Tuesday, December 31, 2013

usaha dan rezeki.

Dalam satu riwayat, dinyatakan bahawa seorang sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu - bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Hanya tinggal meletakkan sebutir batu - bata sahaja lagi. Jika diletakkan ketulan batu terakhir itu, pasti sempurna sudah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, sahabat tersebut serta - merta menghentikan kerjanya dan terus bergegas ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, padahal hanya tinggal meletakkan seketul batu - bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu. Lalu beliau menjawab, 

"Jika aku meneruskan kerjaku, nescaya aku sebenarnya telah membesarkan batu - bata itu dan bukan membesarkan Allah!"

Padanya, apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah!

Nah, beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka sangat melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan syurga semasa masih di dunia lagi.

Allahu.


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan - Nya dan meninggalkan larangan - Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat - bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki - Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap - tiap sesuatu." (Surah At - Thalaq, 65 : 2 - 3)

It is such a big rahmah for us.
Alhamdulillah Ya Rabb, ianya terlalu banyak. :')

"Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Allah." :)

2014, dan hayatku kian susut.
- farhanaselamat -

Friday, December 27, 2013

siapa teman setia?

Sering kali kita terlupa.
Siapakah dia si teman setia.

Sangkanya si dia di depan mata.
Malangnya tidak hanya sementara.

Sudah penat mengukir luka nestapa.
Semuanya pergi tinggal sebatang kara.

Pabila harapan disandarkan pada manusia.
Nescaya hilanglah bahagia, trauma pula melanda.

Babak babak menyalahkan diri terjadi.
Menghilangkan diri, takut mengecewakan dan dikecewakan lagi.

* * *

Bismillah.
InshaAllah, butir - butir kata di atas tiadalah kaitannya dengan diri sendiri mahu pun orang yang lain.
Allah takdirkan kisah hidup kita semua berbeza - beza, unik - unik semuanya.
Cuma sebenarnya, di sini saya ingin kongsikan suatu hadis tentang "Siapa Teman Setia".

Daripada Anas bin Malik radhiallahu anhu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda : "Ada tiga macam yang akan menghantarkan jenazah ketika dibawa ke perkuburan, iaitu kelurganya, hartanya dan amalnya. Dua di antaranya akan kembali dan yang satu lagi akan tetap tinggal menyertainya. Keluarga dan harta akan kembali, sedangkan amalnya akan tetap setia bersamanya". (HR Bukhari dan Muslim)

Petikan dari,
Kitab 40 Hadis Penawar Hati.
Susunan Abu Ali Al - Banjari An - Nadwi.

* * *

Inilah kesudahan bagi persahabatan kita kepada tiga - tiga golongan ini. Ahli keluarga dan sahabat yang sangat kita sayangi hanya dapat menghantarkan kita sampai ke kubur sahaja tanpa bersedia untuk menjadi teman kita di kesunyian kubur tersebut. Mereka akan pulang meneruskan hidup tanpa kita di sisi mereka.

Begitu juga harta yang kita kumpulkan dengan membanting tulang dan memeras keringat bahkan terkadang dengan mempertaruhkan nyawa, semuanya akan kita tinggalkan untuk ahli waris. Mereka yang mempusakai dan menikmatinya, sedangkan kita yang akan ditanya dari mana harta itu diperolehi dan ke mana kita membelanjakan harta tersebut. 

Sesungguhnya, orang yang bijak ialah orang yang mempunyai rancangan bagi wawasan akhiratnya dan bersedia menghadapi kematian sebelum tiba saatnya. Tetapi orang yang terpedaya ialah orang yang banyak berangan - angan, mengejar dunia dan menimbunkan harta. Apabila tiba saat kematian barulah ia menyedari diri dan barulah berazam untuk berbuat kebajikan. Namun pada waktu itu sudah tidak berguna lagi penyesalan.

Peringatan ini buat diri ini khususnya. Ayuh kita perbanyakkan amal kebajikan, tingkatkan ketaqwaan, bersedia dengan bekalan akhirat sedaya upaya yang ada. Rajin - rajinkan diri untuk bersedekah dan suka menderma kerana sesungguhnya itu semua bekalan bagi perjalanan negeri akhirat yang sangat jauh itu.

InshaAllah.
InshaAllah.

Jadi, terjawab tidak persoalan "Siapa teman setia?"

Benar, sesungguhnya hanya AMAL teman setia kita di dunia dan akhirat.
Wallahu a'alam. :)

Ayuh istiqamah! InshaAllah InshaAllah. ^_^

Abaikan yang remeh, yang temeh.
- farhanaselamat -

Saturday, December 07, 2013

banjir.

Banjir yang melanda merosakkan harta benda. 
Banjir yang melanda menggadaikan jiwa manusia. 
Banjir yang melanda menguji sosok tubuh si tua. 
Banjir yang melanda membuat si kecil tak henti tangisnya. 
Banjir yang melanda meranapkan segala kemewahan dunia. 
Banjir yang melanda menjilat hasil tanaman mahupun ternakan. 
Banjir yang melanda menyebabkan tiada lagi sumber kewangan. 

"Oh Tuhan! Mengapa kau uji kami sedangkan kami masih tidak bersedia untuk diuji sebegini. Kami tidak mampu duji dengan anak - anak, keluarga, dan harta - benda kami!"

Demikian ngomelan manusia.
Namun, Allah telah berkata di dalam ayat cinta - Nya.
Ayuh kita renung sejenak, mengimani setiap apa yang Allah katakan kepada kita semua.



"Dan berilah khabar gembira kepada orang - orang yang sabar."

Banjir yang melanda mengajar kita sabar dan syukur.
Banjir yang melanda menyedarkan kita bahawa alam kian tenat.
Banjir yang melanda mencetuskan sifat prihatin kita sesama saudara. 
Banjir yang melanda memberi kesedaran tentang nikmat Allah kepada kita. 
Banjir yang melanda menganugerahkan jiwa redha buat hamba - hamba Nya.

Allahu.
Bersabarlah dan bersyukurlah.
Moga Allah sentiasa bantu dan permudahkan kalian semua.

Ya, mungkin aku tidaklah merasa apa yang mereka lalui. Mungkin kerana, Allah tahu aku tidak mampu menanggung ujian sebegitu. Namun, jauh di sudut hati, aku berharap mereka sentiasa bersangka baik kepada Allah atas setiap yang berlaku. Dan aku juga berharap agar kalian yang lain terus berdoa memohon agar dipermudahkan segalanya. Tak lupa, jom kita salurkan bantuan kepada mereka. Jika tak mampu sumbang tenaga, dalam bentuk wang pun apalah salahnya. InshaAllah! ;)


Gaza juga mengalami situasi yang sama.
Let's pray for them too, guys!

#PrayForKuantan
#PrayForKemaman
#PrayForGaza

Pekan Bandar Diraja turut banjir.
Alhamdulillah, Muadzam Shah semakin surut.

Doakan sahabat sukarelawan PPI Uniten.
Moga Allah memberkati usaha kalian!
- farhanaselamat -

Wednesday, December 04, 2013

bacalah.

Salam sahabat semua.
Jom rebut peluang untuk miliki "Al-Quran Terjemahan Darul Iman" yang EXCLUSIVE ini!
Bahasanya amat mudah utk difahami, sangat mesra pembaca, dan mudah dibawa ke mana sahaja.
InshaAllah, boleh juga dihadiahkan kepada family, classmates, housemates etc.

Diary - RM 45.
Zip - RM 35.
PS. Lebih murah dari pasaran, InshaAllah!

Do contact me!
Jazakumullah khayran katheera ~

* * *

Reference.

Diary.
1) coklat, cream.
2) cream, purple.
3) kuning, pink.
4) oren, purple.
5) hijau, kuning.
6) merah, kuning.

Zip.
7) kuning mustard.
8) biru gelap.
9) pink.
10) merah.
11) hijau lumut.
12) coklat.


Lamanya tak mencoret di sini.
Sobs! T.T

"Bacalah, dengan nama Tuhan - Mu yang menciptakan sekalian makhluk." (96 : 1)

Moga bermanfaat! ;)
- farhanaselamat -