Friday, February 22, 2013

(36 : 36)


Bismillah.
Assalamualaikum wbt :)

Erm. Bagaimana ya untuk aku mulakan? Aku kira, aku belum cukup matang untuk bercerita tentang ini. Tentang kehidupan yang mendatang yang tidakku tahu pengakhirannya. Jika diikutkan dalam perhitunganku, 6 atau 7 tahun lagi pun tidak mengapa. Masih tidak menjadi masalah bagiku. Kononnya.

Err. Kenapa lambat sangat? ==' Bukankah wanita yang barakah itu, yang cepat nikahnya, yang ramai anaknya, yang murah mas kahwinnya dan yang baik akhlaknya? - As quoted in Hadith.

Entah. Aku mahu hidup sehidup - hidupnya dahulu dan barulah aku bantu untuk hidupkan hidup seseorang itu bersama ke syurga. *Berangan* Apa pun, biarlah masa membawanya. Entah aku hidup atau mati esok hari. Itu yang lebih aula' untuk aku teliti.

Namun, tidak mengapa lah. Ilmu yang sekelumit ini bisa bercambah andai aku kongsikan dengan sesiapa sahaja yang membacanya. InshaAllah. Aku cuba berkongsi tentang apa yang aku rasa. Semoga ilmu yang setitis ini bisa bermanfaat dan memberi saham untukku kelak. InshaAllah Amin.

Sebelum itu, izinkan aku untuk memanjat rasa syukur semahu - mahunya atas nikmat kurniaan Allah ini. Alhamdulillah wa syukurillah. Akhirnya, aku ke medan gah itu jua bersama - sama mereka yang sangat aku kasihi. Indahnya taman syurga! Dipertemukan yang jauh, yang telah sekian lama tidak bersua muka. Alhamdulillah. Plan Allah itu Maha Hebat!

Sungguh. Jiwa merangkak diminta bertatih ini tidak tertahan rasanya pabila diberikan hikmah sebegini. Wahai Allah, Engkau yang Maha Mengetahui segalanya. Aku dapat merasakan sesuatu yang tersirat di sebalik semua ini. Allahu. Terima kasih atas kecintaan - Mu ini di saat aku masih zalim ke atas diri - Mu. Tidaklah aku menjadi Khalifah dan Hamba - Mu yang sering taat kepada - Mu. Maafkan aku.

Maaf. Emosi.

Tapi. Engkau perlu tahu.
Itulah wanita. Yang perlu kau fahami.

Bila mana dinamakan wanita itu, pastinya, emosi yang merajai dirinya. Emosi jelas terpancar dari setiap butir - butir katanya. "Mulut lelaki di hatinya, hati wanita di mulutnya." Teringat pula antara kata yang dikongsikan oleh Ustaz Ridhauddin di dalam slotnya, 'Pengurusan Jiwa'. Setuju kah? Depends kepada siapa yang menjawabnya.

Bila berkata tentang pengurusan jiwa, rata - ratanya tidak sedar bahawa perlu di - explore dahulu perbezaan antara kedua - dua gender ini. Jangan terlalu cepat membuat assumption yang semua orang di dunia ini sama pemikirannya. "Appreciate the similarities, Celebrate the differences." Betapa hebatnya Dia yang menciptakan segala kejadian di muka bumi ini. Pasti ada hikmah yang tersembunyi kenapa setiap insan di dunia ini berbeza - beza. Maka, atas dasar perbezaan ini juga lah yang menjadi asbab kewujudan HATI sebagai wadah untuk manusia yang berebeza ini bersatu. Hebatnya kuasa hati! Hebat lagi Dia yang memegang hati - hati kita! Allahu Rabbi.

"Mintalah fatwa dari hatimu. Kebajikan itu ialah suatu perkara yang diri dan hati merasa tenang tenteram terhadapnya, dan dosa itu ialah suatu perkara yang tergetar dalam dirimu dan teragak - agak di hati, sekalipun ada orang yang memberikan fatwa kepadamu dan mereka memberikan fatwa kepadamu."
(HR Ahmad)

Hati.
Hmmmm.
Masalah hati yang tiada berkesudahan?
Ingatlah Allah, itulah sebaik penawarnya.
(13 : 28)

Sebolehnya, mahu saja aku coretkan segala ilmu yang dikongsikan kepada kami sepanjang 2 hari itu. Namun, agak mustahil kerana terlalu dan terlampau banyak butir ilmunya. *Alasan* Itulah, ilmu - ilmu yang tiada tolok banding nilainya. Ilmu - ilmu yang membuatkan aku kembali merenung, memuhasabah diri. Ilmu - ilmu yang pastinya menyatukan hati - hati yang kehausan. Benar. Masih belum terlambat untuk kita berubah ke arah yang lebih baik. Dan aku mulai sedar bahawa, untuk melangkah naik ke anak tangga BM, tidaklah semudah apa yang disangkakan. Janganlah kau pandang perkahwinan itu semata - mata untuk mengelak zina. Kau harus pandang jauh sejauh - jauhnya. Redha Allah, yang utama. Maka, bermujahadahlah untuk seketika. Rasakan pahitnya kehidupan. Lambat laun, pasti manis menyapa jua.

Allah dah janji. Kan?
(94 : 6)
Yang kelat itu penawar.
Have faith!

"Jadilah orang yang baik. Ikutlah pilihan orang yang baik. Ikutlah cara yang baik."

Inilah dia, Cari Jodoh : Langkah 1, 2, 3. Perkongsian dari Ustaz Pahrol Juoi yang sangat menginspirasikan hati nurani. Setiap bait katanya, penuh isi. Semuanya untuk dihadam, untuk menjadi Muslim yang Mukmin yang Muttaqin. Jodoh itu rezeki Allah. Sesungguhnya, rezeki yang Allah berikan kepada kita selaras dengan tanggungjawab yang kita laksanakan. Maka, sibukkan diri dengan tanggungjawab, Allah pasti hadirkan rezeki yang tak disangka - sangka kepada hamba - Nya. "Rezeki yang kita cari baik, tetapi rezeki yang kita temui pasti lebih baik." (24 : 26) Jadilah yang baik kerana Allah telah sediakan yang baik untuk kamu. Yakinlah dengan itu!

Namun, jika tidak? Jika kita ditemukan dengan orang yang tidak sebaik yang kita harapkan? Usah risau. Kerana pasti si dia akan menjadi lebih baik di pertengahan nanti, oleh bantuanmu juga. Jangan putus asa, bimbinglah dia. Orang yang baik pada permulaan tidak semestinya pengakhirannya baik juga, begitulah juga sebaliknya. Sejarah juga telah merakamkan kisah 'Pelacur yang dijanjikan syurga. (HR Bukhari)' bukan? Allah itu Maha Adil. Semua orang boleh berubah. Mahu atau tidak saja. Carilah dan mohonlah Hidayah dari - Nya :)

Persiapan? Persediaan? Preparation? "Success loves Preparation."

Persediaan untuk menjadi, bukan mencari atau bukan menunggu bakal Imam mu. Err. Sejujurnya, setiap kali terbaca, terlihat, tertengok atau terpandang post - post yang konon nya Cinta Islamik itu membuatkan aku loya. Eh. Abaikan. =='

Yang mana dikatakan 'Persiapan' itu? Perlulah dari aspek dalaman dan luaran. Hati, ilmu agama, kewangan dll. Persiapan inilah yang menjadikan seseorang itu lebih matang. "Kematangan itu bukan pada usia, tetapi pada ilmunya." Setuju? Dan semuanya ini adalah on - going process yang tiada titik noktahnya. Pabila dia berkata, 'Aku orang yang baik.' Maka, dia bukanlah orang yang baik sebenarnya. Kerana orang yang baik itu selalu menyibukkan diri berusaha untuk menjadi baik dan menyebarkan kebaikan kepada orang sekelilingnya.

Well said!

Sekufu? Sangat banyak cabangnya. Boleh jadi dari segi agamanya, keturunannya, iffahnya (Baca : pergaulan/akhlak) ataupun kewangannya. Bak kata Tuan Suzardi Maulan, "Carilah yang sekufu ilmu kewangannya." Yang tahu menguruskan sebaiknya dan tahu matlamat sebenar untuk disalurkan wang itu. Situasi yang tragis masa kini ialah bila mana pasangan yang hendak berkahwin itu sanggup berhutang kerana ingin mengadakan majlis walimah yang besar - besaran. Buat pinjaman peribadi,  hutang kad kredit dsb atas dasar, 'Takpe lah, belanja lebih sikit. Sekali je seumur hidup.' Err. Tapi tapi, awak nak ke jadi raja sehari, hamba 10 tahun? *Sentap* Asasnya, merancanglah sebaiknya. Seperti apa yang Tuan Suzardi atau nama manjanya, Pakdi bentangkan, perbelanjaan perkahwinan boleh saja tidak melebihi RM10000. Bagaimana caranya? Jemputlah ke sini. Baca table yang terakhir :)

Agak - agaknya dah bersediakah untuk kahwin awal?
Tidaaaaaak! Banyaknya kena prepare! *Facepalm*

Betul. Memang sangat sangat sangat banyak yang perlu dirancang dan disediakan jika nak diikutkan dengan kondisi sekarang yang tak punya apa - apa. Bersyukurlah kerana Allah telah menggerakkan hati kita untuk menerima ilmu ini pada saat ini. Masih ada banyak masa lagi untuk kita merancang dan perbaiki. Abaikan saja jika ada yang mengatakan awak miang sebab dah fikir tentang BM sedari awal lagi. ^_^

Pernah suatu ketika apabila ditanyakan kepada ayah Imam Syafie bagaimana beliau boleh mendapat anak yang begitu hebat, beliau menyatakan bahawa beliau telah mendidik anaknya 40 tahun sebelum anaknya itu dilahirkan. Ini bermaksud bahawa ayah Imam Syafie terlebih dahulu menjadikan dirinya sebagai seorang yang soleh, kemudian diikuti oleh isterinya yang solehah.

Hah! Nampak tak permainannya di situ? B)
Ayuh diteladani!


"Baiti Jannati."
Semua orang mengimpikannya. Tidak kurang jua aku.

Rasanya. Cukup sampai di sini sahaja perkongsian kita untuk kali ini. Maaf sebab masih baaaaaaaaaaanyak lagi yang tidak sempat aku kongsikan. Tentang Ibu Wiri yang berjaya mendidik kesemua 10 orang anaknya menjadi Hafiz Hafizah biarpun sibuk dengan kegiatan dakwah, tentang Mertua - Menantu, tentang Cinta Sampai Syurga dsb. InshaAllah, mungkin di masa lain, yang lebih sesuai? Semoga bermanfaat!

Akhir kata.

"Hendaklah kita mencintai orang yang kita cintai dengan mencintai orang yang dia cintai."
(Ust Pahrol Juoi)

Wassalam! ^_^
- farhanaselamat -

No comments: