Friday, April 5

it's hard but not impossible.

"Sahabat itu ibarat bintang walau jauh ia tetap bercahaya."

Benarkah?

* * *

Banyak sungguh quotes yang berkisarkan tentang friendship, persahabatan, persaudaraan, ukhwah etc yang rata - ratanya memaknakan bibit keindahan kepada kita semua. Tetapi, adakah kita benar - benar fahami dan hayati maksud yang tersirat di sebalik ikatan yang satu ini?

Tiga fasa penting dalam persahabatan. Kiranya, jika tiada salah satu antara tiga ni, still belum cukup 'umph' lah sesebuah ukhwah itu. ^_^

1) Salamatun sodri (Baca : Berlapang dada) / Husnuzzon (Baca : Bersangka baik).
2) Tawazun / Musawwamah (Baca : Sama rata).
3) Ithar (Baca : Lebihkan orang lain dari diri sendiri).

Berlapang dada dengan menerima pandangan orang lain biarpun ia bertentangan dengan kita. Adakalanya kita perlu merasakan ada betulnya apa yang diperkatakan, daripada terus jump into the conclusion tanpa mendengar sepenuhnya apa yang sahabat kita cuba sampaikan. Dan, sentiasa berlapang dada lah apabila sahabat kita memohon maaf kepada kita. Lupakan sejuta kejahatan yang pernah dilakukan dengan mengingat kembali satu kebaikan yang pernah dia lakukan. Bersangka baiklah dengan apa jua yang cuba dia lakukan pabila berlakunya salah faham. Juga, berlapang dada lah apabila sahabat kita minta dibantu biarpun, pada waktu itu kita penat, busy dan sebagainya.

Seterusnya, tawazun. Sama rata? Oh ya, perlu diperjelaskan sedikit terjemahan itu. Ia bukan sekadar sama rata, namun ia lebih dari itu. Iaitu, adil dan tak berkira. Seorang sahabat yang baik, dia tidak pernah berkira untuk memberi kepada sahabatnya. Dia seorang yang adil dalam memilih mana yang patut diprioritikan. Dan, seorang yang tawazun, tidak pernah memilih siapa orang yang dia nak bersahabat. Tak kira lah orang tu kaya, miskin, cantik, kurang cantik, pandai, sengal dsb. Sebabnya, niatnya untuk bersahabat adalah kerana Allah. Terimalah seseorang itu seadanya, sepertimana kita mahu orang menerima kita seadanya.

Last but not least, peringkat yang paling tinggi, yang tidak semua orang mampu untuk melakukannya. Yakni, sentiasa melebihkan sahabatnya berbanding dirinya sendiri. Ya Allah, mampukah aku? Susah, tapi tak mustahil. Kan? Alangkah bahagianya jika kita temui sahabat seperti ini. Yang sentiasa ada untuk kita, yang sentiasa ingin berkorban untuk kita. Apa pun, untuk kita temui sahabat seperti itu, selayaknya, kita yang memulakan langkah seperti itu dahulu. Dare to sacrifice no matter how hard it is!

Jom kita telusuri sirah untuk kita ambil ibrah tentang ithar ini. InshaAllah!
Surah al - Hasyr ayat 9, yang menceritakan kisah sewaktu peghijrahan Rasulullah ke Madinah.


Semasa dalam perjalanan hijrah Rasulullah SAW ke Madinah, Rasulullah disambut dengan meriah. Kaum Ansar telah memberikan segala milik mereka kepada kaum Muhajirin. Dan ini, termasuklah isteri mereka. Malah kaum Ansar meminta kaum Muhajirin memilih isteri yang mereka inginkan. Subhanallah! Berkorban apa sahaja demi melihat orang lain bahagia. (Y) Kita bagaimana?

Tanya pada diri. Muhasabah.
Adakah aku ini telah menjadi sahabat yang baik?
Adakah aku telah lepasi ketiga - tiga anak tangga ini?
Adakah Allah redha dengan apa yang telah aku lakukan kepada sahabatku?

"Selemah - lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia - siakan sahabat yang telah dicari."
(Saidina Ali)

Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang 'mensia - siakan sahabat yang telah dicari itu'. Na'uzu billah min zalik. Appreciate others as much as possible. Cabaran dan dugaan pasti mengiringi di saat kita mengimpikan yang terbaik dalam persahabatan kita. Perbaikilah ia semampunya. Kerana itulah asam garam hidup yang perlu dilalui sebagai hamba - Nya. Dan, mari kita perluaskan ilmu dengan menghayati akhlak Rasulullah dan para sahabat di dalam bersahabat. Pasti indah dan jika hendak dibandingkan, ujian buat mereka jauh lebih dahsyat dari kita. Subhanallah! Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu perkara. Sedikit quote dari Imam As - Syahid Hasan al - Banna yang sangat terkesan di hati sanubari.

"Terikatnya hati - hati dengan ruh - ruh ini dengan ikatan aqidah, kerana aqidah itu adalah paling kuat dan mahal. Ukhuwah itu saudara iman, perpecahan itu saudara kekufuran. Kekuatan yang pertama adalah kekuatan kesatuan dan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Serendah - rendah ukhwah itu adalah berlapang dada dan setinggi - tingginya adalah ithar (melebihkan kepentingan saudara lain)."

Setuju!
Last but not least, 'lagu teman' untuk semua :)


"Hidup hanya ada erti pada yang bahagia."
(Hlovate, Contengan Jalanan)
- farhanaselamat -

2 comments:

Iezza Syaida said...

Thanks kak fana untuk ini. :')
<3

farhana | selamat said...

most welcome! :')
jom sesame muhasabah diri.
terima kasih kembali <3