boo, Hanif, Hadi, Israq, Acap, Syahir, Farid, Faiz, Iqbal, Haziq.

And the Superb Lecturer that always guide us in many ways. Hopefully kita akan bertemu lagi. Walaupun sesungguhnya, amatlah mustahil kot nak ke Lecturer Room kat Wisma tu lagi time Degree nanti. Err, boleh ke cakap gini?

A big thanks to Madam J, Miss Aini, Miss Husna, Madam Nazirah, Ustaz Zul, Madam Azlina, Madam Azlin, Sir Hafis, Madam Maimun, Madam Hamisham, Madam Sarah, Miss Eszleen, Madan Umi and of course the one and only Miss Farah :') Jasa kalian tak mampu kami balas dengan harta benda. Semoga Allah membalas segalanya!


It's the times we're so crazy, that people think we're high.
It's the times we laugh so hard, we can't help but cry.
It's all the inside jokes and 'remember whens'.
Those are all the reasons that we're best friends! ^_^

Thanks so much friends for supporting me :)


They're the one who always hear me when I'm down.
They're the one who always accompany me wherever I go.
They're the one who carry me up on the day I get fainted!
They're the one who is very patient answering my weird question.
They're the one who keep reminding me about Islam.
They're the one who willingly become my crying shoulder.
They're the one who become my tempat bermanja.
They're the one who keeps cheering up us with the 'pangkah pangkah' thingy.
They're the one who being so creative and greatto be with them.
They're the one who never tired of being my alarm clock sometimes :P
They're the one who never make my day feel bored.
They're the one who always entertain me although sometimes it was not so funny. LOL XD
They're the one who take a good care of me when I'm sick.
They're the one who being a loyal friend ever!
They're the one who complete my memory in Muadzam Shah :')

Thank you friends! ^_^


Well, you know what. Foundation life is AWESOME! Like seriously. Everyday belajar benda baru. Lagi - lagi bagi saya yang tak pernah langsung menjejaki dunia Accounting, Economics, Computing, Business etc etc. Yes, sangat suka. Kot. Even though masa awal - awal tu macam tak caya jaa saya akan maintain dalam course Finance ni. Kini, tinggal kenangan, tempat tempat di atas ini. Goodbye PPA! Goodbye Bestari! 

And, welcome Degree!
Oh, it seems too fast to wish this.
*Tergamam* D:

Well yes.
It's tomorraaaaaaaawrrrrr ~ 18 May.
My anniversary of being a student in UNTEN Kshas.
Jyeah! It has been a year I live in Muadzam. Well done me :D

Anyway, this is the montaj of being a PPES / PPC sudent in UNITEN.
May Allah bless us in anyway.
Hm. Sedihnya dah tak sama class lagi lepas ni :'(


PS. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk merasa nikmat ini. Biarpun berlainan fikrah. Thank you Allah!
PSS. Lagu 'So Soon' by MZ keep repeating in my mind. I dunno why, but I bet I will miss the trio YTN - mates. Semoga berjumpa lagi! Elok elok mua'yashah di US nanti. KP, Zack and Yeen :)


PSSS. To someone, you're being so brave. Thank you. 


Love you all sampai mati!
- farhanaselamat -

Wednesday, May 16

oh guruku.

Typing. Stop. Typing. Stop. At the end, I just left it in the draft. Pity me. *Sobs* =.='

Bismillahi. Salam alaik.

Many things to write. Many things to tell. But, err. I don't know which part to start anyway. Okay foinee. This is my weaknesses. Well. Let's bedal saja lah Labu! Hoho.

Somehow, I feel speechless to say anything about the Graduation and Convocation. It's kinda 'TERHARU' :') Well yes, actually FYI, I just had my Graduation Day on 14th May which is on my Mama's anniversary. Hmm. Sangat sedih jugak sebab tak dapat join sambut birthday Mama kat rumah, but still Alhamdulillah, the Convocation and Graduation made my day. Alhamdulillah. Thanks all!

Dan makanya, zaman Foundation saya telah tamat dengan rasminya!
Deep in my heart I just feel like, 'Ya Allah, cepatnya masa. Betul ke aku nak naik degree dah 28 hb ni?' :O

Well this question keeps repeating in my mind. Though the others keep remind me, 'Ya. Keep believe in the unbelievable, Farhana.'

Hoho.
Aku rasa grammar aku sangat teruk, move on with Malay.
Saya orang Jowo. Sangat tak KOOL kalau tak speaking Malay. ^_^

Okay, aku rasa semua yang dah grad asasi pun rasa benda yang sama. Serius. Mental ku sangat tak bersedia untuk menghadapi dunia degree. Yaa, memang lah macam biasa je. Study, assignment, presentation, etc. Tapi tapi..

Susah woo mau cakap.
Sebab aku dapat rasa apa yang aku akan hadapi nanti. Penuh pancaroba.

K. Bajet Dejavu kejap. Huhu.

Actually, aku nak Jama' semua sekali post yang tergendala. Itupun. Kalau boleh. Tapi, seems aku perlu bagi priority kepada my biggest day. So I think it's adil.

Nvm.

Sebenarnya, semalam den poie Intej bersama duapuluh sahabat yang lain. Awesome kan? Bukan senang nak gather duapuluh orang sekali gus time masing masing dah sibuk dengan haluan masing - masing. Kami ke sana sudah semestinya bukan untuk membakar sekolah tetapi untuk melawat warga sekolah dan seisinya di sana. At most, actually kebanyakan nya yang datang tu sebab nak ambil Sijil SPM, Sijil GCEO la bagai. And of course to wish all my dearie teachers, "SELAMAT HARI GURU!"

Yeah. We bought them KFC and cake sebagai kenang kenangan di dalam perut. *Nomnomnom*

Okay lupa nak tangkap gambar KFC ngan kek tu. T_T

The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires. 
(William Arthur Ward)


LOL >.<
Gambar dengan cikgu tak banyak la pulak enn.
Well well, masa jumpa cikgu tu, kami sangat busy menyembang sampai terlupa nak tangkap gambaq.
Maaf cikgu! Insha - Allah, kita jumpa lagi time Sedekad INTEJ 16 - 17 Jun nanti.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pendidik saya selama ini. Sedari saya membuka mata di dunia ini sehinggalah saya menutup mata nanti. Sesungguhnya, darjat seorang guru itu amatlah mulia di sisi - Nya. Terima kasih wahai Ayahanda dan Bonda, Guru - guru Tadika Islam Masjid Saidina Abu Bakar, SK Bukit Bandaraya, SRA Al - Hidayah, SMK Bandar Tasik Selatan, SBPI Jempol dan Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah. Dan tidak dilupakan, kepada semua sahabat yang secara tidak langsung menjadi murobbi saya selama ini. Syukran 'Ala Kulli Hal :') Love ya! 

Sekian untuk post ini. Terima kasih wahai guru.
Terima kasih wahai sahabat yang bersama semalam.
cc : Zawani, Nadiah, Anis, Afifah, Arifah, Faezah, Aida, Ainhana, Hamimah, Asyura, Adibah, Mimi, Fatin, Yasmin, Nural, Paan, Faiz, Niqi, Danial, Wanman, Safuan, Hazim, Jalak, Ejang, Mohsin, Mirul, Bolis, and Afirul (yang dijumpai di tepi jalan. Hoho!) Good luck in the next journey guys! ^_^

PS. Next. Foundation Year in the making post. Agaga >.<

Till then, 
- farhanaselamat -

Thursday, May 3

ujian dalam ujian.

Andaikan di hadapan anda ada sebiji buah durian dan sebatang pokok durian. Yang mana anda akan perasan dahulu? Buah durian atau pokok durian? Mestilah pokok durian kan? Okay. Seterusnya, ambil buah durian itu dan letak betul - betul depan mata anda. Sekarang, apa yang anda nampak? Buah durian atau pokok durian? Yup, absolutely buah durian. See, Allah dah tunjuk kepada kita. Jika kita letak sesuatu yang kecil betul - betul depan kita, perkara itu akan kelihatan terlampau besar sehingga menutup perkara - perkara lain, walhal perkara yang lain itu lagi besar daripada perkara yang kita lihat tu. Kan?

Situasi inilah yang berlaku ke atas kita sekarang. Kita telah meletakkan Final Exam ini betul - betul depan kita. Risau tentang carry marks yang tak begitu membantu, risau tentang formula - formula yang belum dihafal, risau tentang chapter - chapter yang belum sempat di - cover dan sebagainya. Sehinggakan kita terlepas pandang bahawa Final Exam ini pun, pada hakikatnya merupakan satu bentuk ujian daripada Allah. Kita lupa, Dia berikan hikmah 'Ujian dalam Ujian'. Get it?

Apabila kita diseru untuk solat berjemaah, "Banyak lagi belum study ni, takda masa ah."

Apabila kita diajak dengar tazkirah, "Eleh, dengar tazkirah boleh lulus exam ke?"

Apabila kita diajak ber'usrah', "Err, takda masa la, banyak lagi kot theory yang belum hafal."

Jika inilah jawapan kita, perangai kita, maka kita telah gagal dalam ujian Allah ini. Jika kita gagal dalam Final Exam kita akan di - 'BAR' semester seterusnya, atau mungkin kita tidak akan sampai ke tahap yang kita mahukan itu. Tapi, cuba bayangkan kalau Allah pun menggunakan kaedah yang sama, jika kita gagal dalam ujian - Nya, kita akan di - 'BAR', akan dibuang ke satu tempat yang tidak bertempat, dan jauh sekali untuk kita sampai ke syurga. Tapi, Allah Maha Pengampun. Dia mengampuni kesilapan hamba - hamba Nya. Dia tidak akan pernah meng - 'BAR' kita kalau kita gagal dalam ujian - Nya sekalipun. Kalau kita gagal dalam ujian - Nya sekalipun, paling teruk kita akan dicelup dalam api neraka sehingga tidak ternampak bentuk manusia, kemudian kita akan dimandikan dalam telaga hayat dan akhirnya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Pointnya, kita still dapat sampai juga ke syurga. Namun, adakah wajar seorang hamba sentiasa melakukan kesalahan kerana tahu Tuhannya akan sentiasa memaafkan kesilapannya? *Sentap*

* * *

Sungguh, ujian ini adalah satu ujian, ujian untuk menguji siapa yang beriman di kalangan hamba - hamba Nya. Wahai sahabat, ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi kita. Lagi teruk kita diuji, lagi sayang Allah kepada kita. Gunalah peluang ini untuk membuatkan Allah berhutang kepada kita.

Bagaimana membuat Allah berhutang kepada kita?

Dalam diasak dengan ujian, kita terus bersabar dan bersyukur. Kita turut apa yang disuruh dan ditinggal apa yang dilarang dalam keadaan redha dan ikhlas. Apabila kita ditimpa dengan kesusahan yang amat, ketika itulah kita 'ungkit' balik dengan Allah apa yang kita pernah buat suatu ketika dahulu. Pasti Allah mengerti keadaan kita sewaktu itu dan Insha - Allah, Dia sentiasa ada untuk kita. Dan dari love letter ini, Dia telah  buktikan segala apa yang tidak ketahui. Insha - Allah, Amin. He will always by our side without no doubt.

"Wahai orang - orang yang beriman, kalau kamu membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (47 : 7)

Awesome nya! Best kan? ^_^*
Semoga Allah sentiasa bantu kita semua. Allah..
Dan esok, hari yang dinanti telah tiba. Hari - hari yang pastinya menjadi taruhan setelah berpenat lelah mengumpul segala kekuatan dari awal hingga ke akhirnya. Biarpun, dalam keadaan yang kita seolah - olah tidak sedar bahawa masa itu sebenarnya lebih hebat penangannya dari si kilat. Masha - Allah. Apakah aku telah gunakan hari - hari lalu ku sebaiknya? *Sobs*

"Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strengths and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life. Please, never give up!"

Bait kata - kata ini menjadi peneman ku di saat kekuatan suam - suam kuku dan makin me - layu. Terima kasih sahabat yang sentiasa di kiri dan kanan ku. *Terharu* :')

Bismillah. Ke hadapan kalian yang sedang membaca coretan ini.

Tiada apa yang diharapkan melainkan hanya secebis doa dari kalian. Insha - Allah. Doakan yang terbaik buat saya dan rakan - rakan UNITEN saya yang akan berjuang mulai esok hari. Doakan kelancaran, ketenangan, kemudahan dan kelapangan ketika kami menjawab soalan. Doakan kesihatan kami terpelihara sepanjang final ini. Halal kan segala ilmu, makan dan minum yang pernah dikongsi. Maafkan segala salah dan silap yang pastinya bukan disengajakan. Terima kasih atas segalanya. I U all because of HIM!

Ya Allah, semoga yang terbaik untuk kami semua. Amin ya Rabbal Alamin. Syukran 'ala kulli hal.

Menghitung saat untuk berperang!
Fighting! >.<
 - farhanaselamat -