Tuesday, October 29

segenggam tabah.

Bertali arus dugaan tiba,
Menakung sebak air mata,
Namun tak pernah pun setitis,
Gugur berderai di pipi.

Tidak ditempah hidup sengsara,
Suratan nasib yang melanda,
Menongkah badai bergelora,
Diredah bersendirian.

Bagaikan camar pulang senja,
Patah sayapnya tetap terbang jua,
Sekadar secicip rezeki,
Buat yang sedang rindu menanti.

Segenggam tabah dipertahankan,
Buat bekalan di perjalanan,
Kau bebat luka yang berdarah,
Kau balut hati yang calar .

Telah tertulis suratan nasibmu,
Derita buatmu ada hikmahnya,
Terlukis senyum di bibir lesu,
Tak siapa tahu hatimu.

Biarpun keruh air di hulu,
Mungkinkah jernih di muara,
Biarpun jenuh hidup dipalu,
Pasti bertemu tenangnya.

Segenggam Tabah Lyric by In-Team.
Favouritas sepanjang zaman. :)

* * *

Someone whatsapping me this!

"Terus mendoakan saudara kita di Syria. Keadaan semakin darurat sehinggakan kucing terpaksa dimakan disebabkan tiada bekalan makanan. Nabi kata, bukanlah tergolong daripada umatnya orang yang tidak ambil tahu hal umat."

Ouch.
Tembakan tepat menusuk ke kalbu.
Alhamdulillah ya Rabb atas peringatan ini.
Terkadang kita terlalu leka dengan dunia kita sendiri.
Tanpa sedar, apakah kita jadikan isu ini isu bermusim?

Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Ampuni kami Ya Rabb!

Bersabarlah duhai Saudaraku!
- farhanaselamat -

Thursday, October 24

takut.

Takut.
Takutnya aku pada dunia.
Yang semakin hari semakin rosak jadinya.

Membunuh.
Menembak.
Mencuri.
Merompak.
Tidak lagi ku rasakan pelik saban hari.
Menjadi lali dek manusia kini semakin menjadi jadi.

Takut.
Takutnya aku pada dunia.
Menyebabkan aku berfikir berulang kali.
Apakah sumbangan aku untuk dunia yang kian parah ini?
Jika aku masih di awang - awangan bersama angan - angan ku sendiri.

Ampunkan aku.
Kerana tiada apa yang aku lakukan.
Maafkan aku.
Kerana baru sedar akan kebinasaan dunia fana ini.

Pernah suatu ketika aku bertanyakan perihal ini.
Dan, directly sahabatku semena - menanya menjawab.
"Bersama tarbiyyah, kita pasti mampu mengubahnya."

Terngiang - ngiang dibuatnya.
Meng - reflect pada diri, tersentap di hati.
T.T
Tarbiyyah?
Ya!

Usah beralasan persekitaran yang tak melaksanakan itu dan ini.
Usah dipandang apa yang di luar, kerana jika kau tahu.
Perubahan itu perlu bermula dari setiap diri kamu sendiri.
Barulah disusuli bersama keluarga, masyarakat dan dunia!

Ini tanggungjawab kita.
Tanggungjawab yang pasti akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

Apakah beza kita dengan mereka?

Takut!
- farhanaselamat -

Sunday, October 20

berkorban apa saja.



"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."

Sudah terang lagi bersuluh.
Perubahan itu perlu datangnya dari kita sendiri.

Ya. Diri kita sendiri.
Bukan dari orang lain. Bukan dari mak, ayah, ataupun kawan kawan kita.
Lantas, mengapa kita masih menuding alasan kepada anasir anasir luar pabila hendak berubah?

T.T

Perlukah lagi memandang tanggapan manusia?
Sedangkan dulu kau pernah nyatakan yang hidupmu ini hanya untuk Dia.

Mengapa keyakinanmu begitu senang menjunam?
Di manakah perginya sifatmu yang kononnya kental?

Jangan kerana dosamu ini.
Allah menghijabkan hatimu lalu sukarnya kebaikan itu hendak kau sebarkan.

Muhasabah.
Muhasabah.
Muhasabah.

Move on, Farhana!
Yeah. That's the only way to escape.
Let us escape from the sweetness of Dunya.

It's the best time for me.
To turn to a new leaf.
Let me be me. Allah ~

Saya. Penat.
- farhanaselamat -

Thursday, October 3

hari ini milik aku?

"Semua orang mampu memiliki ilmu, tapi tak semua orang dianugerahi hikmah. Ilmu membuat kita 'mengetahui' kehidupan, tapi hikmah membuat kita 'memaknakan' kehidupan."

Deep!

* * *

Alhamdulillah. Hari ini milik aku?
Secara coincidence - nya, begitulah. :)
Alhamdulillah atas ulangtahun kelahiranku.
Jua keputusan Semester 3 yang baru saja keluar pada hari yang sama.

Terima kasih atas ucapan dan doanya.
Semoga Allah dengar dan kabulkan setiap doa yang diaminkan.

Speechless. :')

Sebenarnya, tiada lain yang ku pinta.
Melainkan dapat membahagiakan kalian yang berada di sekeliling ku.
Yang sentiasa ikhlas bersamaku. Tika ku jatuh, tika ku bangun, yang sentiasa ada untukku.

Moga dengan ini, Allah sentiasa redha akan kita semua.
Terlalu banyak yang aku pelajari setelah genap 20 tahun aku berada di muka bumi ini.
Ukhuwwah, persahabatan, kasih sayang, kejujuran, kesetiaan, kebahagiaan dan bermacam - macam lagi.

Semuanya tentang kehidupan, yang indah.
:')

Sanah Helwah, buat diri sendiri!

* * *

Alhamdulillah.
Untuk result yang sangat unexpected! :'D
Terima kasih Allah, mama, ayah, sahabats, lecturers, dan semua. :')
Secara rasminya, tamat sudah perjuanganku untuk Semester 3 ini.
Dan masih berbaki 3 Semester lagi yakni 1 tahun +++.
Semoga sentiasa dipermudahkan hendaknya. Amin.

Apa pun, tahniah juga buat semua! (Y)

Tak sabar pula untuk meneruskan perjuangan di semester seterusnya.
Study, program, meeting, melepak berjemaah. Eheh. Rindu Muadzam pulak?

* * *

Terbaca.
Cahaya Atas Cahaya, karya Kak Oki Setiana Dewi.
Moga ia memacu semangat kita bersama.

Teruslah bergerak,
Hingga kelelahan itu lelah mengikutimu.
Teruslah berlari,
Hingga kebosanan itu bosan mengejarmu.
Teruslah berjalan,
Hingga keletihan itu letih bersamamu.
Teruslah bertahan,
Hingga kefuturan itu futur menyertaimu.
Tetaplah berjaga,
Hingga kelesuan itu lesu menemanimu.

(Ustaz Abdullah Rahmat)

Hari ini milik aku?
Oh tidak, selamanya pasti milik Allah. Kan?

Terima kasih Allah! <3
- farhanaselamat -

Tuesday, October 1

doaku untukmu.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Abu Darda' r.a bahawasanya Rasulullah saw bersabda.

"Doa seorang Muslim kepada saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya itu mustajab, pada kepala seorang Muslim itu ada malaikat yang diberi tugas dimana bila ia mendoakan baik kepada saudaranya maka malaikat yang diberi tugas itu mengucapkan; 'Semoga Allah mengabulkan dan untukmu juga seperti itu.'" (HR Muslim)

* * *

Ahmad dan Ali dua orang sahabat karib, mereka tinggal berjiran. Kedua - duanya hidup dalam kesempitan dan kemiskinan. Setelah seharian berusaha, masing - masing akan berdoa. Begitulah kelaziman mereka berdua. Mereka akan singgah di masjid setiap kali habis bekerja untuk solat dan berdoa.

"Apa doamu pada hari ini?" tanya Ahmad kepada sahabatnya.

"Aku pinta semoga hari esok aku dimurahkan rezeki. Bulan ini perbelanjaanku lebih daripada biasa," jawab Ali.

"Doa kau?" Ali pula bertanya.

Ahmad cuma tersenyum tanpa berkata apa - apa.

Keesokan hari Ali memberitahu Ahmad berita gembira. "Alhamdulillah doa aku semalam dimakbulkan Allah. Majikanku beri bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah. Hari ini kau akan berdoa apa pula?" tanya Ahmad.

"Aku berdoa moga isteriku selamat bersalin," jawab Ali.

Mereka berdua masuk ke masjid dan mengerjakan solat dan masing - masing berdoa.

Sejurus usai berdoa, Ali bertanya, "Kau pula berdoa untuk apa hari ini?"

Ahmad senyum. Masih tiada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberitahu berita gembira. "Syukur isteriku selamat melahirkan anak lelaki malam tadi. Nampaknya doaku makbul, Mad."

"Tahniah, Ali. Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengan wajah muram.

"Kenapa dengan anak kau?"

"Anakku yang bongsu sakit, Ali. Keadaannya amat membimbangkan."

"Insya Allah kau doalah kuat sikit. Minta anakmu selamat," kata Ali.

Beberapa hari kemudian, mereka berbual seusai solat seperti kebiasaannya.

"Bagaimana dengan anak kau?" tanya Ali

"Macam itu juga. Sudah beberapa hari, tapi keadaannya cuma bertambah baik sikit sahaja."

"Doa banyak lagi Ahmad. Aku tidak sangka doaku sangat makbul. Hampir setiap yang aku doakan, Allah makbulkan. Tapi kau? Erm." kata Ali.

"Kenapa dengan aku?"

"Mad, aku lihat doa kau tidak mustajab."

Ahmad tersenyum. Melihat Ahmad tersenyum, Ali semakin hairan lalu bertanya lagi, "Aku hairan, doa kau tidak mustajab tapi kau masih mampu lagi untuk tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah pun dimakbulkan Allah. Syukur Alhamdulillah."

"Doa yang mana? Sebab aku lihat tiada apa - apa perubahan pun pada kau."

"Doaku sejak dulu hanya untuk kau, sahabatku. Setiap hari aku berdoa moga Allah kabulkan setiap apa yang kau doakan kepada - Nya."

*Senyum*

* * *


Alangkah indah jika kita saling mendoakan? Tidak perlukan sebarang bayaran. Tidak perlukan sebarang pinjaman. Tidak perlukan sebarang cagaran. Hanya perlukan secebis keikhlasan yang akhirnya jika cebisan - cebisan tersebut digabungkan akan terhasil sebuah kebahagiaan dan ketenangan yang tidak dapat dijual beli.

Perlu untuk selalu kita ingat bahawa apa yang kita miliki pada saat ini, bukan usaha mutlak diri kita sendiri. Dalam kejayaan, kebahagiaan, ketenangan kita, ada doa mereka. Di luar sana, ada seseorang yang tidak pernah jemu untuk terus mendoakan buat kita. Tidak pernah lupa dan tidak pernah berkira walau setiap ketika melepasi tembok kasih dan sayang.

Moga Allah mengabulkan dan mengurniakan hanya yang terbaik buat mereka yang mendoakan untukku seperti mana apa yang mereka pinta di dalam doa kepada - Nya. Amin. :')

PS. Kisah Ali dan Ahmad di atas tadi dipetik dari Buku Angguk Geleng karya Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Cik Husna Hassan. Jazakallah atas perkongsiannya. (Allah Seeker).

Wherever we are,
We will never apart.
Thank you Allah. :')
- farhanaselamat -