Sunday, March 31, 2013

31313.

Chantek.
Dan sungguh!
Ada sesuatu yang chantek telah berlaku hari ini.

* * *

Ku dekati, kau jauhi.
Ku datangi, kau pergi.
Ku hampiri, kau berlari.

Biar kena hati dan jiwanya.
Biar kena ilmu dan fikrahnya.
Biar kena budi dan akhlaknya.

Takkan lelah pasak ini.
Takkan lekang keringat ini.
Takkan punah himmah ini.

Semuanya hanya kerana kecintaan ukhwah.
Semuanya hanya kerana kebenaran nyata.
Semuanya hanya kerana keagungan Dia.

Ayuh!
Legasi perlu menyelinap ruang rongga.
Medan perlu menggegar segenap kota.
Empayar perlu mengukuh kekuatan utama.

"Cuba cari reason untuk kita approach the heart, not to win arguments.
Cuba cari keikhlasan dan ehsan macam para sahabat buat."

* * *


Smile @ Masjid Negara. Syukur atas nikmat ini :)
Segalanya perlu kupertingkatkan dan kuperbaiki.
Sungguh! Mereka semua sangat hebat di jalan ini! (Y)
Dan. Sangat perlu untukku berguru dengan taiko - taiko dee en tee ini.
Alhamdulillah wa syukurillah. Biiznillah. Am hoping for the next in future!

Tak dilupakan, terima kasih Aedah kerana sudi menemani :)

* * *

Renungan.

"Adakah kita sudah tahu semua tentang agama yang kita anuti ini?"

Gulp. T_T

Approach by heart. No harm. ^_^
- farhanaselamat -

No comments: