Sunday, March 3

kerinduan.

Dalam diriku mencari redha - Mu Tuhan,
Jiwaku perlu kepada mutiara Ihsan,
Kalbuku perlu pada permata Iman,
Agar diriku indah dengan nikmat Islam.

Tapi,
Bagaimana harus aku merasai semua itu?
Tanpa bimbingan seorang teman,
Yang mampu mursyid pada diriku,
Menuju ke sisi - Mu Tuhan.

"Sama ada berat mahupun ringan, tetaplah melangkah dalam jalan ini. 
Memang akan ada pengorbanan jiwa, harta, masa dan tenaga.
Tapi ketahuilah bahawa jalan ini adalah yang 'terbaik' jika kita betul - betul mengetahui."

Sungguh.
Aku rindu suasana itu.
Aku rindu untuk mengadu.
Aku rindu untuk bersendiri.
Aku rindu untuk menangis.
Aku rindu jiwaku yang dulu.

Kini.
Aku bukanlah aku.
Terlalu banyak aku tersasar.
Aku tidaklah seperti apa yang kau sangka.
Maafkan aku sahabat.

Aku perlukan kau untuk membantuku.
Aku perlukan kau untuk membimbingku.
Aku perlukan kau untuk menyedarkan aku.
Aku perlukan kau untuk menguatkan aku.

Aku rindu.
Aku rindu aku yang dahulu.

Tolong.
Tolong bawa aku ke zaman silamku!


Terima kasih atas ini.
- farhanaselamat -

2 comments:

Anonymous said...

definitely !! miss those moment too !!

farhana | selamat said...

sengaja Allah campakkan rindu, untuk kita rasa manisnya. kan?

tq anon ~ mesti budak intej gak ni? ^_^