Monday, July 23, 2012

sendu ramadan.

Ya Allah, apa yang bisa, ku tebus kepada - Mu atas dosaku.
Ya Allah, ku hina terasa, biarku bersujud untuk ke syurga - Mu.

Terkesan sungguh dengan bait bait lirik 'Aku yang berdosa'.

*Air mata turun laju*

Refleks diri. Sungguh, hinanya hamba ini.
Terlalu kecil, penuh dosa dan mungkin jauh dari pandangan - Mu.
Ampuni ku, wahai Rabb.

Alhamdulillah, masih dihidupkan lagi pada hari ini.
Sedar tak sedar dah hari ke - 4 kita berpuasa.
Seakan tak percaya dan tak boleh terima hakikat itu.
Sesungguhnya, masa itu berlalu tanpa pernah menghiraukan kita.
Ayuh.

"Jika kita tidak sibukkan diri dengan perkara kebaikan, maka perkara kejahatan yang akan menyibukkan diri kita."

Alhamdulillah, di dalam kesibukan yang begitu menyesakkan, at last, dapat juga saya berbuka bersama famili pada 1st Ramadan yang lalu. ^_^ Seronok! Sebab bukan selalu dapat peluang ini dan sebenarnya agak lama juga saya tak menjenguk mama, ayah dan adik - adik di KL. Lebih kurang sebulan plusplus, mungkin. So, macam eksaited lebih sikit :) Hihi. Apa - apa pun Alhamdulillah, perjalanan saya bersama housemates terchenta pulang ke kampung masing - masing berjalan lancar walaupun agak menyeramkan kerana kami bertolak pada waktu malam. Dan ada juga kes - kes kemalangan di jalan yang kami lalui itu. Hamdallah. Masih berpeluang untuk melihat dunia, menebus segala dosa :')

"Berserah saja kepada Dia. Dia yang memiliki nyawa hamba - hamba ini."

Tidak perlu takut.
Tidak perlu gentar.
Dia kan ada.

Takziah pada diri, sekali lagi memikul amanah untuk Saff kali ni. Berat sekali tanggungjawab ini untuk ku pikul, berat juga untuk ku lepaskan tanpa alasan. Semoga ada ibrah disebaliknya. Semoga kesilapan lalu tidak kembali menerpa.

"Allah mahu kau perbaiki diri, wahai Farhana."
"Allah mahu kau istiqamah di jalan ini."

Sungguh, aku tidak tahu rencana apa yang ditakdirkan untuk aku ini.
Aku bahagia, kadangkala berduka.
Dan siapa lah aku untuk mempertikaikan segala yang Kau tetapkan.
Cuma.
Cuma aku harap.
Dan aku mohon.
Kau sempurnakan hari - hari ku bersama Ramadan dengan sebaiknya.
Aku tidak mahu ia menjadi sia - sia seperti tahun - tahun yang lalu.
Berilah ku peluang wahai Tuhan yang menentukan segala.

"Andai setiap sujudku pada - Mu mampu mengalirkan air mata keinsafan, maka itulah antara perkara terindah sepanjang menjadi hamba - Mu Rabb."

Allah.
Perkenan doa ini.
Amin.


(14 : 7) Alhamdulillah.
- farhanaselamat -

2 comments:

Saleha said...

As salamualikum
singgh sini dan follow ye

amin.. semoga dipermudahkan segalanya
semoga ramadhan kali ini lebih mendatangkan keberkatan pada kita semua

farhana | selamat said...

@saleha.
jzkk :)
salam ramadan buat kamu juga.