Thursday, May 24, 2012

alahai, kucing je pun.

"Okay okay. Fine!"

Kata si LOSER sambil mengangguk - anggukkan kepalanya.
Uhuks. =.='

Sambil sambil aku menggeledah tumblr ku yang agak kusam dek lamanya aku tidak menyentuhnya, tiba - tiba, aku terjumpa deretan gambar kucing - kucing yang ku lihat agak comel di situ. Matanya yang bersinar - sinar bersama putih gebu tubuhnya membuatkan aku cair. Wuuuu. Subhanallah, indah! Tapi tapi, kenapa ya, kenapa rasa takut, curiga, fobia biarpun trauma masih terbuku di dalam benak qalbu yang keras ini? Ahah. Sudah lah! Dah takut tu takut jugak lah kan? T_T


Mungkin ada yang senasib denganku. Mungkin ada yang tidak. Tidak mengapa. Ya. Aku tahu aku tidak keseorangan di planet ini. Ahah. Namun, wajarkah aku pertikaikan asbab musabab ke - fobia - an aku terhadap makhluk chumil ini? Dan kenapa bukan si cicak, kenapa bukan si lipas, kenapa bukan si.. Errr, apa - apa saja lah yang seangkatan dengannya. Mahu tahu kisah ku? Baik. Ia mungkin panjang, tapi aku cuba untuk summarize kan.

Baik. Sebenarnya, ini semua bermula pabila ada si putih gebu ini mencakar seganas - ganasnya pada badan adikku yang pada waktu itu berumur 5 tahun. Seingat aku lah. Dan aku pada waktu tu, baru 7 tahun. Punya lah syiokkk main - main dengan Si Parsi Gebu kepunyaan jiranku tu. Tiba - tiba, amekawww! Habeh penuh kesan cakar kat badan adik aku. Sejak hari tu, perasaan benci dan takut aku pada Si Gebu amatlah mendalam. Sampaikan, pernah suatu ketika bila aku balik kampung, aku dengan adik - adik ku dengan kejamnya pi buat dajjal masukkan anak - anak kucing yang hidup tu masuk dalam tupperware yang penuh berisi air. Biar sampai dia lemas. Actually, kitorang tak berniat pun, nak bagi dia lemas. Fikiran budak - budak masa tu, nak bagi dia mandi. So, nak bersihkan secara keseluruhan badan si kucing. Kami pun tutup lah tupperware tu. Dan akhirnya, perbuatan kami men - dajjal secara tak sengaja ni dihidu oleh Arwah Atok. Fuhhh! Ingat lagi saat - saat aku dan adik - adik kena marah dengan arwah atas sebab kesemua anak kucing tu mati. Aku yang paling teruk kena marah sebab aku paling tua masa tu. Haish. Tragis kot! Bayangkan laa. Dalam 1 masa, 5 ekor terus mati. *Sebak* :'( Lepas kena marah tu, ayah terus suruh aku mintak maaf kat Atok. *Sedih*

Dan sekarang. Bila aku nampak kucing melilau lilau je, aku akan rasa fobia. Kadang - kadang, mungkin sebab aku ni jenis penakut. Ya, aku sangat takut tenung mata kucing, sangat takut dengan ketajaman taring dan kukunya dan sangat takut bila kucing dok sibuk ikut dari belakang. T_T Dan mungkin, aku akan rasa serba salah dan fikiran ku terus membawa aku ke kisah - kisah tragis aku bersama kucing - kucing yang dah arwah tu. Mana lah tahu, saudara mara si kucing tu tuntut kat aku atas kezaliman aku waktu tu. Takut kot. So saddd ~ Hmm. Takpa lah. Aku dah taubat. Aku tak nak jadi zalim lagi. Entah laa. Sometimes, aku cuba je nak bermanja dengan si kucing ni, tapi kucing - kucing ni selalu je buat muka bengis kat aku. Aku pun tak paham. Memang aku cuak memanjang ah. Errrr. Please be nice to me wahai kucing - kucing sekalian. Saya merayu :(


Ahhh. Losernya aku! T_T
Maafkan saya wahai sekalian kucing seantero dunia :'(

Dan bila kita singkap kembali sejarah sahabat masa dahulu kala, mesti kita teringat kisah perawi hadis yang tidak asing lagi, Abd Al - Rahman atau dengan kata nama lain beliau lebih dikenali sebagai Abu Hurairah iaitu 'Bapa Kucing'. Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah. Dalam suatu peristiwa lain, Abu Hurairah menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya, pada ketika beliau dalam perjalanan menuju ke Masjid Nabawi. Atas rasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu beliau mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau. Apabila sampainya di masjid, baginda Rasulullah bertanya Abu Hurairah, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Penyayang benar beliau pada si kucing kan? Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah. Dan beliau menjadi role - model kepada kita dengan suatu amalannya yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing. *Teruja*

Dan tadi, aku cuba tanya Mr. Google tentang hukuman menyeksa kucing. Suddenly, dia jawab..

"Seorang wanita masuk neraka kerana kucing. Ia menahannya hingga mati. Ia masuk neraka kerananya, kerana ia tidak memberinya makan sebab ia menahannya, dan tidak membiarkannya makan buruannya."
(HR Bukhari)

Allahu. Jauhkan aku dari zaman kezaliman ku itu. Sedih mengenangkan kejahilan lalu. *Sobs* :/


Pernah suatu ketika, kawan aku dok tag aku dekat pic ini. Sebab depa tau aku memang penakut bab bab kucing ni. Huhu. Ok, lawak ~ 
Yeah! Keep fighting! Learn to love the cats :') Doakan.

"One must love a cat on its own terms." - Unknown

PS. Saya rindu kucing Dewan Makan Intej dan Food Court Bestari. Serius! ^_^
PPS. Dan esok, 8 malam. #ResultFinalExam Semoga HATRIK untukku. Doakan kami semua agar redha atas apa yang telah Dia tentukan. Insha - Allah. Amin.

Salam Meoww >.<
- farhanaselamat -

8 comments:

Anonymous said...

one meoww fr u. :P

-rg-

farhana | selamat said...

grrr -.- uhuks, thanks sista <3

Norain Hana Badarudin said...

haha..teringt tem kt skola ari tu..

farhana | selamat said...

nangis aku dengan kucing tu =.='
menakutkan. :O

ciksengeh :D said...

samala .. ak pun fobia ngan kucen ..

~ Pelaut Rabbani ~ said...

Salam bahagia. Teruskan bertinta. Moga Alllah berikan manfaat kepada kita semua. :)

farhana | selamat said...

@amaa.
haha. yeay! ada geng!

@pelaut rabbani.
i.Allah. semoga dipermudah :)

Mieya Atiera said...

omeynya kucing tuuuu.