Saturday, October 6

exam fever yang berjangkit.

Bismillah. Assalamualaikum. Hai.

Times flew away. And i'm indeed believe in this quote.


Well said. Cherish every moment that we have. And that's life! ^_^v

Okay okay. Kak Farhana memang suka melalut lelebih time intro. Maafkan kelemahan dia ya. Yang sebenarnya, Kak Farhana ni nak wish Happy Examination Day buat adik adik PMR dia. Ahaa, sebab tu tajuk dia "Exam Fever Yang Berjangkit". Adik - adik yang exam, kakak kakak dia sekali terkena virus nya. Waduh waduh. Huhu.

Bismillah. Buat adik - adik ku yang disayangi sekalian, terutamanya adik yang di rumah ni, Muhammad Azwan Hakkim bin Selamat, akak ucapkan Selamat Bertempur buat kalian sehingga ke titisan darah yang terakhir. Mostly, orang kata PMR tu senang, tapi bagi akak, sebenarnya PMR susah jugak. Many things to read, many thing to understand and many things to hafal. Nah! Probably orang yang kata senang tu, for sure yang dah lepas PMR kan. Well, brothers and sisters, don't simply take it easy. PMR adalah tiket untuk awak ke level yang seterusnya, level yang lebih baik. Kalau ikutkan pengalaman akak, PMR give me a chance to make my parents proud. Mana taknya, masa UPSR dulu, akak bukannya dapat 5A pun. Slack tang Science! Haih. Tak seperti apa yang cikgu dan mama ayah sangkakan. Agak sedih masa tu. Dan tak tahu kenapa ada suatu spirit yang menyebabkan akak nak tebus balik kesilapan akak dulu. Then, betul kata Allah, orang yang berjaya itu adalah orang yang sabar. Atas usaha dan berkat doa mama ayah, kawan kawan, cikgu dan diri sendiri, Allah tunjukkan bahawasanya semua orang itu boleh berjaya. Sangat manis! Tapi SPM jauh lebih manis. Wahaiiiii ~ Sweet! >.<

Yeah. Dengan tiket PMR ini, akak menjadi sebahagian daripada family INTEJ. Allah Allah ~ Terima kasih atas nikmat ini. Haaaa. Ni baru sikit, belum cerita lagi nikmat ukhuwwah di INTEJ. Kalau awak nak tahu, kalau awak nak rasakan, awak start lah dari PMR ni. Manis tau! Then gunakan tiket PMR awak untuk pergi medium yang lebih baik, masuk SBP, SMKA, MRSM ke apa. Yet the rhythm could be the same. Just saying :) Oh oh, banyaknya akak membebel. Well, just nak share apa yang akak rasa. Hee. So, hari ni dah 7 October, about 2 hari lagi adik adik akan start ber - PMR. Oyeah! Dah sedia belum? Harap - harap ada yang jawab, "80% dah bersedia kak!" Takpa takpa. Doa banyak banyak, dan usaha sebaiknya. Amal kan berpuasa time exam. Mohon redha Allah, ibu bapa, cikgu cikgu dan kawan kawan. Itu yang paling penting sebanarnya.

Ya Allah berilah kejayaan kepada mereka pula. Amin :')

Btw, sebenarnya hari tu saya berkesempatan untuk menjadi Fasilitator PMR di SMK Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang (SAAS) bersama beberapa lagi rakan - rakan yang lain. Alhamdulillah. Seronok bila dapat share tips tips PMR dengan adik adik. Lagi best sebab mereka pun excited nak belajar >.<

Well. Kalau nak diikutkan, saya bukannya ingat sangat apa yang dipelajari semasa PMR dulu. Haaa. Nasib baik lah sebelum Bengkel ada TOT dulu. Huhu. Kalau tak memang harapan la nak study sendiri. Mood pulak tengah Cuti Sem masa tu. Memang tak lah kan. Hehe. Dan nasib baik jugak, kami hanya perlu facilitate mereka untuk subjek Maths dan Science sahaja. Kalau lah ada jugak Sejarah, Geo semua tu. Agak parah jugak lah bagi saya. Aishhh! Itu lah padahnya kalau study hanya untuk exam. Take note ye adik adik. Don't be exam - oriented! Amaran keras ni! Hee. Nanti awak menyesal tak sudah >.<

Oh oh. Tetiba rasa rindu pulak zaman ketidak matangan Form 3 di BTS dulu :')
Secebis kenangan seuntai harapan di SAAS. Let the pictures talk. ^_^


Credit to CFGS Uniten for the Pics.

Orait. Wish you all the best of luck! Sangat best dapat kenal dengan adik adik SAAS semua. Semoga SAAS mencapai targetnya dan menjadi sekolah yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. In Sha Allah :) Terima kasih atas peluang ini. Hopefully saya dapat join lagi untuk Bengkel SPM nanti. Jom kawan kawan UNITEN, tolong adik adik :')

This is my group!
Dazle, Airil, Nadia, Arvina, Davina.
Rindu adik adik saya. Hee.

Dan sebenarnya, jauh di sudut hati.
Andai mereka tahu.
Ini adalah antara ruang dakwah kita.
Allah Allah, bantulah hamba Mu ini.
Hmm.

In Sha Allah :') Oh ya. Cerita pasal exam ni, molek lah kiranya di kesempatan ini untuk saya ucapkan many many congrats to all my friends yang mendapat result cemerlang untuk 1st Sem ni. Ucapan tahniah juga untuk semuanya. Alhamdulillah untuk segalanya. Masih ada masa untuk perbaiki. Determine your destiny, just follow the flow :') Hoyeah! Good luck untuk sem baru. New spirit will rock on. Fighting! Doa'in dehh ~

Salam exam fever yang menakutkan! >.<'
- farhanaselamat -

2 comments:

D-SIM said...

wah ! bestnya jadi fasi budak sekolah !

farhana | selamat said...

best simi ;) tapi lagi best kalau jadi fasi kat sekolah lama dulu! rezeki rezeki.