Monday, January 28

dia.





"Sesungguhnya aku amat merindui seorang pemuda yang tidak tidur lena kerana memikirkan masalah ummah."
(Imam Hasan al Banna)





Mengingatkan aku tentang Si Dia, kekasih Allah.
Dia, yang tidak pernah lelah memikirkan perihal ummah - nya.
Allahu Allah.

Kita?


Tuesday, January 22

you choose.

Bismillahi Alhamdulillah.
Apa khabar kalian? Semoga hidup sentiasa di bawah rahmat - Nya!

So, how's your sem break so far? Great?
Hope to hear this, "Yes it is, Farhana!"
Or maybe, "Boring giler! T.T"

Ahah.
Well. You choose.

Having a sem break is such a great moment to have actually. To spend your leisure and precious time with the loved one, your family, friends, and people. To relax yourself from a hectic world in the university and mingle with the real life out there.

Before the Final Exam ended, I was so excited to list out all the events and activities that I guess I should go. But somehow, to grab all the opportunities is like an impossible thing to have. Because dealing with time is yet, so so hard. Right?

And Alhamdulillah, Allah has sent me to K - Fiqhw to enjoy the knowledge there, and meet new friends too. Yet, it makes me think. To have the knowledge is not a thing. But to spread all the knowledge is the most important thing. Not only by words, but by my own action first.

Forgive me Ya Allah.
I'm not doing as what I said.
I'm not doing as what I've learned.

Back to the topic, K - Fiqhw. Here's the tentative. Many subtopic was presented. And somehow, it suits my situation on that particular time. Allah ~


Semuanya best! Mantap dan penuh isi. But, the most exaggerate one is the last slot kot. It's about "Monogami & Poligami : Antara Kemahuan, Keperluan & Sunnah." *Facepalm* ==' Err. But okay la. Dapat lah jugak pointnya about the advantages and disadvantages of both things. Tapi yang paling tak tahannya, panelist, Dr. Khairuddin dengan Kapten Hafiz tu dua dua berpoligami. *Facepalm lagi* Then, kitorang cam, "Oh, no wonder laa." K.

Abaikan. Itu bukan point nya sebenarnya. Heh. T.T

Dan seperti biasa, aku dengan quote - quote ku. Aku sekadar share semampunya. Ia mungkin dari ayat Quran, hadis, pepatah arab atau kata - kata presenter sendiri. Semoga bermanfaat. InshaAllah. Have the spirit! :D
  • Sebaik - baik kecantikan di dunia adalah wanita solehah.
  • Lelaki hebat pada egonya, perempuan hebat pada emosinya. Namun, kedua - duanya jangan disalah guna!
  • What's define "Secara Hikmah"? Mestilah berlandaskan al - Quran dan as - Sunnah dan, Kena pada waktu dan tempatnya.
  • Wanita solehah ialah seorang yang extraordinary!
  • Lelaki dan wanita diciptakan dengan tanggungjawab yang sama, semuanya untuk mencari Redha Allah.
  • Pengulangan adalah ibu kepada segala pelajaran. Keep reminding ourselves! Tazkirah :)
  • Kita hanya boleh beri apa yang ada dalam jiwa kita.
  • Kualiti hidup bergantung kepada kualiti emosi. Kualiti emosi pula bergantung kepada kualiti fokus kita.
  • Perkahwinan itu bukan untuk mencari bahagia, tetapi membawa bahagia.
  • Walau di mana jua kita berada, ingatlah. Kita ini, Hamba Allah. Khalifah Allah.
  • Emosi mengikut ranking (bawah ke atas), based on psychologist : malu, dendam, marah, hopeless, redha dan tenang.
  • Cuba tanya pada diri, bila kita sakit, adakah disebabkan kuman yang kuat atau kita yang lemah?
  • Fikiran -> Emosi -> Tindakan -> Hasil.
  • Sesiapa yang tak yakin dengan diri sendiri, dia sebenarnya tak yakin dengan Allah.
  • Tabiat bukan berada di akal, tetapi berada di minda bawah sedar.
  • Said this, "I want to release weight, not to lose weight." Eh.
  • Jangan mencari pekerjaan, tetapi mencipta pekerjaan.
  • Jangan jadi si 'keladak', jadi lah si 'jernih'.
  • Muslim dan muslimah yang hebat mestilah bersifat 'Al - Amin' dan 'Al - Quwwah'.
  • Seseorang itu berhijrah atas ujian yang menimpanya. Maka, bersyukurlah atas setiap ujian yang melanda.
  • Mereka itu tidak jahat, cumanya mereka telah tersalah langkah. Pandu mereka!
  • Berkawanlah dengan sesiapa pun, bersahabatlah dengan yang soleh solehah.
  • Jadilah Ansarullah! Kita adalah Penolong - penolong Allah!
  • Mari lihat kesempurnaan di dalam ketidaksempurnaan itu.
  • Bacalah Al - Quran seolah - olah kita sedang kehausan.
  • Nur Al - Quran menyirami nur fitrah.
  • Maafkan dan lupakan. Jika kita masih tidak lupakan, sebenarnya kita masih tidak memaafkan.
Dan, baaaaaaaaanyak lagi quote - quote awesome sebenarnya.
Maaf tak dapat nak memanjangkan post lagi. Tidak mendapat keizinan dari Encik Masa. T.T
Bagi mendapatkan sharing tambahan, sila ke sini. Segalanya di hujung jari kan kan? :)


*Thumbs up!*

And last night, I was at Chinese Assembly Hall for..

^_^v

Well, it's our obligation to explore things beyond our limit. That's the mission and we have to work for it!
Jangan biarkan hidup anda diselubungi dengan misteri! Eh.
Wallahu Ta'ala A'alam.

Yang baik datang dari Allah. Yang buruk dari kelemahan saya sendiri. Jazakumullah khairan kathira. Teruskan mengisi masa lapang kalian dengan pelbagai perkara yang bermanfaat. Ingat! Encik Masa tu harus lah dikejar, nanti diambil orang! Eh. Gtg. Muadzam, aku datang! Wassalam.

PS. Tolong doakan Encik Acer Merah saya cepat bangun. Aduyai ~ Dugaan.

(14 : 12)
- farhanaselamat -

Monday, January 21

faith.

Kadang - kadang,
Kerana terlalu sayang dengan seseorang,
Allah ambil dia daripada kita.
Allah jarakkan kita dengan dia.
Untuk uji kita.
Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu?
Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu?
Dan masihkah kita percaya pada aturan Dia?
Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada Dia yang perlu lebih kita sayangi,
Lebih daripada segala - galanya.

Dan kadang - kadang,
Allah ambil juga kembali orang yang tidak kita hargai.
Saat Allah jarakkan kita,
Lalu timbul rasa rindu dan menyesal.
Itu bukan untuk menghukum kita.
Tapi untuk memberi pengajaran.
Bahawa apabila kita tak mahu menyayangi mereka,
Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih daripada yang mahu kita lakukan.

* * *

Let's have faith in Allah.

change.







We should be asking ourselves, when will we enter into Islam completely and change ourselves?









Thursday, January 17

it is complicated.

"Hidup aku tak semenarik hidup kau."

Tak. Hidup aku tak semenarik hidup orang lain.

"Takpe. Aku suka dengar cerita hidup kau. ^_^"

* * *

"Takpe. Aku suka dengar cerita hidup kau. ^_^"

Zuppp! Terngiang - ngiang ayat ni. Terima kasih kawan sebab kau buat aku realize yang aku dah dapat banyak nikmat dalam hidup ini. Aku ada family yang bahagia, aku ada sahabat yang selalu menceriakan, aku dah diberi kejayaan seperti apa yang aku nak, aku dah kecapi apa yang terbaik untuk diri aku. Alhamdulillah Alhamdulillah. Aku sedar. Perkataan teragung itu mungkin selalu disebut but then, ia sekadar sebutan. Tak dihadam. Yet, still ada keluhan juga di situ. Itulah aku yang tak pernah bersyukur sesyukur - syukurnya. Allah ~

Tetapi ~ mengapa jiwa ini masih, masih terasa kosong? Mungkin, aku lebih suka selindungkan rasa itu. Selindung untuk lupakan. Namun, at the end, aku juga manusia biasa. Aku sudah memang tak mampu berdalih lagi. Kerana selindung itu akan terus membuku di benak jiwa. Sangkaanku, aku kuat untuk harungi semuanya. Tapi, hakikatnya. Hidup ini complicated. Serius. Sungguh. Jauh di sudut hati, aku punyai matlamat yang tidak aku sempurnakan lagi. Aku mahu lebih, lebih dari apa yang aku ada. Patutkah aku berkata sebegitu? Argh. Aku pun tidak pasti. Aku buntu. If and only if, you know what I mean.

* * *

"Farhana, kau ni misteri tahu? Semuanya nak berahsia."

Masalah?

Oh, tidak. Biarkan ia.
Jangan pernah sebut tentang itu.
Aku tak mahu. Kata itu doa.
Biar ia pergi bersama angin lalu.

Pastinya, semua yang terjadi ini, reflect balik kepada diri ini. Mungkin ini caranya untuk Allah kifarah dosa - dosaku yang menggunung. Ya, aku perlu dan sentiasa yakin bahawa Allah pastinya rencanakan hari - hari yang indah buatku selepas ini. Wahai Allah, ampuni dosaku yang tidak mengingati - Mu. Maafkanlah hamba - Mu ini ya Rabb.

Ingatlah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Allah ~


Life is complicated?
Please teach me how to make it simpler.
- farhanaselamat -

Tuesday, January 15

habit.


Farhana..
Kenapa aku tengok kau ni asyik gembira je?
Pagi, petang, siang, malam aku tengok kau happy je.
Kau tak pernah sedih eh?

*Senyum*

Friday, January 11

fight for the best!

Bismillah.
Assalamualaikum wbt :)

Hiyaaa ~ Mood meng - update kembali lagi setelah beberapa hari dikekang nafsu tersebut. Ahah. Oh ya, sebenarnya, Final Exam belum tamat lagi. Masih ada 1 lagi payperrr yang perlu di settle kan Isnin ni. Hoho. Mohon Statistics be nice nanti! Jiwa dah meronta nak balik ni. >.< 2 days and counting ~ So how's your Exam, Farhana? Erm erm. So far so good. Alhamdulillah :) Insha Allah saya tahu saya dah buat semampu saya dan apa pun biarkan semuanya di tangan Allah. Moga moga ada hikmahnya atas setiap apa yang berlaku Insha Allah :)

Okay, takda benda pun yang nak dicoretkan sebenarnya. Sekadar ingin mencelah dan mohon kalian doakan yang terbaik untuk saya dan rakan - rakan yang lain. Semoga terus kuat untuk berusaha, jangan lemah, jangan mudah putus asa. Dekatkan diri dengan Dia. Insha Allah, Dia sentiasa ada untuk bantu kita.

Allah ~
Tolong hapuskan rasa ini.
Adakah aku tersilap langkah?
Bimbinglah aku :'(

Fighting! >.<

Currently, listing the activities that I wanna do during this sem break. Hewhew.
Tak salah kan kalau memandang ke hadapan lebih awal? :P
Bear in your mind that your Final Exam is not over yet, Farhana! >.<

Pray for us :)
Ilal liqa' ma'as salamah.
- farhanaselamat -

Friday, January 4

final exam mode on!

Fighting!


Insha Allah :)
Di kesempatan ini, saya Nurul Farhana Binti Selamat,
dengan rasa rendah dirinya ingin memohon maaf kepada kalian atas apa jua perkara sama ada sengaja atau tidak disengajakan.
Mohon halalkan segala ilmu, makan dan minum yang telah kalian berikan kepada saya.
Saya akan sentiasa doakan kejayaan buat kalian. Insha Allah.
Semoga Allah beri yang terbaik dan setimpal dengan apa yang kalian usahakan.
Terima kasih atas segala budi baik kalian terhadap saya.
Ukhwah fillah abadan abada. ^_^

Ingat!
Study kerana Allah.
Bukan kerana Exam.
Tau!

Mohon iringkan doa buat ku dalam doa kalian :')
Terima kasih.

Let the battle begins.
This is our jihad.
Lillahi Ta'ala.
- farhanaselamat -

Thursday, January 3

makin ku kejar, makin kau hilang.

Masa.
Dan pabila berbicara tentangnya.
Aku lah salah seorang mangsa yang gagal dalam menguruskannya.

Demi masa.

Sesungguhnya manusia kerugian.
Melainkan.
Yang beriman dan yang beramal soleh.

Ouch! >.<
Tiba - tiba rasa ada tamparan super saiya pabila mendengar bait lirik nyanyian Raihan yang sedang ke udara ini.
Pang! Pang! Allahu. Terima kasih atas peringatan ini. Sobs. T.T


Bukankah Allah telah kurniakan 24 jam sehari untuk setiap hambanya?
Mengapa masih tidak cukup lagi?

Bukankah Allah telah beri guideline penjagaan masa based on waktu solat kita?
Mengapa masih tidak cukup lagi?

Bukankah Allah telah tujukan ayat - ayat chenta - Nya berkenaan masa untuk kita?
Mengapa masih tidak cukup lagi?

Bukankah role model kita, yakni Rasulullah SAW sering menekan kan tentang penjagaan masa?
Mengapa masih tidak cukup lagi?

Dua jenis nikmat yang kebanyakan manusia menerima kerugian yang besar iaitu kesihatan dan kelapangan.
(HR al - Bukhari)

"Kelapangan".

Benar.
Nikmat itulah yang selalu disia - siakan.

Allah.
Sedih dengan diri sendiri.

Semoga Allah ampunkan dosaku yang selalu mengabaikan nikmat masa yang dikurniakan - Nya saban hari.
Terlalu banyak yang dipersiakan. Terlalu banyak yang diabaikan.

Sungguh. Aku malu.


Duhai masa,
Doakan agar aku bisa membina kekuatan untuk sentiasa mengejar kamu ya!
Tolong. Tolong jangan pergi dari diri ini.

Btw, Alhamdulillah.
Kita masih dihidupkan lagi pada 4 haribulan ini.
Sungguh, ini lah peluang keemasan yang tiap kali Allah beri untuk kita bertaubat atas kesilapan kita yang lalu.
Jadi, jika diikutkan, sudah 4 hari kita menjejakkan kaki ke tahun baru 2013.
Sudah banyak sangat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita.
Apakah kita sudah membalas nikmat itu dengan menjadi sebaik - baik hamba kepada - Nya?
Tepuk dada tanya diri.
Kerna masa itu pasti berlalu dan terus berlalu.
Usia juga semakin pendek dan terus memendek.

Benar. Usia semakin bertambah.
Namun, ia adalah nombor semata - mata.
Hakikatnya, peluang hidup kita sudah tidak lama.
Semakin dekat kita dengan kematian.
Dekat. Sangat.
Allah ~

Jika kita tidak dihidupkan lagi pada saat dan ketika ini.
Cukupkah bekalan untuk kita beri kepada Allah sebagai bukti kita telah menjadi sebaik - baik khalifah - Nya?
Adakah Allah benar - benar redha atas segala perbuatan kita di muka bumi ini?

Sungguh. Aku malu.


Hati mula mencemburui mereka yang punyai kelapangan masa untuk study tanpa punyai komitmen apa pun selain study. Hati ini, lebih lebih lagi cemburu kepada mereka yang punyai baaaaaaanyak masa, tetapi senang - senang je buang masa tu dengan melayan movie / game tatkala final exam bakal menjelma ini.

"Argh! Stress!"

Eh. Tidak!
Tenangkan diri.
Masa yang Allah bagi tu, jika disusun sebaiknya, for sure mencukupi. Kan?
Be positive. Tajdid niat Lillahi Taala.
Insha Allah. ^^,

Teruslah memuhasabah diri.
Semuanya pasti ada hikmah - Nya.
Terima kasih Allah atas nikmat masa ini.
Terima kasih sangat sangat sangat :')

Jom! Jangan bazirkan masa.
Be organised! First thing first :)
Fighting! >.<
- farhanaselamat -