Friday, February 08, 2013

aku dan masa depan.

Woi. Aku rasa aku nak post lagi dan lagi lah! :P

Ahah. Abaikan. Ini lah padahnya menghadap teknologi dari tadi. Errr errr. Apakah aku sudah terkena tempias ketagihan itu? :O Astaghfirullahal'azim. Mohon diri untuk segera diperbaiki. T.T

Namun, bagi menyedapkan hati, masa yang ada ini tidaklah aku persiakan sebenarnya. Banyak saja 'benda' yang menarik lagi bermanfaat yang boleh aku dapati bila menghadap mukabuku, pengicau, belog dan tiubkamu itu. Hakikatnya, semuanya itu adalah ilmu biarpun dari sumber apa pun yang kita temui. Ilmu itulah yang menjadikan kita hari ni dan akan datang. Setuju?

"Semakin banyak yang aku pelajari, semakin banyak yang tidak aku ketahui."

Sounds familiar right? Dan aku sangat setuju dengan kata - kata ini. Bila godek punya godek dan stalk punya stalk page insan - insan yang hebat ini, banyak benda baru yang aku kira sangat bermanfaat untuk aku pelajari. Sekarang, dalam wishlist aku, aku harap aku dapat improvekan lagi general knowledge aku terutamanya knowledge tentang major course aku yang aku ambil sekarang ni yakni Finance, dan ilmu - ilmu lain yang aku minati misalnya Psychology, Science, Comparative Religion dll.

In fact, kalau kalian nak tahu lah kan, sebelum aku menjejakkan kaki ke Uniten, aku tak pernah langsung terfikir untuk ambil course Finance. Even sebenarnya aku tak suka pergi Bank time kecik kecik dulu. Kaitan? Ye lah. Finance kan melibatkan Banking. Macam mana aku nak go on dengan Finance kalau aku teruskan tabiat tak-suka-Bank tu. Huh. Sadis betul hidup aku. Dan sekarang, Allah takdirkan pula aku dengan benda yang aku tak suka suatu masa dahulu. Miserable sungguh lahai.

Apa pun, aku pasti semua ini pasti ada hikmahnya! Aku yakin. Allah semestinya menjanjikan yang terbaik buat hamba - Nya. So, buat apa aku nak takut, nak sadis segala bagai? Sebab dah tentunya, aku boleh saja ubah mindset aku daripada 'tak suka' kepada 'suka'. Yeah! "Change begins with me." Kan? Aku harus yakin dan percaya. Orang yang tak percaya kepada diri sendiri, bermaksud dia tak percaya kepada Allah. Dan aku tak nak menjadi orang sebegitu. InshaAllah. InshaAllah. Doakan aku :)

Dan oleh sebab itu jugalah, aku memasang niat untuk sambung Master dan PhD selepas ini. But then, aku jadi distracted sebab orang sekeliling aku ada yang kata ~

"Alaa. Tak payah lah nak sambung. Bila kerja nanti orang tak tengok sangat Cert tu, yang penting rajin!"

"Alaa. Tak payah lah nak sambung. Kalau kau nak jadi lecturer nanti, takpe lah jugak. Pergi lah dok Muadzam tu lagi."

"Alaa. Tak payah lah nak sambung. Kau tu perempuan, tak payah study tinggi tinggi pun takpe. Bagi peluang lelaki ni jadi Boss!"

==' Aduh. Sugul aku dibuatnya.

Jadi, pabila mendengar ugutan - ugutan sebegitu, hati sudah menjadi tidak menentu untuk meneruskan impian yang dicita. Hurm. Entah. Purpose aku cuma satu sebenarnya, aku nak tambah lagi knowledge untuk kepuasan diri dan at least suatu masa nanti, aku nak share and give something kepada society. Itu lah harapanku. Huhu. Semoga angan - angan 'Mak Jenin' (Sebab aku perempuan. Haha.) ini menjadi. InshaAllah. InshaAllah. Doakan aku. Apa pun, mohon bakal suami aku nanti sentiasa menyokong aku dari belakang! *Berangan* B)

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(HR Muslim)

InshaAllah. Jom sama - sama kita gali ilmu Allah yang luas ini tak kira lah ilmu itu di dalam buku atau diluar buku. Carilah ilmu dari orang sekeliling kamu kerana padanya pasti tersirat 1001 makna yang boleh kamu jadikan pedoman. Carilah ilmu ke serata dunia dengan bermusafir melihat alam yang luas terbentang ini. Carilah ilmu bukan untuk diri semata - mata, tetapi untuk ummah Lillahi Ta'ala. Wallahu A'alam.

PS. Maafkan diri andai terlanjur kata. Eksaited menaip, inilah gamaknya!


Enjoy learning!
- farhanaselamat -

2 comments:

gadis INI said...

Assalamualaikum kak farhana selamat :)
Saje menyinggah ni. :)
Setuju dgan ayat ni , Orang yang tak percaya kepada diri sendiri, bermaksud dia tak percaya kepada Allah. Istighfar sebentar , thanks kerana ingat mengingatkan ye :)
"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga."
(HR Muslim)

Semoga Allah mempermudahkan segalanya untuk kita bersama ye ? :) Sayang akak. hehe

-Cahaya kegembiraan kami ~

farhana | selamat said...

waalaikumussalam kembar ku! ;)

terima kasih sudi membaca ayat merepek repek akak ni.
inshaAllah. semoga Allah sentiasa permudahkan urusan kita.
baik di dunia mahupun akhirat.

uhibbuki fillah <3
semoga diberi peluang utk bertemu suatu hari nanti!