Sunday, July 28, 2013

pilihan.


"Apabila kamu merasa letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dengan dosa maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal."
(Saidina Ali Bin Abi Talib)


Pilihan di tangan kita.
Dunia ini hanya sementara.
Akhirat itu kekal selamanya.

Ramadan 19.
Pantasnya Ramadan berlalu. :'(
- farhanaselamat -

Saturday, July 13, 2013

cemburu.

Untungnya dapat bergerak laju.
Untungnya dapat berlari memburu.
Oh, untungnya wahai kamu dan kamu!

Lumrahnya, pasti ada sedikit cemburu.
Terkadang, seperti rasa ditinggalkan menjauh.
Aku, aku. Engkau, engkau.
Ah! Penangan ilusi bersama demotivasi.
Ilusi pabila diri tak mampu menanggung rasa ini.

Ya Allah, ampuni aku yang seakan tidak mengerti.
Tidak mengerti hakikat yang perlu aku lalui kini.
Ampuni ku. Ampuni ku, Ya Ghaffur.

Moga istiqamah menjadi pembimbing diri.
Bersama ini ku pendamkan hasrat hati sanubari.


Ramadan 5 sudah.
Izinku berubah! Amin.
- farhanaselamat -

Monday, July 08, 2013

counting days.

Wahai engkau yang ku rindui.
Bertemu lagi kita pada tahun ini.

*Senyum*

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Mungkin.
Aku kini agak berbeza dari yang sebelumnya.
Tidak lagi sedaya, tidak lagi sekuat aku yang dulu.

Namun.
Ku harap ia tidak menjadi penghalang buatku.
Ku harap semuanya masih sama dari awal hingga ke akhirnya.

InshaAllah.
InshaAllah.
InshaAllah.

Sungguh.
Aku menantikan saat saat ini.
Aku merindukan detik detik ini.

Terima kasih atas kesempatan ini.
Terima kasih kerana sudi menemui ku lagi.


PS. Wahai Mesir Ardul Kinanah, semoga kau terus kuat! InshaAllah kami sentiasa menembak doa buatmu. Hasbunallahu wa ni'mal wakeel!

Ramadan Kareem peeps! :)
- farhanaselamat -

Wednesday, July 03, 2013

kemenangan yang tertangguh.

Sesungguhnya, 
Aku melalui jalan-jalan yang sukar sangat,
Bukanlah aku mahukan jawatan sebesar ini,
Bukanlah aku dambakan kedudukan teratas sebuah negera,
Bukanlah impianku untuk menjadi orang pertama harapan rakyat,
Keberadaaanku adalah kerana Allah mahukan agama ini dijaga,
Kerana agama ini sahajalah penyelamat segala,
Kerana kebenaran ini sahaja yang membuka mata,
Menyedarkan hati-hati yang kebutaaan agama,
Islam ini bukanlah semata-mata luaran pakaian sahaja, 
Islam ini bukanlah pada percakapan dan manis tutur kata sahaja,
Islam ini perlu bergerak seiring dengan iman,
Iman yang membuktikan segala kepatuhan agama,
Kerana dalam setiap apa pun, 
Sama ada hati, percakapan, ataupun perbuatan, itulah islam bagiku,
Kaffah menyeluruh,
Kita bukan islam biasa-biasa. 

Maka itu yang aku mahukan ianya berlaku dalam negara kita,
Segala macam korupsi yang ada,
Apakah dianjurkan islam?
Dengan segala hak rakyat menjadi hak milik orang-orang besar,
Adakah itu yang islam harapkan?
Orang-orang miskin di tepi jalan, semakin ramai yang menganggur,
jenayah dan maksiat, berpeleseran seperti syaitan,
Apakah itu yang islam anjurkan?
Itulah yang mahu aku baiki,
Untuk semua rakyat di negara ini,
Kita ada agama yang memimpin hidup kita,
Kita ada Tuhan yang akan menilai tingkah laku kita,
Ingat hari kiamat akan muncul, dan semuanya akan dipertontonkan semula.

Aku memohon ampun atas kelewatanku,
Untuk mengurus negeri ini,
Aku mengetahui batasan aku,
Aku mengakui ketidakmampuanku pada sesuatu perkara,
Namun, ku mengharapkan, kamu membantu aku,
Bersama-sama kita bangunkan negeri ini,
Jika tidak ada sokongan kamu,
Aku tidak akan berada di sini,
Ku hanya memohonkan sabarmu,
Ku hanya memohonkan komitmenmu,
Ku hanya memohonkan bantuanmu,
Bantulah aku untuk kita bina negara ini bersama,
Kerana ianya bukan hak mutlak diriku, 
Dia adalah milik kita bersama,
Tetapi keadaannya tidak demikian, 
Kau malah menuduh aku bermacam-macam,
Sikapmu yang tidak sabar,
Ianya hanya merugikan kita.

Maka, aku hanya mengharapkan Allah yang satu,
Untuk membantu perjuanganku ini,
Kerana Dia bersikap tidak pernah meninggalkan hambaNya,
Maka aku hanya berpegang dengan taliNya,
Allahumma, bantulah aku Ya Allah, kerana aku membawa agamaMu,
Allahumma, sentiasalah bersama-samaku Allah, untuk memimpin negara ini,
Allahumma, kerana cukup kekuatanMu ya Allah, maka aku merasa Kau mencukupi untukku. 
Bismillahi tawakkaltu 'ala Allah, la haula wa la quwwata illa billah!

Sungguh sebak membaca petikan ucapan ini.
Allahu. La tahzan!
Sesungguhnya Allah pasti bersama orang - orang yang benar!


"Di hari-hari yang penuh dengan ujian, tatkala aku masuk ke dalam bilik, kelihatan beliau sedang sujud memohon pertolongan kepada Allah dalam keadaan menangis mengadu halnya dan negaranya. Apabila dia hendak tidur, tangisan itu masih kedenganran walaupun beliau di atas katilnya, sehingga basahnya umpama mandi. 

Demi Allah wahai Dr Mursi, nescaya Allah tidak akan membiarkan kamu terus bersedih dan meninggalkan kamu tanpa pertolongan daripada-Nya disebabkan keadaan wajahmu yang bersinar dan hatimu yang bersih. Marahlah wahai Sang Presiden, demi Allah, jika Dia menggoncangkan Sungai Nil dan laut, nescaya digoncangkan mereka bersamamu."

- Dr Najlaa Mahmood (isteri Presiden Morsi).

*Sebak*
Pray For Egypt!

Monday, July 01, 2013

tuntutlah ilmu.

Kata - kata Muadz bin Jabal yang tercatat di makamnya (terjemahan) :

"Tuntutlah ilmu kerana mereka yang menuntut ilmu adalah mereka yang takut pada ALLAH, dan ianya adalah satu ibadah, dan pengajiannya adalah tasbih, dan mencari ilmu adalah satu jihad. Mengajarkan kepada yang tidak mengetahui adalah sedekah, dan menyebarkan pada mereka yang terdekat adalah satu kebahagiaan, dan ianya adalah sebagai penjaga ketika keseorangan, dan rakan ketika berseorangan, dan hujah ke atas agama (Islam), sebagai penyabar ketika kita terlalu gembira atau terlalu sedih, dan ianya sebagai penjaga (pembantu) ketika berlaku ke atasmu penafian, dan juga penjaga ketika kamu dihampirkan dengan sesuatu yang asing, dan juga sebagai penanda bagi sesetengah daripada kita sebagai penerang jalan ke syurga."

Allahu Rabbi.
Begitu besar nilai ilmu - Mu.
Berikanku ruang dan peluang untuk menghirup segenap ilmu - Mu!