Saturday, March 09, 2013

bahagia.

Hidup ini adakalanya, saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat manis! >.<
Aku kira, mungkin diri ini bisa diabetes jika terusan begini! :P

"Ewah! Over pulak Cik Farhana kita hari ni ye."

*Senyum*

* * *

Alhamdulillah! ^_^

Pertamanya dan selama - lamanya, ku ucapkan setinggi - tinggi syukur pada - Mu atas nikmat dan rahmat yang Kau limpahkan kepadaku sehingga ke hari ini. Alhamdulillah Ya Rabb. Jiwa ini terasa bagai di - charge semula, dari biasa - biasa ke luar biasa indahnya. Dan kini baru ku sedar bahawa keseronokan yang aku perolehi tika bersama sahabat - sahabat seperjuangan ini adalah semuanya tanda kasih sayang dari - Mu. Bukan sekadar atas sebab mereka pandai menghiburkan, tetapi selayaknya, aku perlu sedar bahawa aku perlu bersyukur semahu - mahunya kerana Engkau jua lah yang telah meminjamkan mereka untuk aku. Allahu Rabbi. Mereka hanya alat, sedangkan nikmat dan kasih sayang - Mu itu tiada tandingannya.


Sungguh. Aku ini hamba - Mu yang lalai, mementingkan duniawi jauh dari ukhrawi. Ya Allah, ayat - ayat chenta - Mu ini benar belaka. "Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba - hamba - Ku yang bersyukur." *Headshot* Ampuni aku Ya Rabb. Golongkan lah kami ke dalam golongan yang sedikit itu. :'(

InshaAllah. Sedikit renungan untuk diri sendiri dan sahabat - sahabat sekalian. Indahnya hidup ini jika kita sentiasa syukur dan redha atas segala ketentuan yang Allah telah berikan. Selayaknya, kerja kita, Usaha! Hasilnya pula, biarlah ia menjadi rahsia Allah yang sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk hamba - Nya. Jadi, kita niatkanlah dalam diri kita bahawa segala yang kita lakukan hanya untuk mendapat redha Allahu Ta'ala. InshaAllah. Segala yang terjadi, akan menyebabkan kita lebih kuat untuk menelusuri jalan ini dan pasti kita akan sentiasa rasa seronok untuk mengetahui apakah pengakhiran yang Allah janjikan untuk hamba - Nya yang sentiasa bersyukur. Allahu Allah. Masukkan lah kami ke dalam golongan yang sedikit itu! Amin!

* * *

Alhamdulillah. Begitu banyak babak - babak indah yang aku lalui 2, 3 hari ini. Mahu saja aku coretkan segalanya di sini, agar ia sentiasa menjadi memori yang melekat di hati. Cuma, sebelum itu, ingin aku ingatkan, untuk post kali ni, mungkin aku akan banyak mengomel dan membebel di sini atas sebab aku jama'kan cerita - cerita ini terus. Apa pun, mohon maaf jika aku tak dapat sampaikan sesuatu yang boleh menambahkan ilmu kepada kalian. Rasanya, post - post sebelum ni pun banyak merepek jugak. Heh. Abaikan ~ =='

Yang pertama, tentang nikmat ukhwah yang pasti tiada nilai tandingnya. Aku kira, aku dah lama tak berusrah. Rasa kosong sangat. Takda feel untuk buat something. Hari - hari dok layan perasaan. Err. Suatu hari, bila Allah takdirkan ia terjadi, maka jadilah ia. ^_^ Rasa best sangat bila semua dapat gather balik sesama. Entahlah, kami pun tak pasti apa yang menyebabkan tetiba usrah macam tergantung begitu sahaja. Nak kata busy, tak jugak. Sem - sem lain pun busy, tapi masih boleh teruskan. Huhu. Wallahu A'alam. Ada lah tu hikmahnya kan. Allah nak suruh kita rasa nikmat rindu. Cewah. Apa pun, pertemuan itu, menyebabkan jiwa aku kembali. Alhamdulillah. Dalam pada diri ini dah lama tak beriadah, diajaknya beriadah. Huhu. Heaven! Hanya Allah yang tahu betapa hati ini sangat gumbira ~ Alhamdulillah! :')

Keduanya, tentang "Life is about making choice." This is one of my favourite quote yang aku pegang sampai sekarang. ^_^ Tapi kalau ada yang kata, buat ibadah pun adalah suatu pilihan, itu silap besar la kan? Harapnya, tak ada lah yang berkata begitu kerana sesungguhnya hikmah kejadian kita adalah untuk menjadi hamba dan khalifah Allah. InshaAllah. Ada bezanya antara nasib dan takdir. Janji, kita sebagai manusia, kenalah sentiasa bersyukur atas segala apa yang Allah kurniakan kepada kita.

Dan seperkara lagi yang membuatkan aku terfikir - fikir ialah berkenaan perancanganku pada 5, 10, 20, 30 tahun akan datang. Dalam banyak - banyak talk yang aku pernah ikuti dan termasuklah talk yang Dr. Tengku Asmadi sampaikan ini, semuanya menekankan tentang perancangan. Ya, aku akui, perancangan itu sangat sangat penting. Tetapi. Entah lah. Aku bukan jenis orang yang fixed kekadang dan mungkin itu yang membuatkan aku tak kisah. Asalkan matlamat dan tujuan hidup aku pegang sampai ke akhirnya. Erm. Boleh ke macam tu? Ergh. Alasan semata - mata. =='

Erm. Bila dah banyak - banyak, dengar talk motivasi ni. Rasa 'zouk' dia lain macam sikit. Kekadang sentap. Kekadang eksaited. Kekadang sedih. Sedih tu, mungkin sebab kita tahu ilmu itu tapi tak apply dalam kehidupan. T_T Hmm.

Okay, untuk yang ketiganya, tentang program pengurusan jenazah yang baru saja selesai semalam. Alhamdulillah sesangat, segalanya Allah permudahkan. Pada awalnya kami jangkakan tidak ramai yang akan join program ni disebabkan banyak program lain yang clash dengan program kami. Tetapi apa pun Alhamdulillah sesangat sebab peserta yang hadir melebihi target kami. Ternyata, masih ramai yang dahagakan ilmu Allah ini. Bahagia rasa di jiwa. Cuma, kita yang sedar akan kepentingan ini, perlulah bersungguh - sungguh menjadi alat untuk membawa sahabat - sahabat kita yang lain menuju ke syurga - Nya. Semalam, dapatlah jugak kenal - kenal dengan dorang. Baru perasan, ramai lagi yang aku tak kenal dalam Uniten ni. Hoho.


Setuju! Just, nak highlight sikit. "Sesungguhnya semulia - mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)." Kita selalu mengharapkan untuk menjadi orang yang bertaqwa. Apakah definisi TAQWA itu sebenarnya? Apakah langkah kita ini telah benar - benar menjurus ke arah itu? Tepuk dada, tanya Iman. Moga Allah ampuni dosa kita.

Last but not least, inilah yang aku kira, sangat penting bagi kita semua, saudara se - Islam ku yang memegang amanah 'La Ilaha Illallah, Muhammadur Rasulullah'. Alhamdulillah, aku bersama beberapa sahabatku telah dipilih Allah untuk join program TOT tentang Sahabat Aqsa. Sedikit pencerahan tentang sejarah dan pengenalan mengenai bumi suci Al - Aqsa, Palestin. Daripada apa yang disampaikan, aku terasa seperti aku tidak membuat sedikit usaha pun untuk membantu saudara seaqidahku di sana. Pabila ditanya tentang peristiwa - peristiwa penting dan kronologi yang berlaku di Gaza, hampir semuanya aku tidak tahu. Adakah aku ni sudah layak untuk bersama mereka di syurga nanti? Allahu Allah. ampunkan dosaku.

Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa yang tidur tanpa peduli terhadap permasalahan kaum Muslimin maka ia tidak termasuk golongan mereka."

Kita ni dah sebenar - benarnya Islam ke? T_T Tiada alasan untuk kita tidak membantu. Ya. "Sesungguhnya, orang - orang yang beriman itu bersaudara." Adakah kita layak digelar orang yang beriman sedangkan satu apa pun kita tidak peduli? T_T


Cuba kita renungi. Adakah dengan keamanan di Malaysia ini, Allah berikan sebagai suatu rahmat atau ujian untuk kita? Wallahu A'alam.

Alhamdulillah banyak yang aku dapat. Dan oleh sebab itu, aku rasa tak best kalau aku tak dapat share dengan kalian semua. Nanti, Allah akan tanya segala apa yang kita lakukan di muka bumi Allah ini. Adakah kita telah amanah dalam menggunakan segala bentuk pinjaman yang Allah kurniakan kepada kita? InshaAllah. Semua ini adalah peringatan untuk diri aku terutamanya. Agar bila aku baca balik apa yang aku tulis ini, ia dikira sebagai janji aku kepada diriku sendiri. Apakah aku ini hanya sedap menulis tetapi gerak kerjanya tiada? Sungguh, aku takut.


InshaAllah. Yang baik itu pastinya datang dari Allah. Syukuri segalanya! Dan, semoga Allah ampuni segala dosa kita dan semua yang berada di sekeliling kita. Amin Ya Allah.

Sekian.

* * *

PS. Wahai adik, terima kasih atas ingatanmu terhadap kakandamu ini. Semoga urusanmu sentiasa dipermudah ;) Doaku hanya untukmu SENTIASA! :')

Betul, kan? Allah itu Maha Adil.
- farhanaselamat -

2 comments:

Anonymous said...

tengs fann! ^^

farhana | selamat said...

welcome welcome! ^_^
lepas ni kite memasak pulak tau! :)