Monday, April 22

bas 11.

Pernah dahulu, aku gelarkan kau sedemikian.
Haha. Hambar!
Ya, aku tahu tentang itu. >.<
Fikiran kanak - kanak sememangnya begitu bukan?

Sengihku sendirian. 8)
Nyata, masa terus pantas berkejaran.

Hampir 20 tahun dikau berkhidmat.
Ternyata ia bukan suatu jangka masa yang singkat.
Begitu banyak pelosok tanah telah kau jejaki.
Bertanggungjawab atas segala aturan yang ditakdirkan.

Hanya sekali ini aku tersedar dari lamunan.
Aku belum cukup berterima kasih kepada engkau.
Terlalu banyak yang telah aku pergunakan.
Namun, sekadar membiarkan kau hilang lelah keseorangan.

Terima kasih atas bantuanmu.
Memberiku ruang dan peluang untuk mengembara.
Segenap daratan dan lautan telah kau bawa bersama.
Kini menjadi sejarah memori suka duka kita.

Alhamdulillah untuk itu.
Kerana engkau sentiasa menjadi 'Bas 11' untukku!

* * *

Thank You :)

Tiada kata yang mampu ku coretkan. Hanya senyuman yang mampu ku ukir. Pabila teringat kembali peristiwa menarik yang Allah telah aturkan untukku. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih untuk semuanya!

PS. Selamat menempuhi hari - hari mendatang sebaiknya! Doaku sentiasa mengiringimu.

"People change. But memories not."
- farhanaselamat -

2 comments:

黄清华 Wong Ching Wah said...

Good candid at A'Formosa !

farhana | selamat said...

thanks bro!
still, need to learn more. ^^,