Friday, August 24, 2012

terukir di bintang.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah masih bernafas di hari ke - 7 Syawal ini. Oh ya, rupanya sudah seminggu kita beraya. Haaa, puasa 6 apa cerita? Huhu. Sentap diri. Saya pun tak start lagi. Ish ish. Mana tak nya, kalau dah setiap hari asyik beraya je, mana nak dan puasa 6 nya. In Sha Allah, jom kita setting niat :) Yang banat, boleh lah qadha dulu yang wajib dan sambung pula yang sunat. "Eh, bukannya boleh ke terus combine sekali wajib dan sunat, Kak Farhana?" - suara sumbang mencelah. ^_^* Oh, betul tu. But apa pun cuba baca ini dan ini :) Mungkin awak boleh ke website yang diyakini kesahihannya. In Sha Allah. Bukankah lebih baik kita buat yang wajib dulu then proceed yang sunat. In Sha Allah lebih bertambah amalnya, dan Allah pun tentu suka :') JOM! JOM!

Okay. Kita dah lari tajuk ni kawan kawan. Hee.

Apa yang "Terukir di bintang" nya ni Farhana? Pelik - pelik aje lah mengkome ni =='
Baik. Sebenarnya tajuk je nak gempak, tapi takda apa sangat pun. ^_^ Just nak share ilmu sikit. Tentang bagaimana kita boleh hasilkan bintang melalui bulatan.

Oh, apakah? D:

Haaa. Nak tahu cara bagaimana kita nak buat bintang even 5, 6, 7, 8, 9, 10 sampai laaa berjuta - juta bucu sekali pun? Ahah! Yang berjuta - juta tu agak hiperbola. Tapi tak kisah lah, kalau kamu nak buat bintang berbucu 2000 pun takdak hal. Just follow the procedures jeh! :) Menarik bukan? Okay, ready guys? Let's! ^_^

But sebelum kita mulakan journey kita untuk menghasilkan bintanng yang OSEM, ambil formula ni (n-4)/2 then round off to the nearest integer. Okay then we can start!

Andai kata, awak nak lukis bintang yang ada 5 bucu. Buat satu bulatan yang agak besar. Then pisahkan circumference dia dengan 5 titik yang jarak antaranya lebih kurang sama.
Kemudian, masukkan dalam formula n = bilangan bucu (5)

(5 - 4)/2 = 0.5

Then round off, dapat 1.

Seterusnya, letak pensel di 1 titik, dan sambungkan ke titik sebelah tapi, kana langkau 1 titik sebab hasil dari formula tadi ialah 1.
 
Then repeat sambil melangkau 1 titik sampai dapat bentuk STAR kita! ^_^ Mudah kan?
For finishing, padam saja line - line hitam keliling bintang tu.
Tadaaa, siap sudah!

Okay, once again, try yang banyak sikit bucunya. Jom kita try 10 bucu.

(10 - 4)/2 = 3

Langkau. Pada titik ke - 3 sambung line tu.
Okay siap!

Abaikan keburukan contengan di atas. Saya tak reti doodle mcm kak Farah Waheeda. ^_^*

Oh, mesti agak pelik kenapa Farhana share pasal ni kan?
"Tulah, macam budak - budak je lukis - lukis bintang bagai ni ha." - suara mencelah lagi.

Huhu. Ini adalah bingkisan idea daripada sahabat saya yang tidak mahu identitinya diketahui umum. Cuma, beliau ada mengatakan, "Share lah benda ni selagi kau rasa ia bermanfaat." Baik. Sebenarnya, formula tadi, beliau yang develop sendiri. Awesome kan? Dan saya kira, benda ini sangat bermanfaat lagi - lagi kalau nak halang diri kita daripada mengantuk, bosan dan seangkatan dengannya. In Sha Allah dijamin tak mengantuk lepas main benda ni. Saya dah cuba, anda bila lagi? Ahah! Semoga bermanfaat :)

PS. Kalau rajin dan sempat, ana ingat nak tulis 1 lagi post sempena Janji Ditepati. Ahaa. In Sha Allah la, memandangkan nak exam bagai dan akan busy seminggu ni.

Sharing is Caring.
- farhanaselamat -

4 comments:

D-SIM said...

baru sekarang nampak applikasi formula tu -_-

farhana | selamat said...

ahah! boleh la, kalau takat nak hilangkan ngantuk. i.Allah terbaik!

LynnAiza said...

salam.thanks for this sharing.hehe.serius baruuu tahuuu. ;p

farhana | selamat said...

:')