Saturday, August 18

stop regretting, keep moving.

Bismillahirrahmanirrahim.


"Saat anak bulannya menampakkan diri, mengingatkan daku berbagai memori dan kenangan. Umurku berlalu, dan ia sentiasa bertakhta di hatiku."

Ingat lagi. Ramadan tika zaman kanak - kanak dahulu. 
*Sengih* Betul lah orang kata, 'Memori itu Manis'. Kalah gula - gula! :')

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling dinanti untuk kami 4 beradik. Bulan Ramadan ini lah bulan yang 'Paling Best'! Sebab? Bila tiba bulan puasa, mama mesti masak banyak dan sedap - sedap. Masa bulan ni, kami boleh tidur lama - lama tak kira lah lepas zohor tu baru nak bangun pun tak apa. Dan yang paling penting, mama ayah jarang nak suruh kami adik - beradik buat kerja itu kerja ini seperti hari - hari biasa. Oh, nikmat nikmat :') Kemudian, kalau pergi terawih, mesti tak sabar nak tunggu moreh dengan kawan - kawan. Sebelum tu, main kejar - kejar dulu ke, main mercun dulu ke. Bukannya terawih pun, bila rakaat akhir tu je buat - buat bagi salam :P Ahaaa! Kantoi di situ. Adik - adik, please don't try this at home yeah! ^_^*

Hmm. Ketika itu fikiran kanak - kanak kita hanya dapat menjangkau. Okay. Puasa tak boleh makan - minum, buka, bersahur, ada solat terawih, tadarus kat sekolah then RAYA! Alangkah indahnya. Kan? Tapi tahun demi tahun berlalu, kita digamit usia, pengertian makin mendalam. Ramadan bukan lagi tradisi yang datang pergi tanpa isi. Kita diterjah pertanyaan, sampai bila rutin itu perlu berlalu tanpa berkesan pada jiwa? Kita mula kenal, apa erti kita jalani semua ibadah di bulan istimewa ini. Kita mula mengerti, halawatul iman yang selama ini tidak pernah kita temui. Kita mula sedari, bahawa kita ini bukannya 'Hamba Ramadan', malah 'Hamba - Nya' yang sangat daif. Allahu. Istiqamahkanlah diri di jalan - Mu yang sebenar. Jangan Kau bolak - balik kan hati ini wahai Rabb :)

Sedar tak sedar, Ramadan sudah berada di penghujungnya. Dia hanya menanti masa untuk mengucapkan salam perpisahan sambil melambai - lambai tangannya ke arah kita. Allah, sedih :'( Pastinya kami akan merindui kamu, wahai Ramadan dan seisinya. Semoga kita ketemu lagi ya! :'( Ya Allah, berilah peluang bagiku untuk waktu akan datang. Izinkannya. Amin.

Muhasabah.

"Amal biar sedikit tapi berkekalan. Perubahan biar sederhana, tapi berkesan."

Apakah puasa kita telah mencapai takwa?

Orang bertakwa, dia yang mengawal marahnya.
Orang bertakwa, dia yang memberi dalam susah dan senang.
Orang bertakwa, dia yang jika terlanjur melakukan dosa, segera mengingati Allah dan bertaubat kepada - Nya.
Orang bertakwa, sudah tentu dia seorang yang pemaaf.

Dalam riwayat Bukhari, Nabi SAW pernah mengaminkan doa dipohon Jibril AS ketika Baginda menaiki mimbar. Ketika itu Jibril berdoa.

"Celaka seseorang yang masuk Ramadan, puasa pada siangnya dan solat pada malamnya kemudian meninggal dan tidak diampuni dosanya dan ia dimasukkan ke neraka."

Ya Allah. Semoga aku tidak tergolong dalam golongan ini :(

Dari Jabir bin Abdillah ra dari Muhammad al Mustafa SAW. Beliau bersabda : "Siapa yang membaca doa ini di malam terakhir Ramadan, dia akan mendapatkan salah satu dari dua kebaikan: menjumpai Ramadan mendatang atau pengampunan dan rahmat Allah."

"Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati bukan yang sia - sia semata."

Cc : Rusydee Artz.

Malam ini langit itu akan bertemasya, 
Biar mata ini tidak lena, 
Biar jadi saksi pada cakerawala, 
Pada iman yang menari di dada, 
Dan pada Tuhan yang tersenyum penuh cinta, 
Ramadan bila kau datang lagi nanti, 
Bangunkan aku untuk berbicara. 

Taqabbalallahu Minna Waminkum.
Wakullu 'Aamin Wa Antum Bikhair.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Minal Aidzin wal Faidzin.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Khas buat Family, Sahabat Handai dan semua yang mengenali diri ini :)
Semoga Allah SWT menerima semua amal ibadah kita di bulan Ramadan ini. Amin.

Eh! JOM puasa 6 kengkawan! >.<

Dari Abi Ayyub Al - Anshari ra bahawasanya Rasullullah saw bersabda.

"Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti nya puasa itu dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, maka pahalanya akan sama dengan puasa setahun." (HR Muslim)

* * *

Syawal kian pudar pengertiannya buat ku.
Semuanya bermula sejak tragedi dua tahun sudah.
Allah, aku tahu, aku bersalah kerana tidak bersyukur atas nikmat Syawal ini.
Ya Allah, buanglah rasa benci dan dendam di hati :(
Kuatkan aku wahai Allah dalam mendepani dugaan - Mu ini.

Ramadan, bila kau tiba, bangunkan aku agar kita bisa bicara.
Aku yang sentiasa menunggumu,
- farhanaselamat -

No comments: