Thursday, January 09, 2014

hilang.

Wahai sahabat.
Maafkanlah diriku ini.
Andai perkataanku ini bisa mengguris hatimu kelak.

Wahai sahabat.
Tiadalah dayaku untuk terus membisu.
Kebenaran itu jelas mungkin kita tidak menyedarinya.

Wahai sahabat.
Usah ditangisi ketiadaanku di dalam hidupmu.
Kerana ku pasti, Allah itu maha adil percaturannya.

Wahai sahabat.
Mohon doakan aku saban hari.
Moga dengannya, aku kuat menempuhi hari - hariku nanti.


No comments: