Sunday, February 24, 2013

sserts.

To - do list.
For this week.

- Report Halaqah.
- Report CSR.
- Assignment PR.
- Assignment Bizcom : Proposal and Resume.
- Midterm PR : 5 Chapter.
- Midterm Bizcom : 6 Chapter.
- Ready for 2 upcoming event this weekend!

* * *

Nah! Gedebuk datang!

*Be positive*
(2 : 286)

Baik! ^_^
Cuba untuk positif sepositifnya!

*Membayang wajah Umar yang comel*
Huuu. Hilang stress ~


Keep calm and say Alhamdulillah!
- farhanaselamat -

Friday, February 22, 2013

(36 : 36)


Bismillah.
Assalamualaikum wbt :)

Erm. Bagaimana ya untuk aku mulakan? Aku kira, aku belum cukup matang untuk bercerita tentang ini. Tentang kehidupan yang mendatang yang tidakku tahu pengakhirannya. Jika diikutkan dalam perhitunganku, 6 atau 7 tahun lagi pun tidak mengapa. Masih tidak menjadi masalah bagiku. Kononnya.

Err. Kenapa lambat sangat? ==' Bukankah wanita yang barakah itu, yang cepat nikahnya, yang ramai anaknya, yang murah mas kahwinnya dan yang baik akhlaknya? - As quoted in Hadith.

Entah. Aku mahu hidup sehidup - hidupnya dahulu dan barulah aku bantu untuk hidupkan hidup seseorang itu bersama ke syurga. *Berangan* Apa pun, biarlah masa membawanya. Entah aku hidup atau mati esok hari. Itu yang lebih aula' untuk aku teliti.

Namun, tidak mengapa lah. Ilmu yang sekelumit ini bisa bercambah andai aku kongsikan dengan sesiapa sahaja yang membacanya. InshaAllah. Aku cuba berkongsi tentang apa yang aku rasa. Semoga ilmu yang setitis ini bisa bermanfaat dan memberi saham untukku kelak. InshaAllah Amin.

Sebelum itu, izinkan aku untuk memanjat rasa syukur semahu - mahunya atas nikmat kurniaan Allah ini. Alhamdulillah wa syukurillah. Akhirnya, aku ke medan gah itu jua bersama - sama mereka yang sangat aku kasihi. Indahnya taman syurga! Dipertemukan yang jauh, yang telah sekian lama tidak bersua muka. Alhamdulillah. Plan Allah itu Maha Hebat!

Sungguh. Jiwa merangkak diminta bertatih ini tidak tertahan rasanya pabila diberikan hikmah sebegini. Wahai Allah, Engkau yang Maha Mengetahui segalanya. Aku dapat merasakan sesuatu yang tersirat di sebalik semua ini. Allahu. Terima kasih atas kecintaan - Mu ini di saat aku masih zalim ke atas diri - Mu. Tidaklah aku menjadi Khalifah dan Hamba - Mu yang sering taat kepada - Mu. Maafkan aku.

Maaf. Emosi.

Tapi. Engkau perlu tahu.
Itulah wanita. Yang perlu kau fahami.

Bila mana dinamakan wanita itu, pastinya, emosi yang merajai dirinya. Emosi jelas terpancar dari setiap butir - butir katanya. "Mulut lelaki di hatinya, hati wanita di mulutnya." Teringat pula antara kata yang dikongsikan oleh Ustaz Ridhauddin di dalam slotnya, 'Pengurusan Jiwa'. Setuju kah? Depends kepada siapa yang menjawabnya.

Bila berkata tentang pengurusan jiwa, rata - ratanya tidak sedar bahawa perlu di - explore dahulu perbezaan antara kedua - dua gender ini. Jangan terlalu cepat membuat assumption yang semua orang di dunia ini sama pemikirannya. "Appreciate the similarities, Celebrate the differences." Betapa hebatnya Dia yang menciptakan segala kejadian di muka bumi ini. Pasti ada hikmah yang tersembunyi kenapa setiap insan di dunia ini berbeza - beza. Maka, atas dasar perbezaan ini juga lah yang menjadi asbab kewujudan HATI sebagai wadah untuk manusia yang berebeza ini bersatu. Hebatnya kuasa hati! Hebat lagi Dia yang memegang hati - hati kita! Allahu Rabbi.

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak - agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."
(HR Ahmad)

Hati.
Hmmmm.
Masalah hati yang tiada berkesudahan?
Ingatlah Allah, itulah sebaik penawarnya.
(13 : 28)

Sebolehnya, mahu saja aku coretkan segala ilmu yang dikongsikan kepada kami sepanjang 2 hari itu. Namun, agak mustahil kerana terlalu dan terlampau banyak butir ilmunya. *Alasan* Itulah, ilmu - ilmu yang tiada tolok banding nilainya. Ilmu - ilmu yang membuatkan aku kembali merenung, memuhasabah diri. Ilmu - ilmu yang pastinya menyatukan hati - hati yang kehausan. Benar. Masih belum terlambat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Dan aku mulai sedar bahawa, untuk melangkah naik ke anak tangga BM, tidaklah semudah apa yang disangkakan. Janganlah kau pandang perkahwinan itu semata - mata untuk mengelak zina. Kau harus pandang jauh sejauh - jauhnya. Redha Allah, yang utama. Maka, bermujahadahlah untuk seketika. Rasakan pahitnya kehidupan. Lambat laun, pasti manis menyapa jua.

Allah dah janji. Kan?
(94 : 6)
Yang kelat itu penawar.
Have faith!

"Jadilah orang yang baik. Ikutlah pilihan orang yang baik. Ikutlah cara yang baik."

Inilah dia, Cari Jodoh : Langkah 1, 2, 3. Perkongsian dari Ustaz Pahrol Juoi yang sangat menginspirasikan hati nurani. Setiap bait katanya, penuh isi. Semuanya untuk dihadam, untuk menjadi Muslim yang Mukmin yang Muttaqin. Jodoh itu rezeki Allah. Sesungguhnya, rezeki yang Allah berikan kepada kita selaras dengan tanggungjawab yang kita laksanakan. Maka, sibukkan diri dengan tanggungjawab, Allah pasti hadirkan rezeki yang tak disangka - sangka kepada hamba - Nya. "Rezeki yang kita cari baik, tetapi rezeki yang kita temui pasti lebih baik." (24 : 26) Jadilah yang baik kerana Allah telah sediakan yang baik untuk kamu. Yakinlah dengan itu!

Namun, jika tidak? Jika kita ditemukan dengan orang yang tidak sebaik yang kita harapkan? Usah risau. Kerana pasti si dia akan menjadi lebih baik di pertengahan nanti, oleh bantuanmu juga. Jangan putus asa, bimbinglah dia. Orang yang baik pada permulaan tidak semestinya pengakhirannya baik juga, begitulah juga sebaliknya. Sejarah juga telah merakamkan kisah 'Pelacur yang dijanjikan syurga. (HR Bukhari)' bukan? Allah itu Maha Adil. Semua orang boleh berubah. Mahu atau tidak saja. Carilah dan mohonlah Hidayah dari - Nya :)

Persiapan? Persediaan? Preparation? "Success loves Preparation."

Persediaan untuk menjadi, bukan mencari atau bukan menunggu bakal Imam mu. Err. Sejujurnya, setiap kali terbaca, terlihat, tertengok atau terpandang post - post yang konon nya Cinta Islamik itu membuatkan aku loya. Eh. Abaikan. =='

Yang mana dikatakan 'Persiapan' itu? Perlulah dari aspek dalaman dan luaran. Hati, ilmu agama, kewangan dll. Persiapan inilah yang menjadikan seseorang itu lebih matang. "Kematangan itu bukan pada usia, tetapi pada ilmunya." Setuju? Dan semuanya ini adalah on - going process yang tiada titik noktahnya. Pabila dia berkata, 'Aku orang yang baik.' Maka, dia bukanlah orang yang baik sebenarnya. Kerana orang yang baik itu selalu menyibukkan diri berusaha untuk menjadi baik dan menyebarkan kebaikan kepada orang sekelilingnya.

Well said!

Sekufu? Sangat banyak cabangnya. Boleh jadi dari segi agamanya, keturunannya, iffahnya (Baca : pergaulan/akhlak) ataupun kewangannya. Bak kata Tuan Suzardi Maulan, "Carilah yang sekufu ilmu kewangannya." Yang tahu menguruskan sebaiknya dan tahu matlamat sebenar untuk disalurkan wang itu. Situasi yang tragis masa kini ialah bila mana pasangan yang hendak berkahwin itu sanggup berhutang kerana ingin mengadakan majlis walimah yang besar - besaran. Buat pinjaman peribadi,  hutang kad kredit dsb atas dasar, 'Takpe lah, belanja lebih sikit. Sekali je seumur hidup.' Err. Tapi tapi, awak nak ke jadi raja sehari, hamba 10 tahun? *Sentap* Asasnya, merancanglah sebaiknya. Seperti apa yang Tuan Suzardi atau nama manjanya, Pakdi bentangkan, perbelanjaan perkahwinan boleh saja tidak melebihi RM10000. Bagaimana caranya? Jemputlah ke sini. Baca table yang terakhir :)

Agak - agaknya dah bersediakah untuk kahwin awal?
Tidaaaaaak! Banyaknya kena prepare! *Facepalm*

Betul. Memang sangat sangat sangat banyak yang perlu dirancang dan disediakan jika nak diikutkan dengan kondisi sekarang yang tak punya apa - apa. Bersyukurlah kerana Allah telah menggerakkan hati kita untuk menerima ilmu ini pada saat ini. Masih ada banyak masa lagi untuk kita merancang dan perbaiki. Abaikan saja jika ada yang mengatakan awak miang sebab dah fikir tentang BM sedari awal lagi. ^_^

Pernah suatu ketika apabila ditanyakan kepada ayah Imam Syafie bagaimana beliau boleh mendapat anak yang begitu hebat, beliau menyatakan bahawa beliau telah mendidik anaknya 40 tahun sebelum anaknya itu dilahirkan. Ini bermaksud bahawa ayah Imam Syafie terlebih dahulu menjadikan dirinya sebagai seorang yang soleh, kemudian diikuti oleh isterinya yang solehah.

Hah! Nampak tak permainannya di situ? B)
Ayuh diteladani!


"Baiti Jannati."
Semua orang mengimpikannya. Tidak kurang jua aku.

Rasanya. Cukup sampai di sini sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Maaf sebab masih baaaaaaaaaaanyak lagi yang tidak sempat aku kongsikan. Tentang Ibu Wiri yang berjaya mendidik kesemua 10 orang anaknya menjadi Hafiz Hafizah biarpun sibuk dengan kegiatan dakwah, tentang Mertua - Menantu, tentang Cinta Sampai Syurga dsb. InshaAllah, mungkin di masa lain, yang lebih sesuai? Semoga bermanfaat!

Akhir kata.

"Hendaklah kita mencintai orang yang kita cintai dengan mencintai orang yang dia cintai."
(Ust Pahrol Juoi)

Wassalam! ^_^
- farhanaselamat -

Monday, February 18, 2013

iklan.

Bismillah.
Assalamualaikum wbt :)

Sekadar ingin mempromosi bisnes kecil kecilan ini.
Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah contact saya di FB, Twitter, Phone dsb.
Bagi sahabat yang di Uniten, lebih afdhal kiranya untuk kalian terus ke rumah saya bagi memudahkan sesi jual - beli kita. ^_^

1) Tudung Bawal Labuh (Bidang 55')















Harga : RM 20.00/each.
But still boleh nego! Don't worry! ^_^

Tudung pelangi labuh juga ada dijual di sini. And, it's limited!






Harga : RM 25.00/each.
And it's negotiable. InshaAllah.

Btw, maaf jika warna asal tudung ini tidak seperti di dalam gambar. Setting pencahayaannya mungkin terlebih cerah. ^_^

2) Stongan (Baca : Arm Sock) Pelbagai Warna :)


Harga : RM 4.00/each.

Sekadar peringatan untuk kita bersama :)
Surah Al - Ahzab, ayat 59.


Wahai Muslimah, jom tutup aurat dengan sempurna! ^_^
Ingat, "Jika kamu menjaga hak Allah, pasti Allah akan menjaga kamu."
InshaAllah. Yakinlah!

Let's spread the love!
- farhanaselamat -

Tuesday, February 12, 2013

bunga kejauhan.


Teruslah berkembang wahai sang bunga,
Berkembang selamanya,
Menyerlahkan keindahanmu, menyebarkan keharumanmu, 
Memberi maslahat kepada sejagat, 
Tidak kira dimana dikau berada,
Kerana engkaulah bunga yang kejauhan.


Kerana kita saling menguatkan,
- hana -

Monday, February 11, 2013

lemahnya aku ini.

Lemahnya aku ini.
Sukar menegakkan kebenaran.
Semata - mata ingin menjaga hati.

Lemahnya aku ini.
Terkedu melihat kau berfoyaan.
Mahu ku tegur, takut kau malu nanti.

Lemahnya aku ini.
Baru sedikit iman ini duji.
Aku tersungkur, malu dengan diri.

Lemahnya aku ini.
Melebihkan makhluk dari Khaliq.
Melenyapkan kebenaran demi sahabat sendiri.

Lemahnya aku ini.
Bagaimana mahu memanjat syurga Ilahi?


Dua babak yang memeritkan. Salah aku. Aku tak tegas. Aku tak berani. Mohon Allah ampunkan dosaku dan dosa sahabat - sahabatku. Amin.

Maafkan hamba - Mu ini :'(
- farhanaselamat -

Sunday, February 10, 2013

shining friends.

Aku dah jumpa video tu.
Nah! Untuk kau dan kau.
*Senyum* Imma happy girl.


* * *

Semalam aku godek - godek Encik Acer.
Dan ada 1 video sesat yang bertajuk 'AGM'.
Mungkin Boo termasukkan sekali dalam pendrive ni kot.
Fikirku. Hmm. Takpe lah, layan saja. ^_^
Lagu pada minit yang hampir ke penghujung itu, seperti pernah ku dengari.
*Ting ting - Mentol menyala* Err. =='
Ha'ah la, pernah dengar time Graduation Day PPES dulu.
Terus eksaited dengar ulang - ulang banyak kali macam orang gila.
Tapi tapi, tak tertangkap pula liriknya. Parah sungguh la.
Macam mana ni? Okay, terjah.
Maka, misi pencarian lagu pun bermula! Oyeah!
Semangat gila. =='

Dan akhirnyaaaaaaaaaa, BERJAYA! :3
Kbai. Itu je nak story. -.-'
Ha ha ha.

* * *

Hadam lah lagu ni ya wahai awak - awak sekalian.
Manisss. Sangat! :')

Sun will shine my friend
Won't let you cry, my dear
Seeing you shed a tear, make my world disappear
You never be alone in darkness

See my smile my friend
We are with you, holding hands
You have got to believe
You are my destiny
We meant to be your friends
That's what a friend should be


PS. Rindu. Betul. Aku ego.

Awak, tolong bawa saya bersama ke syurga :'(
- farhanaselamat -

Friday, February 08, 2013

aku dan masa depan.

Woi. Aku rasa aku nak post lagi dan lagi lah! :P

Ahah. Abaikan. Ini lah padahnya menghadap teknologi dari tadi. Errr errr. Apakah aku sudah terkena tempias ketagihan itu? :O Astaghfirullahal'azim. Mohon diri untuk segera diperbaiki. T.T

Namun, bagi menyedapkan hati, masa yang ada ini tidaklah aku persiakan sebenarnya. Banyak saja 'benda' yang menarik lagi bermanfaat yang boleh aku dapati bila menghadap mukabuku, pengicau, belog dan tiubkamu itu. Hakikatnya, semuanya itu adalah ilmu biarpun dari sumber apa pun yang kita temui. Ilmu itulah yang menjadikan kita hari ni dan akan datang. Setuju?

"Semakin banyak yang aku pelajari, semakin banyak yang tidak aku ketahui."

Sounds familiar right? Dan aku sangat setuju dengan kata - kata ini. Bila godek punya godek dan stalk punya stalk page insan - insan yang hebat ini, banyak benda baru yang aku kira sangat bermanfaat untuk aku pelajari. Sekarang, dalam wishlist aku, aku harap aku dapat improvekan lagi general knowledge aku terutamanya knowledge tentang major course aku yang aku ambil sekarang ni yakni Finance, dan ilmu - ilmu lain yang aku minati misalnya Psychology, Science, Comparative Religion dll.

In fact, kalau kalian nak tahu lah kan, sebelum aku menjejakkan kaki ke Uniten, aku tak pernah langsung terfikir untuk ambil course Finance. Even sebenarnya aku tak suka pergi Bank time kecik kecik dulu. Kaitan? Ye lah. Finance kan melibatkan Banking. Macam mana aku nak go on dengan Finance kalau aku teruskan tabiat tak-suka-Bank tu. Huh. Sadis betul hidup aku. Dan sekarang, Allah takdirkan pula aku dengan benda yang aku tak suka suatu masa dahulu. Miserable sungguh lahai.

Apa pun, aku pasti semua ini pasti ada hikmahnya! Aku yakin. Allah semestinya menjanjikan yang terbaik buat hamba - Nya. So, buat apa aku nak takut, nak sadis segala bagai? Sebab dah tentunya, aku boleh saja ubah mindset aku daripada 'tak suka' kepada 'suka'. Yeah! "Change begins with me." Kan? Aku harus yakin dan percaya. Orang yang tak percaya kepada diri sendiri, bermaksud dia tak percaya kepada Allah. Dan aku tak nak menjadi orang sebegitu. InshaAllah. InshaAllah. Doakan aku :)

Dan oleh sebab itu jugalah, aku memasang niat untuk sambung Master dan PhD selepas ini. But then, aku jadi distracted sebab orang sekeliling aku ada yang kata ~

"Alaa. Tak payah lah nak sambung. Bila kerja nanti orang tak tengok sangat Cert tu, yang penting rajin!"

"Alaa. Tak payah lah nak sambung. Kalau kau nak jadi lecturer nanti, takpe lah jugak. Pergi lah dok Muadzam tu lagi."

"Alaa. Tak payah lah nak sambung. Kau tu perempuan, tak payah study tinggi tinggi pun takpe. Bagi peluang lelaki ni jadi Boss!"

==' Aduh. Sugul aku dibuatnya.

Jadi, pabila mendengar ugutan - ugutan sebegitu, hati sudah menjadi tidak menentu untuk meneruskan impian yang dicita. Hurm. Entah. Purpose aku cuma satu sebenarnya, aku nak tambah lagi knowledge untuk kepuasan diri dan at least suatu masa nanti, aku nak share and give something kepada society. Itu lah harapanku. Huhu. Semoga angan - angan 'Mak Jenin' (Sebab aku perempuan. Haha.) ini menjadi. InshaAllah. InshaAllah. Doakan aku. Apa pun, mohon bakal suami aku nanti sentiasa menyokong aku dari belakang! *Berangan* B)

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(HR Muslim)

InshaAllah. Jom sama - sama kita gali ilmu Allah yang luas ini tak kira lah ilmu itu di dalam buku atau diluar buku. Carilah ilmu dari orang sekeliling kamu kerana padanya pasti tersirat 1001 makna yang boleh kamu jadikan pedoman. Carilah ilmu ke serata dunia dengan bermusafir melihat alam yang luas terbentang ini. Carilah ilmu bukan untuk diri semata - mata, tetapi untuk ummah Lillahi Ta'ala. Wallahu A'alam.

PS. Maafkan diri andai terlanjur kata. Eksaited menaip, inilah gamaknya!


Enjoy learning!
- farhanaselamat -

bosan.


There are some things in life that don't go the way you want them to or the way you think they should, but you can't dwell on these because you'll miss out on other opportunities. Don't give up on something just because you don't think things will work, you won't know unless you give it a try. But don't hold onto something that left a long time ago, because sooner or later you'll realize some things just aren’t meant to be.

PS. Aku dah bosan dengan perkataan 'GIVE UP'!

eye to eye.

Bismillah.
Assalamualaikum wbt.
Good day people!
Tengah sedap bercuti?

*Senyum*

Lama sudah rasanya tidak bertandang mencoret sesuatu di landasan ini. Sibuk, mungkin. >.< Jadinya, disebabkan sudah lama sangat tak berpeluang sebegini, eloklah kiranya untuk saya merapu - rapu dengan lebih banyak lagi di sini. Wahaiii ~ Silakan.

Baik. Jika diimbas kembali detik waktu yang berlalu, pasti banyak saja babak - babak menarik yang ingin dikongsi. Namun begitu, oleh sebab babak - babak itu terlalu menarik bagi diri ini, terasa seperti mahu disematkan saja dalam hati sanubari tanpa perlu diolah semula dengan kata - kata. Biarlah aku dan kamu - kamu sahaja yang merasakan detik indah itu.

"Err, Farhana?"

*Muntah pelangi* =='

Hoho. Enough said. I'm happy because the others also happy. Yada yada. Happy for others! Andai dapat ku putarkan waktu - waktu indah semasa cuti semester itu. Wahhhh ~ *Mata bersinar - sinar* Alhamdulillah ya Rabb for the chance.

Oh ya. Aku tak masuk isi lagi. Aduyai, intro lelebih pulak! =='

So, here we are, Eye to Eye!
Mata ke mata? Oh, bahaya ni ~
Trust me. This will not harm you. Enjoy reading! ^_^

'Eye to Eye' adalah nama program CSR kami yang kedua setelah program 'Muadzam di Hati' pada tahun lepas. (Padahal, baru 2 bulan yang lepas. Erk!) Baik. Secara ringkasnya, Eye to Eye menjadi wadah untuk kami share dengan adik - adik yang bakal menghadapi UPSR ini tentang Leadership dan Akademik. Alhamdulillah, perjalanan 2 hari yang cukup padat itu sungguh memberi kesan kepada hati - hati kami dan adik - adik SK Teriang, Jelebu. Semakin jauh, semakin rindu gitu. Alahai ~

Jom kita kenang - mengenang saat - saat indah kita bersama :')

Dataran Ilmu SK Teriang

Sesampainya kami di sini! Sempat berposing bersama Guru Besar SK Teriang, Puan Siti Zaleha.

Goodies bag untuk adik - adik.

Terbang!

Bina bangunan yang paling kukuh ya!

Hasilnya! Yang paling tinggi tu adik - adik kumpulan saya yang buat. Kbai ~

Oyeah! Let's Play! xD

Getah oh Getah ~

Belon oh Belon ~

Science Session! Afiqqq! ^_^v

Mind map yang sangat sangat awesome kan? :D

Makanggg! :D

Arghhh! Rindunya dengan gigirlsss saya :'(

Go Ghost Rider! xD My Group.

Encik Zahir (YTN)

Puan Zaleha (Guru Besar)

Encik Zaidi (YDP PIBG)

Day 1

Day 2

The Fasi - US 

Apa - apa pun, setinggi - tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program 'Eye to Eye' ini. Guru Besar dan Cikgu - cikgu Darjah 6 yang sangat komited, friendly dan sporting, Advisors kami - Encik Nasir, Encik Zahir dan Encik Roslan yang sanggup turun ke Jelebu semata - mata untuk memenuhi pelawaan kami walaupun ada perkara yang lebih mustahak dari ini. Kawan - kawan volunteer kami - Boo, Alia Saad dan Hadi yang sanggup korbankan masa cuti untuk sama - sama jayakan program ini. And last but not least, geng YTN ku a.k.a my super duper awesome friends - Nadia, Durga, Farid, Faiz, Haziq, Iqbal dan Syahir yang telah sama - sama bekerja keras untuk program ini.

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. ^_^

PS. You never fail to make me happy. Appreciate it much, sahabat! We're the best! ^_^
PPS. Alhamdulillah. Sudah memulakan perjuangan di Special Sem. Jadual yang sangat osem yakni pada hari Isnin dan Selasa SAHAJA. Okay, itu over. Huhu. Mohon nafsu balik jangan cepat datang!
PPPS. Gong Xi Fa Cai to all my chinese friends! :D And happy hols to others too.

Serendipity,
- farhanaselamat -