Sunday, April 14

fast action, fast result!

Lots of things that I wanna share with you.
But sometimes, words can't really told you the actual situation instead.
Never mind! InshaAllah, I'll try my best ya!
Maybe, you could experience it by your own in future?
InshaAllah :)

"Fast action, fast result."
"Terhegeh - hegeh action, terhegeh - hegeh result."

Haha. Comel.

* * *

Berani Berniaga 2013 | 13th April 2013 | Menara PGRM, Cheras.

Perjalanan di waktu pagi yang amat tragis di mana aku dan mama sesat - sesat di jalanan. Ohoi! Patah sudah hatiku. Acara yang diadakan bermula seawal 8.30 pagi tetapi walaupun dah pukul 9, aku dan mama masih di jalanan, entah ke mana hala tuju kami. Parah takda GPS! Haa. Semoga ini menjadi salah satu reason yang boleh ku utarakan untuk beli smartphone lepas ni. Heheh. Itulah. Pengajaran untukku. GPS bukan alasan untuk menuntut ilmu.

Maka, setelah mama putuskan untuk balik. Aku terdiam. Entahlah. Malas nak menyusahkan mama. Nasib lah hari Sabtu, takda lah sesak mana nak dibandingkan dengan weekdays. Then, tetiba mama kata. "Jom lah mama hantar sampai Masjid Jamek, nanti kakak naik LRT ye! Program tu kan lambat lagi habis, takkan terlepas beberapa minit dah nak balik?" Ahaa. Segaris senyuman terukir. Betul juga. Kenapa lah aku tak terfikir. Biasalah, bila dah frust tu benda yang boleh diselesaikan pun jadi susah. Dan akhirnya, aku memulakan langkah penuh semangat. ^_^

* * *

9.45 AM.
"Dik, lalu sini boleh tembus ke bangunan tu tak?", tanya seorang sister sambil menunjuk ke arah Menara PGRM.

"Oh? Akak pun nak pergi talk Dr. Azizan ye? Jom lah sekali. Saya tak pasti. Takpelah, kita jalan je."
Senyum. At last, bukan aku sorang je yang ketinggalan rupanya. Hehe. Alhamdulillah.

* * *

Seusai mendaftar, kami terus meluru ke dalam dewan. Kedengaran suara Dr. Azizan sedang asyik berkata - kata. Dengan harapan, semoga tak banyak ilmu yang tertinggal!

Alhamdulillah. The only word that I could describe. Everything just at the moment. Biasalah, siapa yang tak kenal. Kesemua program Dr. Azizan mesti dimulakan dengan exercise (Part semua orang kembali ke zaman kanak - kanak seketika. Memang terbaik! Haha) dan video pengenalan tentang Richworks serta latar belakang Dr. Azizan. Cuma itu yang aku tertinggal dan nasib baiklah pernah dengar dah semua tu time pergi Seminar Berani yang lepas. Hee. Alhamdulillah.

And now, we just can't wait to know what are all these about. Haa. Of course lah berkaitan bisnes kan?  Nama pun Seminar 'Berani Berniaga'! Takkan lah belajo pasal Medic pulak. Huu. Tapi bagi aku, tak kisah lah anda sudah memulakan bisnes ataupun tidak, anda perlu juga pergi. It's not all about business, but it goes deeper. Deeper into your heart, exactly! Alhamdulillah for the chance, ya Rabb! Smile along the way ~

* * *

Sedikit perkongsian untuk anda.
Sebelum tu, sama - sama sebut kat orang sebelah, "Saya kaya dan berjaya!"
Hehe. Hanya yang tertentu saja faham. Semoga ia menjadi doa. Amin amin!

Bak kata Dr. Azizan, kita kena ada MESTI dalam menjalankan bisnes. Apakah MESTI itu?

M - Matlamat / Misi / Mentor
E  - Emosi
S  - Sistem / Strategi
T  - Tindakan
I   - Intention / Ilmu

Seseorang yang berjaya mestilah mempunyai matlamat yang jelas. Bukan sekadar di awangan, malah yang tertulis dan sentiasa diingati. Well. Itulah erti matlamat sebenar - benarnya. Jika sekadar omong kosong, itu berangan namanya! Heh. Tulis matlamat kita 10 tahun dari sekarang. As usual, di mana - mana tempat pun, mereka akan tekankan perkara yang sama. Kan? Dan, cuba kita fikir, kenapa kena set awal - awal semua ni? 10 tahun tu, lambat lagi kot. There's one quote answered this. "All these is not for us, but for our next generation." Setuju! Kerana apa? Kerana, "Sebaik - baik manusia ialah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain." (Hadis). ^_^


Anda kenal Richard Branson? Tidak? Oh, sama lah kito! ==' First time dengar nama beliau time Dr. Azizan sebut hari tu. Basically, semestinya beliau adalah seorang businessman yang berjaya pada hari ini. Untuk makluman lanjut tentang butir diri beliau boleh lah bertanya kepada Inche Google ya! ^_^

Okay. Sedikit perkongsian dari Dr. Azizan tentang prinsip Sir Richard Branson yang menyebabkan beliau berjaya pada hari ini.

1) Matlamat yang jelas.
2) Sentiasa berasa gembira dalam perjalanan mencapai matlamat.
3) Jangan terpengaruh dengan sikap 'biawak' dalam diri. :P

Sangat lucu. Tang biawak tu. Hampir semua yang diperkatakan terkena batang hidung sendiri. Suka nau distract diri sendiri. Betullah apa dikatakan, "Sebesar - besar peperangan adalah perang melawan hawa nafsu!" Jom ubah! :D

"When you stop learning, you'll stop growing."


See this pyramid. Dalam setiap kita, ada 3 elemen ni :)
(Tetiba teringat ISK, ada gak belajar pasal ni, AJR - Akal, Jasmani, Roh)

Okay, antara 3 elemen ni? Elemen mana yang paling senang nak ubah?
Jawapannya : Physiology (Baca : Tindakan). Sebab apa? :O
Sebab dengan mengubah physiology, mind dan feeling kita juga akan berubah.
Sebagai contoh. Haa. Cuba senyum macam ni! Sambil buat peace gituh. Hee. ^_^v
Senyum sebagai satu tindakan, dan seterusnya mind dan feeling kita pasti mudah sahaja untuk turut berubah menjadi positive. InshaAllah. "Senyum itu kan sedekah?" >.<

So, bila kita dah faham konsep - konsep 'JIWA' dalam berniaga ni. Barulah boleh beransur kepada perniagaan yang bagaimana yang kita hendak jalankan?

7 industri paling bagus untuk berniaga.
1) Makanan dan Minuman
2) Pakaian
3) Kesihatan dan Kecantikan
4) Pendidikan
5) Online Internet Business
6) Transportation Business
7) Property Business

"Business exists because of problems. And it acts as a medium of solution."

Well said! (Y)
Masalah itu adalah peluang. Masalah itu tanggungjawab. ^_^
Lagi banyak masalah yang kita boleh selesaikan, lagi banyak duit yang kita boleh buat. $.$ Hoho.

Dan pada sesi petangnya pula, ada perkongsian dari Afdlin Shauki dan agensi - agensi yang membantu usahawan dalam memberi dana. Akhirnya, rezeki datang lagi. Seminar yang lepas, Afdlin jugak yang datang bagi perkongsian. But still, banyak input yang boleh diambil. Muhasabah diri untuk jadi lebih kuat untuk berusaha dan sentiasa bersyukur atas nikmat - Nya! Yang agensi tu pula, adalah dari 3 pihak iaitu MARA, PUNB dan MITI. Ahah. Dalam 3 ni, MARA jelah kot yang aku pernah dengar. Kuno betul rasanya. Nama je budak finance. Sobs. T_T Overall, bestlah. Banyak info - info baru yang dapat. Alhamdulillah.

Dan, perkongsian ini disudahi dengan quote dari Dr. Azizan :) Katanya.

"If you want to help people, give them knowledge.
If you want the people die, give them fish."

Mostly agreed!
InshaAllah. Hanya ini yang mampu ku sampaikan.
Semoga ada kebaikannya untuk kalian.
Peringatan untuk diri ini jua :)

Ayuh!

"9/10 rezeki adalah datangnya daripada perniagaan."
(HR Tarmizi)

* * *
Sekadar selingan. ^_^

"Hmm. Perlu ke jadi kaya ni sebenarnya? Biasa biasa sudah laa."

Perlu! Nah, untuk awak! :D

Dari Hakim bin Hizam r.a. katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda : "Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta). Maka kerana itu mulailah memberi kepada keluargamu. Sebaik - baik sedekah ialah ketika KAYA. Siapa yang mohon dipelihara (agar dia tidak sampai minta - minta) Allah akan memeliharanya, dan siapa yang mohon ditetapkan (agar tidak ada bergantung selain kepada Allah) Allah akan mencukupkannya."

Senyum.

* * *

"So, sekarang bisnes hang amacam, Farhana?"

Ahah. Soalan cepumas! Haa. Aku cuba memfokuskan sesuatu dengan membina matlamat. Semoga matlamatku ini berhasil tatkala aku menanti masa yang betul betul sesuai untuk bertindak. Hoho. *Alasan* It's now or never la, Farhana! T_T 

Haha. Tapi seriously, sejak cuti sem ni tak banyak yang terjual. Sebabnya, memang target customer aku pun orang - orang yang terdekat ni je. Perkhidmatan postage takda lah katakan. So, itulah ceritanya. Kalau aku nak create page, buat delivery sume tu sebenarnya boleh je. Cuma, erm.

"Hidup lah dengan alasan tu ye, Cik Farhana!" 
*Potong bawang* T_T

* * *

PS. Maaflah, jika post ini content nya lebih kepada ngomelan. Habit. T_T Agar aku tidak lupa kisah manis ini. Ewah, gitu!
PPS. Alhamdulillah for the chance. Let's apply it in our daily live. It's now or never!

"Dhuha itu magnet rezeki."
- farhanaselamat -

No comments: