Monday, May 27, 2013

the journey.

Bismillah.
Assalamualaikum :)

Alhamdulillah. Perjalanan sebagai pelajar 2nd year telah bermula pada hari ini. So far, boleh la :) Biasa biasa saja. Ketiga - tiga class hari ni baru nak start engine, dimulakan dengan course outline dan serba sedikit tentang subjek tersebut. Tak terlalu heavy, dan tak terlalu bosan juga. InshaAllah. Semuanya baik baik saja :) Dan harapnya, mood seperti ini akan berpanjangan mengikut keadaan dan masa. Doakan saya! :)


Amin amin ya rabbal 'alamin :)

InshaAllah, this sem, saya akan beri yang terbaik untuk diri sendiri dan kawan - kawan. Hopefully, apa yang dirancang dapat ditunaikan sebaiknya. Tiada lagi penangguhan masa yang sia - sia. Tiada lagi lagho - lagho. InshaAllah. Tegurlah, andai ada yang tak kena. Semoga Farhana menjadi Farhana yang baru. Yang lebih baik dan dapat ajak semua orang menjadi lebih baik. InshaAllah. Bantu saya ya!

Orait. Apa pun hopefully saya dapat bawak 7 orang 'anak - anak' saya ni sebaiknya untuk Semester ni. Cuak sebenarnya! Huhu.

1) Management Science.
2) Corporate Finance.
3) Financial Statement Analysis.
4) Microeconomics.
5) Consumer and Buyer Behaviour
6) Managerial Accounting.
7) Islamic Studies.

Please be nice to me ya, my dear :)

InshaAllah. Saya yakin, Allah akan bantu hamba - Nya yang berada di jalan - Nya. Mohon kekuatan dari semua untuk saya tetap istiqamah di jalan yang paling utama ini :)

Janji - Nya.


Sekian.
Saja nak update memandangkan hari ni sangat free. Hehe.
Wassalam.
Permudahkan kami ya Rabb!
- farhanaselamat - 

Saturday, May 25, 2013

bantu aku.










"Only true friends care about your akhirah."







And I'm trying to be that kind of friend.
Menguatkan diri, tak semudah menguatkan orang lain.
 :(((

ahlan wasahlan new family.

Maka, tamat sudah Minggu Induksi dan Orientasi Sesi Mei 2013/2014. Alhamdulillah. Segalanya dipermudah.

Cumaaa.

Hmm. Entah bagaimana lagi mahu diperincikan. Tetapi, aku yakin, semua ini pasti ada hikmahnya. Hal - hal beginilah yang akan menjadi wadah untukku terus mengembara.

Ku kira, Allah sedang menguji jasad yang kononnya kuat.
Ku kira, Allah sedang memberi kesedaran betapa untungnya diberi nikmat.
Ku kira, Allah sedang mencampakkan ujian tatkala kelalaian diri masih terikat.

"Awalnya mengujakan, tengahnya memeritkan, akhirnya membahagiakan."

Cukuplah ungkapan ini menjelaskan apa yang kami hadapi. Cukuplah sekadar ia menjadi memori ingatan buat kami. Sungguh, dua minggu yang ku rasakan sekejap, begitu banyak ertinya buatku, insan yang lemah ini. Allahu, terima kasih atas ruang dan peluang. Alhamdulillah :)

Alhamdulillah for this experience.

Alhamdulillah for this bonding.

Alhamdulillah for this opportunity.

Alhamdulillah for this memories.

Alhamdulillah for everythinggggg!

And ~
This is my adik - adik! ^_^v
Ahlan wasahlan wa marhaban bikum ila Unitenggg Pusaka Tersayang :)
Girls : Aja, Ainul, Diyana, Aina, Natasya, Ika, Saleha, Fiqa, Adawiah. (Tiada dalam gambar : Hema, Yee Mun, Fazy & Maz).
Boys : Irfan, Aizat, Syaiful, Timothy, Rasyid, Sanjiv. (Tiada dalam gambar : Amirul).

Fuhhh! Penat tau tak nak hafal nama korang 20 orang ni? >,<


Semoga sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah.
Ingatlah kesemua harapan yang disandarkan kepada adik - adik.
Kuatkan semangat dalam meneruskan perjuangan sebagai mahasiswa/i.
Semoga tali persahabatan kita kekal selama - lamanya. InshaAllah :)

You all are the best! ^_^v


Terima kasih juga khususnya buat Kakak - kakak dan Abang - abang Fasi yang bersama - sama dalam perjuangan ini. Terima kasih kerana diberi peluang bekerjasama, dan mohon maaf kerana terpaksa menyusahkan kalian selalu. Kerana mereka kuat, aku harus kuat! Sayang kalian :) Inilah yang dikatakan, pertemuan tanpa dirancang. And above all, Allah knows best! Apa pun, selamat meneruskan perjuangan di Semester baru.


Ku petik bintang, untuk kau simpan.
Cahayanya terang, berikan kau perlindungan.
Sebagai pengingat teman.
Juga sebagai jawaban.
Semua tantangan.

Lagu tema orientasi kali ni :)
Feel the bonds.


Salam sayang dan rindu,
- kakfana -

Thursday, May 09, 2013

permata ibu bapa.

Subhanallah! Saya kira, saya perlu kongsikan kepada kalian tentang ini.

Alhamdulillah wa syukurillah kepada Allah yang menggerakkan hati hamba - Nya ini. Entah mengapa, pagi tadi saya terdetik untuk menonton rancangan Pesan Atok di channel 119. Untuk makluman semua, rancangan Pesan Atok ini adalah rancangan kanak - kanak yang biasanya ditonton oleh mereka yang berusia 5 - 8 tahun. Rancangan kanak - kanak yang santai ini dikemudi oleh Ustaz Hassan Din sebagai pengacara dan pada episod kali ini, Pesan Atok membawa tema Senyum!

Baik. Sebenarnya, bukan 'Senyum' yang ingin saya tekankan. Tetapi, pada persembahan hafazan yang diselitkan dalam rancangan ini. SubhanAllah! MashaAllah! Adik Darwish Adrian bin Rojali yang baru berusia 3 tahun mempersembahkan hafazannya yakni Surah Al - Fajr. Malunya saya pada adik ini. T.T Sejujurnya, saya pun tidak hafaz lagi kesemua 37 surah juz 'amma. Jauh sekali faqih dalam mentadabbur surah - surah ini. Ya Allah, ampuni dosaku yang  sering lalai. :'(

Maka, dengan curious - nya, saya pun meng - google. Ingin juga saya tahu siapakah tulang belakang kepada kejayaan hafazan adik yang cute ni. Dan Alhamdulillah, Incik Google amatlah membantu pada kali ini. Saya bertemu dengan belog ibu kepada anak yang hebat ni. Ternyata, ibu kepada 2 orang putera dan puteri yang melahirkan dan membesarkan ini juga lebih hebat orangnya. MashaAllah! Kagum dengan semangat ibu ini yang mahukan yang terbaik buat anaknya.

Banyak curahan ilmu yang dikongsikan oleh Puan Lina, ibu kepada Darwisya dan Darwish serta coretan pengalaman bagaimana beliau membesarkan anak - anaknya seawal usia 6 bulan lagi. Dari segi makanannya, sosialnya, pendidikannya dan bermacam - macam lagi. Sungguh, apa yang saya dapat lihat, Puan Lina sangat menekankan amalan sunnah di dalam kehidupan sehariannya. Betapa kita ini, umat yang lalai. Ilmu sudah ada, tetapi jauh sekali untuk diamalkan. :'(


Dan, hati manusia, biasalah. Ada sedikit cemburu kepada adik - adik ini. Cemburu dengan peluang yang mereka ada. Cemburu dengan pendidikan yang diasuh kepada mereka sejak kecil lagi. "Huh! Bestnya jadi mereka!", jerit hati kecil ini. >.< Tidak mengapa lah. Bersyukurlah kerana kita masih dihidupkan pada hari ini. Bersyukurlah  kerana Allah masih memberi waktu untuk kita perbaiki diri. Tidak mahukah kita menjadi salah seorang yang mendapat syafaat Rasulullah SAW?

Dari Abi Umamah RA ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda :

"Bacalah olehmu al - Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya)." (HR Muslim)

Ya Allah, kami kian jauh dari kitab agung - Mu.
Ya Allah, kami ini lemah. Kami tak mampu mengawal nafsu kami sendiri.
Ya Allah, ampuni dosa kami yang melalaikan tanggungjawab kami di bumi - Mu.
Ya Allah, semoga sempat untuk kami kembali. Ya Allah, permudahkan cita - cita ini.


Biarlah pergerakan ini lambat. Asalkan semoga kita semua istiqamah.
InshaAllah!

Di sini, ingin saya kongsikan sedikit video yang dihasilkan oleh Ibu kepada 2 permata ini.
Begitu syahdu. Besarnya harapan ibu agar mereka menjadi anak yang soleh solehah.
Begitu lah juga harapan kesemua ibu dan ayah di muka bumi ini.
Hayatilah ~


Wahai anakku, perjalananmu masih jauh.
Semoga engkau tumbuh menjadi pencinta al - Quran dan menguasainya dengan seluruh jiwa ragamu.
Genggamlah al - Quran itu sekuat hatimu hingga ke nafasmu yang terakhir.
Ya Allah, jadikanlah sebab atas usaha mendekatimu ini untuk engkau melimpahkan rahmat - Mu kepada anak - anakku.
Amin Ya Allah.

Semoga adik Umar dan adik - adikku yang lain juga!
- farhanaselamat -

Thursday, May 02, 2013

minta saya hadiah misteri!

^_^v

Dan hari ini.
Tiada lagi beg comel untuk di - promote.
Tiada lagi buku - buku untuk disusun.
Tiada lagi pertanyaan booth untuk dijawab.
Tiada lagi flyers dan katalog untuk diedar.

Dan pada saat ini jua.
Rindu bercambah pada keceriaan dari riak wajah mereka.
Rindu bercambah pada waktu berkongsi cerita di belakang stage.
Rindu bercambah pada celoteh dan usikan yang tiada berkesudahan.
Rindu bercambah pada makanan - makanan lazat yang disediakan. Eh! :P

Bekerja bersama.
Berpenat lelah bersama.
Bersukacita jua bersama.

Tidak mengapa.
Biarlah singkat pertemuan ini.
Biarlah masa mencemburui kita.
Kenangan ini pasti ku bawa bersama.
Tersimpan rapi sehingga ke dasar hati.

Manis! ^_^
Terima kasih atas peluang ini.
Terima kasih untuk segala kebaikan.
Terima kasih untuk segala kemanisan.

Semoga.
Semoga PTS akan bertambah maju memberi yang terbaik untuk ummah.
Semoga sahabat sukarelawan ku sentiasa sukses walau di mana jua kamu berada!

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya."
(Albert Camus)

The volunteers with Pak Parlindungan Marpaung, penulis buku 'Setengah berisi, setengah kosong?'

* * *

Hewhew.
Awat syahdu nau Farhana ui? :P

Hee :D Entah lah. Biar lah cuma 7 hari sahaja bersama mereka. Tapi keseronokannya sangat terasa. Tidak dapat diungkapkan dengan kata - kata! Gituh :3 Dan Alhamdulillah sekali lagi. Untuk pengalaman yang sangat bermakna. Bertemu 1001 macam ragam manusia. Di situ adanya pelajaran. Di situ adanya kekuatan.

Dan, bukan Farhana lah kan kalau tak memborong buku banyak banyak! Heh.


Faham faham jelah kan bila dah setiap hari asyik tengok orang lain memborong! >.<
Btw, selamat memborong kalian. Anda hanya ada hari ini dan esok sahaja untuk memborong! Dari 9am - 10pm. Gerenti berbaloi! :D

Ada ilmu yang tidak boleh difahami hanya dengan mempelajari.
Ia perlu dirasai! :D
- farhanaselamat -