Sunday, August 05, 2012

aku dan badminton.

Bismillah.

Aku dan badminton. Sebenarnya, aku kenal badminton ni sejak kecik lagi. Semuanya bermula pada ketika ayah membelikan ku sebatang raket dan sebotol shuttle bagi mengisi waktu lapangku di kala petang. Serius, sangat seronok bermain badminton masa dulu - dulu. Sehinggakan setiap petang selepas sekolah agama, aku akan turun court, semata - mata sebab nak main badminton! Dan hakikatnya, ayah pernah mendaftarkan aku adik beradik ke Sekolah Latihan Badminton (Nusa Mahsuri) kelolaan Anak - anak Sidek masa kami sekolah rendah. Bangga sikit. Ahah. Actually, ayah masa zaman 30 - an, dia antara belia yang aktif bab - bab badminton ngan bola ni. Boleh dikategorikan sebagai 'Hantu' jugak la dulu - dulu. So, mungkin tujuan ayah menghantar kami ke sekolah badminton adalah untuk mendidik kami menjadi seorang atlet negara suatu hari nanti. Wahaha. Mungkin laa. Tak pernah terfikir pulak kenapa ayah masukkan kami ke sana. Bila dah besar baru terfikir. Eh. ==' 

Haaa. Sepanjang keberadaan aku di Sekolah Nusa Mahsuri, aku pernah lah jugak berguru dengan Encik Rasyid (Adul :P), Encik Rahman (Aman :D). Menarik sangat bila difikirkan kembali saat - saat indah bersama 'Keluarga Badminton' itu :D Pagi - pagi dok lari keliling court, train side by side, train pukulan dinding, lastly, tournament. Hmmm. Yang agak menyedihkan, aku tak bertahan lama pun join sekolah badminton tu. Dalam 3 bulan je kot kat sana. Lupa ==' Itupun sebab ayah kata, aku ni jenis tak konsisten, tak istiqamah orang kata. Selalu tak focus bila main. My bad :( Entahlah. Kecik - kecik dulu kisah apa kan? Ahah. Asal dapat main sudeyy. Tapi agak jealous lah dengan adik - adik ku yang dah gi tournament sana - sini. Hmm. Last - last, sampai 1 tahun training, dorang pun berhenti jugak. Sebab masing - masing nak exam besar masa tu. Bila asyik training je, study pun harommm lah kan. So, alih - alih, harapan menjadi 'Atlet Negara' tu pun entah ke mana. Hoho.

Yet, aku tak rasa pun semua itu membazir. Tak membazir masa, duit dan tenaga pun sebenarnya. Malah aku bersyukur, sebab Allah gerakkan hati ayahku waktu tu untuk masukkan kami dalam sekolah tu. Banyak ilmu dan skill yang kami pelajari. Dan mungkin kami yang sekarang inilah hasilnya :P

Ceh, bajet hebat sangat je. Haha. Memang tak lah! Dah berkurun zaman kegemilangan tu berlalu. Sentuh raket badminton pun kalau ada nasib, setahun sekali je kot. Alahai, malas sungguh bila usia meningkat ni. ==' Kalau lah, ada doraemon, boleh pinjam mesin kembali ke zaman silam. Huhu :P

Errr. Sebenarnya aku sengaja mengembalikan memori ini ke zaman silam. Ini semua gara - gara demam LCW - LD lah ni. Alahai, sumpah penuh TL dan Wall Post :) Seronok gak tengok tweet semangat rakyat Malaysia. Walaupun hakikatnya, mengharapkan Baskin Robbin free! Ahah. Sape tak nak en. Aku pun dah pasang niat nak ambik BR tu besok, alang - alang dah ada kat KL ni kan. Huhu. Tapi, apakan daya, semuanya aturan Dia. Kang tak pasal - pasal ade yang buka puasa bila nampak BR free esok. Kan? Ahah.


Tak tahu kenapa. Aku sedih tengok gambar ni. Y_Y
Takpa DLCW! You're our HERO! Proud to be Malaysian! ^_^
#ThankYouLeeChongWei

"Dan ketahuilah olehmu bahawa apa yang menimpamu belum tentu kerana kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu dan akibat dari kesalahanmu itu belum tentu menimpamu." (Hadis)

PS. To be sincere, aku jealous ngan bebudak Accounting yang ada subject Badminton dalam Subject Course diaorang :/ Kbai.

Good Luck Azizulhasni Awang!
Another Pearl of Malaysia :')
- farhanaselamat -

3 comments:

naiba said...

sedih gak tengok gambar tu...cian DLCW...tapi takpe..kami tetap berbangga dengan anda...

D-SIM said...

ade jugak subjek badminton ? O.o

ini giler kentang nih

farhana | selamat said...

@naiba..

yezza! that's true!

@d-sim..

yup, ada. tapi, utk accounting student saja. serious jealous!