Friday, June 29, 2012

kekasih ku seru.

Alhamdulillah. Selesai sudah program "Kekasih Kuseru" yang dikelolakan oleh geng PPI dan PRS pada malam Jumaat tadi :') One word. Alhamdulillah. Jika kita lihat pada kuantiti audience yang datang semalam, inilah yang kita katakan sebagai 'suatu keberjayaan' di mana rakan siswa dan siswi kini begitu cakna dan mahu tahu isu sebenar yang berlaku di seluruh pelosok Arab (Palestin, Gaza, Syria etc). Dan keberjayaan itu sebenarnya adalah hasil titik tolak daripada usaha semua committee dan ofkoz, tanpa redha - Nya untuk menggerakkan hati hati kita, tiadalah penduduk Muadzam Shah yang turut serta mendengar talk kemanusiaan ini. Subhanallah! Rasa bangga dengan kalian semua dan rasa nak jerit je, "I'm proud to be UNITENians!" :D Hoho. But happy happy jugak. At the same time, actually there are so so so many things that we have to improve. So that we din't repeat the same mistake again and again on the next programme. In Sha Allah. We learn, live and love. Nice, anything happens here and there, ada ibrahnya. Good job all dearie! ^_^

Alhamdulillah. Seghonok! ^_^*
Thanks UNITENians, uhibbukum jiddan jiddan :D

Okay.
Mood serius sekejap.
Uhuks.

Sahabat : Apa apa pun, kita kena buat post morterm! Tapi, saya tak nak macam post morterm yang before ni :(
Saya : Maksud awak? ==' Emm. Okay saya faham.

Confession seorang sahabat kepada saya :\ Dan saya hanya mendengar, tak tahu nak bagi respon apa. Actually, betullah apa yang dia kata. Post morterm itu sendiri perlu ada pembaikannya sebab motif post morterm itu kadang - kadang tersasar dan dibuat sambil lewa. Memang. Memang post morterm itu sangat lah penting. Kita buat post morterm bukan untuk condemn kesalahan orang. But the actual purpose is, we learn and reflect back what's the mistakes and how to solve it. Hmm. Somehow, teringat Madam Fatini. Beliau selalu sebut tentang SWOT. SWOT itu boleh je kalau nak di implement time post morterm. Sebab kita akan tahu, what is our Strengths, Weaknesses, Opportunity and also Threats. Wuhuu. Saja nak cakap. I love Management! MGMB :)

Tapi tapi, sebenar benarnya, ada juga rasa reluctant. And bagi saya sendiri, saya tak rasa saya dah berjaya menyumbang apa yang patut dalam keberjayaan program "Kekasih Kuseru". *Sobs* Saya sedih sebab saya tak rasa apa yang mereka rasa. Committee lain jelas terpancar kepuasan di wajah mereka. Tapi saya emm. Agak sedih sebab saya rasa saya tak menjalankan kerja saya sebaiknya. Itulah, mungkin saya takda bakat untuk menjadi S/U yang berjaya. Sedih dengan diri. Walau apa pun, bila semua bahagia, ada lah jugak sikit sikit rasa bahagia tu. Bahagia for others yang telah bertungkus lumus tak tidur malam demi keberjayaan program ini. Subhanallah. Anda semua memang 'Heybatt'! Tahniah and thanks kepada semua committee :) And ofkoz thanks sangat kepada penceramah, Prof Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus, iaitu seorang aktivis Aqsa Syarif yang bersama sama di Kapal Marmara kerana sudi memberi ceranmah di 'BANDAR' Muadzam Shah. Alhamdulillah. Sebenarnya everything goes well. Even though time rehearsal sumpah kelam kelibut tahap gaban! Allahu, terima kasih Allah, kerana sentiasa permudah :)

Proudly presents Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus :)
JZKK ya ustaz atas perkongsian ilmu dan pengalaman.

Apa apa pun, maaf, sebenarnya saya menulis ini sama sekali bukan untuk mendedahkan keaiban sesiapa. Cuma refleksi untuk diri ini. Agar saya dapat perbaiki kelemahan dan tidak mengulanginya lagi. Dan sesungguhnya, manusia itu belajar dari pengalamannya. Kan? :) Lagipun, overall, semuanya happy. Dan kesilapan teknikal tu kadang - kadang pemanis ukhuwwah. Biasa lah tu kan? :)

Mood serius balik.

Somehow, saya rasa, saya kadang - kadang boleh jadi orang yang demotivated tersangat sangat :( Dan saya lebih suka menyalahkan diri walaupun kadang - kadang bukannya salah saya sekali pun. Adakah ini bagus? Emm.

Okay lah. Masalah hati ini kadang - kadang seperti tiada penghujungnya.
Doa yang terbaik sahaja. In Sha Allah.

Rejab dah berlalu, Syaaban sudah di ambang pertengahan dan Ramadhan setia menunggu. Allahu. Kadang - kadang rasa tak bersedia tu sentiasa ada. Preparation pun tak sampai 10% :( Sedih dengan diri. Terlalu banyak huha huha, sampai semuanya kecundang. Betul kata sahabat, masa inilah yang kita perlu guna untuk buang bintik bintik hitam yang ada dalam diri. Bila hati dah hilang bintik hitam itu, pastinya mudah untuk kita serikan hati kita dengan nur Ramadhan. *Refresh* Semoga Allah beri kekuatan kepadaku. Amin.

Credit to Sis Farah Waheeda :)

Aku tahu jalan ini panjang, jalan ini payah, jalan ini susah, jalan ini lama. Tentunya pelbagai usaha perlu dilakukan demi keberhasilan yang sangat manis di akhirnya kelak. Allahu. Kurniakan aku sebaik baik teman.  Agar aku tidak tergelincir dan mampu meneruskan nya. Amin.

I've my own destiny.
In Sha Allah, this is what we waiting for.
Amin ya Rabb, ease our way.


*Setuju*
Allah sebaik - baik perancang. Reflect "Kekasih Kuseru" :)

PS. Midterm Agama next week. Doakan :)

Kita semua hebat!
Tapi Dia Maha Hebat tau! :D
- farhanaselamat -

Saturday, June 23, 2012

coretan ini.

Kadang - kadang, coretan di sini seperti tidak membantu orang lain.
Tidak mampu menambahkan ilmu untuk orang sekeliling.
Dan selalunya, ia cuma suatu slot mainan jiwa yang masih tidak stabil.

Penulisan.
Aku suka menulis.
Kerna itu lah jiwaku.
Sedari kecil hingga kini. Dan In Sha Allah, selamanya.
Mungkin inilah bakat dari ayah yang Allah kurniakan.

Kadang - kadang, agak malu dengan diri yang tak begitu banyak ilmu.
Kadang - kadang, timbul jua rasa cemburu.

"Siapakah penulis yang baik?"

Kata akhi Hilal Asyraf.


"Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya."

Allahu. Jauh lagi untuk sampai ke tahap itu.

Tambahnya lagi.

"Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan."

"Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah. Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah."

Sentap. Aku tahu.
Hati ini masih belum dibaiki sebaik - baiknya.

Tapi.

"Takkan nak tunggu hati sempurna, baru nak berjalan di landasan ini? Apa pun, berjalan lah di landasan ini, nescaya hati kamu akan sempurna."

Uishh, sentap lagi. T_T

In Sha Allah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Semakin banyak persoalan hidup menjengah di lubuk fikiran ini.
Ya, baru aku sedar. Hidup kini semakin mencabar.
Bantulah hamba - Mu ini ya Rabb.
Kerana aku tahu, tiada yang lebih indah melainkan hanya Keredhaan dari - Mu.
Ampun :'(


Amin.

PS. Di kesempatan ini, izinkan saya mem - promote "Kekasih Kuseru" :)

Re - post from Wall FB.



Ya Allah permudahkan segala urusanku.
Untuk memudahkan segala urusan - Mu.
Amin :)
- farhanaselamat -

Sunday, June 17, 2012

random.

#1

Semalam saya ber - First Gathering. Seronok sangat sangat sangat. >.< Tak tahu nak gambarkan macam mana. Nak dijadikan cerita, time rehearsel sehari sebelum hari kejadian pun semua Fasi dah tunjuk muka semangat berkobar - kobar masing - masing. Sebab ada 'Running Man' lah katakan. Hyper semacam. Hihi. Apa yang penting, saya enjoy! Sebab committee dan semua participant pun enjoy. (Y) Walaupun, in fact, saya tak pernah tengok 'Running Man'. Sedih kan jadi saya? Kuno betul lah Farhana ni. =.='

Alhamdulillah, selesai tugas saya sebagai S/U. Hmm, bergelumang dengan surat dan berbagai - bagai dokumen menjadi kewajipan saya sepanjang minggu tersebut. Nasib badan. Haih. mungkin muka saya ada ciri - ciri S/U berhemah lah kononnya. *Uhuks* Apa apa pun saya harap, untuk program seterusnya saya tak terpilih untuk menjadi S/U lagi. Mungkinkah? *Gasp* Amin :)

Orang kata, "Ukhuwwah itu dirasai jika merasai."

Alhamdulillah, manisnya kian bertambah. Terima kasih Allah :') Sangat seronok berceloteh dengan mereka. Ilmu dunia dapat, ilmu akhirat juga tidak lupa.


Ini adalah kata - kata semangat yang diberikan oleh participant FG. Seronok sangat sangat sangat bila dapat burst up semangat kecintaan mereka kepada sahabat sahabat yang sedang berjuang di Syria, Palestin, Myanmar dan sebagainya. Insha - Allah, kata - kata ini akan diterbangkan ke sana dengan kerjasama pihak tertentu dalam misi 'Aqsa 2 Gaza 2' Insha - Allah, doakan dipermudah ya! ^_^v Semoga harapan menjadi kenyataan.

#2

Selesai berprogram, kami semua terus berkonvoi menjejakkan kaki ke bumi Pinggir Pelangi. Alhamdulillah, murah rezeki kami. Kami dijemput oleh seorang saudara ini untuk ke Majlis Walimah abangnya. Dan sebenarnya, baru saya tahu. Sekecil - kecil Muadzam, sebenarnya banyak lagi laluan yang tak pernah saya jejak. Serius hebat orang Muadzam ni. Rumah beso, kereta beso. Peh. Kalah orang KL :D

Alhamdulillah. Selesai bersalam salaman dengan tuan rumah dan ahli - ahlinya. Kami pun dihidangkan dengan aneka juadah. Nasi minyak, daging 'opok' (makanan orang Pahang katanya), mi goreng, cupcake angry bird (huhu :P) dan sup buffalo. Wahaha. Menarik kan? Memang full lah perut time balik kenduri tu. Dan tuan rumah sangat baik hati dan memahami kami. Ditapaunya kami segala juadah tersebut. Goodies pun siap dapat extra lagi. Rezeki rezeki :') Apa apa pun, shukran kepada akhi Hafizul Jamil serta keluarga. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki hendaknya. Amin.

#3

Selesai memberi kata kata azimat buat junior yang bakal menempuhi Final Exam esok. Huhu. Terharu katanya. ^_^ Walaupun saya rasa saya buat cincai je. Tapi bila orang sebut 'Terima Kasih' je. The sense of appreciation itu mengecas atom atom positif dan terus melenyapkan atom negatif. Wah! Adakah kita sedang berbicara tentang Chemistry? Ah - haa! :D

#4

Susahnya nak jaga hati :( Kadang - kadang happy sangat kadang - kadang stabil kadang - kadang down. Ya Rabb, jangan kau bolak balik kan hati ini. Permudahkan segala urusan.

#5

Ada adik junior saya kata, saya 'Koya'. Haha. Nice word. ^_^
Btw, 'Koya' tu 'Poyo' eh?
Emmm emmm, betul lah tu kot :P

#6

This week ada 3 Quiz menanti. Doakan saya! Semangat nak jawab Quiz 1 setelah bergelar Degree Student. Ahaks! Dan doakan dipermudahkan urusan untuk settle up assignment yang menunggu saat dan waktu untuk diselesaikan. Terima kasih kalian. Semoga Allah dengar segala rintihan ini. Amin.

#7

Tadi telefon ayah. Agak kekok wish Happy Father's Day. Haha. First time saja saja melawak dengan ayah. ^_^ Dan ayah kata ayah cuti weekend ni and by hook by crook, saya terus decide untuk balik minggu ni. Yeay! Tak sabar nak peluk cium adik Umar :)

Ayah dan saya | Do we look alike? Hihi :D


Selamat malam :)
- farhanaselamat -

Wednesday, June 13, 2012

kokoro tombo.


- Finah (Bukan nama sebenar), 2012 -

Kala ini.
Jiwa terasa kosong.
Hati semakin membengkak.
Iman semakin culas.

Ya. Aku setuju.
Maksiat itu, masih ku lakukan.
Jahiliyyah itu, belum ku kuburkan.
Istiqamah itu, belum mampu kugapai.

Oh Tuhan.
Sedih dengan diri.

Namun.
Apakah gunanya untuk aku terus mengeluh pada diri.
Dan sebenarnya aku hanya mengecas atom atom negatif di dalam diri.

Oh Tuhan.
Maafkan diri.

Doakan.

"Ketahuilah, dalam setiap tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah, itu adalah HATI." (HR Bukhari dan Muslim)

Suatu hari, pernah juga terdengar seorang ustaz mengatakan, bahawa hati yang kotor itu warnanya hitam legam dan sukar untuk dibasuh. Dan ustaz itu seringkali menyatakan rasa malunya untuk memakai jubah putih kerana malu dengan ALLAH. Pabila ditanya mengapa, katanya warna putih ini tidak layak untuk dirinya, kerana dia merasakan hatinya tidak sebersih warna jubah itu. Dan aku mula berfikir, seorang ustaz yang alim dan banyak ilmunya pun mengucapkan kata - kata sedemikian, apatah lagi diri ini yang masih terumbang ambing mencari arah? Allahu.

*Sobs*


Ya Allah.
Permudahkan jalan ini.
Redhalah diri ini.

Glosari.
Kokoro - Hati (Japanese) 
Tombo - Ubat (Javanese)

Terima kasih kawan,
- farhanaselamat -

Sunday, June 03, 2012

di hujung minggu.

Jika mahu terselamat dari fitnah cinta yang membuang makna dari usia, sibukkanlah diri!
Sibukkan diri dengan aktiviti bepersatuan, hidup biar ada perjuangan.
Ada sesuatu yang diperjuangkan.

Kerana sesungguhnya air yang statik tak mengalir akan rosak akibat statiknya ia.
Pemuda yang banyak masa lapang tanpa perjuangan, akan dibunuh oleh masa lapangnya itu.

- Ustaz Hasrizal Jamil -

* * *

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hujung minggu yang agak 'lengang' di bumi Muadzam Shah ter - chenta. Senyap. Sunyi. Sepi. Sepertinya, tiada makhluk lain di sini. In fact, serius agak mendamaikan dan mempesonakan suasananya. Kerja - kerja hibernasi juga sememangnya rancak diadakan dua tiga hari ini. Oh, nikmat nikmat :D Tambah - tambah pula, sekarang ni, musim awan komulonimbus bercucuran menangis. Wahaha tudiaaa! >.<

Ramai juga yang mempertikaikan keberadaan aku di Amazon ini tatkala hadek hadek ku riang bercuti sekolah. Oh, entah la, jawabku ringkas. Kalau nak diikutkan, memang keinginan untuk pulang ke kota Metropolitan tu amat lah tinggi, lebih lebih lagi, bila hadek hadek di rumah asyik calling calling akak nya yang dirindui ini :') Namun apa kan daya, bila difikirkan balik, mungkin lebih berbaloi jika aku pulang pada minggu hadapan saja. Banyak lagi yang perlu diselesaikan. Banyak lagi yang perlu difikirkan. Hmm.

Kelas?

Alhamdulillah, seperti apa yang dikhabarkan, aku sudah disahkan sebagai warga Bachelor of Finance di Uniten. Dan selama seminggu ini, perjalanan nya agak baik. Sudah mula bertaaruf dengan Lecturer Degree, sahabat - sahabat baru yang mostly lepasan STPM yang sambung belajar di sini dan seperti biasa, Course Outline, Class Assessment, dan ASSIGNMENTs (2 pulak tu! Ahah!) dah di mention dari awal. Hewhew. Parah lah jugak kot. Alahai. Awal - awal lagi dah macam ni, macam mana nak strive ni Farhana? :O Lembik betoi ang ni! :P Errr, abaikan. =.='

Program?

Dah beratur menunggu dengan setianya. Tetapi aku? Belum mempersiapkan diri untuk nya. Kena pekena Teh'O Super Saiya Inche Gabbana rasanya ni. Hoho. Wujudkah? Alhamdulillah. Sebenarnya itulah fitrah ku. Dan aku tak boleh lari, even nyorok sampai ke lubang cacing sekali pun. Huh? O.o Semoga aku tabah, semoga aku kuat. Yeah (Y) Program pertama : First Gathering | 16 June 2012. Hoho. Sempat promote. Jangan lupa ya sahabat sekalian :D

Oh ya, aku baru perasan, aku orang 9. 'Universal' bak kata Doctor.

*Sengih* B)

Eheh. Sekarang ni musim cuti sekolah kan? Sekarang ni musim tempat tempat macam Waterpark, Themepark full lah kan? Sekarang ni mesti banyak kenduri kahwin kan?

Bestnya! >.<

Wuuuu, takda orang bersimpati dengan aku yang terperuk kat Muadzamsterdam ni ke? T_T

Godek godek FB. Godek godek Twitter. Alahai ramai pulak dok cerita baru balik kenduri. Part ni memang lah orang suka cerita. Sebab dapat makan free lah katakan. Yang aku, terliur jelah Nasi Minyak yang depa dok cerita tu. *Slurppp* Wahaha.

Alhamdulillah. Semakin ramai Anak Adam yang mendirikan masjid, semakin banyak syaitonirrojim yang menangis. Hypothesis accepted! :D Saya pun ada dijemput untuk hadirkan diri ke kenduri kawan saya. Eh? =.=' Ya. Betul laa. Tak percaya ke? Hihi. Tapi kawan saya tu dah 20 an dah lah. Hoho. Beliau adalah seorang guru muda dan hari pernikahannya ialah semalam (2hb). Sedih pulak rasa, tak dapat menunaikan permintaan untuk turut serta. Maaf ya Kak  Hani :) Hmm. Dan khabar dari bonda, tiap tiap minggu mesti ada je Jemputan. Peh. Nampak tak betapa ramainya insan insan yang ber - BM. Okay, enough is enough. ^_^ Habis degree nanti lah baru cerita pasal ni. Eh?

Oh, kalian pernah terbaca beza antara 'Kahwin Awal' dengan 'Kahwin Tergesa - gesa'? Eh! =.='

Kbye! Sekian.

PS. Malam ni dah start meeting FG. Wah! Enggak sabar deh mahu ketemu sama mereka >.<

Doakan dipermudah!
- farhanaselamat -