Monday, October 22, 2012

the syndrome of having a family like 'em.

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.

"Meski ku rapuh dalam langkah, kadang tak setia kepada - Mu.
Namun cinta dalam jiwa, hanyalah pada - Mu.
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintai - Mu.
Dalam jaga ku harap hanya diri - Mu yang bertakhta."

- Rapuh by Opick -

Gasp! >.< Pengakuan! Pengakuan!
I'm fallin' in love with this song already! Hee. ^_^v

Bait lirik ini sangat terkesan di jiwa. Biarpun acap kali juga mendengarnya sebelum ini. Namun, ia sekadar, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Lama kelamaan tanpa disedari, rupanya ia telah menghantui minda dan juga jiwa. Oh oh. Terlebih sudah. >.< By the way, kadang kala kita sememangnya perlu kepada sesuatu yang boleh memotivasikan diri kita dari hari ke hari. And for me, that's it! It's not about taksub but it's a medium throughout the journey. In Sha Allah :) *Fighting!*


Another syndrome detected! >.<
No words can be expressed apart, rather than the sweetness of our ukhuwwah.
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Yang jauh didekatkan, yang rapat dieratkan.

Perjalanan 3 hari 2 malam, yang dianggap lama pada mulanya menjadi tafsiran yang salah dek masa yang berlalu begitu pantasnya. Aku bersama teman, bersama sahabat, masih kehausan dalam mengenal fitrah. Fitrah diri yang menjadi asas yang patut dihadam dalam melewati ranjau dunia yang berduri. Pelbagai persoalan mencanak di fikiran dan akhirnya satu persatu dirungkaikan. Kini, aku fahami, mengapa dia begini, mengapa dia begitu. Sungguh. Sungguh menarik Ya Allah ciptaan - Mu ini.

And I'm wonder if and only if I could turn my destiny to the Psychology thingy back.

Nahhh!
Don't ever look back Farhana. Life goes on!

Hoyeah! ^_^v

"Your body works like a movie projector, and the film running through the projector is all of your thoughts. By choosing higher, positive thoughts you can change what you see on the screen at any time. You have complete control of what goes into your film!"

"Change your thoughts and you'll change the world." Words run into my mind. That moment when you think you can't do it and it works as what you're not expected! I've experienced it. Allah Allah. Superb Allah, who I always believe.

Tadaaa!


Ini hasilnya. Terima kasih fasi fasi atas peluang untuk saya meng - hentam sama ini benda. >.< Dengan harapan, lepas ni bagi lah batu bata pulak ke? Haha. *Putus fius*

Maaf tak berkesempatan untuk cerita pengisian program yang saya join ini. In brief, it's Uzlah. TOT kepada Exco dan AJK dalam PPI. Basically, pengisiannya berasaskan  gerak kerja dalam PPI dan slot slot motivasi tentang kepimpinan. Akhir kata, BEST SANGAT SANGAT SANGAT! Terima kasih pihak MT yang membawa kami meneroka "Lagoona Resort."

Selingan video. Layan ~


Till then. 
Selamat ber - Qurban wahai sahabat semua.
Hari ini balik KL bersama housemates! Doakan kami :)
- farhanaselamat -

Friday, October 19, 2012

to you, my roommie.

"Take care Farhana! Pergi Indon tu elok elok. Ole - ole jangan lupa :DD"

* S E N Y U M *
Berat kakiku melangkah pergi.


* * *

Kamu,
Teman yang setia.
Pengubat duka lara.
Pencetus riangnya suasana.

Bumi dan langit menjadi saksi,
Saksi kita yang kekok pada mulanya.
Hanya menerima takdir yang dicipta.
Aku dengan duniaku, kamu dengan duniamu.

Hati berbisik, akal keliru.
Oh Tuhan, aku gentar, aku buntu.
Apakah aku akan terjatuh sasar nanti?
Sasar menjauh tidak mampu pula membantu sahabatku.

Hari demi hari ku lewati,
Tanpa disangka setahun sudah sayang ini.
Namun, ketika hari terus berganti,
Masih ada kecewa yang membelenggu di hati.
Masih ada hati menangis mengenang kamu sahabat sejati.

Aku cuba sebatikan diri,
Aku cuba bermain nurani,
Aku cuba mengajak sekali,
Dengan harapan, kamu pasti akan kembali.

Sulit bagimu untuk pulang.
Dan aku mengerti mengapa ia terjadi.
Bukan salahmu yang tidak menghargai.
Bukan jua salah ibumu yang tidak memberi.

Wahai Tuhan,
Apakah aku yang malang?
Jerihnya amanah - Mu yang hanya sekelumit.
Sungguh! Ia mudah di bibir, tidak pada jasad.

Kamu,
Sahabat yang aku sayangi.
Moga coretan ini menjadi doa dinihari.
Moga aku mampu memimpin tanganmu ke cinta Ilahi.

Sahabat,
Maafkan diri ini kerana tidak mampu menjadi berani.


May Allah help us!

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in."
- farhanaselamat -

Wednesday, October 17, 2012

bukan padang biasa.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum my silent reader.

Many many thanks to Allah :) At last, berkesempatan juga untuk saya post something di belog yang kian berhabuk ni. *Koff koff* Nak kata busy, tak jugak. Cumanya, mungkin banyak berjalan ke sana ke mari. Macam macam >.< Pun begitu, ber - blogging masih tetap menjadi prioriti bagi diri ini biarpun apa jua yang berlaku :3

Hey hey. Jom terjah entry berhabuk dan bersawang ini. Patutnya post ni perlu di publish before entry 'empat satu kosong bla bla bla' tu, namun apakan daya. Asyik taip, send to draft, taip, send to draft. Maka, inilah jadinya. Huhu. Abaikan >.< Alright! So, here we are. To Padang, Indonesia. The one and only place where the Minang people come from. Subhanallah! To be honest, it's a very unique place to explore! Sumpah tak rugi jelajah ke sana :')

Alhamdulillah tepat jam 5 pagi biarpun matahari belum menerbitkan sinarnya, kesemua pelajar yang terlibat dengan 'Lawatan Sambil Belajar' ini telah pun berkumpul di LCCT yang terletak berdekatan dengan Nilai. Namun begitu, flight yang akan membawa kami terbang itu sebenarnya dijangka tiba pada pukul 7.20 pagi. Maka sementara menanti waktu bagi urusan penerbangan, kami telah diberikan taklimat pendek oleh ketua rombongan, iaitu Abang Fizie (Mpp Uniten Kshas) tentang perjalanan yang akan kami tempuhi di sana. Rombongan ini melibatkan kira - kira 21 orang pelajar dan 3 pensyarah serta Vice Chancellor sekeluarga. Pada mulanya, agak kekok lah jugak bersama dengan mereka sebab kebanyakan yang terlibat dalam program ini adalah senior senior saya yakni student final year. Namun akhirnya, bak kata omputih, 'age means nothing'! ^_^v Apa pun, kita enjoy!

Hmm. Sebab tu orang selalu kata aku ni matang. 
Maybe sebab selalu sangat berkawan dengan orang yang atas umur.
Heh. Kbai. Abaikan.

Alhamdulillah. Perjalanan yang agak mencuakkan lagi - lagi bagi orang yang first time naik flight macam saya ni. Hoho. Tapi kat dalam flight tu watlek watkool je! B) Dapat duduk tepi sekali pulak tu. Veli de eksaited lerr ~ Huhu >.< Bertolak jam 7.20AM dan akhirnya sampai juga pada jam 7.20AM. Eh, maksud saya, 7.20AM jam Indonesia. Hee. Perbezaan masa antara Malaysia dan Padang hanyalah 1 jam di mana Indonesia lambat sejam dari kita yang di Malaysia ni.

Akhirnya, Allah bagi peluang saya terbang walaupun seketika :')
Cantik sang awan. Berkepul kepul. Gebu.

Setelah mendarat! Alhamdulillah. Thanks to AirAsia :D In Sha Allah selamat sampai.

Sesampainya kami di Lapangan Terbang 'Bandara Internasional Minangkabau', kami disambut baik oleh Pak Henry, Mas Fahmi dan Mas Hendra, merangkap tour guider kami. Then, kami diberi map kawasan di sekeliling Padang, Bukit Tinggi, Pagar Ruyung dan kawasan sekitarnya. Dan, bersama 'Bus Pariwisata' mereka lah, kami bergerak mengelilingi bandar - bandar tersebut selama 4 hari 3 malam di sana.


Banyak perkara yang unik dan menarik yang diceritakan oleh Pak Henry tentang kawasan Padang ini. Apa yang lagi menarik adalah kerana dialek nya seakan bahasa nogori. Dah memang sebenarnya, asal penduduk Negeri Sembilan tu adalah pelarian atau orang Minang yang berhijrah ke Tanah Melayu. Haa, lagu 'Ayam Den Lopeh' tu pun asalnya dari Indonesia. Terkejut saya bila dengar Fact tersebut. Tapi itulah kebenarannya. Macam macam lah yang Pak Henry cerita sepanjang perjalanan tu. Tak jemu kami mendengar tentang keunikan sejarah dan adat budaya di sana. Dan seperkara lagi yang membuatkan saya sangat kagum dengan Pak Henry ialah beliau sangat superb bab Sejarah dan Geografi. Even though beliau adalah penduduk Indonesia, namun begitu, sejarah Malaysia pun beliau master. Huhu. Amat memalukan mengenangkan nasib diri yang jahil tentang sejarah negara watan sendiri >.<

Banyak perkara yang nak dicerita. Tapi tapi, bagi mengelakkan post ini terlampau panjang, kita cerita melalui gambar sahaja ya! ^_^

Let the journey begins!

Day 1 | Bukit Tinggi | Air Terjun Lembah Anai | Pandai Sikek | Tasik Maninjau

Welcome to Air Terjun Lembah Anai. Tengok! Bumbung pintu gerbang tu pun stail minang. Awesome! >.<

Air Terjun ini sangat sejuk. Dikatakan juga bahawa air terjun ini boleh menjadikan kita awet muda :p Wallahu A'alam. ^_^

Haaaa! Tengok ni. Tengok ni. Fokus kepada piring yang bulat tu.

Inilah dia piring Astro di Indonesia. Tapi di sini mereka panggil Parabola. Okay. Gurau saja. Ini aerial tv, line Astro takdak pun. Tapi tapi, sangat unik! >.< Okay, saja nak koba. Abaikan >.<

Nahh! Lunch time! Kelaparan to the max! Nasib baik lauk kat 'Bundo Kanduang' ni memang penuh 1 meja. Hihi.

Gerhana bulan? :D

"Kamu mau DAFTAR makanan apa sih?" xD

Setelah selesai makan tengah hari, kami pun meneruskan perjalanan ke Pandai Sikek.
Ahah! Cuba teka apa maksud disebalik nama Pandai Sikek. Rasanya, orang N9 dah boleh agak kot maksud dia. Tercetusnya nama tempat Pandai Sikek ini adalah kerana penghuninya suatu masa dahulu merupakan seseorang yang pandai sikat rambut. Huhu. Seterusnya idea itu bercambah kepada pandai sikat kain (menenun songket). Agak lucu >.< Tapi ini based on apa yang diberitahu kepada saya. Hee.

Pandai Sikek ;)

Demonstrasi menenun songket juga ada di sini di samping jual beli kain.
Agak susah rasanya bagi saya yang bukan seorang yang teliti dan fokus 24/7 :)

Toko - toko yang menjual kain sangat banyak di sini. Dan ini adalah yang pertama yang kami kunjungi. Berbaloi - baloi :3


Betapa cantiknya sulaman yang ori dari Indonesia ini. Dah lah cantik, murah pulak tu >.<

Kebetulan pula semasa ke Toko - toko itu, kami rupanya berdekatan dengan Kincir Gonjong. Gonjong itu tepung beras. Kincir itu yang di bawah ini.

Di sini kami melihat bagaimana tepung itu diproses. Bermula daripada tekanan air yang menggerakkan kincir hingga ke tempat pemprosesan di dalam rumah. Menarik! >.< Btw, credit to the model, Bro Fizie.


Mak cik yang hanya berseorangan kerana daya kincir air itulah yang menggerakkan dan menumbuk tepung tepung itu. Haa, nampak kan batang batang kayu tu? Sebenarnya, batang kayu itu bergerak dan sedang menumpuk tepung hingga hancur. That's why mak cik tu boleh kerja sorang sorang je. Awesome kan? ^_^


Seterusnya, kami ke Tasik Maninjau melewati kelok 44.


Sepanjang perjalanan kami, sawah yang terbentang menenangkan redupan mata kami. Ini sawah bukit. Asbab kawasan ini adalah kawasan berdekatan dengan gunung berapi (Gunung Merapi, Gunung Singkarak, Gunung Sagor if I'm not mistaken :p), lava yang ada telah menyuburkan lagi tanaman di kawasan tanah tinggi ini. Masha Allah. Orang kata, gunung berapi ini bahaya, but cuba kita view dari sudut yang positive. Ia membantu dalam menghidupkan lagi tanaman di sini :)

Cantik kan? Berpetak - petak.

Haih. Kadang - kadang wondering. Sebenarnya nak diikutkan ada je pemandangan sawah macam ni kat Malaysia. Tapi kenapa bila dah ke tempat orang, baru nak bergambar bagai, sedangkan kat negara sendiri tak pulak. Hoho. Mungkin saya je lah kot yang macam tu >.<


Keagungan Allah. Masjid di tengah - tengah. Ya. Apa yang sangat best nya bila sampai di Indonesia ini ialah bila kelihatan terdapat banyak sangat masjid. Tak sampai 1 km dah ada masjid lagi 1. Allah Allah. Sangat awesome lagi bila mana setiap masjid itu sentiasa dipenuhi orang ramai. Even, time subuh pun, kami tak perlu set alarm clock sebab azan - azan yang berkumandang sangat mampu untuk mengejutkan kami yang tidur mati ini :p

Seterusnya check - in di Ambunsuri Hotel. Belum masuk lagi, dah ramai peniaga yang menjual jual di luar hotel itu. Sungguh! Mereka sangat bekerja keras. Heyybatt!


Day 2 | Sulaman Hjh. Rosma | Tabek Patah | Batu Sangkar | Istano Basa Pagaruyung | Tasik Singkarak | Pasar Atas | Jam Gadang



2nd ay journey. Ke rumah Hjh. Rosma. Eh, isteri PM kita? No no no. Hee. Tapi Hjh Rosma ni pun antara orang ternama di Indonesia.


Sulaman yang amat rumit yang mereka hasilkan. Same goes to Tenun Songket tadi. It takes about 1 - 2 months to settle up this. Mak aih ~ memang saya surrender lah kan bab bab ni. Huhu. Sangat tabik sepering kepada akak akak yang penyabar dan tabah ini :D Di sini, kami berkenalan dan berjumpa sendiri dengan Hjh Rosma di samping berbelanja aneka jenis sulaman yang ada. Tas tangan, kain, tudung, alas meja dll. Next, beransur ke Tabek Patah.

Terdapat perusahaan keropok dan kerepek di sini. Macam macam jenis kerepek ado, yang pelik yang tak pelik pun ado. Hehe. Takpe apa yang penting Halalan Thoiyyiba :)

Dan yang menjadi faveret saya ialah Kerpek Pisang Salai ini. Comel kan kipas biru tu? >.<



Next, di tempat yang sama cuma di luar nya sahaja. Hee. Ini adalah tempat rest rest sambil pekena teh/kopi/ubi. Kira kalau foreigner tu, dapat lah dorang merasai makanan zaman kita dijajah dulu. Sangat unik sebab segala kerusi meja bagai diperbuat daripada kayu semata - mata.

"Minum 1 orang enjoy 2 orang." Huhu. Menarik >.<

Teh asli ekstrak dari daun nya. Jemput lah rasa ya! Tapi rasa macam teh cina pun ada.
Next, Istano Basa Pagaruyung.

Besar dan mewah. Tapi sebenarnya, Istana ini belum siap sepenuhnya lagi, dalam 5-6 bulan baru dibuka untuk kunjungan.

Seorang brader yang sangat berpengalaman dalam bidang ukiran kayu menerangkan kepada kami bagaimana dan berapa lama ukiran ini dihasilkan. Saya kira, orang orang di Padang ini begitu kreatif dan penyabar orangnya >.<

Kuda istana yang comel tapi garang! Haha.

Pintu masuk istana yang dipenuhi ukiran. That brother said, they take about 4 years finish this. A very long journey to go right?

Seterusnya, ke Tasik Singkarak. Tapi sebelum itu, kita makan tengah hari dulu!

My favourite shot! >.<

Muka insan insan kelaparan. Kali ni makan bersila pulak.

Lepas makan, kacau monyet ni pulak! Hahaha xD

Leggo to Tasik Singkarak!


Tadabbur alam. Betapa kecilnya kita di muka bumi ini. Allah Allah.

Lihat! Betapa jernihnya tasik ini. Subhanallah! Kalau saya zoom lagi sikit, kita boleh nampak anak - anak ikan berkeliaran di dasar tasik ini. So chumil :')

Well, sementara melepak mentadabbur alam, perut kami dialaskan pula dengan Buah Kuini yang dijual di kawasan berhampiran. Yang bestnya, makcik yang jual tu siap sediakan pinggan dan servis memotong buah tu lagi. Susah kalau nak jumpa kat Malaysia kan? Kami pun apa lagi, makan jelah koje nye. Hee. Rezeki Alhamdulillah.


Next, kembali ke Ambunsuri Hotel di Bukit Tinggi. Kali ni makan malam kami di sini. "Waroeng Dja Djan". Cathcy betoi nama dia. ^_^ Menu dia pun stail jugak.



Bakso di Padang, Indonesia. Lain sikit dari kita. Tak berapa pedas dan guna yee mee + bihun. So far okay lah. Kenyang saja! >.<

Seterusnya, jelajah kami ke Pasar Atas dan Jam Gadang pula. Hotel kami sangat hampir dengan kawasan ini. So, kami berjalan kaki saja ke sana.

Gadang = 'Besar' dalam bahasa Minang. So, inilah Jam Besar yang sibuk diperkatakan >.<

Ini pula Paza Ateh (Baca : Pasar Atas) yang menjadi mercu bagi para pelancong memborong barangan. Super duper murah dari tempat tempat lain $.$

Day 3 | Padang | UNP | Siti Nurbaya Bridge | Plaza Andalas | Muaro Beach

Let's TEROPONG what are behind the scene! ^_^

Delegasi - delegasi terhormat UNITEN & UNP.

 Ahah! Sebelum tu, perasan tak dekat atas meja tu ada kotak merah putih. Mahu tahu apa ada di dalam?
Nah, check it out! ^_^

Memang budaya kat sana, time meeting pun boleh kunyah kunyah. Hehe. Saya sangat suka >.<


 Sesi bersama Dosen dosen UNP :)

Sesi keliling UNP bersama Mahasiswa/Siswi UNP!
Ayuh laungkan, "Jaya Mahasiswa!"
Miss that moment :)

"We are Intellectual and Religious Communities!"

Musholla UNP. Sangat dipenuhi Mahasiswa/Siswi. Allahu Akbar!

This is Ami a.k.a Rakhmi Amini. She is my Kawan Angkat at UNP. Sangat seronok berborak dan bercerita dengan Ami. Well, mungkin atas sebab darah kami pun lebih kurang sama. Darah Jawa gituh >.<

Next, lepak - ing at Siti Nurbaya Bridge, Plaza Andalas and Muaro Beach.




Jelas bebenor kepadatan penduduk di Indonesia ni kan?

Day 4 | Departure to Kuala Lumpur

 Sayonara Gubbai Padang, Indonesia ;)
Moga kita bisa ketemu lagi.

Alhamdulillah trip yang sangat menarik, penuh input dan unik! :D Banyak yang saya belajar. Tentang apakah erti syukur itu sebenarnya. Di Indonesia, agak jauh bezanya dengan Malaysia. Bak kata orang, Indonesia adalah Malaysia pada 20 tahun yang lalu. Mungkin benar. Apa yang boleh saya rumuskan ialah kawasan di sana sememangnya bersih (No cinema, no karaoke) dan orang - orangnya juga amat kuat bekerja. Semoga kalian berbahagia selalu. ^_^ Oh ya, hasil daripada Pertemuan Serumpun antara UNITEN dan UNP ini, secara tidak langsung kami telah mewakili Malaysia ke sana dan pihak sana telah menitipkan luahan kegembiraanya di dalam akhbarnya. Alhamdulillah, may Allah bless all of us. Many many thanks to the organizer and committee. Semoga saya terpilih oleh - Nya lagi untuk ke tempat - tempat lain pula selepas ini. Doa'in dehh! In Sha Allah Amin.

Ayuh bermusafirlah. Nescaya pelbagai ilmu yang akan kamu dapat :) Teringin nak buat Community Service sambil cycling keliling Malaysia ni >.<

PS. Agak exhausted sejak akhir akhir ini. Baru balik dari Uzlah yang very the Awesome! >.< Tak sabar nak share apa yang saya dapat dengan kalian. In Sha Allah semoga bermanfaat! :)
PPS. A big thanks to Kak Ida Fisa for the pix! :D

In Memoirs :')


Salam Musafir,
- farhanaselamat -