Thursday, July 26

there's nothing much.

"One day you will ask me which is more important?
My life or yours?
I will say mine and you will walk away without knowing that you are my life."

- Khalil Gibran -


I wish I could turn back time and stop it not on the day we met but on the day we really got along.
Why? Nothing really.
I just miss what it feels like to be so happy when you are with me.

Happy 7th Ramadan everyone!

Yet, I miss you :')
- farhanaselamat -

Monday, July 23

sendu ramadan.

Ya Allah, apa yang bisa, ku tebus kepada - Mu atas dosaku.
Ya Allah, ku hina terasa, biarku bersujud untuk ke syurga - Mu.

Terkesan sungguh dengan bait bait lirik 'Aku yang berdosa'.

*Air mata turun laju*

Refleks diri. Sungguh, hinanya hamba ini.
Terlalu kecil, penuh dosa dan mungkin jauh dari pandangan - Mu.
Ampuni ku, wahai Rabb.

Alhamdulillah, masih dihidupkan lagi pada hari ini.
Sedar tak sedar dah hari ke - 4 kita berpuasa.
Seakan tak percaya dan tak boleh terima hakikat itu.
Sesungguhnya, masa itu berlalu tanpa pernah menghiraukan kita.
Ayuh.

"Jika kita tidak sibukkan diri dengan perkara kebaikan, maka perkara kejahatan yang akan menyibukkan diri kita."

Alhamdulillah, di dalam kesibukan yang begitu menyesakkan, at last, dapat juga saya berbuka bersama famili pada 1st Ramadan yang lalu. ^_^ Seronok! Sebab bukan selalu dapat peluang ini dan sebenarnya agak lama juga saya tak menjenguk mama, ayah dan adik - adik di KL. Lebih kurang sebulan plusplus, mungkin. So, macam eksaited lebih sikit :) Hihi. Apa - apa pun Alhamdulillah, perjalanan saya bersama housemates terchenta pulang ke kampung masing - masing berjalan lancar walaupun agak menyeramkan kerana kami bertolak pada waktu malam. Dan ada juga kes - kes kemalangan di jalan yang kami lalui itu. Hamdallah. Masih berpeluang untuk melihat dunia, menebus segala dosa :')

"Berserah saja kepada Dia. Dia yang memiliki nyawa hamba - hamba ini."

Tidak perlu takut.
Tidak perlu gentar.
Dia kan ada.

Takziah pada diri, sekali lagi memikul amanah untuk Saff kali ni. Berat sekali tanggungjawab ini untuk ku pikul, berat juga untuk ku lepaskan tanpa alasan. Semoga ada ibrah disebaliknya. Semoga kesilapan lalu tidak kembali menerpa.

"Allah mahu kau perbaiki diri, wahai Farhana."
"Allah mahu kau istiqamah di jalan ini."

Sungguh, aku tidak tahu rencana apa yang ditakdirkan untuk aku ini.
Aku bahagia, kadangkala berduka.
Dan siapa lah aku untuk mempertikaikan segala yang Kau tetapkan.
Cuma.
Cuma aku harap.
Dan aku mohon.
Kau sempurnakan hari - hari ku bersama Ramadan dengan sebaiknya.
Aku tidak mahu ia menjadi sia - sia seperti tahun - tahun yang lalu.
Berilah ku peluang wahai Tuhan yang menentukan segala.

"Andai setiap sujudku pada - Mu mampu mengalirkan air mata keinsafan, maka itulah antara perkara terindah sepanjang menjadi hamba - Mu Rabb."

Allah.
Perkenan doa ini.
Amin.


(14 : 7) Alhamdulillah.
- farhanaselamat -

Tuesday, July 3

assalamualaikum chenta.


 




- Al Khalil ibn Ahmadal Farahidi -


Nilai diri.
Di manakah kita?

Aku rasa, aku yang pertama tu kot. So, tinggalkan lah aku. Huhu. T_T

"Islah Nafsak, Wad'u Ghairak!"
Henshin! Jom berubah!
Gain as much knowledge as you can :)

*Senyum*

Allahu.
Bertuahnya saya kerana sentiasa dikelilingi oleh insan yang sangat memberi inspirasi.
Yang sentiasa ada, ketika kita jatuh.
Biarpun tanpa kita mengharap, dia sentiasa je ada tanpa kita sedari.
Oh, sweetnya Allah kerana hadirkan hati - hati ini :')

Dan salah seorangnya, semestinya advisor saya yang sangat saya kagumi.
Eh, lupa. Dah degree. Advisor dah bertukar. So, bekas advisor saya :)
Kata - kata di atas ini, beliau lah yang share time class tadi.
Menarik bukan? Suka! ^_^

Terima kasih madam :')
Saya banyak terhutang budi pada madam.
Terlalu banyak kata - kata penguat jiwa untuk saya tangkis arus deras kehidupan ini.
Uhibbuki jiddan jiddan.
Moga Allah limpahkan rahmat buat madam dan keluarga hingga ke syurga.

Ya Allah, terima kasih kerana pertemukan aku dengan nya :')

PS. 17 days and counting. #ROY


Btw, semalam tengok Short Film - Assalamualaikum Cinta. Best kott! A big applause to the video maker. Rasa rindu kepada Inche Ramadan semakin mendalam. Uhuks. Tak sabar. Pertemukan aku dengannya ya Rabb. Amin :')

Semoga Allah redha akan segalanya.

Yours Sincerely,
- farhanaselamat -