Thursday, May 2

minta saya hadiah misteri!

^_^v

Dan hari ini.
Tiada lagi beg comel untuk di - promote.
Tiada lagi buku - buku untuk disusun.
Tiada lagi pertanyaan booth untuk dijawab.
Tiada lagi flyers dan katalog untuk diedar.

Dan pada saat ini jua.
Rindu bercambah pada keceriaan dari riak wajah mereka.
Rindu bercambah pada waktu berkongsi cerita di belakang stage.
Rindu bercambah pada celoteh dan usikan yang tiada berkesudahan.
Rindu bercambah pada makanan - makanan lazat yang disediakan. Eh! :P

Bekerja bersama.
Berpenat lelah bersama.
Bersukacita jua bersama.

Tidak mengapa.
Biarlah singkat pertemuan ini.
Biarlah masa mencemburui kita.
Kenangan ini pasti ku bawa bersama.
Tersimpan rapi sehingga ke dasar hati.

Manis! ^_^
Terima kasih atas peluang ini.
Terima kasih untuk segala kebaikan.
Terima kasih untuk segala kemanisan.

Semoga.
Semoga PTS akan bertambah maju memberi yang terbaik untuk ummah.
Semoga sahabat sukarelawan ku sentiasa sukses walau di mana jua kamu berada!

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman, anda mesti menghadapinya."
(Albert Camus)

The volunteers with Pak Parlindungan Marpaung, penulis buku 'Setengah berisi, setengah kosong?'

* * *

Hewhew.
Awat syahdu nau Farhana ui? :P

Hee :D Entah lah. Biar lah cuma 7 hari sahaja bersama mereka. Tapi keseronokannya sangat terasa. Tidak dapat diungkapkan dengan kata - kata! Gituh :3 Dan Alhamdulillah sekali lagi. Untuk pengalaman yang sangat bermakna. Bertemu 1001 macam ragam manusia. Di situ adanya pelajaran. Di situ adanya kekuatan.

Dan, bukan Farhana lah kan kalau tak memborong buku banyak banyak! Heh.


Faham faham jelah kan bila dah setiap hari asyik tengok orang lain memborong! >.<
Btw, selamat memborong kalian. Anda hanya ada hari ini dan esok sahaja untuk memborong! Dari 9am - 10pm. Gerenti berbaloi! :D

Ada ilmu yang tidak boleh difahami hanya dengan mempelajari.
Ia perlu dirasai! :D
- farhanaselamat -

No comments: