Wednesday, December 5

hey awak!

Hey awak!
Jangan bersedih lagi.
Tuhan pasti ada untuk membantu.
Yakinlah kepada - Nya.
Teruskan perjuangan hidupmu.

Hey awak!
Tolong jangan jadi ego boleh tak?
Berilah peluang kemaafan kepadanya.
Sedangkan Allah memaafkan hamba - Nya.
Nabi jua memberi maaf pada umatnya.
Inikan pula kita, manusia biasa.

Hey awak!
Awak tahu tak?
Yang kita rindu sangat sangat kat awak.
Sayang sangat sangat kat awak.
Sampai kita dah tak tahu nak cakap macam mana.
Semoga kita kekal sampai sorga - Nya!

Hey awak!
Kenapa suka susahkan kita ha?
Benci! Benci! Benci!
Kita sedih sangat tau tak!
Sedih! :'(
Hm takpe lah. Mungkin ini takdirnya.
Takdir untuk kita merasa sakit di jiwa.

Hey awak!
Awak, awak dan awak!
Jom kita berpimpin tangan.
Menuju tempat asal kita.
Syurga abadi nun di sana.
Walau siapa pun awak yang saya kenali.
Ayuh!



"Allah puts people in your life for different reasons. Some to learn from, some to help you, and some to help you realize how strong you are."



Allahu.
Layakkah aku?
Untuk mendaki syurga - Mu itu.


Hey awak!
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat : "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata : "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman:  "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."

PS. Btw, Tahniah dan Takziah kepada brothers dan sisters UNITEN saya yang telah diberi mandat sebagai MPP bagi sesi 2012/2013. Laksanakanlah sebaiknya demi kebaikan bersama di atas landasan reda - Nya. In Sha Allah, doa saya sentiasa mengiringi kalian.
PPS. Alhamdulillah, sepanjang minggu ini, selesai sudah Program Tafaqquh  Fiddin (Sembelihan) dan Who Am I by Dr. Faiz Khaleed. Alhamdulillah, both were such a very very impressive event.

Hey awak! Si Pembunuh! :P
*Kenangan* :')

Hey awak!
Tunggu saya!
- farhanaselamat -

No comments: