Sunday, November 25, 2012

carca marba.


Rasa macam dah berani sikit.
Untuk berkata tidak pada hal tertentu.
Benar, ia seakan kejam di situ.
Namun, harus diprioritikan yang mana satu.

* * *



Tolong.
Tolong jangan mencaci buta si dia.
Biarpun dia tidak lah setaraf kamu.
Tapi, tidaklah mustahil pada hari berikutnya.

* * *


Oh oh.
Berdebar.
Risau.
Cuak.
Gentar.

Tak mengapa.
Kekusutan ini kecil sahaja.
Allah kan ada :')


"..Dan bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama orang - orang yang sabar."
(Al - Anfal : 46)

Let's pray for Gaza!
- farhanaselamat -

Friday, November 16, 2012

misi se - heaven magnum.

Bismillahi Alhamdulillah.

Allah masih panjangkan nafasku sehingga ke hari ini.
Pasti hikmahnya, untukku salurkan kudrat ini ke titian yang diredhai - Nya.
Jua untukku bertaubat dan segera memperbaiki diri ini.
Alhamdulillah. Allahumma Amin.

Entah mengapa. Sejak akhir - akhir ini, bait lirik 'Pusara di Lebuh Raya' asyik bermain - main di kotak minda. Lantas menjadi irama latar sepanjang perjalananku ke hulu ke hilir dinihari. First experience mungkin. Berjalan - jalan seorang diri non - stop dari hari ke hari. Lepas satu, satu. Dan seterusnya. Alhamdulillah. Allah beri kekuatan untuk melihat dunia. Melihat apa yang tersirat dan tersurat di atas muka bumi - Nya ini.

"Dalam perjalan ini, menuju destinasi, berbagai lebuhraya dilalui.
Perjalananku terhenti, di lebuhraya ini, terpandang pusara diam menyepi."

- Pusara di Lebuh Raya by Ekamatra -

Erk! Fana? Asal jiwang sangat ni?

*Dush* -_-'

Sudah, cukup cukup sudah ~ Tak mahu mengomel panjang lagi. ^_^'
Cuma, cuma mungkin ingin berkongsi nikmat yang Allah beri sepanjang 'cuti' ini.

What? 'Cuti'? :O Sem break apa?

No no no. Cuti Deepavali dan Awal Muharam. Asbab cutinya di tengah tengah, maka kami genapkan terus cuti tu kepada seminggu. Wahahaha. Heaven! >.< Alhamdulillah. Hiks :')

Jumaat - TSK @ Uniten

TSK - Trilogi Sebuah Kehidupan. Alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk aku join program ni. Pada mulanya, memang ingat tak nak join sebab dapat tahu lambat dan dah plan siap - siap nak balik KL pada Khamis sebelum hari kejadian. But then, suddenly akak senior yang in charge program ni mintak aku tolong - tolong dia sikit. Hurm. Tak tolong, rasa serba salah pulak. Tapi kalau tolong, tak dapat lah aku balik awal nanti. T_T Peh, memang minggu dilemma betul. Fikir punya fikir dan mungkin atas ketentuan Allah, aku gigihkan jua hati ini untuk stay dan join program tersebut. 

Dan, Alhamdulillah wa syukurillah! One word. Awesome! Walaupun aku tak dapat join program tu sampai habis sebab ada hal keesokan harinya, tapi aku bersyukur sangat - sangat sebab at least aku dapat juga kutip input - input nya yang bagi aku, amat susah untuk aku dapat di tempat lain. Malah, sebenarnya aku patut sangat bersyukur, kerana kami bertemankan bimbingan dari akak - akak graduan Jordan dan Ireland untuk menelusuri TSK ini. Perspektif pemikirannya nampak berlainan sedikit. Lebih meluas. Ya. Semestinya sangat inspiring! Dan acap kali juga membuatkan aku tersedar bahawa aku ini bukanlah sesiapa tanpa bantuan dari - Nya. Subhanallah! Muhasabah dan terus muhasabah. Sungguh. Ini yang aku mahu. Alhamdulillah. Allah bagi peluang.

"Manusia itu ibarat logam. Baiknya dia ketika di jahiliyyah baiknya juga dia ketika di islam. Sekiranya dia faham."
(HR Bukhari dan Muslim)

Alhamdulillah. Berpeluang untuk menajamkan lagi pemahaman tentang isi yang tersirat di sebalik hadis di atas ini. Pendek kata, hadis ini dikaitkan dengan Saidina Umar yang dikatakan ibarat LOGAM. Kerasnya, tidak mudah berkarat, kuatnya tapi still boleh dibentuk. Same goes to all of us. Manusia ibarat logam :) In Sha Allah, semoga diri ini sentiasa dimotivasikan dengan hadis yang sungguh bermakna ini :)

Sabtu - Majlis bersama Pengarah YTN @ Vistana Hotel


Tadaa ~ Sila Jealous! xD
Cc : Farid, Syahir, Durga, Iqbal.

Hehe. Saja buat kejam. Alhamdulillah. Nikmat lagi. Program seterusnya, lepas saja habis TSK (Eh, time tu tak habis lagi, tapi mengelat :P), aku bersama sebilangan pelajar YTN yang lain bergegas ke Vistana Hotel, Kuantan untuk program 'Majlis bersama Pengarah YTN'. Majlis ni dikira ala - ala Majlis Apresiasi santai sambil lunch dan beramah mesra bersama Pengarah dan warga YTN yang lain. Ingat lagi, dalam ucapan Encik Azman (Pengarah YTN), beliau ada share tentang beberapa perkara. Berkenaan keperluan untuk kita mempelajari 3rd/4th language (at least). Then, we have to be clearly clear about our future, buat Career Test untuk lebih kenal diri sendiri, dan sebagainya :) Best sangat. Rasa rapat sangat dengan family YTN. Ya Allah kurniakanlah kesihatan dan murahkanlah rezeki mereka. Sangat terharu :')

Lepas habis Majlis, aku pun straight lah balik ke KL. Kalau nak diikutkan, tiket aku pukul 4.45PM hari yang sama sebab dah beli awal dari tarikh notis tentang Majlis ni, so dengan harapan sempat lah aku balik Muadzam lepas Majlis tu. But then, bila kira - kira balik, haih memang tak sempat lah kan. Muadzam ke Kuantan ambil masa 1 jam setengah. Jam dah menunjukkan pukul 3 lebih. Alih - alih, dengan tak malunya, aku pun minta tumpang van staff YTN untuk balik sekali ke Bangi. Malu >.< Tapi, demi nak balik KL. Buat buat aje muka tak malu. Huuu. Terima kasih semua. Sangat terhutang budi pada kalian. Alhamdulillah.

Isnin - #KempenTutupAurat @ KLCC


Sorry. Gambar tak berapa chantek. Alhamdulillah, dapat join program ni pulak. Yang di - organise oleh ukhti ukhti #TeamHijrah dan #TeamKhemah :) Pada mulanya, aku pun tak tau ada program ni. Then, Ikin yang semangat mengajak aku ke sini bila dia tahu yang aku balik minggu ni. So secara tak langsung, aku pun mengajak lah yang lain - lain untuk ke sini juga. Dengan tak semena - menanya, Nadia dan Suhaiza pun berjaya dihasut olehku untuk ke mari. Heheh >.< Then, tejumpa pulak Aadah dan Fatin, junior Intej dulu. Alhamdulillah. Pertemuan yang tak disangka - sangka kan? Hee. Seriously. Best sangat dapat berukhuwwah dengan mereka - mereka ni. Selalunya RT tweet tweet mereka je. Tapi kali ni, berjumpa secara live dengan tuan empunya tweet yang sangat inspiring tu. Amazing Allah. Kerana mentakdirkan kami di tempat sebegini, di program sebegini.

Okay, dah lari tajuk. Hee. Basically, #KempenTutupAurat ni, tujuannya sudah semestinya untuk mengajak orang orang sekitar sana bersama - sama dengan Islam dengan mengikut cara pemakaian yang berlandaskan Islam. So, antara aktivitinya, ia lebih kepada memberi flyers tentang menutup aurat dan share something tentang Islam. Sungguh, kerja street dakwah bukannya mudah! Dan aku, hanya mampu menjadi pemerhati tegar aktiviti mereka. Terasa kecil sangat di hadapan mereka - mereka ini. T_T Sungguh, jalan dakwah ini bukan mudah. Aku berharap, aku diberi kekuatan untuk seperti mereka suatu hari nanti. In Sha Allah Amin. Doakan yang terbaik buatku ye kawan kawan :)

Selasa - Heroes Conference @ IIUM


The Muslim Heroes Conference 2012. Banyak sangat sangat sangat yang telah ku pelajari di sini. All the speakers are really awesome and very humble. Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. And these are some of the best quotes that I would like to share. May Allah bless! Amin.
  • Leader is the one who serves people.
  • Use the knowledge, live the sunnah.
  • "Bro, be a real man!" - Oh you who believe, be a true believer!
  • People of dunya always judge by dunya, people of akhirah always judge by akhirah.
  • Nabi Muhammad said, "The best generation is my generation, and the next and the next." -It's ou generation!
  • Result come from action, not from talking about the action.
  • Be a leader with the sense of mission.
  • Whom separate the knowledge from action, they're the Munafiqun.
  • Gain a correct knowledge in order to have a correct action.
  • What will separate us? Not about what you know, but about what you practice.
  • Learning and success is a universal law.
  • Success comes to those who works for it, not who talks about it.
  • No gap between learning and practice. Tazkiyatun nafs. Tarbiyyatul akhlak.
  • Every single pious has a past, every single sinner has a future.
  • Sacrifice is like tandoori chicken. Do for us, die for our benefit.
And et cetera. Shukran 'ala kulli hal. Alhamdulillah. Akhirnya jejak jugak aku ke UIA ni. Tambahan, dapat jadi pelajar harom 1 malam. Huhu. Terima kasih kepada cousin Alia Sa'ad yang sudi menumpangkan kami menginap di biliknya. Mungkin lepas ni, kalau ada masa lebih, nak merasa jugak keliling UIA yang teramat lah besar tu. Huhu. Anyone? ^_^' Ohh, rindunya bi'ah solehah di INTEJ bila menapak di IIUM. Hmm :')

Btw, suka sangat lagu montaj ni. Rasa tersentuh. Sangat. ^_^



Rabu - WARIS 2 @ USIM


Pernah jumpa Prof Mohamad time K-Fiqh yang lepas. Kiranya, ini ialah pertemuan kedua antara aku dan beliau. Apa yang membuatkan aku semangat untuk ke sana? First, sebab Syura semangat tag aku kat FB untuk join program yang dia kelolakan. Kedua, sebab Prof Mohamad seorang yang sangat aku kagumi. Ketiga, nak merasa bi'ah USIM pulak. Keempat, nak jumpa member member ku yang amat dirindui. Kelima, nak memanjangkan silaturrahim dengan warga USIM. Heh :P Dah macam objektif dalam proposal pulak ha. Okay proceed, stop mengomel Fana ~ Hee. Seperti biasa, talk pasal sejarah AUKU sikit. Then, Q&A session. Dan inilah saat yang kami tunggu - tunggu sebenarnya. Macam - macam kerenah soalan yang dilontarkan.

Apa - apa pun, nak ucap a big congrats to the committee yang sangat awesome. Seperti apa yang Syura cerita, dorang mengambil masa cuma 3 hari untuk settle kan apa yang patut. Cuak jugak aku time mula -  mula tengok dorang busy and rush prepare semua tu, but then after all Alhamdulillah, mendapat sambutan kot. Bukan senang talk macam ni untuk diberi pelepasan. Kan Syura? Macam lah Syura baca belog aku ni. Heh ==' Pepun Alhamdulillah, semua objektif yang tersenarai accomplished! Alhamdulillah atas peluang ini ya Rabb.

Khamis - Home Sweet Home

Heaven! Akhirnya dapat pulang merehatkan diri di teratak bonda ayahanda.

Tapi.
Tapi.

Alangkah terkesimanya diriku. Sejurus aku pulang ke Bangsar, dan terus melayari sensawang FB. Sungguh. Ada sesuatu yang amat memeranjatkan dan menyedihkan diriku. News Feed penuh dengan gambar gambar sahabat Palestin yang terkorban dek Kekejaman Israel. Sangat sedih. Hampir saja air mata menitis. Ahh, teruknya aku ni. Lambat betul tahu tentang isu ini. Sedihnya. Kenapa? Kenapa pada Hari Tahun Baru kami, kalian sengaja bertindak kejam terhadap saudara - saudara kami di Palestin, di Syria? T_T Ya Allah. Ampunkan dosaku yang tidak membantu.


Terdiam sendiri. Tak tahu. Entah. Mengapa mereka? Dan bukan aku? T_T

Ya Allah, sungguh tak terhitung nikmat yang kau curahkan kepadaku. Ya Allah, jadikanlah aku hamba - Mu yang bersyukur. Amin.

"Misi ku se - heaven magnum."
Apalah sangat jika dibandingkan dengan sahabat - sahabat ku yang telah dijanjikan Jannah buat mereka.
Allah ~ Semoga aku berpeluang untuk menjadi sekuat, setabah, sesabar dan sekental mereka. Allahumma Amin.

#PrayForGaza
Salam Ma'al Hijrah
- farhanaselamat -

Thursday, November 15, 2012

that moment.

Aneka ceritera yang ingin dikongsi.
Hidup biar tak seindah puisi,
Namun masih teristimewa di benak hati sanubari.

Pada suatu hari.

Ada seorang Chinese yang tidak aku kenali add aku di FB. Mungkin, dia ialah kawan kepada kawan ku. Sebabnya terdapat beberapa mutual friend. So, tak kisah sangat. Tapi tapi, sebelum aku meng - approve nya sebagai friend. Dia ada menghantar message. Katanya.


First of all, aku terkedu dan tertanya - tanya.
Hormon Inkuiri ku pula semakin membuak buak.
Hati pula membisik, "There must be something."
Yes, just reply. And go on with the flow.

Mungkin.
Suatu hari nanti aku akan ketahui jua hikmah - Nya.
Ya Allah, bantulah aku untuk membantu insan insan lain.
Permudahkan lah urusanku agar aku dapat memudahkan urusan - Mu.
Amin Ya Rabb.

Semoga Allah pandu hati kita :')
-farhanaselamat -

Thursday, November 01, 2012

i don't love you.


I think it's the beginning of our story.
But my expectation is absolutely wrong.
You end up and breaks it in the middle of our journey.

You kill me. It hurts.
Yet, you know nothing about it.
Perhaps, I could be strong by my own.
Cause I'm the one who left the story untold.
I'm the one who never let you know how much am I suffering.

Well. I just don't love you.
Indeed I never care about you.
As simple as that I admit it for the sake of you.
If and only if you know how I could deal with this.
And it hurts. Really hurts.

Please Allah. Please don't distract this feeling.
Give me a chance to build up what I had ruined.
A chance to be a better person.

I'm sorry.
I'm not the best friend that you could have.
I'm sorry.
I'm not being there for you as what they do.

Walk away.
- farhanaselamat -