Sunday, May 20, 2012

yesterday was a nightmare.

Erk.
Kinda sweetdream. Maybe. ^_^

Dua hari. Dua agenda.
Oh Rabb. Betapa hambu - Mu  ini diuji kekuatannya.
Terima kasih atas peluang ini.

#1 Jualan sempena Hari Pendaftaran student baru Intake May.

Saya serta beberapa orang lagi Family PPI dengan rela hatinya kembali ke Amazon semula untuk menunaikan tanggungjawab kami yang dirancang sejak sebelum Final yang lalu :') Alhamdulillah semuanya selamat sampai tepat pada waktunya. Cuma, saya jelah yang terlajak lewat. Semuanya gara - gara Maraliner yang sangat 'LAJU' tu. Hoho. Alasan semata - mata. Sorry btw >.<

Takda apa sangat yang perlu saya ceritakan sebab rasanya semua tahu JUALAN itu apa. Kan? :D In brief, kami menjual serba serbi makanan dan membuka 'Kiosk Kelengkapan Rumah' khas pada Hari Pendaftaran itu sahaja. 

Just nak cakap. Alhamdulillah, dengan kegigihan masing - masing, akhirnya berjaya juga program jualan pendaftaran intake baru tersebut. Walaupun kami semua sumpah penat! But we manage to gain some experience yang sudah semestinya amat mendewasakan kami. Well. Our main mission bukannya nak generate PROFIT untuk persatuan semata - mata. But deep inside, mestilah untuk mengeratkan lagi hubungan kami sesama ahli kerja. Apa orang kata, "Berat sama dipikul,  ringan sama dijinjing." Kan?

Credit to Bro Hilman.

#2 Accident - Kancil VS Van.

Sangat tragis. Sesuatu yang saya rasa bagaikan Miracle kerana Allah masih bagi peluang untuk saya terus hidup di bumi - Nya ini. Berlaku pada hari yang sama ketika Jualan iaitu 19 May 2012 dan pada ketika itu. Saya bersama kakak senior saya, Kak Ain dalam perjalanan ke Auditorium dari Desasiswa Bestari untuk rotate shift menjual. Tiba - tiba, kancil yang kami naiki dirempuh oleh sebuah van ketika di simpang tiga. Tak tahu nak salahkan siapa cuma apa yang saya difahamkan, memang jalan tu agak bahaya bila membelok. Bahagian pemandu sangat teruk. Pintu dah berkecai, serpihan tingkap mengelilingi kami. Kami tersepit akibat hentakan / rempuhan yang agak kuat. Dan bayangkan betapa trauma nya saya ketika itu.  Kalau flashback, saya masih ingat lagi saat - saat van itu merempuh kami. Alhamdulillah, setelah dirempuh, saya masih dalam keadaan sedar, tapi Kak Ain di bawah paras sedar. Saya menarik Kak Ain keluar kerana di bahagaiannya menjadi sempit setelah dirempuh.

Ramai juga warga Amazon yang datang mebantu. Kak Ain masih trauma dan tak berhenti menangis. Mana taknya, tetiba je cam ramai je orang kat situ. Agak awkward masa tu. Pe pun Alhamdulillah, saya tak mengalami sebarang kecederaan besar. Cuma Kak Ain, ada kesan lebam di kakinya. Seterusnya, atas nasihat pakcik - pakcik dan parents Kak Ain, kami perlu membuat laporan di Balai Polis. Fuh! Kira nya ini adalah pengalaman saya pertama kali masuk dalam Balai Polis. Takda apa pun dalam tu. Macam pejabat biasa jelah. Hoho. Then, setelah buat laporan, kami kembali menjual seperti tiada apa yang berlaku sebenanrnya. What a nightmare! :O Alhamdulillah, masih hidup. Syukur sangat! Tetiba teringat kisah akak senior sahabat saya yang meninggal akibat accident tempoh hari. Masha - Allah.

Apa apa pun, terima kasih yang tak terhingga kepada Family PPI saya yang telah banyak sacrifice kan segalanya sepanjang lebih kurang 3 hari kita bersama. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik akak - akak dan abang - abang semua. Sesungguhnya, yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari Allah juga tetapi melalui diri saya sendri. Insha - Allah, mana yang baik kita kekalkan dan mana yang buruk kita elakkan dan perbaiki agar semuanya menjadi lebih baik dan lancar pada masa akan datang :') I'll never forget this moment together. Hopefully our family relationship will last forever. ^_^ Oh ya, saya paling muda dan paling adik dalam Family ini. #JustSaying :P

Well well. Sebelum accident, saya sempat berkenalan dengan ramai junior baru. Wuhuu. (Y) Naiss ~ Tahukah anda bahawa Adruce (Tentang Bulan) telah mendaftar sebagai salah seorang pelajar Asasi di Uniten Muadzam Shah. Jangan jealous! >.< Bolehlah lepas ni buat Tentang Bulan 2 kat Uniten Muadzam Shah. Setting tempat dah cantik dah :D Then, saya jumpa ramai jugak budak batch saya time Hari Pendaftaran tu. Apakah? Depa repeat masuk Asasi balik - kah? Hoho. Semestinya tidak. Dorang tu semua ada yang hantar adik, saudara mara, jiran tetangga bawak mai belajaq kat sini. Hebat! Oh ya, intake kali ni ada offer for Diploma. Diploma tak ramai, about 50 something I guess. Last but not least, saya jumpa pegawai kat PPD Jempol. Alahai kecilnya dunia. Pi Mai Pi Mai Tang Tu jaa ~ Overall, yang masuk Uniten Muadzam about 280 jee. Takda lah ramai sangat. Kot.

Apa apa pun, just nak wish Good Luck kepada adik adik yang dah start melangkah ke alam Jendela Dunia. Tajdid niat belajar Lillahi Taala. Banyak lagi benda yang awak perlu belajar, bukan setakat dalam buku. Juga apa yang ada di luar buku. Explore dan teruslah meng - explore! Semoga Allah permudah :')


PS. Apakah kita bersedia untuk menjalani malam pertama di alam selepas ini, mungkin beberapa saat lagi? Allahu. "Kita selalu bercerita tentang hati tetapi jarang sekali bercerita tentang mati."

Wallahu A'alam.
Nightmare VS Sweetdream.
- farhanaselamat -

No comments: