Thursday, January 17

it is complicated.

"Hidup aku tak semenarik hidup kau."

Tak. Hidup aku tak semenarik hidup orang lain.

"Takpe. Aku suka dengar cerita hidup kau. ^_^"

* * *

"Takpe. Aku suka dengar cerita hidup kau. ^_^"

Zuppp! Terngiang - ngiang ayat ni. Terima kasih kawan sebab kau buat aku realize yang aku dah dapat banyak nikmat dalam hidup ini. Aku ada family yang bahagia, aku ada sahabat yang selalu menceriakan, aku dah diberi kejayaan seperti apa yang aku nak, aku dah kecapi apa yang terbaik untuk diri aku. Alhamdulillah Alhamdulillah. Aku sedar. Perkataan teragung itu mungkin selalu disebut but then, ia sekadar sebutan. Tak dihadam. Yet, still ada keluhan juga di situ. Itulah aku yang tak pernah bersyukur sesyukur - syukurnya. Allah ~

Tetapi ~ mengapa jiwa ini masih, masih terasa kosong? Mungkin, aku lebih suka selindungkan rasa itu. Selindung untuk lupakan. Namun, at the end, aku juga manusia biasa. Aku sudah memang tak mampu berdalih lagi. Kerana selindung itu akan terus membuku di benak jiwa. Sangkaanku, aku kuat untuk harungi semuanya. Tapi, hakikatnya. Hidup ini complicated. Serius. Sungguh. Jauh di sudut hati, aku punyai matlamat yang tidak aku sempurnakan lagi. Aku mahu lebih, lebih dari apa yang aku ada. Patutkah aku berkata sebegitu? Argh. Aku pun tidak pasti. Aku buntu. If and only if, you know what I mean.

* * *

"Farhana, kau ni misteri tahu? Semuanya nak berahsia."

Masalah?

Oh, tidak. Biarkan ia.
Jangan pernah sebut tentang itu.
Aku tak mahu. Kata itu doa.
Biar ia pergi bersama angin lalu.

Pastinya, semua yang terjadi ini, reflect balik kepada diri ini. Mungkin ini caranya untuk Allah kifarah dosa - dosaku yang menggunung. Ya, aku perlu dan sentiasa yakin bahawa Allah pastinya rencanakan hari - hari yang indah buatku selepas ini. Wahai Allah, ampuni dosaku yang tidak mengingati - Mu. Maafkanlah hamba - Mu ini ya Rabb.

Ingatlah. Hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Allah ~


Life is complicated?
Please teach me how to make it simpler.
- farhanaselamat -

No comments: