Friday, August 24

terukir di bintang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih bernafas di hari ke - 7 Syawal ini. Oh ya, rupanya sudah seminggu kita beraya. Haaa, puasa 6 apa cerita? Huhu. Sentap diri. Saya pun tak start lagi. Ish ish. Mana tak nya, kalau dah setiap hari asyik beraya je, mana nak dan puasa 6 nya. In Sha Allah, jom kita setting niat :) Yang banat, boleh lah qadha dulu yang wajib dan sambung pula yang sunat. "Eh, bukannya boleh ke terus combine sekali wajib dan sunat, Kak Farhana?" - suara sumbang mencelah. ^_^* Oh, betul tu. But apa pun cuba baca ini dan ini :) Mungkin awak boleh ke website yang diyakini kesahihannya. In Sha Allah. Bukankah lebih baik kita buat yang wajib dulu then proceed yang sunat. In Sha Allah lebih bertambah amalnya, dan Allah pun tentu suka :') JOM! JOM!

Okay. Kita dah lari tajuk ni kawan kawan. Hee.

Apa yang "Terukir di bintang" nya ni Farhana? Pelik - pelik aje lah mengkome ni =='
Baik. Sebenarnya tajuk je nak gempak, tapi takda apa sangat pun. ^_^ Just nak share ilmu sikit. Tentang bagaimana kita boleh hasilkan bintang melalui bulatan.

Oh, apakah? D:

Haaa. Nak tahu cara bagaimana kita nak buat bintang even 5, 6, 7, 8, 9, 10 sampai laaa berjuta - juta bucu sekali pun? Ahah! Yang berjuta - juta tu agak hiperbola. Tapi tak kisah lah, kalau kamu nak buat bintang berbucu 2000 pun takdak hal. Just follow the procedures jeh! :) Menarik bukan? Okay, ready guys? Let's! ^_^

But sebelum kita mulakan journey kita untuk menghasilkan bintanng yang OSEM, ambil formula ni (n-4)/2 then round off to the nearest integer. Okay then we can start!

Andai kata, awak nak lukis bintang yang ada 5 bucu. Buat satu bulatan yang agak besar. Then pisahkan circumference dia dengan 5 titik yang jarak antaranya lebih kurang sama.
Kemudian, masukkan dalam formula n = bilangan bucu (5)

(5 - 4)/2 = 0.5

Then round off, dapat 1.

Seterusnya, letak pensel di 1 titik, dan sambungkan ke titik sebelah tapi, kana langkau 1 titik sebab hasil dari formula tadi ialah 1.
 
Then repeat sambil melangkau 1 titik sampai dapat bentuk STAR kita! ^_^ Mudah kan?
For finishing, padam saja line - line hitam keliling bintang tu.
Tadaaa, siap sudah!

Okay, once again, try yang banyak sikit bucunya. Jom kita try 10 bucu.

(10 - 4)/2 = 3

Langkau. Pada titik ke - 3 sambung line tu.
Okay siap!

Abaikan keburukan contengan di atas. Saya tak reti doodle mcm kak Farah Waheeda. ^_^*

Oh, mesti agak pelik kenapa Farhana share pasal ni kan?
"Tulah, macam budak - budak je lukis - lukis bintang bagai ni ha." - suara mencelah lagi.

Huhu. Ini adalah bingkisan idea daripada sahabat saya yang tidak mahu identitinya diketahui umum. Cuma, beliau ada mengatakan, "Share lah benda ni selagi kau rasa ia bermanfaat." Baik. Sebenarnya, formula tadi, beliau yang develop sendiri. Awesome kan? Dan saya kira, benda ini sangat bermanfaat lagi - lagi kalau nak halang diri kita daripada mengantuk, bosan dan seangkatan dengannya. In Sha Allah dijamin tak mengantuk lepas main benda ni. Saya dah cuba, anda bila lagi? Ahah! Semoga bermanfaat :)

PS. Kalau rajin dan sempat, ana ingat nak tulis 1 lagi post sempena Janji Ditepati. Ahaa. In Sha Allah la, memandangkan nak exam bagai dan akan busy seminggu ni.

Sharing is Caring.
- farhanaselamat -

Wednesday, August 22

lebaran ini.

"Anak siapa ni?"
"Bila masa pula bersalin ni?"


Dan, bertalu - talu juga lah soalan yang diutarakan kepada Puan Mama. Oh, kami adik beradik ni, dah tergelak - gelak saja bila soalan dan jawapan yang sama asyik berulang di setiap rumah yang kami kunjungi. Apalah nasib kamu ya, Wahai Umar :)

Sudah semestinya. Raya tahun ini cukup berlainan bagi keluarga ku. Yalah, mana taknya, bila di tambah pula dengan seorang lagi penceria suasana sehari - harian. Tudiaaa, Umar Yahya, adikku yang hensem lagi bergaya :P Yang sudah pandai meniarap dan melakukan stunt - stunt hebat! Dan pastinya yang sudah tidak menangis over over macam dulu - dulu lagi dan sudah pandai hisap jari. Wuhuuu! Adik Umar. (Y)

Umar kini sudah berusia 4 bulan dengan berat badan 5 kg.
Suatu peningkatan! Yeay! Alhamdulillah.
Tak sabaq nak tunggu hang membesar, wahai adik! ;)

In Sha Allah semoga Umar Yahya menjadi anak yang soleh.
Amin kan semua. Aaaamin :)

Dalam banyak - banyak cerita yang ayah borakkan dengan saudara - mara, pakcik - makcik, pasal anak - anak ni, aku amat tertarik bila ayah cerita pasal Umar. Ayatnya berbunyi seperti ini.

"Bila pencen nanti, kerjanya hantar Umar pergi sekolah jelah."

Ahah. Agak geli hati sedikit di situ xD Betul juga kata ayah. Tapi rasanya, time ayah pencen, Umar dah 12 tahun dah. So, takda apa lah yang nak dirisaukan sangat kan? :D At least, bila kami 4 beradik lain dah berumah tangga sendiri, ayah mama ada penemannya kat rumah. Ada lah orang yang nak bermanja sorang - sorang dengan ayah mama. *Jealous sikit* Huhu. Jauh pulak memandang masa hadapan ==' Entah hidup lagi entah tidak esok hari :)

Oh ya, baru aku perasan, bila saudara - mara, pakcik - makcik berjumpa, mesti semuanya asyik cerita pasal ANAK je kan? Kenapa eh? *Wondering* ^_^'

Baik. Abaikan :)

Alhamdulillah. Meriah tak meriah jugak la raya tahun ni. Semua sanak saudara kebetulan pula First Day raya, beraya kat Batu Pahat tanah tumpahnya darah yang ter - chenta! Memang penuh lah rumah! Nasib lah rumah pakcik makcik semuanya sebelah sebelah je. Kerja bertukar - tukar rumah pula memang amat giat dijalankan oleh kami yang rumahnya di perantauan. Ahah! Agak lucu bila difikirkan semula xD Tak dilupakan, kemeriahan ini turut dirasai pabila, duit raya yang telah terkumpul ada lah jugak dalam RM250++ cenggitu. Wahaha, muka - muka matured ni pun boleh kumpul sebanyak tu. Anda pula bagaimana? ^_^v

Well, #OnlyInJohor you can find 'BARAK - AN' here and there. Okay. Tak tahu ejaan sebenar dia, tapi sebutannya gitu lah :P  During Barak - an, we can find the OT and OM were gathering together from a house to a house, from a kampung to another kampung, for the sake of ziarah. Allahu. Seronok tahu? Selawat, nikmati juadah, bermaaf - maafan at almost all houses in that kampung. Yang paling tak boleh belah nya, siap sekali bunyi mercun dan ekzos yang tahap boleh bingit satu kampung punya tu. Mak aih, sampai polis pun beraya ikut dorang sekali wa cakap lu! Huhu. First time ever la, polis masuk sebab terlampau bising. Dahsat tak dahsat lah kan!

Btw, aku rasa tahun - tahun dulu lagi dahsat.
Polis ni memang betul! >.< Huhu. *Emo*

Alhamdulillah lah, tahun ni dapat duduk lama sikit kat kampung. Sampai ghaye ke - 4.
Bila dah besau ni, baru lah tahu bagaimana nak menghargai keindahan alam. Subhanallah!
The freshness. Masih terngiang - ngiang ~

Side yang agak nostalgia bagiku :)

* * *

Hmm. Mahu cerita apa lagi ya? Entah lah :P

Sekali - sekala sembang pasal future dengan sepupu sepapat ni, seronok juga kan? #JustSaying

Ahah! Nak 'future' apa nya lagi? Dah besor dah kawe ni :P
"Future". Menarik bunyinya. Hatiku berbisik sambil tersengih. ^_^*

Tukar - tukar pandangan dan pendapat, tambah pulak dengan berangannya sikit, maka, dapatlah sedikit sebanyak ibrahnya di situ. Alhamdulillah. Semoga tak sia - sia. Hmm. Kalau mahu diceritakan tentang plan future - ku yang agak tak 'ambitious', orang kata. Aku ni sebenarnya, hanya mengimpikan untuk study sampai Degree saja, then kerja 7 tahun dengan TNB (Itupun, atas sebab kontrak!) and terus nak duk rumah saja, mahu jadi SuperSaiya di rumah :P Haa, itu je! Rasanya, macam malas je nak bagi komitmen kepada benda - benda selain yang berkaitan dengan rumah. Wahaha. I mean, bekerja opis, makan gaji etc. Tapi bila difikir - fikirkan balik, aku perlu ubah something that is more valuable for me dan seantero dunia. Dan ofkoz, segala perancangan ini perlulah mendapat mandat Tuan Besar dahulu. Semestinya juga, tanpa Dia yang membenarkan, tiada lah juga berhasilnya segala gimic plan itu. Allah knows best! :)


Betullah, bak kata sepupu ku. Sebelum terlambat, ayuh plan something that beyond our limit. The journey is along way to go. Ilmu itu bukan sekadar di dada, yet kita kena apply dan salurkan kepada yang lain - lain. Hmm. Kalau jadi HouseWife, agak kekang jugak lah kan saluran ilmu itu.

Ya, let's refresh, to be better. In Sha Allah :)

* * *

Ikhlaskan hati mohon kemaafan,
Leburlah dosa di tapak tangan,
Lupakan segala silap dan salah,
Insan bersatu membina ummah.

Lagu ini, cukup terkesan di dalam hati.
Sangat nostalgic dan penuh makna :')

Alhamdulillah.
Dahulu, ber - 6.


Kini, ber - 7.


Dahulu Hijau.
Kini Ungu! (Y)

Mine.
Maybe it's not-so-big family.
But after all, we live happily. ^_^*
Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Amin :)

PS. Sanah Helwah to my beloved Ayah ever :) En. Selamat Mahmud. Semoga dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan berpanjangan.
PPS. Tahun ni baru dapat 1 kad raya dari Nadira ft Kak Ain. Dan sebenarnya masih menunggu kad raya dari TNB. Hoho. Gurau, takdo ler desperado sangat. Btw, saja nak tunjuk ini. Saya kira, cukup kreatif orang yang kirimkan ini. Arigato gozaimasu :)



Mula merindui bumi Amazon.
Oh? ==' Kbai!
- farhanaselamat -

Saturday, August 18

stop regretting, keep moving.

Bismillahirrahmanirrahim.


"Saat anak bulannya menampakkan diri, mengingatkan daku berbagai memori dan kenangan. Umurku berlalu, dan ia sentiasa bertakhta di hatiku."

Ingat lagi. Ramadan tika zaman kanak - kanak dahulu. 
*Sengih* Betul lah orang kata, 'Memori itu Manis'. Kalah gula - gula! :')

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinanti untuk kami 4 beradik. Bulan Ramadan ini lah bulan yang 'Paling Best'! Sebab? Bila tiba bulan puasa, mama mesti masak banyak dan sedap - sedap. Masa bulan ni, kami boleh tidur lama - lama tak kira lah lepas zohor tu baru nak bangun pun tak apa. Dan yang paling penting, mama ayah jarang nak suruh kami adik - beradik buat kerja itu kerja ini seperti hari - hari biasa. Oh, nikmat nikmat :') Kemudian, kalau pergi terawih, mesti tak sabar nak tunggu moreh dengan kawan - kawan. Sebelum tu, main kejar - kejar dulu ke, main mercun dulu ke. Bukannya terawih pun, bila rakaat akhir tu je buat - buat bagi salam :P Ahaaa! Kantoi di situ. Adik - adik, please don't try this at home yeah! ^_^*

Hmm. Ketika itu fikiran kanak - kanak kita hanya dapat menjangkau. Okay. Puasa tak boleh makan - minum, buka, bersahur, ada solat terawih, tadarus kat sekolah then RAYA! Alangkah indahnya. Kan? Tapi tahun demi tahun berlalu, kita digamit usia, pengertian makin mendalam. Ramadan bukan lagi tradisi yang datang pergi tanpa isi. Kita diterjah pertanyaan, sampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa? Kita mula kenal, apa erti kita jalani semua ibadah di bulan istimewa ini. Kita mula mengerti, halawatul iman yang selama ini tidak pernah kita temui. Kita mula sedari, bahawa kita ini bukannya 'Hamba Ramadan', malah 'Hamba - Nya' yang sangat daif. Allahu. Istiqamahkanlah diri di jalan - Mu yang sebenar. Jangan Kau bolak - balik kan hati ini wahai Rabb :)

Sedar tak sedar, Ramadan sudah berada di penghujungnya. Dia hanya menanti masa untuk mengucapkan salam perpisahan sambil melambai - lambai tangannya ke arah kita. Allah, sedih :'( Pastinya kami akan merindui kamu, wahai Ramadan dan seisinya. Semoga kita ketemu lagi ya! :'( Ya Allah, berilah peluang bagiku untuk waktu akan datang. Izinkannya. Amin.

Muhasabah.

"Amal biar sedikit tapi berkekalan. Perubahan biar sederhana, tapi berkesan."

Apakah puasa kita telah mencapai takwa?

Orang bertakwa, dia yang mengawal marahnya.
Orang bertakwa, dia yang memberi dalam susah dan senang.
Orang bertakwa, dia yang jika terlanjur melakukan dosa, segera mengingati Allah dan bertaubat kepada - Nya.
Orang bertakwa, sudah tentu dia seorang yang pemaaf.

Dalam riwayat Bukhari, Nabi SAW pernah mengaminkan doa dipohon Jibril AS ketika Baginda menaiki mimbar. Ketika itu Jibril berdoa.

"Celaka seseorang yang masuk Ramadan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal dan tidak diampuni dosanya dan ia dimasukkan ke neraka."

Ya Allah. Semoga aku tidak tergolong dalam golongan ini :(

Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad al Mustafa SAW. Beliau bersabda : "Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadan, dia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan: menjumpai Ramadan mendatang atau pengampunan dan rahmat Allah."

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia - sia semata."

Cc : Rusydee Artz.

Malam ini langit itu akan bertemasya, 
Biar mata ini tidak lena, 
Biar jadi saksi pada cakerawala, 
Pada iman yang menari di dada, 
Dan pada Tuhan yang tersenyum penuh cinta, 
Ramadan bila kau datang lagi nanti, 
Bangunkan aku untuk berbicara. 

Taqabbalallahu Minna Waminkum.
Wakullu 'Aamin Wa Antum Bikhair.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidzin wal Faidzin.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Khas buat Family, Sahabat Handai dan semua yang mengenali diri ini :)
Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di bulan Ramadan ini. Amin.

Eh! JOM puasa 6 kengkawan! >.<

Dari Abi Ayyub Al - Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun." (HR Muslim)

* * *

Syawal kian pudar pengertiannya buat ku.
Semuanya bermula sejak tragedi dua tahun sudah.
Allah, aku tahu, aku bersalah kerana tidak bersyukur atas nikmat Syawal ini.
Ya Allah, buanglah rasa benci dan dendam di hati :(
Kuatkan aku wahai Allah dalam mendepani dugaan - Mu ini.

Ramadan, bila kau tiba, bangunkan aku agar kita bisa bicara.
Aku yang sentiasa menunggumu,
- farhanaselamat -

Thursday, August 9

last battle.


#8

#9

#10

My last quiz for this semester.
Principles of Management | Dewan Ilmu | 10 August 2012
Wish me luck! Rabbuna yusahhil. Amin ;D

Gara - gara bosan, maka terhasil - lah contengan di atas. =='
- farhanaselamat -

Sunday, August 5

half story.

Kelam dalam keputusan sendiri.
Mahu, mengangguk. Tak mahu, menggeleng.
Masih berkira - kira dan menimbang tara.
Apakah ia perlu disegerakan atau biarlah masa membawanya.

Ini hala tuju kita.
Ya. Bukan aku dan kau.
Tapi, KITA.

Di pagi yang serabut.
Urghhh! -.-'
- farhanaselamat -

aku dan badminton.

Bismillah.

Aku dan badminton. Sebenarnya, aku kenal badminton ni sejak kecik lagi. Semuanya bermula pada ketika ayah membelikan ku sebatang raket dan sebotol shuttle bagi mengisi waktu lapangku di kala petang. Serius, sangat seronok bermain badminton masa dulu - dulu. Sehinggakan setiap petang selepas sekolah agama, aku akan turun court, semata - mata sebab nak main badminton! Dan hakikatnya, ayah pernah mendaftarkan aku adik beradik ke Sekolah Latihan Badminton (Nusa Mahsuri) kelolaan Anak - anak Sidek masa kami sekolah rendah. Bangga sikit. Ahah. Actually, ayah masa zaman 30 - an, dia antara belia yang aktif bab - bab badminton ngan bola ni. Boleh dikategorikan sebagai 'Hantu' jugak la dulu - dulu. So, mungkin tujuan ayah menghantar kami ke sekolah badminton adalah untuk mendidik kami menjadi seorang atlet negara suatu hari nanti. Wahaha. Mungkin laa. Tak pernah terfikir pulak kenapa ayah masukkan kami ke sana. Bila dah besar baru terfikir. Eh. ==' 

Haaa. Sepanjang keberadaan aku di Sekolah Nusa Mahsuri, aku pernah lah jugak berguru dengan Encik Rasyid (Adul :P), Encik Rahman (Aman :D). Menarik sangat bila difikirkan kembali saat - saat indah bersama 'Keluarga Badminton' itu :D Pagi - pagi dok lari keliling court, train side by side, train pukulan dinding, lastly, tournament. Hmmm. Yang agak menyedihkan, aku tak bertahan lama pun join sekolah badminton tu. Dalam 3 bulan je kot kat sana. Lupa ==' Itupun sebab ayah kata, aku ni jenis tak konsisten, tak istiqamah orang kata. Selalu tak focus bila main. My bad :( Entahlah. Kecik - kecik dulu kisah apa kan? Ahah. Asal dapat main sudeyy. Tapi agak jealous lah dengan adik - adik ku yang dah gi tournament sana - sini. Hmm. Last - last, sampai 1 tahun training, dorang pun berhenti jugak. Sebab masing - masing nak exam besar masa tu. Bila asyik training je, study pun harommm lah kan. So, alih - alih, harapan menjadi 'Atlet Negara' tu pun entah ke mana. Hoho.

Yet, aku tak rasa pun semua itu membazir. Tak membazir masa, duit dan tenaga pun sebenarnya. Malah aku bersyukur, sebab Allah gerakkan hati ayahku waktu tu untuk masukkan kami dalam sekolah tu. Banyak ilmu dan skill yang kami pelajari. Dan mungkin kami yang sekarang inilah hasilnya :P

Ceh, bajet hebat sangat je. Haha. Memang tak lah! Dah berkurun zaman kegemilangan tu berlalu. Sentuh raket badminton pun kalau ada nasib, setahun sekali je kot. Alahai, malas sungguh bila usia meningkat ni. ==' Kalau lah, ada doraemon, boleh pinjam mesin kembali ke zaman silam. Huhu :P

Errr. Sebenarnya aku sengaja mengembalikan memori ini ke zaman silam. Ini semua gara - gara demam LCW - LD lah ni. Alahai, sumpah penuh TL dan Wall Post :) Seronok gak tengok tweet semangat rakyat Malaysia. Walaupun hakikatnya, mengharapkan Baskin Robbin free! Ahah. Sape tak nak en. Aku pun dah pasang niat nak ambik BR tu besok, alang - alang dah ada kat KL ni kan. Huhu. Tapi, apakan daya, semuanya aturan Dia. Kang tak pasal - pasal ade yang buka puasa bila nampak BR free esok. Kan? Ahah.


Tak tahu kenapa. Aku sedih tengok gambar ni. Y_Y
Takpa DLCW! You're our HERO! Proud to be Malaysian! ^_^
#ThankYouLeeChongWei

"Dan ketahuilah olehmu bahawa apa yang menimpamu belum tentu kerana kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu itu belum tentu menimpamu." (Hadis)

PS. To be sincere, aku jealous ngan bebudak Accounting yang ada subject Badminton dalam Subject Course diaorang :/ Kbai.

Good Luck Azizulhasni Awang!
Another Pearl of Malaysia :')
- farhanaselamat -

Saturday, August 4

apakah erti hidup ini?

Hidup ini bermakna apabila engkau bernafas dalam Reda Allah, engkau hidup untuk mengabdikan diri kepadanya dan engkau memilih untuk menjadi khalifah bagi alam. Hakikatnya, hidup cuma sementara. Mati itu pasti. Syurga dan neraka juga pasti. Berapa ramai benar - benar memilih untuk berada di jalan lurus menuju syurga tika hidup ini masih berbaki?

Hidup ini adalah perjuangan antara haq dan yang batil. Dan kedua - duanya takkan pernah bercantum. Takkan pernah ada titik kesatuan. Bahkan yang batil itu akan terus meraja dan menakluk jiwa - jiwa lemah untuk memalingkan mereka dari Tuhan yang Esa. Ingatkah kita lagi, apakah proses asal bagi sebuah kehidupan? *Garu kepala* ^_^>


Hidup ini mempunyai aturannya, penuh dengan suka dan duka. Kadang kala, ianya hadir menghiasi laman - laman hati yang menginginkan kebahagiaan dan kegembiraan. Tetapi, perlu kita tahu, tidak semua apa yang kita mahu ia muncul dalam keindahan dan ketenangan. Pasti ada sesuatu yang mungkin membuatkan kita terfikir lantas bertanya di dalam diri. Ohh mengapa, mengapa dan mengapa. *Sigh*

"Aku hidup bahagia."

Benarkah?

Kebahagiaan itu sukar untuk dirasai tatkala kedukaan datang menyapa. Cahayanya sirna dalam kehidupan. Namun, kelamnya bukan menyuluh kekecewaaan tetapi membangkit satu perasaan untuk berteman. Teman yang memberi waktu untuk kita tersenyum, menyulam rasa kasih dan sayang dan membangkitkan semangat untuk merasai kebahagiaan hidup. - MT -


Memories of Chatime with Ano, Nonot and Unie ;)

Tsk tsk. ^_^"
Seronok melayan perasaan pagi - pagi buta ni. 
Opsss! Bukan men - jiwang. 
Tetapi, memikirkan masa akan datang.
What will Farhana going to be in 10 years ahead.
*Yadayada*

"Plan your action, act your plan."

Kadang - kadang bila banyak fikir tentang perkara akan datang.
Ia seolah - olah seperti terlebih berangan Mat Jenin.
Mahu itu, mahu ini. Tapi tak buat apa - apa. Hoho.
Okay okay, jom tajdid niat. *Refresh*

"May Allah grant you guys the best as what you all pray for me and the better one."

Melihat diri hari ini.
Dan, berfikir sejenak.
Oh mampukah aku yang hari ini sebegini,
Untuk capai target yang seakan tak tercapai itu?
Parah! Miracle! Hmm. Takut menjerat diri.
Okay, negative thinking, you're not allowed here :/
Takpa Farhana. Proceed!
Usaha, doa dan tawakal. 
Semoga Allah kabulkan cita - cita ini.
Semoga Allah berikan yang terbaik.
Hoyeah! Jom, Amin - kan semua. 
*Aaamin ~*

Hari berlalu. Pejam celik. Eh, dah berlalu 15 Ramadan. Dah start baca doa qunut time witir. Dan rupanya, hari untuk dating bersama Cik Lailatul Qadar semakin hampir. Masha - Allah. Berapa lah sangat amalan ku sepanjang bulan mulia ini. Sedih sedih :'(

"We should consider ourselves lucky that Allah doesn't multiply our sins for every wrongdoing we do during Ramadan. Instead, He multiplies the reward for every good deed we do. Yet, still there some of us Muslims that don't grab the chance." - AK

Sangat terkesan baca tweet ini. Kalaulah dosa kita ini dilipatgandakan sepertimana pahala kita. Masha - Allah! Nak cium bau syurga pun jauh sekali, apatah lagi nak jejak ke sana. Na'uzubillah. *Muhasabah*

Scroll TL lagi dan ternampak ramai yang tweet pasal..

Janji Ditepati? =='

Eh, Janji Dicapati? LOL xD

Yet, the slogan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa" is indeed reasonable than that one. Kan kan?

"Kemerdekaan yang sebenar adalah apabila insan dapat membebaskan diri dari menjadi hamba sesama makhluk kepada perhambaan diri hanya kepada Tuhan segala makhluk." - Erti Kemerdekaan by iProduksi

Pheww ~ Sangat mendalam. Thumbs up!
Semoga Allah memberi Rahmat ke atas negaraku, Malaysia ;)

Jadi, "Apakah erti hidup ini?"

"Hidup ini bagai lampu dinding. Yang dinyalakan di malam hari."
*Hijjaz Mode! :D*

Wa Akhiran, Wassalam.
- farhanaselamat -