Thursday, April 11

suatu hari nanti.

Selama mana kita sayang orang tu.
Selama mana kita tak mahu hatinya terguris.
Selama mana kita kekalkan persaudaraan itu.

Pasti.
Suatu hari nanti.
Semuanya tidak mampu diselamatkan lagi.
Salah seorang perlu merasa sakit.
Untuk melihat seorang lagi bahagia.

Inikah rencah alam yang perlu diterima?
Aku mahu menjaga semuanya.
Namun, mampukah aku menghadapi?
Untuk suatu hari nanti, yang pedih!

Tiada apa yang aku hajati.
Melainkan Kau berikan ku kekuatan.
Kau berikan mereka kebahagiaan.
Di saat tangan tidak mampu menghulur.
Di saat lisan tidak mampu menutur kata.


Suatu hari nanti.
Yang dipenuhi seribu tanda tanya.
Maafkan aku kerana ku tahu.
Itu bukan mahu mu.
Pasti jua bukan mahu ku.

Tabahlah wahai hati.
Kelam ditelan dunia :'(
- farhanaselamat -

No comments: