Tuesday, December 31, 2013

usaha dan rezeki.

Dalam satu riwayat, dinyatakan bahawa seorang sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu - bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Hanya tinggal meletakkan sebutir batu - bata sahaja lagi. Jika diletakkan ketulan batu terakhir itu, pasti sempurna sudah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, sahabat tersebut serta - merta menghentikan kerjanya dan terus bergegas ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, padahal hanya tinggal meletakkan seketul batu - bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu. Lalu beliau menjawab, 

"Jika aku meneruskan kerjaku, nescaya aku sebenarnya telah membesarkan batu - bata itu dan bukan membesarkan Allah!"

Padanya, apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah!

Nah, beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka sangat melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan syurga semasa masih di dunia lagi.

Allahu.


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan - Nya dan meninggalkan larangan - Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat - bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki - Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap - tiap sesuatu." (Surah At - Thalaq, 65 : 2 - 3)

It is such a big rahmah for us.
Alhamdulillah Ya Rabb, ianya terlalu banyak. :')

"Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Allah." :)

2014, dan hayatku kian susut.
- farhanaselamat -

Friday, December 27, 2013

siapa teman setia?

Sering kali kita terlupa.
Siapakah dia si teman setia.

Sangkanya si dia di depan mata.
Malangnya tidak hanya sementara.

Sudah penat mengukir luka nestapa.
Semuanya pergi tinggal sebatang kara.

Pabila harapan disandarkan pada manusia.
Nescaya hilanglah bahagia, trauma pula melanda.

Babak babak menyalahkan diri terjadi.
Menghilangkan diri, takut mengecewakan dan dikecewakan lagi.

* * *

Bismillah.
InshaAllah, butir - butir kata di atas tiadalah kaitannya dengan diri sendiri mahu pun orang yang lain.
Allah takdirkan kisah hidup kita semua berbeza - beza, unik - unik semuanya.
Cuma sebenarnya, di sini saya ingin kongsikan suatu hadis tentang "Siapa Teman Setia".

Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu kelurganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya". (HR Bukhari dan Muslim)

Petikan dari,
Kitab 40 Hadis Penawar Hati.
Susunan Abu Ali Al - Banjari An - Nadwi.

* * *

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga - tiga golongan ini. Ahli keluarga dan sahabat yang sangat kita sayangi hanya dapat menghantarkan kita sampai ke kubur sahaja tanpa bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur tersebut. Mereka akan pulang meneruskan hidup tanpa kita di sisi mereka.

Begitu juga harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperolehi dan ke mana kita membelanjakan harta tersebut. 

Sesungguhnya, orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan - angan, mengejar dunia dan menimbunkan harta. Apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan. Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Peringatan ini buat diri ini khususnya. Ayuh kita perbanyakkan amal kebajikan, tingkatkan ketaqwaan, bersedia dengan bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin - rajinkan diri untuk bersedekah dan suka menderma kerana sesungguhnya itu semua bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.

InshaAllah.
InshaAllah.

Jadi, terjawab tidak persoalan "Siapa teman setia?"

Benar, sesungguhnya hanya AMAL teman setia kita di dunia dan akhirat.
Wallahu a'alam. :)

Ayuh istiqamah! InshaAllah InshaAllah. ^_^

Abaikan yang remeh, yang temeh.
- farhanaselamat -

Saturday, December 07, 2013

banjir.

Banjir yang melanda merosakkan harta benda. 
Banjir yang melanda menggadaikan jiwa manusia. 
Banjir yang melanda menguji sosok tubuh si tua. 
Banjir yang melanda membuat si kecil tak henti tangisnya. 
Banjir yang melanda meranapkan segala kemewahan dunia. 
Banjir yang melanda menjilat hasil tanaman mahupun ternakan. 
Banjir yang melanda menyebabkan tiada lagi sumber kewangan. 

"Oh Tuhan! Mengapa kau uji kami sedangkan kami masih tidak bersedia untuk diuji sebegini. Kami tidak mampu duji dengan anak - anak, keluarga, dan harta - benda kami!"

Demikian ngomelan manusia.
Namun, Allah telah berkata di dalam ayat cinta - Nya.
Ayuh kita renung sejenak, mengimani setiap apa yang Allah katakan kepada kita semua.



"Dan berilah khabar gembira kepada orang - orang yang sabar."

Banjir yang melanda mengajar kita sabar dan syukur.
Banjir yang melanda menyedarkan kita bahawa alam kian tenat.
Banjir yang melanda mencetuskan sifat prihatin kita sesama saudara. 
Banjir yang melanda memberi kesedaran tentang nikmat Allah kepada kita. 
Banjir yang melanda menganugerahkan jiwa redha buat hamba - hamba Nya.

Allahu.
Bersabarlah dan bersyukurlah.
Moga Allah sentiasa bantu dan permudahkan kalian semua.

Ya, mungkin aku tidaklah merasa apa yang mereka lalui. Mungkin kerana, Allah tahu aku tidak mampu menanggung ujian sebegitu. Namun, jauh di sudut hati, aku berharap mereka sentiasa bersangka baik kepada Allah atas setiap yang berlaku. Dan aku juga berharap agar kalian yang lain terus berdoa memohon agar dipermudahkan segalanya. Tak lupa, jom kita salurkan bantuan kepada mereka. Jika tak mampu sumbang tenaga, dalam bentuk wang pun apalah salahnya. InshaAllah! ;)


Gaza juga mengalami situasi yang sama.
Let's pray for them too, guys!

#PrayForKuantan
#PrayForKemaman
#PrayForGaza

Pekan Bandar Diraja turut banjir.
Alhamdulillah, Muadzam Shah semakin surut.

Doakan sahabat sukarelawan PPI Uniten.
Moga Allah memberkati usaha kalian!
- farhanaselamat -

Wednesday, December 04, 2013

bacalah.

Salam sahabat semua.
Jom rebut peluang untuk miliki "Al-Quran Terjemahan Darul Iman" yang EXCLUSIVE ini!
Bahasanya amat mudah utk difahami, sangat mesra pembaca, dan mudah dibawa ke mana sahaja.
InshaAllah, boleh juga dihadiahkan kepada family, classmates, housemates etc.

Diary - RM 45.
Zip - RM 35.
PS. Lebih murah dari pasaran, InshaAllah!

Do contact me!
Jazakumullah khayran katheera ~

* * *

Reference.

Diary.
1) coklat, cream.
2) cream, purple.
3) kuning, pink.
4) oren, purple.
5) hijau, kuning.
6) merah, kuning.

Zip.
7) kuning mustard.
8) biru gelap.
9) pink.
10) merah.
11) hijau lumut.
12) coklat.


Lamanya tak mencoret di sini.
Sobs! T.T

"Bacalah, dengan nama Tuhan - Mu yang menciptakan sekalian makhluk." (96 : 1)

Moga bermanfaat! ;)
- farhanaselamat -

Tuesday, October 29, 2013

segenggam tabah.

Bertali arus dugaan tiba,
Menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis,
Gugur berderai di pipi.

Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda,
Menongkah badai bergelora,
Diredah bersendirian.

Bagaikan camar pulang senja,
Patah sayapnya tetap terbang jua,
Sekadar secicip rezeki,
Buat yang sedang rindu menanti.

Segenggam tabah dipertahankan,
Buat bekalan di perjalanan,
Kau bebat luka yang berdarah,
Kau balut hati yang calar .

Telah tertulis suratan nasibmu,
Derita buatmu ada hikmahnya,
Terlukis senyum di bibir lesu,
Tak siapa tahu hatimu.

Biarpun keruh air di hulu,
Mungkinkah jernih di muara,
Biarpun jenuh hidup dipalu,
Pasti bertemu tenangnya.

Segenggam Tabah Lyric by In-Team.
Favouritas sepanjang zaman. :)

* * *

Someone whatsapping me this!

"Terus mendoakan saudara kita di Syria. Keadaan semakin darurat sehinggakan kucing terpaksa dimakan disebabkan tiada bekalan makanan. Nabi kata, bukanlah tergolong daripada umatnya orang yang tidak ambil tahu hal umat."

Ouch.
Tembakan tepat menusuk ke kalbu.
Alhamdulillah ya Rabb atas peringatan ini.
Terkadang kita terlalu leka dengan dunia kita sendiri.
Tanpa sedar, apakah kita jadikan isu ini isu bermusim?

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Ampuni kami Ya Rabb!

Bersabarlah duhai Saudaraku!
- farhanaselamat -

Thursday, October 24, 2013

takut.

Takut.
Takutnya aku pada dunia.
Yang semakin hari semakin rosak jadinya.

Membunuh.
Menembak.
Mencuri.
Merompak.
Tidak lagi ku rasakan pelik saban hari.
Menjadi lali dek manusia kini semakin menjadi jadi.

Takut.
Takutnya aku pada dunia.
Menyebabkan aku berfikir berulang kali.
Apakah sumbangan aku untuk dunia yang kian parah ini?
Jika aku masih di awang - awangan bersama angan - angan ku sendiri.

Ampunkan aku.
Kerana tiada apa yang aku lakukan.
Maafkan aku.
Kerana baru sedar akan kebinasaan dunia fana ini.

Pernah suatu ketika aku bertanyakan perihal ini.
Dan, directly sahabatku semena - menanya menjawab.
"Bersama tarbiyyah, kita pasti mampu mengubahnya."

Terngiang - ngiang dibuatnya.
Meng - reflect pada diri, tersentap di hati.
T.T
Tarbiyyah?
Ya!

Usah beralasan persekitaran yang tak melaksanakan itu dan ini.
Usah dipandang apa yang di luar, kerana jika kau tahu.
Perubahan itu perlu bermula dari setiap diri kamu sendiri.
Barulah disusuli bersama keluarga, masyarakat dan dunia!

Ini tanggungjawab kita.
Tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

Apakah beza kita dengan mereka?

Takut!
- farhanaselamat -

Sunday, October 20, 2013

berkorban apa saja.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Sudah terang lagi bersuluh.
Perubahan itu perlu datangnya dari kita sendiri.

Ya. Diri kita sendiri.
Bukan dari orang lain. Bukan dari mak, ayah, ataupun kawan kawan kita.
Lantas, mengapa kita masih menuding alasan kepada anasir anasir luar pabila hendak berubah?

T.T

Perlukah lagi memandang tanggapan manusia?
Sedangkan dulu kau pernah nyatakan yang hidupmu ini hanya untuk Dia.

Mengapa keyakinanmu begitu senang menjunam?
Di manakah perginya sifatmu yang kononnya kental?

Jangan kerana dosamu ini.
Allah menghijabkan hatimu lalu sukarnya kebaikan itu hendak kau sebarkan.

Muhasabah.
Muhasabah.
Muhasabah.

Move on, Farhana!
Yeah. That's the only way to escape.
Let us escape from the sweetness of Dunya.

It's the best time for me.
To turn to a new leaf.
Let me be me. Allah ~

Saya. Penat.
- farhanaselamat -

Thursday, October 03, 2013

hari ini milik aku?

"Semua orang mampu memiliki ilmu, tapi tak semua orang dianugerahi hikmah. Ilmu membuat kita 'mengetahui' kehidupan, tapi hikmah membuat kita 'memaknakan' kehidupan."

Deep!

* * *

Alhamdulillah. Hari ini milik aku?
Secara coincidence - nya, begitulah. :)
Alhamdulillah atas ulangtahun kelahiranku.
Jua keputusan Semester 3 yang baru saja keluar pada hari yang sama.

Terima kasih atas ucapan dan doanya.
Semoga Allah dengar dan kabulkan setiap doa yang diaminkan.

Speechless. :')

Sebenarnya, tiada lain yang ku pinta.
Melainkan dapat membahagiakan kalian yang berada di sekeliling ku.
Yang sentiasa ikhlas bersamaku. Tika ku jatuh, tika ku bangun, yang sentiasa ada untukku.

Moga dengan ini, Allah sentiasa redha akan kita semua.
Terlalu banyak yang aku pelajari setelah genap 20 tahun aku berada di muka bumi ini.
Ukhuwwah, persahabatan, kasih sayang, kejujuran, kesetiaan, kebahagiaan dan bermacam - macam lagi.

Semuanya tentang kehidupan, yang indah.
:')

Sanah Helwah, buat diri sendiri!

* * *

Alhamdulillah.
Untuk result yang sangat unexpected! :'D
Terima kasih Allah, mama, ayah, sahabats, lecturers, dan semua. :')
Secara rasminya, tamat sudah perjuanganku untuk Semester 3 ini.
Dan masih berbaki 3 Semester lagi yakni 1 tahun +++.
Semoga sentiasa dipermudahkan hendaknya. Amin.

Apa pun, tahniah juga buat semua! (Y)

Tak sabar pula untuk meneruskan perjuangan di semester seterusnya.
Study, program, meeting, melepak berjemaah. Eheh. Rindu Muadzam pulak?

* * *

Terbaca.
Cahaya Atas Cahaya, karya Kak Oki Setiana Dewi.
Moga ia memacu semangat kita bersama.

Teruslah bergerak,
Hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari,
Hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan,
Hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan,
Hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga,
Hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

(Ustaz Abdullah Rahmat)

Hari ini milik aku?
Oh tidak, selamanya pasti milik Allah. Kan?

Terima kasih Allah! <3
- farhanaselamat -

Tuesday, October 01, 2013

doaku untukmu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Abu Darda' r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda.

"Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab, pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas dimana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan; 'Semoga Allah mengabulkan dan untukmu juga seperti itu.'" (HR Muslim)

* * *

Ahmad dan Ali dua orang sahabat karib, mereka tinggal berjiran. Kedua - duanya hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing - masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga hari esok aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.

"Doa kau?" Ali pula bertanya.

Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa - apa.

Keesokan hari Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.

"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua masuk ke masjid dan mengerjakan solat dan masing - masing berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat melahirkan anak lelaki malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."

"Tahniah, Ali. Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"Insya Allah kau doalah kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.

"Bagaimana dengan anak kau?" tanya Ali

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari, tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan, Allah makbulkan. Tapi kau? Erm." kata Ali.

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat doa kau tidak mustajab."

Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak mustajab tapi kau masih mampu lagi untuk tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah pun dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada apa - apa perubahan pun pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa moga Allah kabulkan setiap apa yang kau doakan kepada - Nya."

*Senyum*

* * *


Alangkah indah jika kita saling mendoakan? Tidak perlukan sebarang bayaran. Tidak perlukan sebarang pinjaman. Tidak perlukan sebarang cagaran. Hanya perlukan secebis keikhlasan yang akhirnya jika cebisan - cebisan tersebut digabungkan akan terhasil sebuah kebahagiaan dan ketenangan yang tidak dapat dijual beli.

Perlu untuk selalu kita ingat bahawa apa yang kita miliki pada saat ini, bukan usaha mutlak diri kita sendiri. Dalam kejayaan, kebahagiaan, ketenangan kita, ada doa mereka. Di luar sana, ada seseorang yang tidak pernah jemu untuk terus mendoakan buat kita. Tidak pernah lupa dan tidak pernah berkira walau setiap ketika melepasi tembok kasih dan sayang.

Moga Allah mengabulkan dan mengurniakan hanya yang terbaik buat mereka yang mendoakan untukku seperti mana apa yang mereka pinta di dalam doa kepada - Nya. Amin. :')

PS. Kisah Ali dan Ahmad di atas tadi dipetik dari Buku Angguk Geleng karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Cik Husna Hassan. Jazakallah atas perkongsiannya. (Allah Seeker).

Wherever we are,
We will never apart.
Thank you Allah. :')
- farhanaselamat -

Sunday, September 29, 2013

friendships fillah.

Sepertimana hujan itu,
Rintiknya bisa menjadi penyambung antara langit dan bumi,
Aku harap, ia juga bisa menjadi penyambung buat hati - hati yang jauh.

Kisah kita, akan ku hidupkan lewat nafas - nafas doa.
Dan jauh kita, adalah keterdekatan,
Yang hanya dipisahkan batas ruang dan waktu.

Kerana ketahuilah, 
Saat doa yang terilhamkan itu, terasa dekat dengan jiwa ku,
Begitu juga kamu.

* * *

Inilah dia.
Warkah berlagu pilu yang tidak kesampaian!
Ahh, kuchiwa kerana tidak sempat shoot ke KLIA. :'(
Tidak mengapa lah, biar saja ku coret di sini. Bisa kan?

Ah - haa! Sue, aku simpan lagi notes ni.
Sila terharu. :') Jay zek kay kay!

I have a dream,
A song to sing. ;)
- farhanaselamat -

Tuesday, September 24, 2013

risau.

Risau.
Dosa kian mencurah.
Di mana kekuatan berubah.
Hanya pandai tunduk mengalah.

Risau.
Ku tahu ini jalan yang salah.
Tapi ku tetap telusurinya tak sudah.
Menanggung sakit entahkan parah.

Risau.
Kenapalah aku begini.
Diberi kefahaman yang hakiki.
Namun beramal ku culas sekali.

Risau.
Apakah Tuhanku mengampuni dosaku.
Apakah Tuhanku masih membuka luas jalan taubat untukku.
Apakah Tuhanku masih memandang diriku yang kelalaian ini.

Berteleku bersama risau!
- farhanaselamat -

Thursday, September 19, 2013

menjadi aku.

Muhasabah diri mengisi masa.
Melihat aku dari perspektif yang berbeza.

Di kala tersedar jauh tersasar.
Mahu membangkit akhirnya robek tercalar.

Di kala terhidu amal membusuk.
Liat menongkah namun arus membeku.

Hati penat menjadi palsu.
Namun terdetik mahukan sesuatu.

Entah apa lagi yang aku mahu?
Itu ini, ada saja yang celaru membiru.

Allah, aku pohon, kau takdirkanlah sesuatu.
Agar semua ini menjadi desir pasir hilang berlalu.

Masih berbeki 1 lagi paper.
Mohon doa dari semua. :')
- farhanaselamat -

Monday, September 02, 2013

seminggu lagi.


Sir Sukiman, antara lecturer yang rajin meng - email kami.
Wish Selamat Berpuasa, Selamat Berhari Raya, Selamat menjawab Quiz dsb.
Terima kasih Sir! :)

Apa pun.
Mohon didoakan yang terbaik buat kami semua.
Insha Allah. 7 subjek menanti untuk dijawab sebaiknya.

9/9 - Financial Statement Analysis
10/9 - Islamic Studies
12/9 - Corporate Finance
13/9 - Consumer & Buyer Behavior
14/9 - Microeconomics
17/9 - Managerial Accounting
22/9 - Management Science

Mohon maaf atas segala salah silap saya terhadap kalian semua.
Mohon halalkan segala ilmu, makan, minum dan seangkatan dengannya.
Terima kasih sahabat semua. All the best buat kalian juga! ^_^

Tahniah sahabatku!
- farhanaselamat -

Saturday, August 31, 2013

cinta nabi ibrahim.

How do you know someone truly loves you for Allah's sake?

When condition requires he / she to leave you for Allah's sake, he / she does leave you, even it's against his / her will, because he / she wanted nothing more than His blessings.

Cer try tengok bila Nabi Ibrahim bawak Hajar dan Ismail AS jalan - jalan dekat padang pasir yang kering kontang, cuba bayangkan kita nak tinggal anak kita dekat sekolah asrama / matriks / universiti kan, mesti kita akan check dulu tempat tu macam mana, cukup ke makan minum, make sure cukup bekalan stok makanan, ada contact person etc etc, baru kita rasa tenang sikit nak tinggal, tu pun tepon sekali sekala (padahal tiap - tiap malam) nak check how's he / she doing. Tapi Nabi Ibrahim, tinggalkan Hajar dan anaknya in the middle of nowhere, tak ada air, tak ada jaminan kehidupan melainkan sebab Allah yang suruh.

"Okey, dah sampai dah."

"Eh, kita kat mana ni bang?"

"Mekah."

"Nak buat apa kat sini?"

"Abang nak balik." *Tetiba*

"Eh abang, ayang dengan anak macamana?"

".........." *Diam*

"Abang, jawabla."

".........." *Diam lagi*

"Abang, ni perintah Allah?"

"Ha'ah."

"Abang, balik lah dengan tenang. Ayang dengan anak ada Allah yang akan jaga."

Diorang nak Allah's blessings more than anything else. 

Hmm, so anyway, kalau betul cinta sebab Allah (dan keadaan belum mengizinkan untuk kahwin) tinggalkanlah si dia sebab Allah, sebab "kalau dah jodoh, pasti sampai".

Sampai apa?

Sampai lah rombongan, sampai cincin ke jari, sampai pindah tanggungjawab ayah ke laki, sampai ke jinjang pelamin, sampai hajat kawan - kawan nak makan nasik minyak, sampai ke kota kinabalu (honeymoon), sampai ke anak cucu, sampai ke liang lahad, sampai ke syurga, sampai selama - lamanya.

InshaAllah blessings tu pasti ada, jangan risau. 

PS. Tak tau kena ke tak contoh kisah Nabi tu dengan point ni. Haha.

* * *

A sharing from Boss WC. :)
Anologi yang amat menarik dan kena pada tempatnya.

See.
Betapa kuatnya keyakinan Nabi Ibrahim dan Siti Hajar kepada Allah SWT.
Mereka langsung tidak mempersoalkan apa yang Allah perintahkan kepada mereka.
Walaupun hakikatnya, mereka juga manusia seperti kita. Yang tidak mahu perpisahan berlaku.
Namun begitu, tiadalah pula mereka mengeluh, ataupun beranggapan buruk terhadap Penciptanya.
Kerana mereka tahu, sesungguhnya setiap apa yang Allah perintahkan pasti ada sesuatu yang sangat bermakna di sebaliknya.

Ya.
Sesungguhnya setiap apa yang Allah perintahkan pasti ada sesuatu yang sangat bermakna di sebaliknya!

InshaAllah yakin, yakin. (2 : 216)


Saya pasti semua orang tahu tentang ini.
InshaAllah kita sama - sama cuba aplikasi dalam apa jua keadaan hidup kita.

Terima kasih Allah atas nikmat ini.
Sesungguhnya cukuplah Allah bagiku.

"To love is to let go"?
- farhanaselamat -

Friday, August 30, 2013

kabinet bayangan.

Kata Imam Syafie,

"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh. Padahal aku bukan dari kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka."

* * *

Tahniah dan takziah buat semua.
Amanah Allah ini adalah ujian dari - Nya.

Dan,
Aku masih berkira - kira.
Untuk teruskan, atau hentikan saja.

Mampukah aku komited dalam segala hal?
Mohon ditunjukkan jalan yang terbaik, Ya Allah!

Salam merdeka! Eh?
- farhanaselamat -

Wednesday, August 28, 2013

syahid.


"Orang syahid di sisi Allah mempunyai lima perkara (kelebihan) : Ia diberi keampunan pada permulaan pancaran darahnya, ia melihat tempat tinggalnya dari bahagian syurga, ia diselamatkan dari azab kubur, ia selamat dari kejutan maha besar (Qiamat), ia dipakaikan dengan pakaian iman, ia dikahwinkan dengan bidadari dan diterima pemberian syafa'atnya pada tujuh puluh orang dari kaum kerabatnya."

(HR Ibnu Majah)

Teruja melihat kau tersenyum.
Inginku capai impian sepertimu jua.

Sunday, August 25, 2013

perfect time.

Thanks Allah for giving me a chance.
A chance for me to realize where I am now.

I always hope to have this kind of feeling.
A special feeling that touch the heart of every souls.

(2 : 30) & (51 : 56)

These are the ultimate purposes of our life.
An ongoing process that we should take by today.

But sometimes,
To move forward, we should look a step back.
To learn, to take the ibrah, and to keep remind of what should we do.

I hope, this moment will be the best time for me.
For me to be someone else, the true slave of Allah as it should be.

Sometimes, I feel rejected of myself.
I've no strength to let go the miserable things!

Yet I know,
There is no point to be at the same level day by day.
We just have to be istiqamah with the change that we do today.

Have faith in Allah!
This is the perfect time for me to leave all those things.

Yes!
I'm quit from this fake game.
Sayonara gubbai, miserable world!


You know nothing.
Yet, I'm sorry for everything.
Give me a chance to be a better me.

Let's?

I love all my polkadot - mates. Fillah! ;)
Thank you Allah for giving them in my life.
- farhanaselamat -

Friday, August 23, 2013

craps.








"Kalau kau tak ingat Allah waktu kau senang, kau ingat Allah nak ingat kau waktu susah ke?"







T.T
Pedih.

Monday, August 19, 2013

ku simpan rasa.

Kadang - kala,
Ku simpan perkataan,
Tidak dapat ku luahkan,
Kerna menjaga perasaan insan,
Kalimat - kalimatku tersangkut,

Bahasaku direbut,
Aku berlidah petah tapi bisu,
Aku bermadah tapi kelu,
Mengapa daku terbungkam?

Kerna,
Agar tiada tangisan atau dendaman,
Oleh perkataan jika dilontarkan,
Enggan engkau yang terguris,
Atau perasaanmu terhakis,
Sekalipun jantungku terhiris.

Ku telan rasa yang berisi luka,
Lalu ku berikan diam atau senyuman.

Tapi,
Di sebalik kepura - puraan menjaga perasaan,
Jiwaku menggelepar bergelora,
Menuntut hak bersuara,
Ingin memberita apa yang ada dalam benaknya.

Jika kau tahu perkataan yang dibisu itu,
Jika kau faham apa yang ku diam,
Jika kau menelaah madah yang tidak ku luah,
Kau akan tahu betapa benarnya aku,
Kau akan perasan betapa daku telah berkorban,
Kau akan rasa betapa aku menyimpan derita.

Tapi,
Ku pendam dan telan buat sekian,
Hanya kerna,
Ingin menjaga perasaanmu agar tidak terganggu,
Sekalipun sengsara di dadaku telah pun tepu.

Cuma,
Bila tiba masanya,
Ketika rasa membuak duka,
Tanpa bahasa, tanpa kata,
Kan ku ubati luka dengan jalan yang tidak dijangka.

(Dr. MAZA)

Thursday, August 15, 2013

afraid.


And it's normal for a human being.

save egypt.


I just don't know what to say.
I just can't believe in what had happened today.

T.T

"We do not know what is really happening there. The news that we receive from both side might not be trustworthy. We afraid there might be some hidden hand behind all this issue that might want to create trouble and conflict among Muslim. Beware of the fitnah by stay away from making assumption and comment. Make doa for them."
(Ust Hussein Yee)

Ya Allah.
Bless them in any ways.
Ya Allah.
I've do nothing for them.
Ya Allah.
I seek forgiveness for letting them alone.

Hasbunallah wani'mal wakeel!
Biarlah tiada daya untuk kita bertarung nyawa.
Namun apalah kiranya untuk kita sentiasa tembakkan doa buat mereka.

Kemenangan itu semakin menghampiri! Allahu Akbar.

* * *

Pabila sedih berbaur gembira.
Entah apa yang aku rasakan kini.

Fly away sahabats!

Will always pray for you!
- farhanaselamat -

Monday, August 12, 2013

fitnah wanita.








"Tidaklah aku tinggalkan setelah kematianku suatu fitnah yang lebih memudharatkan kaum lelaki melebihi fitnah wanita". (HR Bukhari & Muslim)






Melihatkan kepada situasi dunia yang semakin tenat ini.
Aku begitu takut jika aku adalah penyumbang kepada ketenatan itu.
Astaghfirullah. Astaghfirullah. Astaghfirullah.

Wahai wanita.
Jauhilah kamu dari menjadi fitnah kepada Islam.
Allah tahu niatmu. Allah tahu segalanya di hatimu.

Ayuh kita perbaiki diri.
Semoga Allah jauhi kita dari benda sebegini.

Feeling bad :'(
- farhanaselamat -

Sunday, August 11, 2013

muflis?

Nabi s.a.w bersabda : “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” 

Jawab mereka : “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”.

Sabda baginda : “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala - pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa - dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka.” 

(HR Muslim)

Astaghfirullah.
Betapa dunia kini semakin parah sakitnya.
Dan, aku di sini ketakutan menanti setiap detik di hadapan.
Semoga kita dijauhkan dari tersilap langkah mahupun bicara.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Pray the best for all!
- farhanaselamat -

Saturday, August 10, 2013

kembali.

Tiba masanya untuk kembali kepada fitrah.
Fitrah manusia yang inginkan kebahagiaan dan kebaikan.

Alhamdulillah.
Selesai sudah beraya di kampung halaman.
Bersama sanak saudara yang hanya setahun sekali dapat bersua muka.

Perasan tak?
Jiwa raya pada saat saat ini sudah tidak sama lagi dengan jiwa raya dahulu.
Kalau dahulu, raya sangat dinantikan atas dasar duit raya, main mercun dsb.

Tetapi kini, kita mencari hikmah 'kemenangan aidilfitri' dengan lebih mendalam.
Semuanya tentang hubungan silaturrahim, ziarah menziarahi dan maaf bermaafan.
Biarpun, sebenarnya, terasa 'fail' sebab malu untuk berdepan dengan situasi sebegini.
Tetapi, inilah hakikatnya yang perlu dilalui.

Persoalannya.
Perlukah 'malu'?

Haa, kau salah tempat.
Entah apa lah yang aku fikirkan sekarang ni.

Papepun.
Gua rasa fail sebab tak dapat lari dari salam orang - orang yang tak berkenaan.
Ya, walaupun awak lebih tua dari saya, umur pun dah sama dengan ayah saya, tapi :/
If and only if you know how difficult the situation is. =='

Bak kata Inche Gabbana, 
"Orang yang buat dosa dan tahu ia berdosa, lebih berdosa daripada orang yang buat dosa dan tak tahu ia berdosa!"

Gulp!
Ampunkan salah silapku.

Hmm.
Tamat sudah cerita raya di desa terchenta bagi minggu pertama yang almost perfect!
Bakal kembali dengan kisah raya bersama mereka mereka yang owsem untuk minggu kedua.

Bila pula den nak berayo dengan esaimen ni? Erk. =='

Akhir kata.
Selamat hari raya maaf zahir batin kalian. Jemputlah datang bertandang ke rumah saya.
Assalamualaikum. Taqabballahu minna wa minkum. Kullu 'am wa antum bikhayr.

Hai kawan kawan, selamat hari raya! Jangan makan banyak sangat tau!

Raya ke - 4 sudah.
Puasa 6 bila lagi?
Ayuh! :'D
- farhanaselamat -

tepian gantang.






Putus asa.
Tiada harapan.
Meratapi nasib.
Hidup merempat.







Monday, August 05, 2013

ramadan yang hilang.

Ya, ini bukan slot drama di tv tempatan itu.
Tetapi, ini adalah realiti kita buat ketika ini.
Dek masa yang sangat mencemburui kita.
Dek hakikat jiwa ummah yang kian jauh penghayatannya.

'Ummah'.
Termasuklah aku.

Entah mengapa.
Keberadaan ramadan pada tahun ini begitu singkat.
Tidak sempat untuk kita penuhi masa masa bersama sebaiknya.
Kini ramadan bakal pergi tanpa kita bersedia akan kehilangannya.

Hmm.
Nak tak nak, kita harus relakan pemergiannya.
Terlalu banyak yang Allah berikan tika datangnya ramadan buat kita.

Allah ajar kita bersabar atas dugaan yang menimpa kita.
Allah ajar kita bersyukur atas nikmat yang dikurniakannya.
Allah ajar kita ikhlas dalam melaksanakan amal ibadah.
Allah ajar kita bersederhana dan tidak berkira - kira.

Dan, banyak lagi yang Allah ajarkan buat kita.
Bersesuaian dengan namanya, 'ramadan' yang menjadi bulan tarbiyyah untuk kita semua.
InshaAllah, semoga Allah permudahkan kita menemui ramadan yang bakal dirindui ini.

Ingatlah.

"Kehidupan adalah seperti satu perjalanan yang panjang. Ramadan adalah perhentian untuk kita top - up bekalan yakni taqwa, bagi menghadapi dan mengharungi sebelas bulan yang akan datang."

Quoted from Kak Kim.
May Allah bless all of you.
Semoga bekalan ini cukup untuk kita bawa pada 11 bulan yang lain.
Insha Allah Amin.

"That moment when you have no feeling to celebrate Aidil Fitri."

Ya, saya tahu itu suatu kesalahan.
Semoga saya terus diberi kekuatan atas keterbatasan ini.

Andai bisa ku pohon untuk dibuang memoriku tiga tahun lepas.
Perkenankan Ya Allah!

*Overdose* T_T

By the wayyy,
Selamat terbang sahabat sahabat yang bakal terbang!
- farhanaselamat -

Sunday, July 28, 2013

pilihan.


"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."
(Saidina Ali Bin Abi Talib)


Pilihan di tangan kita.
Dunia ini hanya sementara.
Akhirat itu kekal selamanya.

Ramadan 19.
Pantasnya Ramadan berlalu. :'(
- farhanaselamat -

Saturday, July 13, 2013

cemburu.

Untungnya dapat bergerak laju.
Untungnya dapat berlari memburu.
Oh, untungnya wahai kamu dan kamu!

Lumrahnya, pasti ada sedikit cemburu.
Terkadang, seperti rasa ditinggalkan menjauh.
Aku, aku. Engkau, engkau.
Ah! Penangan ilusi bersama demotivasi.
Ilusi pabila diri tak mampu menanggung rasa ini.

Ya Allah, ampuni aku yang seakan tidak mengerti.
Tidak mengerti hakikat yang perlu aku lalui kini.
Ampuni ku. Ampuni ku, Ya Ghaffur.

Moga istiqamah menjadi pembimbing diri.
Bersama ini ku pendamkan hasrat hati sanubari.


Ramadan 5 sudah.
Izinku berubah! Amin.
- farhanaselamat -

Monday, July 08, 2013

counting days.

Wahai engkau yang ku rindui.
Bertemu lagi kita pada tahun ini.

*Senyum*

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Mungkin.
Aku kini agak berbeza dari yang sebelumnya.
Tidak lagi sedaya, tidak lagi sekuat aku yang dulu.

Namun.
Ku harap ia tidak menjadi penghalang buatku.
Ku harap semuanya masih sama dari awal hingga ke akhirnya.

InshaAllah.
InshaAllah.
InshaAllah.

Sungguh.
Aku menantikan saat saat ini.
Aku merindukan detik detik ini.

Terima kasih atas kesempatan ini.
Terima kasih kerana sudi menemui ku lagi.


PS. Wahai Mesir Ardul Kinanah, semoga kau terus kuat! InshaAllah kami sentiasa menembak doa buatmu. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel!

Ramadan Kareem peeps! :)
- farhanaselamat -

Wednesday, July 03, 2013

kemenangan yang tertangguh.

Sesungguhnya, 
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, 
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun, 
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur,
jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, 
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian, 
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku. 
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

Sungguh sebak membaca petikan ucapan ini.
Allahu. La tahzan!
Sesungguhnya Allah pasti bersama orang - orang yang benar!


"Di hari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik, kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada Allah dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya. Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedenganran walaupun beliau di atas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi. 

Demi Allah wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-Nya disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih. Marahlah wahai Sang Presiden, demi Allah, jika Dia menggoncangkan Sungai Nil dan laut, nescaya digoncangkan mereka bersamamu."

- Dr Najlaa Mahmood (isteri Presiden Morsi).

*Sebak*
Pray For Egypt!

Monday, July 01, 2013

tuntutlah ilmu.

Kata - kata Muadz bin Jabal yang tercatat di makamnya (terjemahan) :

"Tuntutlah ilmu kerana mereka yang menuntut ilmu adalah mereka yang takut pada ALLAH, dan ianya adalah satu ibadah, dan pengajiannya adalah tasbih, dan mencari ilmu adalah satu jihad. Mengajarkan kepada yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan menyebarkan pada mereka yang terdekat adalah satu kebahagiaan, dan ianya adalah sebagai penjaga ketika keseorangan, dan rakan ketika berseorangan, dan hujah ke atas agama (Islam), sebagai penyabar ketika kita terlalu gembira atau terlalu sedih, dan ianya sebagai penjaga (pembantu) ketika berlaku ke atasmu penafian, dan juga penjaga ketika kamu dihampirkan dengan sesuatu yang asing, dan juga sebagai penanda bagi sesetengah daripada kita sebagai penerang jalan ke syurga."

Allahu Rabbi.
Begitu besar nilai ilmu - Mu.
Berikanku ruang dan peluang untuk menghirup segenap ilmu - Mu!

Monday, June 24, 2013

antara ujian dan nikmat.

Bismillah.
Assalamualaikum.

Baru lepas membaca belog sahabat kepada mereka yang ditimpa kemalangan di Jordan baru - baru ini.


Allahu ~ Tidak tergambar rasa yang dialami. Begitu menyayat hati.

Begitu benar dan tepat ayat - ayat Allah. Hanya mereka yang benar - benar mampu menanggungnya sahaja layak diuji sedemikian. "La yukallifullahu nafsan illa wus'aha." Mereka sungguh kuat. Mereka insan hebat.

Allah. Betapa ujian yang Kau berikan ini sungguh mendalam ibrahnya. Semoga kekuatan mendampingi kita sentiasa. Ya Allah, permudahkanlah jalan kami menuju jalan - Mu. Sesungguhnya, kami pendosa yang terlalu kerdil di muka bumi - Mu ini.


Alhamdulillah. Syaaban telah berada di pertengahan, tandanya Ramadan kian menyusul. "Allahumma ballighna fi Ramadan." Ya Allah, semoga sempat.

Entah kenapa sejak akhir - akhir ini, begitu banyak khabar tentang pemergian orang - orang terdekat. Lihatlah betapa Allah ingin ingatkan kita dalam apa jua keadaan. Janganlah kamu berasa selesa. "Allahummakhtim lana bihusnil khatimah, wa la takhtim 'alaina bisu'il khatimah." 

Dan, tentang jerebu. Semuanya tanda kasih sayang Allah kepada kita. Allah beri amaran kepada kita, jangan itu, jangan ini. Faham kan? Jemput baca, Jerebu Bencana Dukhan dan Amaran Tuhan by Ustaz Hasrizal Jamil :)

Terima kasih Allah atas peringatan.
Terima kasih Allah atas kesedaran ini.

Bersyukurlah dan bersabarlah.
Mudah - mudahan ada hikmah yang besar tersembunyi dari semua ini.

Ampuni kami Ya Rabbi.


Antara sabar dan syukur,
- farhanaselamat -

Thursday, June 20, 2013

Thursday, June 13, 2013

usrah.







"Takkan kita nak biarkan orang lain sahaja yang hebat berdakwah sedangkan kita hanya duduk rilek di rumah? Takkan kita nak berada di pintu syurga je nanti sedangkan orang tu dapat jumpa Allah kat tingkat syurga teratas sana?"







*Sentap*

Alhamdulillah. Hari ni first day usrah untuk sem ni.
Semoga Allah permudahkan urusan kami semuanya. Amin!

Yang excited nak jumpa adik adik baru,
- farhanaselamat -

Monday, May 27, 2013

the journey.

Bismillah.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Perjalanan sebagai pelajar 2nd year telah bermula pada hari ini. So far, boleh la :) Biasa biasa saja. Ketiga - tiga class hari ni baru nak start engine, dimulakan dengan course outline dan serba sedikit tentang subjek tersebut. Tak terlalu heavy, dan tak terlalu bosan juga. InshaAllah. Semuanya baik baik saja :) Dan harapnya, mood seperti ini akan berpanjangan mengikut keadaan dan masa. Doakan saya! :)


Amin amin ya rabbal 'alamin :)

InshaAllah, this sem, saya akan beri yang terbaik untuk diri sendiri dan kawan - kawan. Hopefully, apa yang dirancang dapat ditunaikan sebaiknya. Tiada lagi penangguhan masa yang sia - sia. Tiada lagi lagho - lagho. InshaAllah. Tegurlah, andai ada yang tak kena. Semoga Farhana menjadi Farhana yang baru. Yang lebih baik dan dapat ajak semua orang menjadi lebih baik. InshaAllah. Bantu saya ya!

Orait. Apa pun hopefully saya dapat bawak 7 orang 'anak - anak' saya ni sebaiknya untuk Semester ni. Cuak sebenarnya! Huhu.

1) Management Science.
2) Corporate Finance.
3) Financial Statement Analysis.
4) Microeconomics.
5) Consumer and Buyer Behaviour
6) Managerial Accounting.
7) Islamic Studies.

Please be nice to me ya, my dear :)

InshaAllah. Saya yakin, Allah akan bantu hamba - Nya yang berada di jalan - Nya. Mohon kekuatan dari semua untuk saya tetap istiqamah di jalan yang paling utama ini :)

Janji - Nya.


Sekian.
Saja nak update memandangkan hari ni sangat free. Hehe.
Wassalam.
Permudahkan kami ya Rabb!
- farhanaselamat - 

Saturday, May 25, 2013

bantu aku.










"Only true friends care about your akhirah."







And I'm trying to be that kind of friend.
Menguatkan diri, tak semudah menguatkan orang lain.
 :(((

ahlan wasahlan new family.

Maka, tamat sudah Minggu Induksi dan Orientasi Sesi Mei 2013/2014. Alhamdulillah. Segalanya dipermudah.

Cumaaa.

Hmm. Entah bagaimana lagi mahu diperincikan. Tetapi, aku yakin, semua ini pasti ada hikmahnya. Hal - hal beginilah yang akan menjadi wadah untukku terus mengembara.

Ku kira, Allah sedang menguji jasad yang kononnya kuat.
Ku kira, Allah sedang memberi kesedaran betapa untungnya diberi nikmat.
Ku kira, Allah sedang mencampakkan ujian tatkala kelalaian diri masih terikat.

"Awalnya mengujakan, tengahnya memeritkan, akhirnya membahagiakan."

Cukuplah ungkapan ini menjelaskan apa yang kami hadapi. Cukuplah sekadar ia menjadi memori ingatan buat kami. Sungguh, dua minggu yang ku rasakan sekejap, begitu banyak ertinya buatku, insan yang lemah ini. Allahu, terima kasih atas ruang dan peluang. Alhamdulillah :)

Alhamdulillah for this experience.

Alhamdulillah for this bonding.

Alhamdulillah for this opportunity.

Alhamdulillah for this memories.

Alhamdulillah for everythinggggg!

And ~
This is my adik - adik! ^_^v
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum ila Unitenggg Pusaka Tersayang :)
Girls : Aja, Ainul, Diyana, Aina, Natasya, Ika, Saleha, Fiqa, Adawiah. (Tiada dalam gambar : Hema, Yee Mun, Fazy & Maz).
Boys : Irfan, Aizat, Syaiful, Timothy, Rasyid, Sanjiv. (Tiada dalam gambar : Amirul).

Fuhhh! Penat tau tak nak hafal nama korang 20 orang ni? >,<


Semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah.
Ingatlah kesemua harapan yang disandarkan kepada adik - adik.
Kuatkan semangat dalam meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa/i.
Semoga tali persahabatan kita kekal selama - lamanya. InshaAllah :)

You all are the best! ^_^v


Terima kasih juga khususnya buat Kakak - kakak dan Abang - abang Fasi yang bersama - sama dalam perjuangan ini. Terima kasih kerana diberi peluang bekerjasama, dan mohon maaf kerana terpaksa menyusahkan kalian selalu. Kerana mereka kuat, aku harus kuat! Sayang kalian :) Inilah yang dikatakan, pertemuan tanpa dirancang. And above all, Allah knows best! Apa pun, selamat meneruskan perjuangan di Semester baru.


Ku petik bintang, untuk kau simpan.
Cahayanya terang, berikan kau perlindungan.
Sebagai pengingat teman.
Juga sebagai jawaban.
Semua tantangan.

Lagu tema orientasi kali ni :)
Feel the bonds.


Salam sayang dan rindu,
- kakfana -