Tuesday, March 05, 2013

rabitah ini.

Hati ini telah bersatu berkumpul di perut bumi - Mu.
Hati ini telah berpadu bersatu memikul beban dakwah - Mu.
Hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat, untuk mendokong syariat - Mu, di alam maya.
Maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada, maka Ya Allah eratkanlah ikatan yang ada.

Kekalkan kemesraan yang ada tunjukkanlah jalan yang benar.
Tunjukkanlah dengan cahaya - Mu tiada malam terangi alam - Mu.
Hidup suburkanlah dengan Makrifah - Mu, tapi jika ingin mematikannya, matikanlah sebagai syuhada'.
Dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia, dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia.

* * *

Doa ini yang menyatukan kita.
Doa ini yang menguatkan kita.
Doa ini yang meyakinkan kita.
Doa ini yang memberikan ingatan.
Bahawa Allah adalah satu - satunya!

* * *

Tatkala kita hendak berbakti kepada insan - insan di luar sana.
Jiwa pasti akan terasa sakit pabila mengenangkan insan - insan yang rapat dengan kita.
Yang masih belum sempurna jiwanya. Yang masih perlu kepada sentuhan kita.

Persoalannya.
Mengapa tidak diselesaikan yang di dalam dahulu?
Mengapa tidak memulihkan yang kamu katakan akrab itu?

* * *

Perit.
Susah.
Payah.

Ahh. Keliru.

Bukankah perlu dijaga hati - hati mereka itu?
Andai tersalah kata, mungkin persahabatan itu tidak ke akhirnya.

Jadi.
Bagaimana?

Ahh. Buntu.

Mungkin, kita terlupa tentang rabitah ini.
Rabitah yang menjadi pencetus kepada segala - galanya.

Maaf. Andai hanya doa yang mampu dikirimkan untukmu.
Semoga kau sentiasa menjadi sahabat yang terbaik buatku.
Terima kasih kerana menghidupkan hidupku.


Nak jaga hati pun masalah.
Tak jaga hati lagi lah masalah.

Ahh. Aku je yang mengada - adakan masalah.
Screw me! =='

"Moga tabah, Farhana!"
- farhanaselamat -

No comments: