Tuesday, December 31, 2013

usaha dan rezeki.

Dalam satu riwayat, dinyatakan bahawa seorang sahabat sedang bekerja. Beliau menyiapkan dinding yang terdiri daripada susunan batu - bata. Pada masa azan dilaungkan, kerjanya sudah hampir selesai. Hanya tinggal meletakkan sebutir batu - bata sahaja lagi. Jika diletakkan ketulan batu terakhir itu, pasti sempurna sudah kerjanya. Namun, tatkala mendengar azan dilaungkan, sahabat tersebut serta - merta menghentikan kerjanya dan terus bergegas ke tempat solat.

Apabila beliau ditanya mengapa tidak meneruskan sahaja kerjanya tadi, padahal hanya tinggal meletakkan seketul batu - bata sahaja lagi untuk menyelesaikan kerjanya itu. Lalu beliau menjawab, 

"Jika aku meneruskan kerjaku, nescaya aku sebenarnya telah membesarkan batu - bata itu dan bukan membesarkan Allah!"

Padanya, apabila azan dilaungkan, semuanya adalah kecil kecuali Allah!

Nah, beginilah dahsyatnya iman para sahabat. Maka tidak hairanlah rezeki mereka sangat melimpah ruah. Mereka dipandang mulia walau tanpa harta dan kuasa. Mereka mendapat redha Allah dan dijanjikan syurga semasa masih di dunia lagi.

Allahu.


"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan - Nya dan meninggalkan larangan - Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat - bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendaki - Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap - tiap sesuatu." (Surah At - Thalaq, 65 : 2 - 3)

It is such a big rahmah for us.
Alhamdulillah Ya Rabb, ianya terlalu banyak. :')

"Benarlah kita kena usaha, tetapi rezeki itu daripada Allah." :)

2014, dan hayatku kian susut.
- farhanaselamat -

No comments: