Saturday, June 23

coretan ini.

Kadang - kadang, coretan di sini seperti tidak membantu orang lain.
Tidak mampu menambahkan ilmu untuk orang sekeliling.
Dan selalunya, ia cuma suatu slot mainan jiwa yang masih tidak stabil.

Penulisan.
Aku suka menulis.
Kerna itu lah jiwaku.
Sedari kecil hingga kini. Dan In Sha Allah, selamanya.
Mungkin inilah bakat dari ayah yang Allah kurniakan.

Kadang - kadang, agak malu dengan diri yang tak begitu banyak ilmu.
Kadang - kadang, timbul jua rasa cemburu.

"Siapakah penulis yang baik?"

Kata akhi Hilal Asyraf.


"Penulis yang baik adalah yang penulisannya memberikan kesan kepada jiwa insan. Seterusnya, penulis itu mampu menjadi inspirasi, contoh, qudwah kepada pembacanya."

Allahu. Jauh lagi untuk sampai ke tahap itu.

Tambahnya lagi.

"Orang kata, hendak menjadi juara itu tidak sesusah hendak mengekalkan kejuaraan."

"Penulis yang mampu menjadi contoh adalah penulis yang istiqomah. Istiqomah dalam penulisannya. Istiqomah pula dalam menjaga peribadinya dalam menjadi qudwah kepada ummah."

Sentap. Aku tahu.
Hati ini masih belum dibaiki sebaik - baiknya.

Tapi.

"Takkan nak tunggu hati sempurna, baru nak berjalan di landasan ini? Apa pun, berjalan lah di landasan ini, nescaya hati kamu akan sempurna."

Uishh, sentap lagi. T_T

In Sha Allah.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

Semakin banyak persoalan hidup menjengah di lubuk fikiran ini.
Ya, baru aku sedar. Hidup kini semakin mencabar.
Bantulah hamba - Mu ini ya Rabb.
Kerana aku tahu, tiada yang lebih indah melainkan hanya Keredhaan dari - Mu.
Ampun :'(


Amin.

PS. Di kesempatan ini, izinkan saya mem - promote "Kekasih Kuseru" :)

Re - post from Wall FB.



Ya Allah permudahkan segala urusanku.
Untuk memudahkan segala urusan - Mu.
Amin :)
- farhanaselamat -