Thursday, April 4

permulaan yang baik.

Bismillah.
Assalamualaikum!

Menjadi kelaziman warga YTN untuk mengadakan gathering. Alhamdulillah. Another chance to meet them. Even though not ALL of them but it was just an amazing moment to be cherished with. So, once again, at the same place where we have our orientation day, we gather back there to present our CSR project. Ya! Ini Kali Lah! >.<

Heh. Abaikan.
Almaklumlah. Presentation CSR berkongsi tarikh dengan pembubaran Parlimen, 3 April 2013!
Eksaited terlebih gituh. Huhu.

Alhamdulillah. Everything was just fine and going on smoothly. Banyak juga yang aku dapat hasil dari presentation hari tu. Idea nak berprogram pun semakin bercambah. Banyak sangat aktiviti best - best yang mereka adakan. Yang seronoknya, masing - masing dah mula tunjuk belang time present. Masa mula - mula kenal time orientasi dulu nampak senyap malu - malu je. Tapi sekarang? We're all grown up, right? ^_^ Seronok!

Ahah. Aku nak kongsikan lah sikit antara program - program group lain yang bagi aku, tersangatlah interesting. Tetiba rasa macam nak jadi peserta dalam program yang mereka adakan tu. Huhu. Ada yang bersama anak yatim, ada yang buat aktiviti dengan orang kelainan upaya (ADHD), ada yang bersihkan surau, ada yang tolong repair rumah keluarga kurang pendapatan, ada yang buat program dengan sekolah dan so on so on. Agak common target audience - nya tapi hakikatnya daripada apa yang aku dapat lihat time presentation, mereka semua berjaya jalankan program tersebut dengan jayanya. Alhamdulillah syukur. Terasa 'sense of giving' tu, bak kata Kimi.

Sesungguhnya, apa yang telah berlaku hari ini, adalah rezeki dari Allah SWT. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana telah menggerakkan hati YTN untuk memberi kami dana, untuk jalankan program - program CSR ini. Kalau tak kerana tergeraknya hati itu, rasanya tak dapatlah kami timba pengalaman yang sangat manis ini. Alhamdulillah. Nyatanya, terima kasih kepada pihak YTN kerana telah mendidik kami melalui platform ini. Rasa terharu sangat sebab scholarship lain rasanya takda lagi buat program macam ni. Atau mungkin aku je yang tak tahu. Huhu. Tapi apa pun, Alhamdulillah sesangat! Sayang YTN sesayangnya! ^_^

InshaAllah. Kerja amal ini tidak terhenti di sini. Ini hanyalah permulaan untuk kami bergerak ke akhirnya. Apa pun, kita datang dari masyarakat, maka ingatlah yang kita juga akan kembali kepada masyarakat. "To live is to give." Kan kan? Semoga Allah permudah! InshaAllah. Ini sahaja yang ingin aku kongsikan. Tahniah kepada semua siblings YTN ku! Kalian superb! ;D Akhir kata, "Agi idop, agi ngelaban." Wassalam.

Terima kasih YTN!

Walau di mana kita berada, ingatlah tempat asal kita :)
- farhanaselamat -

No comments: