Thursday, May 3

ujian dalam ujian.

Andaikan di hadapan anda ada sebiji buah durian dan sebatang pokok durian. Yang mana anda akan perasan dahulu? Buah durian atau pokok durian? Mestilah pokok durian kan? Okay. Seterusnya, ambil buah durian itu dan letak betul - betul depan mata anda. Sekarang, apa yang anda nampak? Buah durian atau pokok durian? Yup, absolutely buah durian. See, Allah dah tunjuk kepada kita. Jika kita letak sesuatu yang kecil betul - betul depan kita, perkara itu akan kelihatan terlampau besar sehingga menutup perkara - perkara lain, walhal perkara yang lain itu lagi besar daripada perkara yang kita lihat tu. Kan?

Situasi inilah yang berlaku ke atas kita sekarang. Kita telah meletakkan Final Exam ini betul - betul depan kita. Risau tentang carry marks yang tak begitu membantu, risau tentang formula - formula yang belum dihafal, risau tentang chapter - chapter yang belum sempat di - cover dan sebagainya. Sehinggakan kita terlepas pandang bahawa Final Exam ini pun, pada hakikatnya merupakan satu bentuk ujian daripada Allah. Kita lupa, Dia berikan hikmah 'Ujian dalam Ujian'. Get it?

Apabila kita diseru untuk solat berjemaah, "Banyak lagi belum study ni, takda masa ah."

Apabila kita diajak dengar tazkirah, "Eleh, dengar tazkirah boleh lulus exam ke?"

Apabila kita diajak ber'usrah', "Err, takda masa la, banyak lagi kot theory yang belum hafal."

Jika inilah jawapan kita, perangai kita, maka kita telah gagal dalam ujian Allah ini. Jika kita gagal dalam Final Exam kita akan di - 'BAR' semester seterusnya, atau mungkin kita tidak akan sampai ke tahap yang kita mahukan itu. Tapi, cuba bayangkan kalau Allah pun menggunakan kaedah yang sama, jika kita gagal dalam ujian - Nya, kita akan di - 'BAR', akan dibuang ke satu tempat yang tidak bertempat, dan jauh sekali untuk kita sampai ke syurga. Tapi, Allah Maha Pengampun. Dia mengampuni kesilapan hamba - hamba Nya. Dia tidak akan pernah meng - 'BAR' kita kalau kita gagal dalam ujian - Nya sekalipun. Kalau kita gagal dalam ujian - Nya sekalipun, paling teruk kita akan dicelup dalam api neraka sehingga tidak ternampak bentuk manusia, kemudian kita akan dimandikan dalam telaga hayat dan akhirnya kita akan dimasukkan ke dalam syurga. Pointnya, kita still dapat sampai juga ke syurga. Namun, adakah wajar seorang hamba sentiasa melakukan kesalahan kerana tahu Tuhannya akan sentiasa memaafkan kesilapannya? *Sentap*

* * *

Sungguh, ujian ini adalah satu ujian, ujian untuk menguji siapa yang beriman di kalangan hamba - hamba Nya. Wahai sahabat, ingatlah bahawa Allah sentiasa menyayangi kita. Lagi teruk kita diuji, lagi sayang Allah kepada kita. Gunalah peluang ini untuk membuatkan Allah berhutang kepada kita.

Bagaimana membuat Allah berhutang kepada kita?

Dalam diasak dengan ujian, kita terus bersabar dan bersyukur. Kita turut apa yang disuruh dan ditinggal apa yang dilarang dalam keadaan redha dan ikhlas. Apabila kita ditimpa dengan kesusahan yang amat, ketika itulah kita 'ungkit' balik dengan Allah apa yang kita pernah buat suatu ketika dahulu. Pasti Allah mengerti keadaan kita sewaktu itu dan Insha - Allah, Dia sentiasa ada untuk kita. Dan dari love letter ini, Dia telah  buktikan segala apa yang tidak ketahui. Insha - Allah, Amin. He will always by our side without no doubt.

"Wahai orang - orang yang beriman, kalau kamu membantu agama Allah nescaya Allah akan membantu kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (47 : 7)

Awesome nya! Best kan? ^_^*
Semoga Allah sentiasa bantu kita semua. Allah..
Dan esok, hari yang dinanti telah tiba. Hari - hari yang pastinya menjadi taruhan setelah berpenat lelah mengumpul segala kekuatan dari awal hingga ke akhirnya. Biarpun, dalam keadaan yang kita seolah - olah tidak sedar bahawa masa itu sebenarnya lebih hebat penangannya dari si kilat. Masha - Allah. Apakah aku telah gunakan hari - hari lalu ku sebaiknya? *Sobs*

"Life at its best is a series of challenges. A big enough challenge will bring out strengths and abilities you never knew you had. Take on challenges and you will bring yourself to life. Please, never give up!"

Bait kata - kata ini menjadi peneman ku di saat kekuatan suam - suam kuku dan makin me - layu. Terima kasih sahabat yang sentiasa di kiri dan kanan ku. *Terharu* :')

Bismillah. Ke hadapan kalian yang sedang membaca coretan ini.

Tiada apa yang diharapkan melainkan hanya secebis doa dari kalian. Insha - Allah. Doakan yang terbaik buat saya dan rakan - rakan UNITEN saya yang akan berjuang mulai esok hari. Doakan kelancaran, ketenangan, kemudahan dan kelapangan ketika kami menjawab soalan. Doakan kesihatan kami terpelihara sepanjang final ini. Halal kan segala ilmu, makan dan minum yang pernah dikongsi. Maafkan segala salah dan silap yang pastinya bukan disengajakan. Terima kasih atas segalanya. I U all because of HIM!

Ya Allah, semoga yang terbaik untuk kami semua. Amin ya Rabbal Alamin. Syukran 'ala kulli hal.

Menghitung saat untuk berperang!
Fighting! >.<
 - farhanaselamat -

2 comments:

ciksengeh :D said...

inshaAllah sahabat :) u can do it ! aja !

Cik NY said...

salam perjuangan... syukran diatas kata-kata semangat farhana.... bersyukur Allah pertemukan kita dalam bulatan gembira...... :)