Friday, January 17

hijau.

Ini cuma khayalanku.
Pada perdu hati yang terjelepuk ke bawah nafasmu.
Pada hijau yang selalu telus mengintaimu.
Ini cuma hijau jubah nipis yang terkesan lekuk wajahmu.
Yang dapat aku teka matanya, mulusnya.
Ini barangkali hijau wangianku yang belum pernah terhapus.
Pada saat nafasku itu cuma ranting kayu di hujung pucuk.
Ini ibarat khayalan yang menguatkan aku menyusur lemah di jalan - jalan penuh ludah.
Apalagi mampu aku?
Menaruh harap pada hijau itu.

* * *


Suatu ketika.
Bersama teman.
Melihat indahnya.
Si hijau menyuburi alam.
Subhanallah Walhamdulillah Allahu Akbar!

Inilah 'Amazon' ku! :')
- farhanaselamat -

4 comments:

chad_NH said...

subhanallah! wooha. serius sangat cantik bumi Allah. dan lebih suka melihat pada yang biru itu ^_^

hijau. biru.

kedua-duanya makhluk yang menenangkan. (,= kerana mereka tak henti zikrullah . sedang kita T.T

Abg terompah said...

mashaallah bahasa! amat sukar untuk difahami. ni, bahasa ahli tasauf ke mcm mana?

farhana | selamat said...

Sungguh!
Betapa cantiknya alam ini.
Xdapat bayangkan kalau dalam syurga. Mesti super duper cantik! :D

farhana | selamat said...

Haaa ini bahasa melayu kita saja.