Tuesday, March 12

untukmu perindu syurga.

Diri ini keriangan,
Melihat kesungguhanmu yang ingin keluar dari kotak kejahilan.
Diri ini keharuan,
Melihat kesungguhanmu meluahkan rasa dengan penuh kepercayaan.
Diri ini kegembiraan,
Melihat kesungguhanmu mencari sebanyak mungkin ruang dan peluang.
Diri ini kekaguman,
Melihat kesungguhanmu yang sentiasa mengimpikan sebaik - baik pengakhiran.

Allahu Allah.
Hebatnya nilai hidayah - Mu!
Allahu Allah.
Hebatnya ujian buat hamba - Mu!
Allahu Allah.
Hebatnya hikmah berada di jalan - Mu!

* * *

Syukurku pada - Mu Ya Allah atas kecintaan ini.
Kecintaan yang Kau limpahkan kepada sang perindu yang ingin kembali kepada fitrahnya.
Permudahkanlah urusannya untuk turut bersama di dalam gerabak perjuangan yang satu ini.
Permudahkanlah urusanku untuk memimpin tangannya ke kampung halaman yang kami rindui.

We miss You!

Jauh di sudut hati, aku bukanlah orang terbaik untuk kau contohi.
Tetapi aku akan sentiasa berusaha untuk membantumu semahu - mahunya.
Semoga Allah permudahkan langkah kita. Maafkan aku yang tidak membantumu.

Aku bangga dengan kau, sahabat!
- farhanaselamat -

No comments: