Thursday, September 20

a visionary sees light in the dark.

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

Blog sudah berhabuk. Dan minta untuk dibersihkan.
Orait! Challenge accepted! (Y)
Mungkin post kali ini akan terlampau panjang. Haaa. Mungkin laa.


Alhamdulillah. Selesai sudah ber - Final Exam pada 3/9 - 12/9. Ape cer nya? Kita tangguhkan cerita bila dapat result nanti lah ya. Hee. In Sha Allah boleh tahan jugak. Apa apa pun, saya yakin Allah pasti akan berikan yang terbaik kepada kita semua. Mohon doa dari semua ya! ^_^ Okay next. Tanpa dijangka, saya berpeluang untuk join K - Fiqh pada hari Sabtu yang lalu. Seperti yang telah diketahui, sepatutnya K - Fiqh diadakan di UIAM. Namun begitu, ia dibatalkan logistik oleh UIAM di saat akhir dan berpindah ke lokasi lebih baik di Dewan MBSA. Alhamdulillah atas hikmah - Nya ini juga, dapat juga saya turut serta :)

Jika sebelum ini, K- Fiqh membentangkan tentang Konsep Wasathiy dalam Dakwah, Aqidah dan Ibadah. Namun, K - Fiqh pada kali ini membentangkan tentang Siasah (Politik Islam Semasa) pula. Dan topik ini sememangnya hangat diperkatakan lagi - lagi lah dek kerana Pilihan Raya Umum 13 dan Pilihan Raya Kampus IPTA yang kian hampir. Haaa. Uniten pula, Insha Allah next year baru start berdemo. *Tetiba* Baiklah. Seperti yang tertera di poster ini, ini adalah antara tajuk dan penyampai K - Fiqh pada kali ini. Alhamdulillah. Telah dipilih oleh - Nya untuk menuntut ilmu secara LIVE dengan Asatizah yang sangat hebat ini. Pabila mendengar penjelasan dari mereka, secara tak langsungnya kepala akan turut mengangguk dan bermonolog, "Owh, begini rupanya." ^_^ Baiklah. Dengan ini, saya titipkan sedikit petikan kata - kata inspirasi daripada Murshid, mungkin ada yang disebutkan juga itu hadis yang tak sempat saya quote siapa perawinya dan mungkin Fact / Sirah. Maaf, sebab tak dapat nak fully cerita what's going on here and there. Sebab saya tak reti sangat nak cerita. Kang jadi lain pulak sebab salah tafsir. Haaa. Apa pun, kami dibekalkan dengan Kertas Kerja dan mostly input dan penerangannya di situ. Saya ada yang softcopy, so anyone nak boleh lah roger. Sharing is Caring. Kan? ^_^


  • Abdullah Ibn Salam berkata, " Bila aku lihat Nabi Muhammad, aku tahu dia bukan orang yang temberang."
  • 3 perkara penting dalam "Hablum Minan Nas" : Sebarkan salam, memberi makan, dan menghubung silaturrahim sesama insan. "Hablum Minallah" : TAHAJUD.
  • Ubah persepektif pemerintahan kita daripada pemerintahan pemerintah kepada pemerintahan Al - Quran.
  • Umar Abd Aziz - Setelah dilantik untuk memegang jawatan, dia merelakan dirinya dipecat. 
    • Selepas berkhutbah di hadapan rakyat, beliau pulang ke rumah dan menangis lagi sehingga isterinya bertanya kepadanya, "Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?" Beliau mejawab, "Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang - orang yang miskin, ibu - ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang - orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah - hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw". Isterinya juga turut mengalir air mata. Allahu Rabbi. T_T Rujuk sini.
  • Jika aku benar, bantulah diriku. Jika aku silap, perbetulkan diriku.
  • Ketahuilah kamu bahawa roda pergerakan Islam sentiasa berputar, maka ikutilah perubahan arus zaman itu. Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu.
  • Tiada suatu kaum yang tidak menjalankan jihad, melainkan kaum yang mendapat kehinaan daripada Allah.
  • "Taatlah kepadaku, jika aku taat kepada Allah." - Pemimipin hebat! ^_^
  • It's Pro - Professor Establishment. Not Pro - Establishment Professor.
  • Barangsiapa yang menghidupkan suatu sunnah yang baik, maka baginya pahala dan pahala orang yang beramal dengannya sehingga hari kiamat.
  • Ketika zaman sahabat, ada juga orang Kafir yang menerima zakat atas sebab mereka ialah "Al - Muallafah Qulubuhum" iaitu yang dijinakkan jantung hati mereka kepada Islam. Seperti mana 'Uyainah dan Al - Aqrab (Betulkan jika salah ya!) Rujuk sini.
  • "Kita ni beragama, tapi tak ber - Tuhan."
  • "Ukhwah beyond solidarity." Konsep Ithar :)
  • Bantulah saudaramu yang dizalimi dan menzalimi.
  • Politik adalah AMANAH. Apabila pemimpin tidak amanah, bermakna dia melakukan maksiat terhadap dirinya.
  • "Sesiapa yang tidak berbai'ah dengan jemaah, dia akan mati dalam keadaan yang jahil." Ada yang berpegang dengan hadis ini. Dikatakan bahawa hadis ini bertaraf dha'if. Wallahu A'alam. Pun begitu, beliau berkata, "Jemaah itu konsepnya Amar Makruf Nahi Mungkar, boleh saja join banyak jemaah cumanya, perselisihan pendapat itu pasti ada."
  • "Isu politik bukan isu Aqidah. Politik ditegakkan di atas Maslahah mengikut zaman. Dan tak bermakna kita menolak Hadis Nabi." - Agree much! ^_^v
  • Harga barang boleh ditetapkan. Itu adalah Maslahat! Based on the Price Control Policy >.<
  • "Di mana ada keadilan, di situ ada Siasah."
  • Membantah pemerintah ada batasnya. Tak taat kepada perkara yang mungkar dan taat kepada yang makruf.
  • Sediakan suasana yang kondusif sebelum laksanakan Hudud.
  • Perkara peribadi (Seperti tak menutup aurat etc.) tak perlu dibicarakan dalam public. Perkara yang melibatkan maslahat awam sahaja perlu dibicarakan. This is somehow, #TypicalMalay do this. Muhasabah.
  • Orang yang malas berfikir, semua benda dia nak haramkan. Maka, Islam itu seperti terlalu susah. Ayuh berubah. "Meluaskan yang Halal, menyempitkan yang Harus."
  • Pilihan raya adalah JIHAD!
  • "Apakah yang menjadi punca sesorang itu menjadi 'Literalist'?"
  • "Perang, ada disiplinnya. Pilihan raya pun ada disiplinnya. Haaa, lawan takat kat KERTAS jaa pun." - Ahah! Berdekah - dekah bila teringat ayat ni. Huhu.
  • "Sokong Islam ke sokong Muslim?"
  • "Undi adalah rahsia kecuali kepada yang membukanya." Haha. (Y)
  • "Agama membimbing politik, bukan agama menjadi alat politik."
  • Jangan cepat jump into conclusion! Think macro!
  • "Politician only thinks about next election. Statesman only thinks about next generation."
  • "Kita asyik mempertanggungjawabkan kerajaan untuk buat itu dan ini, sedangkan dalam demokrasi asasnya ialah rakyat. Akhirnya rakyatlah yang akan menentukan halatuju Negara Berkebajikan mereka." - Prof Mohamad
Asif sebab point - point ni macam tunggang langgang je kan. Semua ini adalah apa yang saya coretkan dalam notes yang takda dalam Slide. Banyak sangat ilmu baru. Di sini juga saya ingin merumuskan bahawa kita perlu tahu sedikit sebanyak tentang ilmu Usul Fiqh. Insha Allah akan mudah faham. Apa yang penting, semuanya ini adalah ilmu. Insha Allah bermanfaat. Kadang - kadang menyentap diri sendiri juga. Saya bukan pemimpin yang baik.

Somehow, ada certain part yang saya juga tak faham. Mungkin asbab saya masih mentah dan tak berapa update politik terkini. My bad :( Persoalan itu dan ini mencanak di fikiran. Semakin banyak perkara yang diambil tahu, semakin diri ini rasa tak tahu. Haa. Bila ada panelist sebut pasal Consitution, Legislative, Judiciary, Separation of Power bla bla, sebenarnya K - Fiqh juga telah memberi peluang kepada saya untuk revise subject Malaysian Studies yang baru selesai Final - nya :D Dan pastinya mengimbau kembali sesi diskusi semasa kelas Malaysian Studies. Pernah juga lecturer saya bertanyakan pendapat kami tentang politik ini. Okay. Mungkin di sekolah itu adalah isu sensitif, dan rasanya ia tidak lagi sensitif pabila anda menapak di universiti. Dan persoalan yang dikemukakan adalah, "Mengikut arus perkembangan dan situasi politik terkini, antara Muslim dan Non - Muslim, yang manakah menjadi pilihan anda untuk menjawat jawatan Perdana Menteri?" Ahaa. Menarik! >.< Sebenarnya sudah lama terfikir tentang ini.  Pelbagai juga pandangan yang dilontarkan oleh rakan sekelas dan tipikalnya, yang Melayu akan sokong Muslim sebagai PM dan yang Non - Muslim menyokong Non - Muslim sebagai PM. Dan tiba - tiba, ada persoalan berbangkit. Seperti yang kita tahu, tugas PM adalah menasihati YDPA tentang soal agama. Kalau PM tu Non - Muslim, acano tu? Haaaa. Boleh jadi jugak kan? Nice ~


"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik - baiknya (pada segi hukum agama) mereka itulah orang - orang yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, dan mereka itulah orang - orang yang berakal sempurna."

Saya petik sedikit ulasan dari Ustaz Hasrizal di Wall FB nya.

"Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa tempoh hari, pada pandangan saya amat penting untuk dihadiri oleh para agamawan sebagai pemain peranan terpenting dalam pembentukan kefahaman massa. Apa yang dibentangkan sepanjang hari bukanlah bersifat maklumat tetapi perubahan paradigma yang amat kritikal untuk mengubah cara pandang agamawan terhadap topik politik, kenegaraan, tatakelola pentadbiran yang akan menentukan bagaimana cara mereka menyedut hukum dan saranan daripada nas.

Lebih malang, agamawan tidak hadir, tetapi yang hadir adalah murid - murid yang tweet, sms dan kemaskini status FB untuk diulas oleh agamawan, jauh daripada konteks perbincangan. Sukar sekali membayangkan apabila 'orang awam faham dengan betul' berhadapan dengan agamawan yang mendatangi topik ini secara caca merba."

Betul. Saya setuju!


"Politik itu kotor!" Ahah. Biasa bukan kita dengar?

Kalaulah benar politik kotor, maka sudah berzaman - zaman lamanya Rasulullah SAW mengotori Islam. Bukan Rasulullah SAW berpolitik juga?

Politik itu kotor? Errr.
Renung - renungkan dan selamat beramal!
Wassalam :)
- farhanaselamat -

4 comments:

D-SIM said...

rajinnya catat sume ni.

yang ni hadis ke terjemahan ? "3 perkara penting dalam "Hablum Minan Nas" : Sebarkan salam, memberi makan, dan menghubung silaturrahim sesama insan. "Hablum Minallah" : TAHAJUD. "

farhana | selamat said...

antara wasilah supaya tak lupa dan takut takut notes yang ditulis tu hilang.

yang ni terjemahan. hadis asal, “Wahai manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan, jalinlah hubungan persaudaraan dan solatlah pada malam setelah manusia tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan sejahtera.” (HR Ahmad dan Tirmidzi)

Cik Da said...

Ahli panel yang hebat-hebat. Bestnya dapat join..

farhana | selamat said...

Alhamdulillah :)
mudah mudahan cik da dapat join k - fiqh yg akan datang. i.Allah.