Friday, October 19

to you, my roommie.

"Take care Farhana! Pergi Indon tu elok elok. Ole - ole jangan lupa :DD"

* S E N Y U M *
Berat kakiku melangkah pergi.


* * *

Kamu,
Teman yang setia.
Pengubat duka lara.
Pencetus riangnya suasana.

Bumi dan langit menjadi saksi,
Saksi kita yang kekok pada mulanya.
Hanya menerima takdir yang dicipta.
Aku dengan duniaku, kamu dengan duniamu.

Hati berbisik, akal keliru.
Oh Tuhan, aku gentar, aku buntu.
Apakah aku akan terjatuh sasar nanti?
Sasar menjauh tidak mampu pula membantu sahabatku.

Hari demi hari ku lewati,
Tanpa disangka setahun sudah sayang ini.
Namun, ketika hari terus berganti,
Masih ada kecewa yang membelenggu di hati.
Masih ada hati menangis mengenang kamu sahabat sejati.

Aku cuba sebatikan diri,
Aku cuba bermain nurani,
Aku cuba mengajak sekali,
Dengan harapan, kamu pasti akan kembali.

Sulit bagimu untuk pulang.
Dan aku mengerti mengapa ia terjadi.
Bukan salahmu yang tidak menghargai.
Bukan jua salah ibumu yang tidak memberi.

Wahai Tuhan,
Apakah aku yang malang?
Jerihnya amanah - Mu yang hanya sekelumit.
Sungguh! Ia mudah di bibir, tidak pada jasad.

Kamu,
Sahabat yang aku sayangi.
Moga coretan ini menjadi doa dinihari.
Moga aku mampu memimpin tanganmu ke cinta Ilahi.

Sahabat,
Maafkan diri ini kerana tidak mampu menjadi berani.


May Allah help us!

"Iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in."
- farhanaselamat -

No comments: