Monday, February 11, 2013

lemahnya aku ini.

Lemahnya aku ini.
Sukar menegakkan kebenaran.
Semata - mata ingin menjaga hati.

Lemahnya aku ini.
Terkedu melihat kau berfoyaan.
Mahu ku tegur, takut kau malu nanti.

Lemahnya aku ini.
Baru sedikit iman ini duji.
Aku tersungkur, malu dengan diri.

Lemahnya aku ini.
Melebihkan makhluk dari Khaliq.
Melenyapkan kebenaran demi sahabat sendiri.

Lemahnya aku ini.
Bagaimana mahu memanjat syurga Ilahi?


Dua babak yang memeritkan. Salah aku. Aku tak tegas. Aku tak berani. Mohon Allah ampunkan dosaku dan dosa sahabat - sahabatku. Amin.

Maafkan hamba - Mu ini :'(
- farhanaselamat -