Wednesday, June 13

kokoro tombo.


- Finah (Bukan nama sebenar), 2012 -

Kala ini.
Jiwa terasa kosong.
Hati semakin membengkak.
Iman semakin culas.

Ya. Aku setuju.
Maksiat itu, masih ku lakukan.
Jahiliyyah itu, belum ku kuburkan.
Istiqamah itu, belum mampu kugapai.

Oh Tuhan.
Sedih dengan diri.

Namun.
Apakah gunanya untuk aku terus mengeluh pada diri.
Dan sebenarnya aku hanya mengecas atom atom negatif di dalam diri.

Oh Tuhan.
Maafkan diri.

Doakan.

"Ketahuilah, dalam setiap tubuh itu ada segumpal daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh itu dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh itu. Ketahuilah, itu adalah HATI." (HR Bukhari dan Muslim)

Suatu hari, pernah juga terdengar seorang ustaz mengatakan, bahawa hati yang kotor itu warnanya hitam legam dan sukar untuk dibasuh. Dan ustaz itu seringkali menyatakan rasa malunya untuk memakai jubah putih kerana malu dengan ALLAH. Pabila ditanya mengapa, katanya warna putih ini tidak layak untuk dirinya, kerana dia merasakan hatinya tidak sebersih warna jubah itu. Dan aku mula berfikir, seorang ustaz yang alim dan banyak ilmunya pun mengucapkan kata - kata sedemikian, apatah lagi diri ini yang masih terumbang ambing mencari arah? Allahu.

*Sobs*


Ya Allah.
Permudahkan jalan ini.
Redhalah diri ini.

Glosari.
Kokoro - Hati (Japanese) 
Tombo - Ubat (Javanese)

Terima kasih kawan,
- farhanaselamat -

1 comment:

Inspector Saahab said...

:')

terima kasih atas perkongsian.
Hati HMMPPP